Thursday, January 06, 2011

Mu jek sangat la MPT tu!


Mu jek sangat la MPT tu!

Petang Selasa lalu, ada 3 miss call dari rumah mak tertera dalam henpon mode silence aku. Aku tengah mesyuarat di pejabat Sintok.

Selepas meeting jam 7.00 pm dalam perjalanan balik Taiping aku call mak.

“Kat mana ni?”, Tanya mak aku.

“Baru keluar Changlung.”

“La, bila pi sana?”, keheranan mak aku sebab malam Isnin aku jam 9.00 pm aku 3 beranak masih di rumah orang tua aku.

“Jam 4 pagi tadi. Malam tadi masa balik rumah mak kena panggil mesyuarat. Mesyuarat pula pagi petang. Ada apa mak telefon ni?”

“Tak ada apa cuma nak beritahu Maklong Huduh datang rumah tadi dengan Kak Hawa. Dia singgah balik dari Taiping. Dia singgah sat sebab pening sampai muntah-muntah. Dia suruh Man telefon dia.”

Biar betul Maklong Huduh. Kenapa sampai muntah-muntah ini?

Hanya pagi tadi aku telefon Maklong Huduh.

“Saleng Maklong. Man ini.”

“Waalaikum saleng. Mu kat mana ni? Selasa hari tu mu pergi mana?”

“Ada di rumah la. Selasa tu Man balik Sintok sat. Ada mesyuarat. Maklong tak sihat ka? Dengar pening muntah, masa singgah rumah mak tu?”

“Ini yang Maklong nak minta tulung mu ni?”

“La nak minta tolong apa Maklong. Man bukan doktor, jauh sekali nak buat air”, saja aku melawak.

“Bukan nak minta tulung berubat. Nak minta tulung komplen sikit kat MPT. Mak mu kata mu rapik dengan boss-boss MPT tu. Hari itu Kak Hawa kata mu jek sangat MPT.”

“Jek MPT? Komplen apa Maklong?”

“Tadi Maklong pergi bayar Cukai Pintu. Maklong ingat nak bayar minggu lepas tapi mu yang kata Cukai Tanah tak boleh bayar lagi bulan 12. Jadi Maklong mari hari ini nak bayar dua-dua sekali.”

“Maklong bayar dulu Cukai Tanah di pejabat DO. Ramai orang juga tapi boleh duduk. Tak lah sakit kepala lutut Maklong ini. Tu mu kata pejabat DO tak bagus lagi!”

“Lepas tu Maklong pergi MPT. Orang punya ramai. Macam Ulat Tahik!. Macam di pejabat DO orang pun ramai tapi ada kerusi boleh duduk. Di MPT ini kena berbaris! Nombor rosak kata jaga. Sempit pula tu tempat bayar dia.”

“Itu tak apa lagi. Pukul 4.00 jaga dah kunci pintu cermin tu. Lepas tu dia tarik turun pintu besi. Sudahlah aircorn tak kuat, Maklong dah rasa macam dok dalam almari besi saja.”

“Cina-cina yang ada berbaris dengan Maklong tu pun komplen. Apa la MPT ini! Belum habis waktu pejabat dah tutup pintu. Kalau tutup kaca sebab tak mahu bagi orang masuk lagi tak apa la. Ini pintu besi pun dia tarik turun.”

“Seorang Cina tu siap komplen, MPT kutip berjuta duit Cukai Pintu. Dia sendiripun bayar beribu tapi MPT ini macam tak mahu layan orang yang mari bayar. Kerusi dahlah sikit. Nombor pula boleh rosak hari ini. Lagi sakit hati kata Cina tu, air mineral punyalah banyak bersusun balang besar tapi semuanya kosong! Kata Cina tu lagi kalau MPT minta air mineral kat kilang Air Kuning tu bukan sahaja balang tapi selori pun tauke tu boleh bagi! ”

“Cina ini beritahu Maklong, MPT patut ikut Telekom. Semalam dia pergi bayar bil pukul 5 tapi boleh masuk lagi. Kemudian di Telekom semua orang boleh duduk. Kerusi pula ada kusyen. Bukan macam MPT kerusi keras. Aircorn pun di Telekom kuat.”

“Lepas bayar Maklong pergilah nak ambil cawan free dan tiket lucky draw. Di sini pun sama, orang punyalah ramai lagi tapi kerusi plastik semua dah kena susun. Agaknya pekerja MPT ini jenih kerja makan gaji ikut jam betui!”

“Itu Maklong nak minta mu tulung komplen sikit.”

“Pasai berbaris tu Maklong pening dan sampai muntah kot?”

“Pasai pening tu memang betui sebab berkurung dalam bilik sempit bayar bil Cukai Pintu itu tapi muntah tu pasai sampah depan rumah mak mu tu.”

“Sampah dengan rumah Mak? Tong sampah tu ka?”

“Tong sampah tu la. Tong sampah mana lagi. Mak mu kata dan lebih 4 hari MPT tak mari ambil sampah. Kalau yang swasta datang ambik dalam tong saja. Nak tunggu MPT datang baru nak ambil luar tong.”

“Itulah Man, mu jek lagi MPT!”

Tu dia Maklong panjang lebar sound aku.

Semalam aku terserempak dengan Tuan Haji Yahaya Bin Haji Ahmad, Pengarah Pengarah Kesihatan & Perkhidmatan Bandar. Kami sama-sama makan tengahari di sebuah warung di Trong. Kalau aku tahu hal ini boleh juga aku sampaikan kepada Tuan Haji Yahaya.

Minta-minta adalah yang akan ambil perhatian rungutan pelanggan ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

2 comments:

Yours truly said...

salam
pasal sampah tu mmg betul, dah berapa hari x clear, semalm nampak baru clear.. apa masalah agaknya?? hmmm

lukmanw@gmail.com said...

Salam Yours truly

Hang dok mana? Kpg Pinang? Kpg Jana?

Terbaru MPT declare nak guna sistem 1 rumah 1 tong. Ini boleh elakkan tong sampah besar yg tak effektif itu. Tong kecil kalau tiap-tiap hari ambil boleh le clear.