Saturday, August 15, 2015

Rezeki dari Nya. Rezekiku dan rezekimu jua





 

Rezeki dari Nya. Rezekiku dan rezekimu jua.
Seperti biasa, aku berseorangan sarapan pagi tadi. Datang dia mengesel-geselkan badannya ke kaki seluarku. Kemudian mendongak merenung panjang padaku.
Aku hanya menduga. Ku carik secebis Roti Canai dan ku berinya. Alhamdulillah berseleranya dia makan! Rasanya kami berdua berkongsi seorang setengah portion akan Roti Canai itu.
Habis Roti Canai, dia masih merenung lagi. Aku ambik sebungkus Nasi Lemak. Setengah portion aku letak dalam pinggan Roti Canai. Portion yang masih berbaki di atas lapik daun pisang, aku sua kepadanya.
Habis portion atas lapik daun pisang dihabiskannya. Tetapi tidaklah seselera makan sebelumnya seperti dengan Roti Canai.
Selepas makan, dia bermalas-malasan di bawah meja tepi kaki ku.
Adakah ianya "pertunjuk" sudah sampai masanya ahli keluarga ku bertambah? Dari koleksi buku, motor, helmet, basikal mini, kini CAT (KaT) pula!

No comments: