Friday, January 07, 2011

Nabil - langkah besar mu bermula malam ini






Nabil - langkah besar mu bermula malam ini

Semalam kami di Warga Kilang menerima sms dari Ustaz Mohd Azahar Abu Bakar Penolong Kanan 1, Sekolah Al-Hidayah Selinsing memaklumkan bahawa Muhammad Nabil Shamsuddin anak kedua Puan Ramziah yang mendapat 5A pada tahun 2010 akan melanjutkankan pelajaran ke Imtiaz Tahfis Terengganu.

Berita kedaifan keluarga ibu tunggal Puan Ramziah dengan lima anaknya, (yang kematian suami akibat kemalangan jalan raya) di Sungai Baru Selinsing boleh dirujuk di posting di sini.

Ustaz Azahar yang sukarela memantau perkembangan keluarga Puan Ramziah turut memaklumkan bahawa pemergian Nabil (hanya seorang diri) ke Terengganu adalah malam ini jam 8.00 pm di Stesen Bas Kamunting.

Ibunya bersama tiga orang adiknya lagi turut menghantar Nabil. Keluarga ini ditumpangkan oleh seorang jiran yang mempunyai kereta dari Sungai Baru, Selinsing ke Kamunting. Manakala kakak Nabil (pelajar Tingkatan 3) tidak dapat bersama kerana sudah kembali bersekolah di Gerik.

Saya mewakili Warga Kilang turut menghantar Nabil di Stesen Bas Kamunting dan menyampaikan sedikit sumbangan kutipan Warga Kilang untuk Nabil dan juga kepada ibunya.

Melalui posting ini juga Puan Ramziah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Warga Kilang yang telah sudi membuat sumbangan termasuklah sekeluarga yang datang dari KL bulan Syawal lalu (dengan Estima) yang meminta no. akaun bank dan seterusnya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Nabil - langkah besar mu bermula malam ini. Kami di Warga Kilang akan sentiasa mendoakan kejayaanmu demi masa depan dirimu dan keluargamu jua.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pada masa yang sama, Ust Azahar juga memaklumkan bahawa abang kepada adik Bibi enggan meneruskan persekolahan pada tahun ini yang sepatutnya dalam Tingkatan 3. Kisah adik Bibi boleh dirujuk di posting lama bersamaan dengan kisah Puan Ramziah.

Menurut jiran Puan Ramziah, ramai remaja di Sungai Baru dan kawasan berhampiran muara itu tidak menamatkan pelajaran menengah setelah mereka terikut-ikut dengan rakan-rakan yang mudah mendapat wang dengan cara ke laut.

Menurut jiran Puan Ramziah yang juga seorang guru, Nabil adalah pelajar pertama di Kampung Sungai Baru itu yang mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan UPSR.

3 comments:

Cikgooden said...

moga dia tabah...

lukmanw@gmail.com said...

Cikgooden

Aku yg sebak !

Umur 12 tahun ++, seorang diri pula tu naik bas ke Terengganu.

Harap tabah anak yatim ini

Anonymous said...

Allah will always be with you Nabil.. Allah mengiringi setiap langkahmu lebih besar ertinya dari iringan langkah manusia..