Wednesday, January 12, 2011

Restoran SH Salim – Ipohs most famous Bryani


Restoran SH Salim – Ipohs most famous Bryani

Saya tidak pasti semenjak bila Restoran SH Salim di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan Stesen Minyak Caltex ini mula beroperasi. Apa yang pasti penghujung 80an restoran ini telah menempah namanya sebagai “Ipohs most famous Bryani”.

Penghujung 80an di Ipoh, Restoran Nasi Ayam Merah atau Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom memang sudah terkenal. Kerana terkenalnya Nasi Ganja ini sehingga hari ini, pelanggan sentiasa memenuhi kerusi meja yang ada. Malah restoran yang ditumpanginya juga sudah padat dengan meja-meja yang ada.

Kalau yang “kaki jari mengetuk rokok” selepas makan mesti akan dijeling oleh pelanggan yang sedang berdiri memegang pinggan yang sarat dengan nasi dan lauk.

Berbeza dengan Restoran SH Salim, restoran ini masih mempunyai ruang dan kini terdapat juga ruangan berhawa dingin yang lebih selesa. Biasanya kalau berurusan atau “lunch meeting” di sini lebih sesuai.

Saya singgah untuk makan tengahari tadi. Mulanya ingin memilih menu Kambing tetapi memandangkan sehari dua ini sudah kerap dengan menu daging korban yang masih ada di rumah, saya memilih Ayam Madu iaitu antara menu popular di sini.

Seperti Nasi Ganja dan Nasi Kandar Hussein di Medan Selera Datok Sagor Masjid Negeri Ipoh, di Restoran SH Salim ini juga terkenal dengan Sambal Kelapanya.

Walaupun saya menganggap Bryani SH Salim adalah tersedap di Ipoh, anak jantan seorang saya (walaupun hantu Nasi Kandar) dan orang rumah saya seorang itu beranggapan sebaliknya. Mereka berdua “tidak tahan” dengan bau yang agak kuat terhasil dari Byrani SH Salim ini. Rasanya aroma ini berpunca dari minyak sapi dan pelbagai rempah-jintan yang ada dalam Byrani SH Salim ini. Tengok sahaja Kismis besar Grade A yang digunakan dalam Bryaninya.

Apapun kena rasa dulu kalau nak tahu mengapa ianya digelar Ipohs most famaous Bryani.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/









2 comments:

speedrider said...

nampak menarik. Banyaknya nak kena test kat Ipoh ni...

lukmanw@gmail.com said...

Jemput Mus

Sebelah restoran ini kedai motor - byk juga spare part terutama jenis Suzuki retro - Panther Jerung, GP100, dll