Wednesday, January 05, 2011

Mengidam semasa mengandung





Mengidam semasa mengandung

Gerai kecil menjual buah-buahan di tepi jalan di antara Changkat Jering ke Trong ini rasanya sudah ada seawal 80an. Ketika itu aku sekala-sekala melalui jalan ini menuju ke rumah rakan karib satu sekolah di Pantai Remis.

Sekitar bulan Julai 1997, ketika itu orang rumah seorang aku sedang mengandungkan anak jantan seorang aku itu, tiba-tiba dia teringin (mengidam?) untuk makan buah cempedak. Kebetulan di Taiping ketika itu bukannya musim cempedak, aku teringatkan gerai ini yang sentiasa aku lihat ada buah cempedak tanpa mengira musim.

Berkejar kami ke sini. Mungkin bukan rezeki, kunjungan kami hanya disambut dengan buah-buahan lain. Kami meneruskan perjalanan ke Bota Kanan kerana di barisan gerai-gerai berdekatan jambatan di situ aku juga kerap melihat cempedak dijual tanpa mengira musim.

Hampa juga kunjungan kami.

Mungkin rezeki telah ditentukan untuk bakal anak jantan seorang aku itu. Dalam perjalanan pulang semasa melalui semula Trong dua hari kemudiannya (kami bermalam di Lumut), kami ternampak ada cempedak di gerai tepi jalan ini.

Seperti telah ditakdirkan, cempedak hanya ada sebiji dan pelanggan yang lebih awal hanya beberapa minit dari kami mengambil keputusan tidak mahu membelinya.

Akhirnya cempedak itu menjadi milik kami. Malah kalau dia bersetuju membelinya pun aku sanggup merayu dan membayar lebih kepada pembeli ini untuk mendapatkannya.

Pagi tadi aku singgah semula ke gerai ini. Kali ini banyak cempedak. Cempedak biasa dilonggok atas meja kayu dan dijual sekilo RM 5.00. Manakala buah Cempedak Durian dan buah Cempedak Perak Champion digantung.

Di gerai ini juga terdapat buah durian dan durian belanda.

Terkejut juga apabila dimaklumkan durian belanda berharga sekilo RM 10.00.

“Ramai orang cari sekarang ini nak buat ubat kanser”, itulah yang dijawab oleh peniaga apabila ditanya mengapa agak tinggi harganya.

Aku membeli dua biji dengan seberat 1.75 kilo. Setelah menawar aku membayar RM 15.00 untuk dua biji ini.

Sebenarnya “sifu motorsport” aku di Ipoh sudah kerap kali berpesan agar aku membelikannya buah durian belanda. Di Ipoh katanya amat sukar sekali mendapatkannya.

Peniaga tersebut turut memberitahu aku buah durian belanda hanya dijual pada hari Rabu dan Khamis bermula dari 10.00 pagi.

Mungkin minggu depan sebelum ke Kuala Lumpur, aku akan singgah lagi di gerai ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkeciilorangbesar.blogspot.com/



6 comments:

lukmanw@gmail.com said...

SOURSOP, ANNONA MIRCICATA, DURIAN BELANDA, GUANABANA, NANGKA BLANDA, NANGKA SABRANG, SIRSAK, GUANBANO, PRICKLY CUSTARD APPLE

This fruit comes from the West Indies and northern South America. Characteristic: The fruit is somewhat oval or kidney-shaped four to 12 inches long and six inches wide. It may weigh as much as 10 to 15 pounds. The skin is dark green and covered with short green prickles. The innter surface is cream-colored and granular punctuated with black seeds. It has a pleasant pineapple type of aroma which is somewhat musky, juicy, and acid to subacid flavor. The flavor has been described as a strawberry to pineapple with a hint of cinnamon flavor.

Garrett, Theodore Francis (edited by). 1898. the Encyclopedia of Practical Cookery. L. Upcott Gill, 170, Strand, W.C. London. Vol. iv

rashid said...

ni gerai buah pak ertua aku nih..batu10 Trong?

lukmanw@gmail.com said...

Salam Rashid

Memang Gerai Batu 10 Trong.

Lukman

danish said...

wehhsusah nak dapat durian belanda la ni...adalg kat sana yer

lukmanw@gmail.com said...

Memang betul Danish

Di Taiping dan Kamunting pun tak ada. Di Kampung Batu Kurau yg dulu banyak buah ini pun tak ada.

xXXXX said...

Salam Semua

kami ade memproses, mengedar dan menjual produk kordial durian belanda dan puree buah durian belanda.

premis di kawasan rawang…

jika berminat untuk dapatkan produk kami, boleh layari blog kami di

http://bestagrofood.blogspot.com/

Berminat untuk menjadi pengedar produk kami adalah amat dialu-alukan

wassalam…