Thursday, December 23, 2010

Hari 4 Berlibur di Tianjin-Beijing 11 – 15 Dis 2010













Berlibur di Tianjin-Beijing 11 – 15 Dis 2010 Hari Keempat

Hari 4, 14 Dis 2010

Hari ini adalah hari keempat kami di Beijing, keesokan hari kami akan berlibur di Tianjin sebelum menaiki kapalterbang pulang ke Malaysia.

Kerana keletihan semalam terutama terperangkap di dalam perjalanan (di Beijing hari bekerja Isnin lebih sesak trafiknya jika dibandingkan hari Ahad), kami hanya akan memulakan itinerary hari ini pada jam 9.00 pagi.

Kesempatan ini saya dan anak saya mencuba peralatan exercise yang ada berhampiran hotel. Di Beijing ini hampir semua apartment, flet dan kawasan perumahan mempunyai kawasan riadah yang lengkap dengan peralatan exercise. Malah ada yang turut dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang dan meja pingpong.

Hari ini semakin sejuk. Suhu di luar sudah mencecah -6 darjah celcius. Di Kota Beijing hampir tiada kelihatan kilang tetapi banyak serombong asap dari sistem pemanas yang hanya berfungsi pada musim sejuk. Di samping berbaju tiga, empat lapis, kesemua peserta sudah mula melengkapkan pakaian sejuk masing-masing seperti muffler, penutup telinga malah penutup mulut.

Perjalanan kami melalui satu taman tema tetapi pada musim sejuk taman tema ini tiada penghujung. Kami juga melalui sebuah istana bertingkat.

Di hari bekerja di Beijing di setiap persimpangan jalan walaupun mempunyai lampu isyarat akan kelihatan orang yang memakai vest dan memegang bendera untuk membantu pejalan kaki melintas. Begitu juga di setiap perhentian bas utama akan kelihatan mereka yang bertugas mengenalpastikan destinasi bas-bas yang berhenti.













Itinerary pertama kami ialah Tiananmen Square iaitu dataran umum yang terbesar dunia. Sempat juga saya menceritakan sejarah revolusi pelajar universiti pada tahun 1989 kepada anak saya.

Kerana kedinginan di dataran ini dengan bibir masing-masingmula kebas, kami terus memasuki Forbidden City

(Proses membina Forbidden City ini diambil selama 14 tahun (1406 hingga 1420) sebelum siap dan didiami oleh 24 maharaja dari Dinasti Ming hinggalah Dinasti Qing. Kota ini mempunyai 90 istana dan halaman, 980 bangunan, 8,704 bilik. Keluasanya ialah 720,000 meter persegi (7,800,00 kaki persegi).)

Untuk memasuki kota ini penghujung dikenakan bayaran 60 Yuan (RM 30.00). Mujurlah kami tidak perlu berpatah balik untuk keluar dari pintu masuk utama. Ianya memerlukan hampir 2 jam untuk berjalan merentasi Kota Larangan ini.

Walaupun dikatakan Kota Larangan ini kurang dikunjungi pelancong pada musim sejuk, rombongan kami terpaksa bersesak dengan orang ramai.

Kami makan tengahari di Xin Jiang Muslim Restaurant iaitu antara Restoran Muslim yang terkenal di Beijing.

Berbeza dengan restoran-restoran Muslim sebelum ini, Restoran Xin Jiang menghidangkan menu yang citarasanya mirip dengan Masakan China di Malaysia.

Di luar restoran terdapat sebuah gerai beroda yang menjual sejenis kuih yang rasanya seperti sejenis kuih goreng manis di Malaysia. Ianya dijual sekilo 7 Yuan (RM 3.50). Walaupun pelbagai jenis bentuknya, rasanya adalah sama.

Seperti biasa ramai penjaja di luar restoran ini menunggu pelancong dari Malaysia

















Kami dibawa bersolat di Beijing Nandouya Mosque. Dalam perjalanan saya ternampak beberapa bangunan khusus untuk teater dan opera.

Masjid Nanduoya ini terletak Douban Hutong, Dongcheng District berhampiran Chaoyangmen.
















Selepas solat kami dibawa ke Pusat Teh Dr. Tea di Min Zu Yuan Road. Di Min Zu Yuan ini terdapat banyak Pusat dan Kedai Teh. Di sini kami diperkenalkan dengan beberapa jenis Teh China termasuk Litchi Tea iaitu teh yang rasanya manis berperisa Laichi walaupun tidak dimasukkan gula. Pokok Teh ini telah ditanam secara cantuman tunas dengan Pokok Laichi.

Di Dr. Tea ini juga kami diperkenalkan dengan patung Pee-pee Boy iaitu patung tembikar budak lelaki yang akan memancutkan air kencing jika disiram air panas pada suhu tertentu. Pee-pee boy ini adalah hadiah jika kami membeli package set teh sebanyak 3 kotak. Begitu juga dengan set teko (teko dan cawan) dan mug yang gambarajah di dinding luarnya akan bertukar gambar jika diisi dengan teh panas.

Di sini juga kami diajar peradaban minum teh dengan diberitahu cara yang betul jika wanita memegang cawan teh hendak dua jari terakhir diluruskan. Manakala jika lelaki memegang cawan teh hendaklah membengkokkan kesemua jarinya. Hanya “akua” sahaja boleh meminum teh dalam cawan dengan dua jari terakhirnya diluruskan.

Kami juga ditunjukkan beberapa jenis pokok tehnya yang menjulang tingginya.

Kunjungan seterusnya ialah Kilang Pisau Dellmann yang terletak di dalam Kompleks Sukan berhampiran Bird Nest Stadium. Dellmann adalah syarikat usahasama China dan Jerman.















































Itinerary seterusnya dalam jadual ialah sebuah Pusat Membeli-belah Barangan Import Berjenama. Bagaimanapun setelah dipersetujui semua peserta dan dimaklumkan bahawa harga barangan import berjenama ini hampir sama dan ada antaranya lebih mahal di Malaysia, kami meminta agar dibawa sahaja ke pusat membeli belah ala market seperti hari sebelum ini.

Kami dibawa ke Tianya Hong Qiao Jewelry Market iaitu sebuah pasar membeli belah 5 tingkat (dengan 2 tingkat bawah tanah) yang baru dibuka dan masih dalam renovasi. Di luar Tainya Hong Qiao Jewelry Market ini terdapat replika patung pahlawan China Terracotta. Di sini kami disyorkan oleh pemandu pelancong untuk membeli kain alas meja di sebuah gerai kepunyaan peniaga Muslim. "Kedai ini tidak tipu, katanya". Di dalam pasar ini juga terdapat beberapa buah gerai yang dimiliki oleh peniaga Muslim yang lain.

(Ada dua buah Hong Qiao Market di Beijing. Paling terkenal ialah Hong Qiao Pearl Market, Tiantan Donglu 46, Chongwen district. Manakala Tianya Hong Qiao Jewelry terletak di belakang Hong Qiao Pearl Market ini.)

Barangan hampir sama dijual di Tianya Hong Qiao Jewelry Market dari pakaian, kasut, penghiasan hinggalah alat eletronik. Bezanya di Hong Qiao Pearl Market turut dijual hidupan segar dan makanan laut.

Mugkin kerana baru dibuka dan masih dalam renovasi, harga barangan di sini paling murah jika dibandingkan dengan pasar-pasar dan pusat membeli belah yang kami kunjungi sebelum ini. Bayangkan harga cenderahati fridge magnet Great Wall yang dijual di tempat tumpuan pelancong pada harga 5 Yuan satu dan di pasar-pasar sebelum ini 3 Yuan satu boleh dibeli dengan harga hanya 2 Yuan (RM 1.00) sahaja di sini.

Di sini juga kami terjumpa lambakan Pee-pee Boy! Diletak dengan harga 10 Yuan satu, saya menawarnya dan berjaya membeli 2 Pee-pee Boy dengan harga 5 Yuan (RM 2.50) sahaja.

Anak saya mencari aksesori menunggang motosikal seperti helmet dan jaket kulit tetapi dimaklumkan penjaja ianya tidak dijual di pasar ini kerana barangan ini hanya menjadi tumpuan penduduk China dan bukannya pelancong luar. Dalam kunjungan ke Beijing ini anak saya hanya berpeluang membeli leather riding pad untuk kaki. Jaket Kulit Motosikal ada dijual di Silk Market tetapi designnya tidak menarik. Kasut kulit juga bukan khas untuk menunggang motosikal. Bagaimanapun ada juga kasut kulit (but) wanita yang berkenan oleh isteri saya!

Kerana kesesakan trafik amat ketara malam ini, kami menamatkan jadual hari ini dengan makan malam di restoran yang sama semalam. Menunya juga serupa seperti semalam. Ada sejenis menu itu menyerupai Roti Arab tetapi dihidangkan dengan masakan ayam ala kari di atasnya (kuah taruh atas!). Kami juga mengambil kesempatan membeli beberapa kudapan di restoran ini.

Bersambung.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com










No comments: