Pesan Bapa – hormatilah Jaga
Pesan Bapa kepada aku pada tahun 1984 (semasa Form V) mudah
sahaja, mudah dan ringkas sahaja.
Pesan bapa - Empat golongan ini kau mesti hormat semasa
bekerja nanti iaitu 1. Jaga, 2. Tukang Masak, 3. Kerani Store dan 4. Kerani
Gaji. Orang yang pertama ialah Jaga!
Bapa tak sebut pun ayat motivasi yang selalu
diperdengarkan semasa ini – kalau anda ingin dihormati, anda mesti menghormati
orang dahulu.
Bapa sebut – hormati empat golongan ini!
Mulai semalam ramai yang forward kisah perempuan yang
terperangkap di dalam Bilik Sejuk di tempat
kerja. Dia diselamatkan oleh Security Guard tempat kerja yang menyedari
perepuan ini tidak keluar dari tempat kerjanya selepas waktu kerja. Dalam FB
malah whatsapp pun bertalu-talu yang forward. Malah di Radio Sinar pun hari ni
Kak Beb mengulang lagi kisah ini.
Seperti biasa, hari ini hari Jumaat, aku ikut pesan Bapa
seterusnya. Belilah air dan cucuq untuk Jaga selepas kau balik sembahyang
Jumaat. Itupun kalau kau pergi sembahyang. Tajam…….
Kisah sepenuhnya
Seorang perempuan yang bekerja di kilang daging. Suatu
hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging
sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup
dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.
Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati,
tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama
pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada
kawasan di luar bilik sejuk.
5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian,
seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib
nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu,
perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk
itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.
Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang
ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari,
tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan
menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda
meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak
pernah wujud.
Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga
hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas "Hello".
Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak
mendengar sapaan "Bye. Jumpa lagi esok". Jadi, saya merasakan saya
perlu check di sekitar kilang.
Setiap hari saya akan mengharap sapaan "hi" dan
"bye" dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang
insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat
mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi.
Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat.
Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat
pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap
orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan
terjadi di masa depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.
Mari kongsi kepada semua untuk inspirasi...
No comments:
Post a Comment