Sunday, November 29, 2015

Berkongsi rezeki sempena berpeluang mengerjakan umrah







Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT)

Alhamdulillah pada Jumaat 5 Disember 2015 ini ada Hamba Allah yang ingin berkongsi rezeki dengan 90 orang penghuni  4 buah rumah amal kelolaan KaT ini sempena permergian Hamba Allah ini sekeluarga menunaikan umrah pada pertengahan Disember nanti. Juadah yang ingin dikongsi bersama ialah

       Nasi Puteh
       Ayam Masak Lemak
       Ikan Goreng
       Sayur Campur
       Ulam Timun
       Sambal Belacan
       Buah Tembikai

Hamba Allah ini memohon agar anak-anak dan warga emas penghuni 4 buah rumah ini mendoakan mereka sekelurga dipermudahkan-Nya semasa menunaikan umrah, diperlihara-Nya kesihatan dan dijagai-Nya keselamatan serta diberkati-Nya amalan mereka.

Program ini telah bermula dari awal Januari 2015. Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap hari Khamis dan Ahad.. Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 35 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 15 penghuni *
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 15 penghuni
                                     
Jumlah semua penghuni untuk 4 buah rumah ini ialah 90 orang

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021

*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO



No comments: