Sumbangan Sarapan Bihun Goreng, Telur Mata dan Kuih
Sum-sum
Alhamdulillah, esok Khamis 1 Oktober 2015 ini, penghuni 4
buah rumah amal di bawah program Komuniti Amal (KaT) ini akan ditaja juadah
makan malam berupa Nasi Kukus Ayam Dara Cikgu Fuad Pasar Malam Kamunting sumbangan
2 orang Hamba Allah dari Puchong & Hamba Allah dari Pokok Assam.
Ahad 4 Oktober 2015 in sya Allah ada Hamba Allah yang akan menaja sarapan
Bihun Goreng, Telur Mata dan Kuih Sum-sum.
Semoga diberkati-Nya amalan dan dimurahkan-Nya rezeki
penyumbang-penyumbang ini.
Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal (90 penghuni).
Rumah-rumah amal/kebajikan tersebut ialah:
i. Tafiz Anak
Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Perwira Kmtg (35 penghuni),
ii. Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai (15 penghuni),
iii. Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy Kpg Ekspo Kmtg (25 penghuni) &
iv. Rumah warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg (15
penghuni) (15 penghuni)
Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan ataupun hari tidak
ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti
Amal Taiping (KaT) - Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms
Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus /
berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.
(i) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(ii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578
7650
(iii) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241
0021
(iv) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Perwira, Kamunting
012-543 0322
*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah
gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak
terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO
No comments:
Post a Comment