Wednesday, September 16, 2015

Jamuan Aidiladha Rymah Amal di Taiping





Alhamdulillah juadah Hari Raya Aidiladha pada 24 Sep 2015 Khamis  berupa Lontong Nasi Himpit, Sayur Lodeh, Kuah Kacang, Sambal Tumis Bilis & Telur Rebus kepada Rumah Amal di bawah Program Kongsi Rezeki melalui Komuniti Amal Taiping (KaT)   akan disumbangkan oleh 

(i) Hamba Allah Batu Kurau, 
(ii) Hamba Allah Kerian & 
(iii) Hamba Allah Parit Buntar

Semoga diberkati-Nya amalan dan dimurahkan-Nya rezeki penyumbang-penyumbang ini. Aaminnn.

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT).

Program ini telah bermula dari awal Januari 2015. Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap hari Khamis. Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Perwira Kmtg x 35 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 15 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 15 penghuni

Jumlah penghuni 90 orang

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564 
(ii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iii) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021 
(iv) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Perwira, Kamunting 012-543 0322

*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

No comments: