Minta tolong tengok le MPT!
Petang tadi (10-Jan-2010) aku singgah sebentar rumah orang tua di Kampung Pinang. Sampah masih berlonggokan di dalam dan di luar Tong Sampah yang kebetulan lokasinya berhadapan dengan rumah orang tua aku ini.
Menurut emak, kalau lori pengutip sampah swasta datang, hanya mengutip sampah di dalam tong. Kalau ditanya mengapa tak kutip sampah di luar tong, mereka akan menjawab itu kerja MPT!
Nak harapkan MPT, sudah berminggu tidak nampak kelibat mereka!
Longgokan sampah ini pula dicemarkan pula dengan pengutip-pengutip bahan kitar semula. Mereka ini (bukan kesemuanya) menyelongkar karung-karung sampah untuk mencari bahan berharga yan mungkin boleh dijual dan kemudiannya membiarkan sampah yang tidak bernilai berselerakan di luar tong sampah. Plastik-plastik sampah yang diburaikan ini kemudiannya berterbangan sehingga ke muka pintuk rumah-rumah berdekatan.
Di waktu malam (atau awal pagi) pula, pengusaha-pengusaha restoran dan kedai membaiki motosikal/kereta melupuskan sisa makanan dan tayar terpakai di tong sampah ini.
Tong sampah ini diburukkan lagi keadaannya dengan mereka yang melupuskan tilam-tilam dan perabut-perabut lama. Kebelakangan ini mak mula merunggut nyamuk semakin bertambah. Ini amat menakutkan kerana Kamunting dikenalpasti sebagai kawasan berisiko denggi!
Aku difahamkan MPT akan melaksanakan sampah akan dikutip secara menggunakan tong sampah individu di hadapan premis masing-masing. Hebahan telah dibuat di Bil Cukai Pintu tetapi bilakah ianya akan dilaksanakan.
Minta tolong tengok le MPT!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
1 comment:
Sebenarnya pemunggut sampah (atau pencari bahan kitar semula yang boleh dijual) ini boleh "dilesenkan" demi kebaikan mereka (pemunggut sampah) sendiri.
Lesen ini termasuklah latihan hygiene dan juga health/safety (OSH) ketika sedang bertugas. Mereka terdedah kpd penyakit dan sebagainya.
Post a Comment