Wednesday, January 07, 2009

Boikot produk Amerika

Antara produk Amerika. Sumber laman web Persatuan Pengguna Muslim

Boikot produk Amerika

Ada yang marah-marah kat aku apabila aku “mempersoalkan” perlukah kita memboikot produk Belanda semasa isu filem Fitna (Geert Wilders) dahulu. Tetapi ramai yang menyetujui pandangan aku dalam posting “Orang rumah Vs Fitna Wilders”.

Antara produk-produk barangan Amerika di Malaysia ini terdapat dua produk makanan iaitu Maggi dan McDonald. Memang benar! Kedua-dua produk ini adalah berasal dari Amerika tetapi di Malaysia di mana produk ini dibuat dan dipasarkan menggunakan tenaga-tenaga anak Malaysia yang majoritinya adalah orang Melayu.

Di tengah kemelut ekonomi merundum ini, aku ingin mendapat pandangan ramai jikalah kempen memboikot ini berjaya, bagaimanakah nasib pekerja-pekerja di kilang Maggi ini dan juga di outlet-outlet McDonald ini?

Memang benar jika yang berkata banyak lagi alternatif makanan untuk dua produk ini. Itu dari segi pengguna dan kuasa pengguna. Bagaimana dengan pembuat atau lebih khusus pekerja-pekerja di kilang Maggi dan outlet-outlet McDonald ini?

Sama-samalah kita fikirkannya. Apa yang pasti kejadian seorang ibu mencuri barangan makanan di pusat membeli-belah di Pulau Pinang sepatutnya tidak berlaku. Aku difahamkan ibu ini terdesak kerana baru diberhentikan kerja di sebuah kilang di sana.

Berikut adalah posting aku terdahului;




Adakah kerana Fitna Geert Wilders, akan terdengar dialog sebegini;

(Klik di sini atau pada tajuk di atas untuk posting asal dengan keterangan gambar)

Abang!, Ayang nak minta maaf awal-awal lagi. Hari ini Ayang tak boleh hantar anak jantan abang seorang tu ke sekolah sebab minyak kereta habis(1). Ayang tak boleh hantar dia ke stesen bas sebab Ayang tak boleh mandi kalau sabun(2) dan syampu (3) tak ada. Kalau tak bersabunpun macamana nak hilang bau ketiak (4).

Kalau abang balik rumah nanti, janganlah marah-marah tengok kain baju bertimbun. Sabun basuh (5) tak ada. Pinggan mangkuk pun dalam sinki lagi (6). Lantaipun dah berkulat (7). Nasib baik kita tak ada baby kecik. Tapi anak jantan abang seorang tu nak susu juga (8).

Dalam perjalanan balik nanti, abang singgahlah beli nasi bungkus. Ayang tak masak hari, minyak masak dah habis (9). Kalau rebus-rebuspun, perasa (10) tak ada. Cadang Ayang nak buat kuih petang ini pun tak jadi (11) sebab majerin tak ada. Kalau abang teringin Karipap Telur Besar tu abang beli untuk abang dan anak jantan abang seorang itu sudahlah. Ayang tak mahu, takut gemuk sebab susu yang Ayang minum itu sudah habis (12). Jangan lupa beli teh Mamak sekali. Uncang teh kat rumah pun dah habis (13).

Malam ini kita pergi tengok wayang boleh tak abang? TV rumah kita itu sudah tak ada (14).

Akhir sekali, kalau abang nak balik itu, jangan ikut jalan biasa sebab ada road-block. Insuran dan Road Tax kereta abang itu dah mati (15).

Saaaayang abang. Muaaaaaah!

(Jangan nak mengada-gada! Nak dijadikan alasan, bersepah-sepah lagi produk alternatif termasuk buatan Malaysia di luar sana!)

lukmanw@gmail.com

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: