Wednesday, January 13, 2010

Kenalan baru di udara



Kenalan baru di udara

Semenjak berperjalanan (sebenarnya berpenerbangan) menggunakan udara ini, aku berjumpa dengan ramai orang. Senarionya berbeza berjumpa dengan orang ramai ketika menggunakan jalan darat (bukankah jalan sentiasa di darat? mengapa perlu disebut jalan darat?)

Berjumpa di jalan darat mungkin hanya dapat berselisih muka. Sukar untuk berpaling kali kedua. Tetapi kalau di Airport atau atas kapalterbang, silap-silap haribulan boleh bertepuk-tampar! Kena pula fligh delay!

Sebenarnya aku teringin hendak berjumpa dengan Profesor Dr Aziz Bari, penganalisa politik yang terkenal itu. Entah mengapa keinginan berjumpa dengannya membuak terutama setelah beliau dikecam oleh sebilangan ahli dan penyokong PAS. Sedangkan sebelum ini nama Dr Aziz Bari sentiasa di bibir mereka yang mengecamnya ini.

Keinginan itu nampaknya belum berhasil. Bagaimanapun dalam perjalanan pulang KL ke Penang bulan awal bulan ini aku bukan sahaja berkenalan di dalam Ruang Menunggu KLIA tapi duduk sebelah menyebelah di dalam kapalterbang dengan Dr. Sivamurugan Pandian, seorang lagi penganalisa politik dari USM.

Kami bertukar-tukar contact number dan Dr Siva berkongsi pandangan peribadinya mengenai politik semasa tanahair. Oleh kerana blog ini bukan blok politik, pandangannya itu hanya akan dikongsi kepada mereka yang berkesempatan bersua-muka dengan aku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

1. Gambar kecil di sisi gambar Dr Siva di atas tidak ada kena-mengena dengan posting dan juga dengan diri aku :-)
2. Malangnya kamera digital yang sentiasa aku bawa tersimpan dalam beg di ruangan bagasi kapal terbang.

No comments: