Menu Nasi Putih + Sambal Tumis Udang Petai Banjir. Selak
Petai baru nampak Udang
Ingatkan mulai awal tahun 2015 ini, semenjak jadi surarumah
sepenuh masa ini, saya akan selalu masuk dapur membantu isteri. Rupanya tidak
juga, hanya kerap melalui dapur untuk ke bilik air. Boleh dikira dgn sebelah
jari saya jadi assistant chef!
Hari ini entah mengapa tiba-tiba gatal tangan. Awal pagi
sudah keluarkan Udang 800 gram dari Peti Ais, rendam dlm air utk buang frost.
Perisi Petai 8 keping dan tunggu isteri
balik kerja untuk dimasak.
Hasilnya Sambal Tumis Udang Petai Banjir. Selak Petai
baru nampak Udang.
Sama seperti cara saya makan Mee Kuah iaitu lebihkan
condiments nya dan kuah, Sambal Tumis juga saya lebih enjoy condiments nya
(seperti Bawang Besar, Petai dan sebagai) bukan lauk utama seperti Ikan Bilis
atau Udang.
Ada juga kurangnya kali ini. Mata Petainya tidak sebesar
seperti yang diingini.
No comments:
Post a Comment