Mee Kari Marry Brown
Saya pernah makan Mee Kari Marry Brown sebelum ini tapi tak
perasan pula condiments dan vege-nya yang banyak.
Semasa berpeleseran di dinding cermin Marry Brown di BREM
Mall KL sebentar tadi. Saya ternampak seorang pelanggan baru sedang hendak
menikmati Mee Kari. Condiments dan vege yang terampai di permukaan Mee Kari itu
menghairahkan saya untuk mengordernya.
Cuma ada satu jenis vege iaitu Sayur Kacang Panjang sahaja.
Saya mengharapkan ada vege lain seperti Terung ataupun Salok Cabai.Untuk
banyakkan vege, saya side order iaitu Salad Vege. Condimens yang disangka hanyalah
ketulan Isi Ayam Goreng, ingatkan ada pelbagai Isi Makanan Laut.
Bagaimanapun kuah Mee Karinya no bad! Ada pula kerusi
bersandar macam di Restoran Selamat Bagan Serai. Malah ada kerusi buaian. Rasa
nak cuba tapi takut pening pula makan sambil berayun ini.
No comments:
Post a Comment