Ethics and Safety
Semenjak tahun 2006 lagi, semenjak diberi amanah
mengendalikan Kursus OSH Management untuk Program Msc. OSH Management, UUM
(ketika itu masih bergelar pengajar sambilan), saya mengunapakai beberapa “case
study” yang sebenar yang saya alami di beberapa industri berkaitan Ethic and
Safety ini. Walaupun bukan topik yang ditetapkan dalam syllabus, saya merasakan
element ini penting terutama apabila pelajar-pelajar ini memegang jawatan
sebagai OSH Manager yang akan membuat keputusan.
Buku rujukan yang digunakan ialah David L. Goetsch,
Occupational Safety and Health for Technologist, Engineers, and Managers, 6th
Edition 2008. Menariknya, edisi kelima dan seawalnya tiada topik ini disentuh
oleh Goetsch tapi saya sudah membincangkannya sesama pelajar.
Buku Goetsch ini menyentuh persoalan ethic berdasarkan
suasana di Barat, manakala saya cuba mengaitkan dengan scenario di Malaysia
dengan mengunapakai “case study” yang sebenar yang saya alami.
Dalam banyak “case study” tersebut yang dikongsi bersama
pelajar di dalam kelas, saya ingin berkongsi pula di blog dan fb saya ini
dengan beberapa tiga “case study” yang
berkaitan dengan “hadiah”.
Case Study 1.
Semasa di Industry B, saya ditugaskan membuat keputusan
memilih supplier yang akan membekalkan safety shoes sejumlah 1,000 pasang untuk
pekerja termasuk pihak pengurusan. Ada tiga supplier yang mengemukakan
quotation dan proposal masing-masing.
Salah satu supplier ini mengemukakan proposal yang
menarik. Untuk 1,000 pasang safety shoes ini (harga yang ditawarkan sekitar RM
40.00), supplier akan memberikan 10 pasang safety shoes khusus untuk manager
yang berharga sekitar RM 200.00 sepasang. Sudah tentu sepasang dari 10 pasangan
safety shoes ini adalah milik saya.
Adakah ini hadiah (rasuah?)? Jawab supplier, ini adalah
pakej pembelian. Jika saya (company) tidak mahu menerimanya, tidak mengapa.
Saya merujuk seorang Guru Agama yang membahasakan dirinya
“abang” bila berbual dengan saya. Arwah yang ketika itu juga Ketua Trafik Polis
Daerah (arwah mempunyai tauliah mengajar) dengan panjang lebar menasihati saya
berkenaan dengan hadiah dan juga adat melayan tetamu.
Dengan berbekalkan nasihatnya, saya meminta agar jumlah
kos untuk 10 pasang safety shoes ini ditukar dengan benda yang boleh mengiringi
1,000 pasang safety shoes itu. Supplier bersetuju untuk membekalkan 1,000 kotak
Kiwi dan Kain Pengelap Kasut. Malah ada lebihan kos yang membolehkan pembelian
satu rak kasut untuk Surau Lelaki dan satu rak kasut Surau Perempuan.
Case Study 2.
Semasa di Industry C, menjelang Aidifitri (dan juga
perayaan lain), setiausaha CEO meminta saya memberikan tiga nama (pengarah,
timbalan pengarah dan pengawai (PIC) yang sentiasa berurusan dengan company) di
jabatan pihak berkuasa negeri, yang berkaitan dengan OSH. Beliau menjelaskan
menjadi amalan company menghantar hadiah menjelang hari perayaan. Kos hadiah (kurma) untuk pengarah ialah RM
300.00, timbalan RM 200.00 dan pegawai PIC itu RM 100.00.
Saya tidak bersetuju dengan ratio pembahagian ini. Di
industry A sebelum itu, Pengurus saya juga mengamalkan pendekatan yang sama
tetapi berbeza.
Saya meminta kos RM 600.00 itu (setiap jabatan) dan membeli
paket gift kurma terus dari pembekal. Pakej gift ini hanya berharga sekitar RM
3.00 setiap satu dan saya hantar (edarkan) sendiri kepada semua staf/kaki-tangan
jabatan-jabatan yang berkenaan. Inilah amalan yang dipraktikkan oleh pengurus industry
A yang bekerja sebelum itu
Case Study 3.
Semasa di Industry D, training provider yang berurusan
dengan saya menyatakan hendak bagi “gift” kepada saya. Direct saya tanya training provider ini adakah
jumlah kos “gift” yang hendak diberi kepada saya itu boleh menampung juadah makan
tengahari untuk 40 peserta kursus yang saya kendalikan ketika itu? Kebetulan
kursus akademik yang saya kendalikan tidak disediakan juadah makan tengahari.
Training provider tersebut menyediakan juadah yang mewah
iaitu Nasi Byriani Kambing (juga ayam) dan pelbagai menu tambahan lain serta
beg goodies lagi untuk kesemua peserta kursus termasuk saya sendiri.
Menariknya juadah yang mewah itu ada lagi lebihan kos
yang training provider ini hendak serahkan kepada saya.
Kebetulan ketika itu saya terlibat dalam perancangan
dengan sebuah NGO untuk menyantuni golongan asnaf di Utara Semenanjung. Saya
bagi nombor akaun bendahari NGO ini (akaun peribadi kerana NGO ini tiada akaun
NGO) dan minta training provider ini bank-in ke dalamnya. Kemudian saya
maklumkan kepada bendahari dan juga sahabat saya ini, ada Hamba Allah ingin
bersedekah jariah.
Penutup
Bukanlah niat saya untuk membanggakan diri mengenai
amalan yang saya buat ini. Malah terasa berdosa juga kerana terlibat dalam
amalan menerima/memberi hadiah yang ada
kepentingan ini.
Pada saya (pendapat dan pandangan peribadi saya),
menerima dan memberi hadiah yang ada kepentingan ini masih dianggap “rasuah”.
Cuma penerimanya atau pemberinya bukan berseorangan (individu). Kalau berdosa (pandangan
peribadi saya) maka berdosalah semua penerimanya atau pemberinya.
Kadang-kala dosa ini masih terasa mengekori saya terutama
dalam case study 1 dan 3, di mana saya tidak memaklumkan kepada penerima hadiah
tersebut mengenai kepentingan supplier atau sumber pemberian hadiah tersebut.
Kepada penerima-penerima hadiah tersebut, mohon saya
keampunan kalau saya melibatkan tuan/puan dalam hal hadiah yang ada kepentingan
ini.
Mohon juga kepada yang arif dan alim untuk memberi
pendapat, adakah amalan ini diperbolehkan kerana ianya melibatkan kepentingan
bersama dan bukannya kepentingan berseorangan (individu).
“Niat yang baik tidak menghalalkan amalan yang salah”.
Pesan salah seorang guru saya juga.
oshthejourney.blogspot.com
orangkecilorangbesar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment