Restoran Ayam Penyet Jusco Perda
Minggu lepas, selesai servis kereta di Proton Edar, Juru, aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu ke Jusco Perda.
Kali ini kami mencuba menu di Restoran Ayam Penyet dengan tag linenya Masakan Jawa Timur dan Minang. Untuk mengubat rindu Menu Lelapan di Miri, kami mengorder Ayam Penyet, Dendeng Daging Berlado, Terung Berlado dan Gad-gado. Ladonya warna Merah tiada Lado Hijau.
Semua setnya dihidangkan dalam piring tembikar bersaiz piring. Tidak seperti set menu di Miri di mana setnya dihidang dalam pinggan dan boleh dikongsi lebih seorang.
Pendapat kami 3 beranak, menu-menu di Restoran Simpang Tiga di Ipoh lagi menyelerakan.
Gambar-gambar hanya diambil menggunakan telefon bimbit kerana malas nak patah balik ke parking mengambil kamera DSLR ataupun compact. Gambar-gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit ini tidak menentu hasilnya. Kadang-kadang elok, kadang-kadang kurang memuaskan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment