Tuesday, November 03, 2015

Bubur Assyura untuk 4 buah rumah amal
















Bubur Assyura untuk 4 buah rumah amal

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal (90 penghuni).

Alhamdulillah, petang tadi Sweet Bakery Kamunting (05 8070034/0111 6589008) dengan kerjasama Komuniti Amal Taiping (KaT) telah menyumbangkan 90 pek Bubur Assyura kepada 90 orang penghuni 4 buah rumah amal di Taiping/Bagan Serai iaitu

Rumah-rumah amal/kebajikan tersebut ialah:

 i. Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir, Batu 4, Kmtg (35 penghuni),
ii. Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai (15 penghuni),
iii. Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy  Kpg Ekspo Kmtg  (25 penghuni) &
iv. Rumah warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg (15 penghuni) (15 penghuni)

Semoga diberkati-Nya amalan dan dimurahkan-Nya rezeki penyumbang-penyumbang melalui KaT ini.

Jika ada yang ingin bersama-sama menyertai Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal (90 penghuni), bolehlah menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT) - Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms.

Buat masa ini KaT mengelolakan juadah makanan sebanyak 2 kali dalam seminggu iaitu hari Khamis (makan malam/berbuka puasa) dari hari Ahad (sarapan/makan tengahari).

Bagaimanapun jumlah sumbangan atau penghantaran makanan ataupun hari tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir, Batu 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021


*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

No comments: