Tuesday, May 07, 2013

My dream big toy!

Awak tak ada pesbok?



Awak tak ada pesbok?

Agak aneh kalau takala ini jika seseorang itu memberi jawapan ya-tiada jika ditanya soalan di atas.

Ada yang berumur selewat 90an dan semuda 4 tahun sudah memiliki akaun facebook ciptaan Mark Zuckerberg pada Februari 2004 bersama-sama dengan beberapa rakannya di Universiti Harvard, Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Kegilaan berfacebook ini amat ketara apatah lagi ianya kini mudah dilayari melalui telefon pintar. Malah ramai yang kaki blog sudah membiarkan laman blog mereka bersawang kerana kini sudah beraleh minat mengkinikan (update?) status dalam facebook. Saya tak pasti kepopulariti facebook jika dibandingkan dengan twitter dan histogram kerana kedua-dua “mainan” alafbaru ini tidak saya mesrai!

Ada yang mengajak saya bertaruh sehingga bilakah laman social Facebook ini akan popular?

Terus-terang saya katakan saya memang ada akaun facebook tetapi tidak aktif dan hanya menerima jemputan berkawan dengan rakan sekolah saya sahaja. Ramai juga yang kehairanan mengapa saya tidak menerima permohonan mereka untuk “berkawan” terutama pelajar-pelajar saya sendiri. Saya tiada jawapan khusus jika ditanya mengapa malah isteri dan anak saya (setakat ini) juga tidak termasuk dalam senarai family atau friends saya!

Sebenarnya bersesuaian dengan saranan (dari kerajaan?) agar menjadikan facebook sebagai medium perhubungan. Ramai rakan pensyarah yang menjadikan facebook sebagai medium perhubungan dan amat berkesan jika ada maklumat saat terakhir seperti penukaran dan pembatalan kelas dan sebagainya.

Kegilaan mengemaskini lokasi (check-in?) juga agak pelek kepada saya terutama yang bertalu-talu mengemaskininya walaupun hanya bersela beberapa jam atau minit!

Terbaru saya dapati facebook menjadi medan peperangan “keyboard” (mulut?) di antara penyokong-penyokong tegar parti politik yang mereka sokong. Di samping itu berterusan facebook menjadi pasar atas talian dengan pelbagai barangan terutama produk wanita ditawarkan. Sudah menjadi bagaikan iklan di kaca tv pula!

Dari masa ke semasa walaupun tidak aktif berfacebook saya masih berterusan menerima mesej-mesej dari mereka yang tidak dikenali untuk “berkawan”, berkongsi projek (projek?) dan sebagainya.

Awak tak ada pesbok?

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Posting berkaitan di sini.

Sunday, May 05, 2013

Riding, Picking, Eating & Voting







Today activities

Riding; Taiping-Ipoh (Highway) & Ipoh-Taiping (Federal Road)
Picking; Ipoh Lokin
Eating; Jalan Yang Kalsom, Ipoh Nasi Ganja
Voting; Kamunting

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, May 04, 2013

PRU13 - pameran & pertandingan replika kenderaan?

PRU13 - pameran & pertandingan replika kenderaan?

PRU13 kali ini di mana-mana sahaja kelihatan replika-replika kenderaan dihasilkan oleh hampir semua parti politik yang bertanding. Paling popular ialah kapalterbang (pengebom?), helikopter, roket,  meriam dan kereta. Manakala di Jerlun.Kedah pula ada kapalselam! Ada yang dihasilkan sebesar kenderaan sebenar malah ada yang boleh dinaiki!

Di Batu Kurau kampung saya terdapat replika kenderaan F1 dan motosikal Easyrider. Adakah ianya mengambarkan kekreatifan anak muda yang menyokong parti politik yang menghasilkan replika ini? Ataupun kepimpinan parti politik ini prihatin terhadap cita-rasa anak muda terhadap arena permotoran?

lukmanw@gmail.com
http://orantgbesarorangkecil.blogspot.com/

Wednesday, May 01, 2013

Mengapa warna kuning, puteh dan fluorescence?

Superbike dan aku


Superbike dan aku

Bhg. 1. Keperluan atau keinginan (must have or nice to have)

(Masuk hari ini sudah hampir 5 bulan aku menunggang semula superbike semenjak awal tahun ini. Semasa menunggang sentiasa ada sahaja keinginan di fikiran untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Bukan untuk bermegah atau menunjuk jauh sekali tetapi sebagai sesuatu catatan yang mungkin boleh dikongsi bersama. Posting ini lebih kepada catatan peribadi menjurus kepada keselamatan semasa menunggang. Jika bersesuaian diteladani dan jika tidak bersesuaian jadikannya sempadan).

Lebih dari 10 tahun aku berhenti dari memiliki motosikal besar atau superbike ini. Akhirnya setelah anak jantan aku seorang itu memasuki asrama di tahun ini, aku mengambil keputusan untuk ber-superbike semula.

Sebelumnya pelbagai persiapan dan persediaan awal telah dibuat. Bermula dengan “merisik” sama ada hasrat aku itu dipersetujui (blessing!) oleh orang rumah aku seorang itu dan juga orangtua aku (terutama emak aku). Alhamdulillah, mungkin mereka ini sememangnya mengetahui pengelibatan dan minat mendalam aku dari usia belasan tahun lagi dalam arena pemotoran 2-roda tidak menghalang walaupun pada masa yang sama juga tidak mengalakkan aku bersuperbike semula.

Aku juga tertanya-tanya sama ada aku masih berkemampuan dari segi keupayaan fizikal dan kemahiran mengendalikan jentera 2-roda ini. Walaupun lebih 10 tahun aku meninggalkan arena superbike ini, kerap juga aku dipelawa oleh kenalan atau pelajar master aku yang memiliki superbike ini untuk mencubanya untuk menunggang jarak dekat. Sememangnya aku amat sukar untuk menerima pelawaan mencuba superbike (termasuklah kereta) walaupun dari adik-beradik sendiri. Kecualilah jika test-ride/drive terus dari syarikat pengedar kenderaan. Aku turut bertuah kerana dari masa ke semasa ada sahaja pengedar/penjual kenderaan (motosikal dan kereta) yang mempelawa aku untuk menguji (test-ride/drive) kenderaan baru (atau terpakai) mereka.

Ini termasuklah kesukaran untuk mengelak dari menerima pelawaan untuk menemani seorang rakan menunggang bersama menyeberangi sempadan. Bukan membawanya atau memboncengnya sebaliknya dipinjamkan salah sebuah superbikenya. Rakan d KL ini mempunyai 4 buah superbike touring, dual-purpose, easy-rider dan scooter 400cc!

Persiapan awal ialah menentukan jenis superbike dan kuasa yang hendak dimiliki. Sport? Oh, bukan era aku lagi! Touring? Terlalu berat dan harganya di luar kemampuan. Easy-rider? Walaupun orang rumah ada tanda-tanda minat tetapi entah mengapa dari dulu model easy-rider tidak pernah terlintas dalam hati untuk memiliknya. Dari puluhan motosikal dan superbike yang aku pernah miliki tidak pernahpun aku membeli easy-rider! Akhirnya aku memilih semi-touring naked bike iaitu Kawasaki ER6N (Model N – Naked) yang berkuasa 650 cc. Mulanya aku ingin membeli Versys 650 tetapi orang rumah aku sedikit gayat untuk menaikinya!

Mengapa ER6N? Model ini agak popular di Malaysia dengan sokongan kuat dan banyak selepas jualan. Sebenarnya aku meminati motosikal dan superbike Suzuki, malah di kalangan orang lama pemotoran 2-roda ini aku dikenali dengan Suzukiman disebabkan hubungan yang erat aku dengan Suzuki di Malaysia (Suzuki Assembly Malaysia) dan pada masa yang sama hampir 80 % motosikal/superbiike yang aku guna dan miliki ialah dari model Suzuki.

Mengapa 650 cc dan 200 kg? Biarlah bertatih semula! Kalau ada rezeki dan keupayaan fizikal insya-Allah model selepas ini pilihannya touring yang lengkap dengan beg sisi dan sistem pemacu syaft!

Aku membeli ER6N ini dengan tujuan menggunakannya sebagai kenderaan berulang-alik Taiping-Sintok sekali-sekala berganti dengan kereta, menggunakannya jika mengajar luar atau berkursus yang tempohnya sehari-dua dan juga untuk berlibur di hujung minggu sama ada dengan orang rumah atau anak jantan aku seorang itu.

Persiapan awal juga dibuat dengan mendapatkan pandangan dari pemilik ER6N (serta ER6F) dari kenalan lama dan juga melalui forum siber terutamanya Forum MBC. Banyak maklumat, tips dan nasihat yang berkaitan ER6 (N & F) yang boleh didapati di Forum MBC ini. Seperti biasa juga aku berjaya mendapatkan Workshop Manual walaupun aku tidak berhasrat untuk membuat major service sendiri ke atas ER6N ini.

Antara aksesori motor awal yang aku beli bersama ER6N ini ialah; Beg Sisi GiVi + Side Rack, Handle Hand Guard, Wind Screen, Rear Rack, Rear Hugger, Radiator Cover, Frame Slidder, Tank Protector Sticker,  dan Tank Bag. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 2, insya-Allah.

Aksesori menunggang juga banyak yang aku beli walaupun masih banyak lagi aksesori menunggang ini yang ada dalam milik aku walaupun ada di antaranya mencecah usia hampir 20 tahun!

Antaranya yang aku beli ialah 2 helmet modular (flip-up), 2 Mesh Jacket, 2 Riding Golve, 1 Cordura Riding Pant, 1 Touring Riding But, 1 Female Hi-Cut But, 2 Skull Cap dan set lengkap 2 Givi Raincoat + Shoe Cover. Semua ini untuk aku dan orang rumah aku seorang itu. Manakala untuk anak jantan aku, aku warisi semua aksesori lama aku kepadanya dan dia amat berbangga memilikinya. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 3, insya-Allah.

Untuk persediaan lain aku beli Paddock Stand kerana ER6N tidak dilengkapi tongkat tengah, tongkat roda belakang mudah-aleh (Jackpac), pengunci roda depan bentuk-U dan Tubeless Repair Kit. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 4, insya-Allah.

Aku membeli ER6N ini di KL kerana beberapa sebab. Sebab utamanya harga yang ditawarkan (boleh rujuk di laman web Mudah) berbeza hampir RM2K jika dibeli di Perak (Ipoh dan Taiping) atau di Pulau Pinang. Pada masa yang sama semasa membawanya pulang dari KL ke Taiping, aku sudah dapat melenjankannya sejauh 300 km dalam proses eangine breaking-in 1000 miles (1600 km) ini.

Jumpa lagi di bahagian-bahagian akan datang, insya-Allah.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Nasi Vanggey Kamunting


Nasi Vanggey Kamunting

Akhirnya Restoran Vanggey cawangan Taiping (Kamunting) telah dibuka bulan lepas di Kamunting berhadapan kem askar bersebelahan banggunan Hotel SSL Trader.

Walaupun menunya sama (mirip) dengan Nasi Ganja Ipoh (Jalan Yang Kalsom) tetapi bukannya cawangannya sebaliknya restoran ini adalah cawangan Restoran Vanggey Greentown Business Center.

Tengahari tadi, aku dengan orang rumah aku seorang itu mencuba menu di sini. Pelanggan ramai juga sedang berbaris memlih menu walaupun jam sudah menghampiri pukul 2.

Seperti biasa aku memilih Nasi Puteh, Ayam Goreng Ketul-ketul Kecil, Telur Masin, Bendi dan Sambal Kelapa. Sama dan mirip dengan menu Nasi Ganja Ipoh tetapi rasanya jauh berbeza. Orang rumah aku bersetuju dengan aku malah dia tidak menghabiskan nasi di pinggannya walaupun kami berdua belum makan pagi.

Secara peribadi, bolehlah rasanya! Setaraflah dengan Pelita dan Arrahman di Taiping ini.

Tuesday, April 30, 2013

Pisang Rebus cicah Gula Merah

Pisang Rebus cicah Gula Merah

Tengah belek-belek henpon melayan mata yang belum mengantuk, sebenarnya sedang delete gambar-gambar dalam memory card, terjumpa gambar Pisang Rebus yang diambil semasa bersarapan di Hotel Kualiti, KL beberapa bulan lepas.

Saat dan ketika ini, di awal pagi berseorangan di Sintok ini, dengan renyaian hujan diselang-seli dengan curahan lebatnya. perut mula berkeroncong. Mana nak cari Pisang Rebus ni? Kalau tak dapat sekarang, pagi esokpun ok juga!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Thursday, April 11, 2013

Apa yang tersurat dan tersirat di sebalik klip video belasah pelajar ini?

Apa yang tersurat dan tersirat di sebalik klip video belasah pelajar ini?

Posting berkaitan di sini dan di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sepanduk politik terbaeeek!


Tuesday, April 02, 2013

Belajar semula "layan corner"!

Belajar semula "layan corner"!

Slepas habis berpantang 1000 batu (1800km) dengan menyusuri highway PLUS, minggu lepas aku 2 beranak dengan anak jantan aku seorang itu belajar semula "layan corner".

Berbelahbagi sama ada nak ke Sumpitan/Lenggong atau Trong/Bruas. Kalau ke Lenggong boleh makan tengahari di Tasek Raban. Kalau ke Bruas boleh belek Defender 110 yang baru dibeli oleh member sama sekolah dulu yang kini Manager Estate di Miri.

(Sebelum ambik keputusan start riding semula ini, aku sudah berpakat dengan member ini sama-sama untuk ambik Defender 110. Tapi manusia hanya merancang! Sorry Omar!)

Akhirnya tanpa dirancang kami "layan corner" Pondok Tanjung-Kubu Gajah-Selama-Bukit Merah. Sempat makan kenduri di Ekspo, Kamunting anak sulong rakan sesama Taiping Bikerz dan juga satu kenduri lagi kenduri di Selama.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, April 01, 2013

Bercuti di KK Waterfront Part II

Bercuti di KK Waterfront Part II

Makan malam di Pasar Philippines

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com






Bercuti di KK Waterfront Part I

Bercuti di KK Waterfront Part I

Antara impianku ialah membawa orang rumah seorang aku itu dan anak jantan aku seorang itu ke semua tempat yang pernah aku kunjungi sebelum ini tanpa mereka. Hampir semua Negara benua Asia telah aku jejaki terutama melalui jalan darat. Selain dari itu kami 3 beranak juga telah menjejaki China (Benjing & Tianjin), Indonesia (Jakarta & Bandung), Thailand, Singapura dan Brunei. Insya-Allah kami merancang ke Kampuchea dan Vietnam selepas ini. Tidak lupa juga menunaikan umrah, Insya-Allah.

Minggu lepas lengkaplah satu Malaysia kunjungan orang rumah seorang aku itu dan anak jantan aku seorang itu dengan 3 hari 2 malam di Le Meridien, KK. Sengaja aku pilih hotel di KK Waterfront ini dengan lokasinya berhadapan Pasar Philippines, Bazar Kraftangan, Pasar Malam dan beberapa pusat membeli-belah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com











Wan Rul Magic pengiat Seni Ventriloquism Malaysia



Wan Rul Magic pengiat Seni Ventriloquism Malaysia

Secara tidak senggaja saya tertonton rancangan Juara Mimpi Ke Bintang (Bakat 1 Malaysia) di RTM bulan lepas yang menyaksikan acara akhir tersebut dimenangi oleh pasangan kembar, Mohd Syazwan Nizam Dan Mohd Syazrul Nizam dari Sabah.

Kebolehan pasangan kembar ini dalam seni ventriloquism ini memang mengagumkan. Kelambakan hiburan berteknologi masa kni hampir menguburkan seni unik ini. Malah keunikan ventriloquism pasangan kembar ini ialah hasil kualiti suara yang dihasilkan (melalui lagu artis-artis popular Malaysia) yang hampir menyerupai suara artis asal dan bukannya “sengau” biasa ventriloquist.

Kembar ventriloquist ini boleh dihubungi di email; nsyazwanah@yahoo.com atau facebook mereka; https://www.facebook.com/pages/Wan-rul-magic-puppet/

Saya pernah membuat posting mengenai seni ventriloquism di blog OKOB ini. Rujuk di sini. Malah minggu lepas saya juga telah dihubungi oleh seorang pengarah filem berkaitan seni ventriloquism ini. Saya turut memiliki sebuah patung bercirikan ventriloquism (Boxer) yang tetapi tidak boleh mengerakkan bibir hanya leher dan tangan. Patung ini diwarisi dari seorang ventriloquist berbangsa Ceylon dari Ipoh yang telah meninggal dunia.

Kepada peminat seni ventriloquism ini, ada satu persembahan menarik yang boleh ditonton di video di bawah yang menggunakan human- ventriloquism.
  
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com




Antara Forrest Gump, The Majestic dan My Name Is Khan



Antara Forrest Gump, The Majestic dan My Name Is Khan

Semalam TV2 menayangkan semula filem Forrest Gump dan saya mengikutinya dari awal hingga tamat. Walaupun ada beberapa adengan yang dipotong, saya masih teruja meghayati filem ini. Dalam posting-posting lama di blog OKOB inipun saya kerap menyentuh filem mini.

Sememangnya Tom Hanks adalah pelakon yang saya minati di samping Harisson Ford. Berbeza dengan Jim Carrey dan Shahrukh Khan, di antara pelakon yang saya tidak suka menontonnya jika berlakon dalam filem komedi. Tetapi setelah menonton dua filem bukan genre komedi, The Majestic dan My Name Is Khan, rasa kagum saya kepada dua pelakon komedi mula lahir.

Ada banyak persamaan (kebetulan?) dalam ketiga-tiga filem ini terutama sekali Forrest Gump dan My Name Is Khan.

Filem Forrest Gump (arahan Robert Zerneckisand, 1994) yang berdasarkan novel dengan tajuk Winston Groom, 1986. Tom Hanks berlakon sebagai Forrest Gump, bermula sebagai kanak-kanak yang mengalami kekurangan fizikal dan IQ di Alabama yang kemudiannya membesar serta terlibat dalam beberapa peristiwa bersejarah penting bermula dari kelahiranya 1944 hingga era semasa di filem awal 1980an.

Dalam filem The Majestic (arahan Frank Darabont, 2001), Jim Carrey berlakon sebagai Peter Appleton (era awal 1950an), seorang penulis skrip yang dituduh sebagai kominis melalui tulisannya. Kecewa dengan tduhan ini, Appleton yang memandu keseorangan dan mabuk terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan beliau hilang ingatan (amnesia).

Appleton terlantar di sebuah pecan kecil bernama Lawson yang kebetulan ramai pemuda di situ terbunuh dalam Peperangan Dunia II. Appleton disalah anggap sebagai Luke Trimble, wira yang dilaporkan hilang setelah menyelamatkan beberapa rakannya. Kepulangan Appleton bukan sahaja mengembirakan ayah dan teman wanitanya tetapi turut menceriakan pekan kecil tersebut.

Manakala dalam file My Name Is Khan (arahan Karan Johar, 2010), Shahrukh Khan sebagai Rizwan Khan, seorang OKU yang awalnya tinggal di rumah adiknya, Zakir dan isteri di Amerika Syarikat.

Keunikan Khan ialah boleh memperbaiki sebarang peralatan mekanikal. Khan berkenalan dengan seorang ibu tunggal seorang anak lelaki berugama Hindu dan berkahwin dengannya tanpa sebarang penukaran agama.

Plot cerita berkembang apabila peristiwa 11 September berlaku dan kecurigaan terhadap orang Islam turut mempengaruhi persekolahan anak tiri Khan yang kemudiannya terbunuh dalam satu pergaduhan di sekolah.

Khan kemudian nekad untuk berjumpa dengan Presiden demi memaklumkan beliau bukan pengganas walaupun namanya Khan. Dalam perjalanan ini, Khan terlibat dalam pelbagai peristiwa termasuklah ditahan pihak berkuasa dan membuat kerja amal semasa banjir di Wilhemina, Georgia.


Monday, March 04, 2013

1st Weekend Ride - 2 Beranak

1st Weekend Ride - 2 Beranak

Sabtu lepas adalah kali pertama, aku dan anak jantan aku seorang itu ride ke Penang. Minggu lepas aku ride dengan orang rumah aku seorang itu ke Ipoh, sebelumnya ke Meru, Kelang. Jadi minggu ini giliran anak jantan aku seorang itu pula.

Sehari sebelumnya aku punggah balik koleksi riding gear aku di loteng. Rupa-rupanya hanya beberapa pasang gloves sahaja dengan usia lebih 20 tahun yang boleh diwariskan. Racing But Kushitani sudah dipindahmilik kepada seorang Biker Proton sebabnya sudah tidak muat saiz kami berdua! Fullface Suzuki masih atas loteng, juga bermasalah dengan saiz. Jaket Kulit Hitam Bell pula hilang! Sebab itu masa beli ER6N ini aku bagi semua barangan freegift itu kepada anak jantan aku seorang ini. 

Hujung minggu ni patah balik giliran orang rumah seorang aku itu. Ke mana agaknya nak ride?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Monday, January 28, 2013

Gelanggang dibuka kembali

Gelanggang dibuka kembali

Rakan persilatan dengan pegangannya semasa membuka dan menutup gelanggang sentiasa bersama amalan Berdoa, Al-Fatihah, Doa Ulul ‘Azmi dan Selawat.

Syor Ustaz Azhar Idrus, mulakan sesuatu dengan Sholat Hajat.

InsyAllah gelanggang aku akan dibuka kembali.

Selain dari doa kepada Nya, aku akan menyiapkan ilmu tempur dahulu.

Takala dulu perlu ke hulu ke hilir menagih ilmu, kini semuanya di hujung jari, di kerling mata.

Dipaparkan di sini agar bermanfaat kepada yang lain yang sama gelanggang.


Friday, January 04, 2013

Set keeper hoki klasik jenama USI Untuk Dijual

Set keeper hoki klasik jenama USI Untuk Dijual

 Keadaan sedia ada. Harga RM 200.00 tidak termasuk bayaran pos.

Boleh hantar di lokasi Rumah Tol dari Ipoh ke Bukit Kayu Hitam.

Hubungi Lukman 0195582626 atau email lukmanw@gmail.com