Apabila kata asal diputar-belitkan.
(Case study/exercise dalam Kursus Communication)
Sepulang dari sawah, Lembu terus terbaring di
kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Lembu berkata pada Anjing yg
kebetulan datang berjumpanya : "Anjing, aku sangat penat hari ini. Rasanya
esok sehari aku nak berehat.”
Anjing bejumpa Itik di sudut tembok: "Tadi
aku berjumpa Lembu, katanya esok dia ingin berehat dulu. Aku rasa sudah
sepatutnya, sebab tuan kita bagi kerja yang terlalu berat kepada Lembu."
Itik kemudian bercerita kepada Kambing: "Lembu
merunggut tuan kita bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi esok dia tidak
mahu kerja."
Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Lembu
tidak seronok bekerja dengan tuan kita lagi."
Ayam pula bercerita kepada Kucing: "Lembu
tak mahu bekerja untuk tuan kita lagi dan dia nak bekerja dengan tuan lain."
Ketika makan malam, Kucing memberitahu Peladang:
"Tuan, elok tuan ajar si Lembu tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia
ingin meninggalkan tuan untuk bekerja dengan tuan lain."
Mendengar kata-kata Kucing, Peladang merasa amat
marah dan keesokan harinya Peladang menyembelih Lembu.
No comments:
Post a Comment