Showing posts with label OSH. Show all posts
Showing posts with label OSH. Show all posts

Sunday, February 07, 2016

Bayangan menjelma menjadi kenyataan




Bayangan menjelma menjadi kenyataan

Alhamdulillah tahun lepas semasa  terlibat dalam installation, commisioning & DOSH registration 4 buah crane tower di project condominium Taiping, terbayang-bayang puluhan crane tower di Masjidil Haram, syukur alhamdulillah bayangan itu menjadi kenyataan.

Terbayang dan berdoa di usia mendatang terdekat ini agar dapat beramal sambil memakai safety vest, safety helmet dan menyarung safety boot pula di bawah crane tower ini. 

Untungnya mereka yang berhenti seketika untuk solat di Masjidil Haram ini dengan safety helmet dan safety boot di sisi.

Pada masa yang sama Ust Mutawif juga confirmed kalau dari Miqat bermotosikal kena lengkap berihram tanpa pakaian dan kelengkapan (riding gear) yang tidak berjahit.

Wednesday, January 07, 2015

Tiba-tiba teringat bapak






Tiba-tiba teringat bapak
Ketika orang lain sedekah Quran dan Sejadah ke masjid atau surau, bapak akan sedekah Terompah dan/atau Cebok. Kalau Terompah lengkap dengan size yang terbesar di samping size -size lain. Malah siap bertanda nama masjid atau surau.
Tiba-tiba teringat Dr Ananda (Klinik Ananda, Kamunting). Dr Ananda pernah beritahu saya bahawa Terompah Kayu adalah pengalas kaki (ganti selipar) yang terbaik serta hygiene untuk digunakan di tandas dan/atau bilik air.
Kalau Belanda berbangga dengan Terompah Kayu Clogs, kenapa kita tidak berbangga dengan Terompah Kayu kita?

Thursday, May 22, 2014

Kenyataan (statement) apa ni?

Kenyataan (statement) apa ni?

Pagi semalam 21 Mei 2014 dalam berita radio Sinar melaporkan; Kerajaan tidak akan memberhentikan aktiviti-aktiviti perlumbaan sukan bermotor (susulan dua kemalangan maut dalam tempoh 48 jam di litar Sepang) kerana sukan bermotor ini mempunyai kepopularitinya sendiri.

Siapakan jurucakap Kerajaan ini? KBS? Atau KJ sendiri? Atau pegawai KJ (pegawai akhbar?) yang entah apa-apa mengarutnya? Ataupun kenyataan ini adalah kenyataan sejujur-jujurnya dari Kerajaan? Lurus bendul?

Kenyataan yang sepatutnya –

“Kemalangan maut yang melibatkan dua pelumba dalam tempoh 48 itu berlaku walaupun perlumbaan dijalankan mengikut piawaian (standard) keselamatan tinggi yang telah ditetapkan oleh FIA/FIM/AAM. Kerajaan (melalui pihak pengawasan sukan bermotor Malaysia) akan memastikan tahap keselamatan perlumbaan selepas ini (terutama dalam aspek respon kecemasan) akan dipertingkatkan lagi supaya aktiviti perlumbaan akan dapat dijalankan dengan selamatnya.”

Bukan kerana KEPOPULARITI !!!!!

And please walk the talk especially on aspects of Emergency Response! Jangan NATO pula – No Action Talk Only !


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, July 15, 2013

Dulu bawah meja atau dalam bonet - sekarang mercun online!


Dulu bawah meja atau dalam bonet - sekarang mercun online!

Teringat bulan Ramadan beberapa tahun lepas di Changlung, semasa meninjau Pasar Ramadan kami (aku dan anak jantan aku seorang itu) ternampak seorang gadis kecil (pasti masih bersekolah rendah!) menjual bunga api di atas meja bersebelahan sebuah kereta.

Sengaja anak jantan aku seorang itu menyakat - adik ada jual mercun bola?. Sengaja bertanya kerana dia tahu aku tidak izinkannya membeli mercun.

Ada! - jawab sigadis kecil sambil mengambil satu kotak dari bawah meja.

Sengaja lagi anak aku bertanya - ada mercun das?

Ada! - jawab sigadis kecil sambil mengambil satu kotak dari bonet kereta.

Aku pula bertanya - adik berniaga seorang ke?

Dengan ayah, ayah pergi ambil barang - jawab sigadis mula curiga.

Itu beberapa tahun lepas, sebentar tadi kenalan di pejabat memaklumkan sekarang mercun boleh dibeli melalui online. Malah pembayaran secara COD di mana mercun (dengan pembelian kuantiti tertentu) akan dihantar terus ke rumah, tidak kira di mana anda tinggal!

Harap-harap pihak berkuasa dan SKMM berupaya menangani teknologi yang diamalkan oleh pengedar atau penjual mercun ini. 

Pada masa yang sama, orang ramai juga perlu memainkan peranan. Jualan mercun tidak akan berlaku jika tiada pembelinya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com