Wednesday, August 12, 2015

Cerpen @ Cerita Pendek


Cerpen @ Cerita Pendek

Selain dari novel, cerpen atau cerita pendek juga bahan bacaan fiksyen yang menarik

Buku dolu-dolu simple sahaja design front page cover nya






Buku dolu-dolu simple sahaja design front page cover nya

Skrip drama



Skrip drama

Kadang-kadang saya menghayati buku drama. Lebih-lebih lagi terpengaruhi drama radio pada tahun 70an.

Semasa bersekoah menengah, seorang guru pula membanggakan seorang senior yang terbabit dalam penulisan skrip radio.

Adakan orang membaca cerpen (atau novel) dengan mendengar sekarang ini?

Biography atau memoi


Biography atau memoir.
Terus-terang saya katakan ada yang saya tidak bersetuju dengan pandangan penulis (menulis sendiri atau ditulis oleh orang lain) tetapi saya menghayatinya.
Malah ada saya beli kedua-dua edisi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, disebabkan ada translation lari dan berbeza dari bahasa asal yang ditulis

“The world is a book and those who do not travel read only one page.” ― Augustine of Hippo


“The world is a book and those who do not travel read only one page.”  
― Augustine of Hippo

Prelude kemerdekaan


Prelude kemerdekaan
Kita perlu banyak lagi bahan bacaan atau novel sebegini.
Bukan buku sejarah yang melenakan bagai khutbah Jumaat tetapi diceritakan semula secara bebas

Buku vs Media Social



Buku vs Media Social

Gaji RM 380.00 sebulan, peruntukan sebuah buku sebulan

Semasa mula bekerja di kilang tayar di Taiping pada tahun 1989, gaji saya hanya RM 340.00 sebulan dan selepas tiga bulan dinaikkan menjadi RM 380.00.

Selepas enam bulan bekerja, saya berpindah dari rumah emak saya dan menyewa bersama rakan berkongsi sewa rumah RM 100.00 seorang.

Dengan gaji sebanyak itu saya masih dapat memperuntukan sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan terutama novel. Pilihan saya ketika itu ialah novel-novel keluaran Creative Enterprise yang terkenal dengan majalah Gila-Gila mereka.

Creative Enterprise merupakan penerbit novel yang aktif sekitar 80an dan 90an. Antara yang aktf berkarya ketika itu di bawah terbitan Cretive Enterprise ialah Abdul Talib Hassan, Abdul Rahim Awang, A. Samad Ismail dan beberapa penulis lagi. Malah saya ada juga karya Malungun, Misyar (Meor Syariman Hassan), Adi Al-Hadi, Elias Hj. Idris dan banyak lagi.

(Ramai yang menyangka Ramlee Awang Murshid sebagai Raja Novel Penyiasatan, tetapi saya rasa Abdul Talib Hassan dan Abdul Rahim Awang adalah pelopornya).


Terbaru Ujang akan membuat come-back dalam penerbitan Gila-Gila bersama-sama rakan-rakannya dahulu. Adakah penulis-penulis ini akan membuat comeback juga? Mampukah mereka bersaing dengan media masa dan media social yang ada sekarang ini?

Kalaulah tahun 70an dahulu ada FB. Bapa dan buku-bukunya.


Kalaulah tahun 70an dahulu ada FB. Bapa dan buku-bukunya.

Bapa saya (kini terlantar di atas katil semenjak tiga tahun lalu) agak tegas orangnya terutama kami tiga beradik masih bersekolah rendah. Kadang-kala tegasnya tanpa sebarang penjelasan.

Bapa membaca. Setiap hari dia mesti membeli akhbar harian. Dia membaca seawal pagi. Kemudian bersambung seketika sewaktu tengahari. Bapa memuktamad bacaan akhbar sejurus sebelum Berita Nasional RTM jam 6.00 petang.

Tiada sesiapa pun boleh menganggu siaran berita ini. Hak mutlak bapa. Malah walaupun tidak secara terang-terangan, bapa mahukan kami tiga beradik bersama-sama menonton berita.

Begitu juga sewaktu Azan Magrib bergumandang, tiada sesiapa boleh menutup tv atau mengubah siarannya.  Malah kami dimestikan menghormati Azan Magrib dengan mesti berada dalam rumah sebelum Azan Magrib, tidak makan-minum, tidak membaca dan tidak berbual semasa Azan dilaungkan. Akhir sekali Berita Jam 8.00 malam, siarannya menjadi milik bapa.

Selain dari membaca, bapa juga membuat “newspaper cutting” artikel-artikel berkatan motivasi dan career development. Malah bapa juga menulis (menyalin semula?) kata-kata hikmah di dalam buku rampaian sekali.

Masih teringat saya akan satu ungkapan yang bapa terbalikkan. Bapa menulis, “buat baik jangan sekali, bat jahat berpada”. Ketika itu saya terasa aneh bapa menulis sebegitu. Apabila dewasa baru saya sedar akan kebenarannya juga.

Bapa banyak membeli buku sewaktu beliau bekerja sebagai askar terutama di sewaktu berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Kebanyakannya buku Indonesia dan pilihan utamanya ialah karya Hamka genre kemasyarakatan dan adalah sebuah-dua genre agama.

Tidak seperti arwah adik bapak (yang juga tentera dan minat yang sama dengan buku), bapa agar “mengawal” genre buku-buku yang dibelinya. Malah bapa juga “mengawal” buku-buku bacaan yang kami bertiga beli atau baca.

Teringat saya pada suatu kejadian apabila saya membuat tugasan kerja sekolah Darjah 6 dengan mengumpulkan keratan akhbar berkenaan wanita.  Ada di antara keratan akhbar dan majalah itu berkaitan dengan gejala social wanita yang memuatkan beberapa gambar yang agak menjolok mata. Bapa mengarah saya membakar scrap book itu dan pada masa yang sama kena juga seliang-dua bedalan tali pinggang askar milik bapa.

Tanpa pengetahuan bapa, saya menelaah beberapa buku yang mendebarkan ketika itu di rumah pakcik saya. Pakcik saya (arwah) agak terbuka dalam hal ini. Malah dia meminjamkan saya beberapa buku termasuklah  Sofia karya Yahya Samah ini. Rasanya saya sorokkan di tempat rahsia di dalam rumah! Apabila remaja ada juga beberapa buku Yahya Samah yang saya beli.

Pada saya, tulisan Yahya Samah tidaklah begitu erotic tetapi bapa begitu tegas dalam hal sebegini.

Saya tidak dapat bayangkan kalaulah tahun 70an dahulu ada FB, bagaimana bapa hendak mengawalnya?

Kemungkinan rumah kami tiada computer! TV hitam-puteh pun hanya dibeli pada tahun 1979. Itupun sudah berapa kali hand-hand agaknya.

Apapun ketegasan bapa terutama dalam tabiatnya (amalan?) membaca, merujuk dan menulis serta mengawal Berita TV, Azan Magrib dan juga cerewet menjaga (membalut) buku-buku kepunyaan kami, adalah ajaran yang tidak dapat tidak kami tiga beradik terutama saya melupakannya.


Bagaimana anda mengawal anak-anak anda berintraksi dengan bahan bacaan melalui media social sekaran ini?

Seorang Tua di Kaki Gunung




Seorang Tua di Kaki Gunung

Koleksi peribadi sahaja. Bukan untuk dijual

Sudah lama saya mencari buku Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Hj. Abdullah ini. Merata ceruk di rumah emak sudah saya punggah berkali-kali.  Ingatkan ada yang pinjam dan tidak mengembalikan. Ataupun sudah lunyai dikerjakan oleh anak-anak saudara yang masih kecil ketika dulu.

Saya yakin ada buku ini seawal tahun 80an lagi, malah saya yakin ada lebih dari satu naskah.

Salah satu dari naskah itu tersebut diperolehi samada berjaya menduduki kedudukan tertentu semasa peperiksaan di sekolah ataupun dalam pertandingan bahas atau syarahan. Kalau bukan saya yang mendapat hadiah buku tersebut, mungkin kakak atau adik perempuan saya yang memperolehinya, juga cara yang sama melalui peperiksaan ataupun pertandingan bahas dan syarahan.

Terkejut apabila  semalam saya mendapat tahu naskah terpakai buku ini sudah menjangkau RM 50.00 harganya, hari ini saya membuat operasi mencari buku ini habis-habisan.

Rupanya selama ini buku ini sudahpun berada dalam rak buku di rumah saya. Oleh kerana ia berbalut kemas dengan kertas hadiah menyebabkan saya tidak menjumpainya.

Menjadi kebiasaan kami tiga beradik akan membalut buku-buku hadiah yang kami terima sama  ada menggunakan kertas balut hadiah ataupun kertas minyak. Plastik jarang-jarang sebab harga agak mahal sewaktu itu. Ada juga yang dibalut dengan hanya kertas majalah yang tebal dan berkilat itu. Ini adalah “arahan” bapa kepada kami bertiga.

Sekarang dalam operasi mencari senaskah lagi. Dan selepas ini akan cuba melengkapkan koleksi karya Azizi Hj. Abdullah ini.


Ada sesiapa yang masih membalut buku bacaan sekarang ini?

Saturday, August 08, 2015

Gulai Ayam Kampung di Kedai Abah Nasi Campur, Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth








Gulai Ayam Kampung di Kedai Abah Nasi Campur, Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth.
Hanya hari ini saya berpeluang menjenguk ke Kedai Abah Nasi Campur ini walaupun agak kerap setahun dua ini saya berurusan barangan kulit di Kedai Afdal Maju Enterprise, Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth ini.
Ramai yang memberitahu saya di sini menunya ala Nasi Kandar tapi Nasi Kandar Melayu.
Kunjungan saya hari ini baru sahaja pukul 1.00 petang tetapi banyak talam (tray) sudah tinggal bekas. Saya memilih Gulai Ayam Kampung, Kerabu Tauge dan Sambal Tumis Ikan Bilis Petai.
Gulai Ayam Kampungnya memang terbaik. Rasanya ayam itu dilayur (dibakar sedikit) sebelum dibuat gulai.
Lain kali nak datang awal lagi sebab periuk gulai ikan ada dua dan besar pula tu cuma isinya sudah habis.

Friday, August 07, 2015

Rupa-rupa ada "ibu buah" memerhati



Jengah mak dan bapa sebentar tadi.
Rupa-rupa ada "ibu buah" memerhati !

Lemang Jagung sudah ku cicip
















Lemang Jagung sudah ku cicip

Terimakasih kepada rakan maya FB. Mudah sangat ketika ini. Kalau teringin atau mencari sesuatu makanan atau benda, Tanya sahaja dalam media social. Sudah tentu dan sekejab sahaja ada yang membantu.


Dengan maklumat seorang rakan maya FB, hari ini saya dapat membeli  Lemang Jagung di Pekan Lama Kamunting (Lorong 1). Gerai ini beroperasi hingga habis Syawal. Masa operasi dari 9 pagi hingga 8 malam.

In sya Allah, esok masih ada











In sya Allah, esok masih ada
Pagi ini langit masih kelam kaki sudah mengayuh. Hasrat di hati hendak mengayuh sejauh mungkin sementelah hampir kesemua jersey lama yang dicuba awal pagi tadi sudah tidak mampu membalut badan.
Apakan daya jam 8.00am, whatsapp berbunyi, rakan kilang tayar mengajak bersarapan di Gerai Zul Roti Canai Jalan Ekspo. Lebih-lebih lagi sudah sebulan Ramadan tidak bersarapan di gerai ini.
In sya Allah esok masih ada. Harapan masih berbunga untuk menyarung kembali jersey-jersey ini
.