Saturday, November 14, 2015

Adab berlumba bukan sahaja kalah menang tapi “memastikan” siapa yang perlu menang





Adab berlumba bukan sahaja kalah menang tapi “memastikan” siapa yang perlu menang

Mereka yang mengikuti  perlumbaan akhir pusingan 18 MotoGp di Trek Valencia pada 8 November 2015 lalu pasti menyaksikan “drama perlumbaan” di antara Rossi (Movistar Yamaha), Marquez (Repsol Honda) dan Lorenzo (Movistar Yamaha). Malah ada mengeji “pakatan” yang dibuat oleh Marquez dan Lorenzo untuk memastikan Rossi tidak bergelar juara keseluruhan tahun 2015 ini. Ada yang mengaitkan pakatan ini dalam siri membalas dendam “unsporting spirit” yang dilakukan oleh Rossi pada perlumbaan sebelum (pusingan 17) di Malaysia pada 25 Oktober 2015.

Seimbas lalu apa yang berlaku di Valencia di mana tumpuan kepada Rossi walaupun bermula di petak terakhir akibat didenda (unsporting spirit di pusingan 17) masih mendahului dengan pungutan mata keseluruhan 312 mengatasi Lorenzo 305. Manakalah Marquez ketinggalan sebanyak 90 mata.

Kesungguhan Rossi di Valencia untuk mengejar kejuaraan dunia ketujuh setelah memenanginya pada tahun 2002, 2003 (dengan Honda), 2004, 2005, 2008, dan 2009 (dengan Yamaha) tampak ketara dengan memotong satu demi satu pelumba lain sehingga berjaya di dalam kelompok empat pelumba di hadapan sekali.

Dan di sini dikatakan drama bermula apabila Marquez seolah-olah berpakat dengan Lorenzo bukan untuk membantu Lorenzo menjadi juara tapi lebih dari menghalang Rossi dari bergelar Tujuh Kali Juara Dunia!

Ini lebih ketara apabila Pedrosa berjaya memotong Marquez, dia memintasnya kembali. Kenapa Marquez tidak berbuat demikian kepada Lorenzo?

Adakah ini unsporting spirit? Adakah ini arahan pasukan?

Di Kangar tahun 2000 semasa pusingan terakhir Malaysian Cub Prix, Wazi telah mendahului Megananthan dalam perlumbaan akhir.  Menariknya saya sebagai sebagai Chequered Flag Man ketika itu hanya mengibarkannya kepada Mega bukan kepada Wazi. Ini kerana sebelum lap terakhir Wazi “membenarkan” Mega memotongnya untuk membolehkannya bergelar Juara Cub Prix yang keempat. Adakah ini atas semangat berpasukan atau arahan Pengurus Pasukan?

Berbeza dengan drama di Valencia kerana Marquez dan Lorenzo bukan dalam satu pasukan yang. Malah mereka berdua menggunakan jentera berbeza di mana Marquez menunggang Honda manakala Lorenzo menunggang Yamaha. Apa yang ada persamaan mereka hanya kedua-duanya berasal dari Sepanyol berbeza dengan Rossi dari Itali.

Adakah Marquez (jentera Honda) sanggup membiarkan musuh jenteranya Yamaha yang ditunggang oleh Lorenzo memenangi perlumbaan dari membenarkan Rossi bergelar juara?

Senario yang hampir sama, menjadi juara bukan semata-mata matlamat. Ramai yang tidak tahu mengapa (dalam scenario cub prix Malaysia) mengapa kadang-kadang ahli pasukan pelumba masih bersorak melampau walaupun pelumba mereka tidak memenangi perlumbaan. Sebenarnya ada perlumbaan dalam perlumbaan yang sedang berlangsung di antara pasukan tertentu. Drama ini tidak memperdulikan siapa (pasukan) yang mendahului yang sememangnya memiliki jentera yang mantap dan krew yang terbaik. Sebaliknya ada drama di antara dua atau lebih pasukan yang di belakang. Kepuasan mereka (melibatkan taruhan?) lebih bermakna jika pasukan mereka mampu mendahului pasukan lawan walaupun masing-masing berada di kelompok belakang.

Seorang pelumba cub prix berasal dari Ipoh yang juga kenalan karib saya pernah bertongkah arus dengan prinsip berpasukan ini. Pertamanya beliau tidak berpuas hati kerana diberikan jentera yang tidak semantap dengan pelumba utama dalam pasukannya. Dia mengubahsuai sendiri jenteranya dan berjaya mengatasi jentera pelumba utama pasukannya dalam satu perlumbaan akhir 80an. Akibat dari ini dia diberi amaran oleh Ketua Mekanik dan Pengurus Pasukannya.

Keduanya, beliau mengingkari arahan pasukan agar sentiasa berada di belakang pelumba utama untuk “mengacau” pelumba lain.

Adakah ini unsporting spirit?                       

Persoalan lain yang menarik ialah mengapa Rossi seolah-olah berpuas hati di kedudukan keempat sehingga tamat perlumbaan di Valencia? Jenteranya mantap dan tunggangannya constant.

Adakah Rossi ingin membuktikan dakwaannya betul iaitu Marquez berlumba bukan untuk kejuaraan tetapi Marquez berlumba untuk menjadi pengacau?

Ataupun Rossi ingin menutup jejaknya “menendang” Marque di Malaysia? Membiarkannya kalah di Velencia akibat bermula dari petak belakang kerana didenda akan meraih simpati bukan sahaja penyokongnya tetapi orang ramai (termasuk penyokong Marquez) dan membolehkan Rossi bergelar “juara rakyat”!

Kalaulah saya menjadi Lorenzo (atas semangat kesukanan dan juga untuk meraih simpati), saya akan serahkan sahaja piala pusingan 18 (bukan piala MotoGp) yang saya menangi di Valencia ini kepada Rossi. Sudah tentu saya akan bergelar Juara Dunia dengan sempurna dan tindakan saya ini juga akan menidakkan gelaran juara rakyat kepada Rossi.

*Untuk makluman mulai tahun 2015 ini saya tidak lagi terlibat secara rasmi dengan Kejohanan Malaysia Cub Prix Malaysia. Saya bermula dengan Flag Marshal tahun 80an (termasuk Cub Prix lain) kemudiannya terlibat dalam semua bidang seperti safety, technical, liaison, chief scrutineering dan paling lama sebagai secretary of the meet. Mulai awal 2000 hingga tahun 2014, saya lebih terlibat dengan rekabentuk (designing) litar track.


No comments: