Anak Apak Subky Abdul Latif
Pak Subky memang terkenal dengan gaya penulisannya yang
bersahaja. Saya pernah mengikuti siri ceramahnya semasa bergelar ahli politik.
Kalaulah Pak Subky mampu berceramah sebagaimana dia menulis, sudah pasti lebih
ramai lagi pengikutnya.
Memoir Pak Subky ini digarap seolah-olah saya menonton
filem perjalanan hidup beliau. Dari alam kanak-kanak menjangka remaja
sehinggalah bergelar bapa, Pak Subky masihmengekalkan gaya penceritaannya
seperti di ruangan bulanan Mastika dan mingguan Harakah.
Jujurnya saya tidak menunggu penghasilan memoir ini, saya
masih mengharap Pak Subky membukukan hasil penulisannya di Mastika.
Paling mengingatkan saya satu penulisannya di Mastika
sekitar 70an yang berkisarkan beberapa orang sahabat di Taiping yang “menghasilkan”
emas dari tembaga.
Projek ini diilhamkan oleh seseorang dari Kelantan. Mereka menggunakan tembaga yang
dikikis (termasuk dari sebuah kereta kuda milik bangsawan di Taiping ketika
itu), kemudiannya tembaga ini dibakar menggunakan kayu Pokok Bacang.
Masalah yang utama ada syaratnya tembaga itu perlu
dibakar dalam perut Babi!
Rahsia terbuka apabila seorang penduduk kampong terjumpa
dulang di tempat pembakaran. Disebabkan merasa bersalah, ada yang memaklumkan
kepada penduduk kampong ini supaya bersamak.
Urusan membeli Babi juga menjadi permasalahan. Kumpulan ini
terpaksa memberi helah kepada penjual Babi mengatakan kononnya hantu laut
(bangsa Cina?) yang memerlukan Babi untuk dikorbankan.
Kisah benar ini diakhiri dengan kumpulan ini berjaya mendapatkan
logam yang telah selesai dibakar dalam perut Babi itu bercahaya seolah-olah
warna emas. Malangnya apabila dirujuk ke kedai emas, logam itu masih tembaga.
Adakah Pak Subky merahsiakan pengakhiran sebenar cerita
ini?
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment