Monday, January 10, 2011

Tiada Sudah Gudang Ilmu di Rope Walk


Tiada Sudah Gudang Ilmu di Rope Walk

Semenjak awal suku terakhir 2010 dan bulan Januari ini, setiap kali kunjungan aku, anak jantan aku seorang dan orang rumah aku seorang itu ke Rope Walk Lorong Kulit di belakang stadium Pulau Pinang itu tidak ketemuan lagi Apek Buku Lambak (buku dan majalah terpakai) ini.

Ke mana kau pergi wahai Apek Buku? Adakah kau hanya berniaga di hari Ahad? Kami jarang pergi ke Rope Walk ini pada hari Ahad kerana terlalu sibuk dan padat pengunjungnya.

Sudah kerindu-rinduan kami terhadap buku-buku dan majalah-majalah terpakai di sini. Anak jantan aku seorang itu sudah kerap menanya bila lagi nak “bergaduh” dengan Apek Buku ini? Biasanya aku akan “berbalah mesra” sebelum memuktamadkan harga buku dan majalah yang dibeli dengan acap-kalinya melebihi seratus ringgit.

Di manakah kau Apek Buku? Semoga kau masih sihat untuk menjadi Gudang Ilmu bagi kami.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Gambar-gambar dalam posting adalah semasa kunjungan-kunjungan kami sebelum ini
.



3 comments:

Anonymous said...

boleh try singgah ke kedai No. A9, Gulam Mohamed Mohamed Hanifah, 53, tingkat dua bangunan Pasar Chowrasta utk cari buku terpakai

Anonymous said...

Terdapat banyak kedai buku-buku lama disana,mengapakah mesti melayani kedai Mohg Gulam?.Lagipun setiap kedai disana mempunyai harga yang berlainan.

Anonymous said...

Para pelanggan boleh mengkunjungi kedai buku kami di G62,Tingkat 1 Chowrasta Market.Kami juga membeli and menjual buku-buku lama dan baru dengan harga yang patut and murah.

Saya juga boleh dihubungi - Nasir – 0125914400