Saturday, January 15, 2011

Interlok - itu, ini .........


Interlok - itu, ini .........

Agak sukar mendapatkan buku ini di Taiping dan Ipoh. Kata Kathleen Kelly, pemilik The Shop Around The Corner gadis kaunter MPH Ipoh, ini buku teks (buku pinjaman sekolah?) kalau dijual tiada yang nak beli. Ingatkan kerana ianya menjadi isu konservatif sekarang ini tapi banyak juga buku "politik pihak yang satu lagi" turut dijual di MPH Ipoh ini. Hari ini di Bangi, di kedai buku Pustaka Rakyat, Sekysen 7 masih berbaki sekitar 5 buah buku ini di rak setelah satu darinya menjadi milik saya. Amat laris kata penjual di sini!

Sebenarnya saya sudah lama mengenali Maniam, imigran dari desa Tricur, Kerala tetapi ianya tidak pernah "berbaris" di rak buku simpanan saya. Saya tidak pasti mengapa Interlok tiada dalam simpanan saya sedangkan hampir kesemua karya sasterawan Abdullah Hussain (seawal Amin Pemuda Desa, 1947) ada dalam milik saya sama ada dibeli oleh bapa saya, aruah bapa saudara saya ataupun saya sendiri. Novel Imam umpamanya saya ada dua naskah dengan satunya sudah terburai helaiannya kerana kerap diulangbaca.

Antara ingat-ingat lupa si Maniam ini, saya akan berkenalan semula dengannya malam ini sebelum melelapkan mata. Walaupun saya tidak berhasrat untuk mengulasnya, saya ingin "mengulas" pandangan dari tiga pihak yang mempunyai penilaian mereka tersendiri.

Banyak posting Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) yang tidak senada dengan saya tetapi kalau dia menulis berlandaskan sejarah (terutama sejarah revolusi) pasti mengujakan saya terutama pandangannya mengenai Interlok ini.

Saya menyetujui benar jika yang mengulas novel Interlok ini seorang Guru Sejarah (berdasarkan sejarah imigran) dan juga Guru Bahasa Malaysia (berdasarkan istilah yang digunakan). Memang tepat apa yang digarap oleh rakan sekolah saya Puan Raza (La Tahzan XIIINAM) berlandaskan jawatan hakikinya Guru Sejarah dan Guru Bahasa Malaysia di sekolah menengah.

Walaupun begitu ayat yang digunakan oleh rakan sekolah saya ini iatu "Demi menunjukkan kebersamaan ketika mereka perlukan pemimpin!" lebih manis jika ianya diulas seperti Mohd Sayuti Omar (Merah Tinta).

Apapun yang menjadi tandatanya saya ialah kenapa selepas 40 tahun Maniam dilahirkan, baru ada ada "serumah" dengannya menyedari keujudannya. Adakah setelah Maniam "masuk sekolah" di tahun ini baru ada yang mengenalinya?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

1 comment:

lukmanw@gmail.com said...

Saya pelajar Sains (Form IV & V)tidak memgambil pelajaran sejarah dan tidak berpeluang belajar Sejarah seterusnya di IPTA. Tapi saya menyokong pelajaran sejarah diwajib dlm SPM

Malah dlm kelas pengajaran saya skrg ini (Msc OSH) saya sering menekankan kepentingan sejarah (sejarah OSH).

Bagaimanapun saya menolak sejarah yang melindungi fakta-fakta tertentu demi kepentingan tertentu.