Restoran Kerusi-meja P.Ramlee
Sebelum ini saya ke Restoran Selamat Bagan Serai bawah flyover ini kerana Nasi Briayani-nya banyak condiments, kali saya berkunjung semula semata-mata Kerusi-meja P. Ramlee!
Anak saya memanggilnya Kerusi-meja P.Ramlee kerana kebanyakan filem-filem Melayu klasik dengan scene makan di restoran mesti ada kerusi dan meja sebegini.
Kerusi kayu dan meja fixed bersalut formica colour sepasang dengan bucu aluminium ini memang klasik.
Sudah tentu kunjungan saya kali ini diraikan dengan Roti Canai Garing Berkuah Daging.
Kalau order Kuah Daging, akan diberi Kuah dengan seketul-dua daging. Kalau order Daging Cicah akan diberi sepiring besar Kuah dengan berketul-ketul daging.
Apapun menu, tidak dapat mengambarkan keasyikan memberatkan punggung di atas kerusi kayu tanpa alas kusyen selepas kekenyangan menjamah sekeping Roti Canai sambil menghirup perlahan-lahan Teh Tarik. Begitu juga dengan penyandar tinggi tanpa alas bak Fizza Hut.
No comments:
Post a Comment