Buku vs Media Social
Gaji RM 380.00 sebulan,
peruntukan sebuah buku sebulan
Semasa mula bekerja di kilang
tayar di Taiping pada tahun 1989, gaji saya hanya RM 340.00 sebulan dan selepas
tiga bulan dinaikkan menjadi RM 380.00.
Selepas enam bulan bekerja, saya
berpindah dari rumah emak saya dan menyewa bersama rakan berkongsi sewa rumah
RM 100.00 seorang.
Dengan gaji sebanyak itu saya
masih dapat memperuntukan sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan terutama
novel. Pilihan saya ketika itu ialah novel-novel keluaran Creative Enterprise yang
terkenal dengan majalah Gila-Gila mereka.
Creative Enterprise merupakan
penerbit novel yang aktif sekitar 80an dan 90an. Antara yang aktf berkarya
ketika itu di bawah terbitan Cretive Enterprise ialah Abdul Talib Hassan, Abdul
Rahim Awang, A. Samad Ismail dan beberapa penulis lagi. Malah saya ada juga
karya Malungun, Misyar (Meor Syariman Hassan), Adi Al-Hadi, Elias Hj. Idris dan
banyak lagi.
(Ramai yang menyangka Ramlee
Awang Murshid sebagai Raja Novel Penyiasatan, tetapi saya rasa Abdul Talib
Hassan dan Abdul Rahim Awang adalah pelopornya).
Terbaru Ujang akan membuat
come-back dalam penerbitan Gila-Gila bersama-sama rakan-rakannya dahulu. Adakah
penulis-penulis ini akan membuat comeback juga? Mampukah mereka bersaing dengan
media masa dan media social yang ada sekarang ini?
No comments:
Post a Comment