Tuesday, May 27, 2008

Masalah kelimumur dan rambut gugur


Masalah kelimumur dan rambut gugur

Email di bawah diterima oleh seorang rakan dari sebuah industri di Kulim Hi Tech sesama kenalan dari Mailing List Group NGO Warga Kilang sebentar tadi. Menjadi kebiasaan di antara kami sering berutus email mengenai hal-ehwal semasa, aktiviti amal yang dirancang, kem motivasi pelajar, pertemuan teh tarik sebagainya di samping artikel-artikel ringan merehatkan minda seperti ini.

Saya tertarik ayat pertama di dalam email ini. Sebenarnya saya adalah salah seorang yang dari ribuan (mungkin jutaan) penduduk Malaysia (malah dunia) yang menghadapi masalah keguguran rambut dan kelimumur. Masalah keguguran rambut tidak begitu merisaukan saya tetapi masalah kelimumur begitu menghantui saya. Kalau saya berkemeja gelap atau hitam umpamanya, maka taburan kepingan-kepingan kelimumur ini akan memenuhi kemeja saya di kedua-dua belah bahagian bahu.

Sesekali saya mengaru kepala atau menyikat rambut (sebenarnya sudah lama saya tidak menyikat rambut!), maka akan berguguran kepingan kelimumur ataupun melekat kepada bilah sikat rambut tersebut. Malah di celah-celah bilah sikat rambut itu akan terlekat juga helaian-helaian rambut saya yang turut gugur!

Hendak dikatakan berpunca dari Maggi Mee, mungkin ya! Dahulu semasa bujang di KL memang itulah makanan asasi saya. Kemudian setelah berkeluarga dan kerap ke berkembara menggunakan jalan darat hingga ke sempadan Tibet, itulah juga makanan asasi dan makanan ringan saya. Kini di bilik bujang saya di Changlung dan di ofis saya di Sintok ini memang ada bercawan-cawan dan berpaket-paket Maggi Mee serta jenama lain tersedia untuk dimakan.

Bagaimanapun pada 1 Mei 2008 lalu semasa lawatan amal ke Kulim dan Baling, rakan saya, Wahab sesama NGO Warga Kilang telah mempelawa saya untuk mencuba satu krim rawatan untuk kelimumur dan juga untuk menyihat serta menyuburkan rambut. Sebenarnya sudah pelbagai krim dan syampu telah saya gunakan tapi hasilnya tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.

Saya terlupa langsung krim itu yang disimpan dalam dashboard kereta sehinggalah seminggu kemudiannya.

Dalam minggu lepas setelah hampir tiga minggu mengunakannya, saya menyedari tiada lagi kepingan-kepingan kelimumur menumpang bahu kemeja saya. Apa yang mengembirakan saya lagi ialah semasa menyikat atau mengaru kepala, juga tiada lagi kepingan-kepingan kelimumur dan helaian-helaian rambut yang turut jatuh ataupun melekat di celah-celah sikat.

Amalan pemakaian ialah dua kali sehari tetapi saya hanya menggunakannya sekali sehari di waktu pagi. Sippppp.... sikit!

Sayugia diingatkan ini bukanlah periklanan ataupun testimonial kepada produk yang dijual oleh rakan saya, Wahab. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang semakin hari (sebelum ini) membina lapangan terbang di atas kepala saya! Mungkin pengelaman ini boleh berkongsi dengan mereka yang menghadapi msalah yang sama.

Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada rambut saya mula sihat dan subur. Atau di lain perkataan mula lebat. Mungkin saya perlu menunggu sebulan dua lagi. Adakah akan kembalinya semula zaman kegemilangan saya semasa di hari bujang dengan menunggang motosikal akan kelihatan helaian hujung rambut yang mengurai ditiup angin terkeluar dari hujung topi keledar?

Masalahnya sekarang krim bersaiz 100gm itu sudah habis dan Wahab pula tinggal dan bekerja di Kulim, Bagaimana saya hendak membelinya lagi. Harganya juga boleh tahan iaitu RM 68.00 satu paket bersaiz 100gm ini.

Ini juga bukan iklan anti Maggi Mee!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Email asal;

NATIONAL EXCUSE FOR HAIR LOSS:

Maggi Mee

NATIONAL EXCUSE FOR BEING LATE
Traffic Jam.

NATIONAL CONDOM
None.
Most Malaysians still feel embarrassed buying condoms. So they rush into a 7-11, hurriedly grab the nearest pack, any pack, pay and leave before the cashier can even blink an eye

NATIONAL FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION
Pineapple

NATIONAL APHRODISIAC DRINK
Stout.
Many swear by it. But after a few pints they start swearing at everything..

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN
Food Poisoning.


NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN)
Menstrual Pain


NATIONAL EXCUSES GIVEN BY WOMEN WHEN REFUSING SEX
Headache, kids not asleep, maid not asleep, mother-in-law around, early appointment, period, haven't removed make-up, haven't had a shower, no water supply; going to watch 'Desperate Housewives', depressed, no mood, etc...

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY MEN WHEN REFUSING SEX
None.
Malaysian men never refuse sex. (oh ya??)

NATIONAL CURE FOR HEADACHES
Panadol.
The 'cure for all'. If it fails we have another secret weapon; Tiger Balm.

NATIONAL CURE FOR DIZZINESS:
Minyak Angin Cap Kapak.

NATIONAL CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES)
Happy Hours.

NATIONAL INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES)
The sight of a police roadblock.

NATIONAL RUBBISH DUMP:
Anywhere. As long as it is not your house.

NATIONAL MOST MIS-PRONOUNCED NAME:
Carrefour.

Sometimes even pronounced as Carry 4! On second thought, why bother pronouncing stupid French brands like Peugeot, Renault or Citroen; correctly. I think it sounds better, when the local mechanics say 'Pew Jeot'. When I was in school, Milo was always 'MeeLo', now that I'm sophisticated, I say 'My Lo'. So don't be embarassed saying 'Carry 4' when the Mat Sallehs shamelessly pronounce orang utan as 'rangootan'.

NATIONAL ROADSIDE DISTRACTION:
The Bra-less Tourist.
See how heads turn and traffic slows down when a bra-less Mat Salleh backpacker goes 'bouncing' about on the streets.; haha...

I like all these facts but we are all so shy to admit!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!! ;-)

Wednesday, May 21, 2008

Selamat Hari Guru (Bhg. 2)


Selamat Hari Guru (Bhg. 2)
Cita-cita yang tidak tercapai


Ada dua orang cikgu yang benar-benar ingin aku berjumpa. Seorang cikgu sekolah rendah aku semasa darjah 1 (1974) iaitu Cikgu Dollah (Abdullah) dan seorang lagi cikgu sekolah menengah aku semasa Tingkatan 4 dan 5 Sains iaitu Cikgu Moi Poi Yeen, cikgu Kimia dan Biologi serta cikgu kelas untuk tahun 1983 dan 1984.

Cikgu Dollah antara cikgu yang pertama menanyakan aku dan murid-murid lain di dalam kelas mengenai cita-cita kami apabila besar kelak.

Maka kedengaran suara satu-satu yang ingin menjadi seorang doktor, engineer, lawyer, pilot, arkitek (tidak pasti yang menyebutnya tahu apakah jawatan sebenar arkitek ini), peniaga (satu-satunya anak cina di dalam kelas) dan suara ramai yang lain ingin menjadi cikgu, jururawat dan tentera.

Apabila sampai ke giliran aku; berikut adalah jawapan aku;

”Saya ingin menjadi Budak Penjual Buku di Kedai Buku.”. jawab aku dengan sejujur-jujurnya.

Tercenggang Cikgu Dollah, sambil merenung aku, dia menanya lagi.

”Cita-cita lain?”

“Saya berminat menjadi Penyuluh Nombor Tempat Duduk Dalam Panggung Wayang.”.

Sebaik saja habis aku menyebutnya, satu kelas ketawakan aku. Salah seorang yang paling kuat ketawakan aku ialah Ibrahim Mamak, kawan rapat aku dan juga pernah jadi “musuh ketat” aku! Entah di mana dia sekarang.

“Diam, semua diam!”, jerkah Cikgu Dollah.

“Cuba kamu beritahu sebab apa kamu nak kerja Jual Buku dan Suluh Nombor Tempat Duduk dalam Panggung Wayang?”, tanya Cikgu Dollah kepada aku.

“Kalau jual buku, saya boleh baca komik dan buku secara free! Kalau suluh nombor pula, saya boleh tengok wayang free.”, jawapan jujur dan ikhlas aku.

“Kamu ini badan sahaja besar tapi hati kecik.”, kata Cikgu Dollah sambil geleng-geleng kepala. Sekali lagi kelas menjadi riuh dengan tertawa rakan-rakan sekelas aku.

Hari ini aku tak pasti sama ada Cikgu Dollah masih ingat perbualan kami di tahun 1974 itu tapi masih ada beberapa kawan yang akan tertawa lebih kuat kalau kami sama-sama mengenangkan kisah itu.

’Tak tercapailah cita-cita kamu itu, Lukman!”, kata Pok Li yang kini Manager di Silverstone ketika aku berjumpanya tahun lepas.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Gambar ini dilukis di tangga di Sekolah Menengah Convent Taiping

Selamat Hari Guru (Bhg. 3)

Selamat Hari Guru (Bhg. 3)
Tiada lagi cita-cita

(Sebenarnya aku ingin bertemu Cikgu Moi Poi Yeen yang kini mengajar di Sekolah Menengah Convent, Taiping pada hari Jumaat, 16 Mei 2008 iaitu bersempena dengan Hari Guru tapi aku masih belum pulang ke Taiping. Manakala Isnin dan Selasa setelah kembali dari KL, banyak urusan berkaitan bank dan sebagainya. Hinggalah hari ini aku dapat meluangkan masa bertemunya!)

Cikgu Moi Poi Yeen adalah cikgu kelas aku semasa di Tingkatan 4 Sains dan 5 Sains di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Beliau juga Cikgu Biologi dan Cikgu Kimia aku.

Biologi dan Kimia merupakan dua pelajaran yang ”amat berat” pada aku. Hampir-hampir menjadi mata pelajaran yang dibenci. Aku hanya hidup dengan ”matematik” dan ”lukisan”. Sehinggalah juga di universiti, hanya dua mata pelajaran ini yang benar-benar ”menghidupkan” aku!

Mujurlah dengan bantuan Cikgu Moi, mata pelajaran Biologi berjaya aku ”transform-kan” kepada lukisan di mana hampir semua nota-nota biologi aku dalam bentuk lukisan. Malah aku sehingga kini boleh melukis ”cross section” struktur telinga, sistem pembiakan tumbuhan dan sebagainya. Sistem pembiakan manusia aku ”kurang” arif sikit masa itu!

Manakala Kimia, Cikgu Moi membantu aku ”transform-kan” kepada matematik di mana aku berjaya menerbitkan hampir semua persamaan kimia yang melibatkan semua unsur bahan kimia.

Sebenarnya aku pernah terserempak dengan Cikgu Moi pada suatu hari ketika aku bermain bola dengan anak jantan seorang aku itu yang berumur 3 tahun ketika itu, di Lake Garden, Taiping. Aku terkelu lidah apabila ditanya oleh Cikgu Moi mengenai kerjaya aku.

Dengan jujur aku katakan yang aku hanya seorang juruteknik di Silverstone. Dia agar terkejut dengan jawapan aku, sementelah keputusan SPM aku agak baik. Aku juga menceritakan mengenai kegagalan aku di UM dan kini (ketika itu di tahun 2001) sedang mengambil PPJJ di USM untuk mengejar kembali cita-cita aku.

Hari ini aku berjumpa Cikgu Moi semula di Sekolah Menengah Convent Taiping. Kami sama-sama mengalir air mata dan terkedu seketika.

Dia bertanyakan apa cita-cita aku sudah tercapai.

“Ya!” jawab aku.

‘Apakah cita-cita awak yang sebenar, Lukman?,” tanya Cikgu Moi.

“Selepas gagal UM sebenarnya saya sudah tiada lagi cita-cita tapi saya tukarkannya menjadi Matlamat Hidup saya.”

“Apakah pula matlamat awak dan sudah tercapaikah dia?”

”Matlamat saya ialah menjadi siswazah dan engineer sebelum 35 tahun, menjadi manager sebelum 40 dan bergelar Doktor (PhD) sebelum 45.”

”Saya berjaya menjadi siswazah dan engineer dua bulan sebelum umur saya mencapai 35 tahun. Dua tahun lebih awal dari 40 tahun menjadi seorang manager dan kini berazam untuk mencapai PhD dalam setahun dua ini.”

”Adakah matlamat awak sudah tercapai?”

”Saya sudah mencapai semua matlamat kerjaya saya sebagai engineer dan manager sebelum 40 dan kini saya memilih menjadi seorang cikgu untuk memenuhi matlamat orang lain pula.”, jawapan jujur aku kepada bekas cikgu aku.

”Selamat Hari Guru kepada awak juga, Lukman!”

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Klik di sini untuk posting berkaitan dalam
klik di sini untuk posting berkaitan dalam

Pasar Malam Bukit Jana





Pasar Malam Bukit Jana

Petang tadi orang rumah aku nak makan murtabak ”Budak Batu Kurau” yang menjual di Pasar Malam Bukit Jana, Kamunting.

Gerai ”Budak Batu Kurau” di Pasar Malam Bukit Jana setiap Selasa petang ini juga terkenal dengan Nasi Tomatonya. Sesampainya aku di gerai ini sudah keliling lebih 10 orang menanti isi murtabak dipanaskan di atas kuali dan tepung pembalutnya masih bersimpul elok di atas meja. Tiga orang jejaka dari Batu Kurau pengendali gerai ini agar pendiam orangnya. Tetapi sekali-sekala terdengarnya loghat-loghat pekat orang kampung mak aku ini.

Aku membuat order dan melilau seketika. Mungkin gerimis sudah mula terasa, pekedai-pekedai masih was-was untuk membuka gerai masing-masing.

Aku beli Rojak Singapore. Bila aku snap photo, terlatah penjualnya menyangkakan kilat sudah mula memanah! Sebenarnya sebelum itu aku sudah maklumkan kepada salah seorang penjual itu yang aku akan mengambil gambar.

Terjumpa sup kawah (sebenarnya periuk besar) tetapi hanya sup daging. Orang rumah aku semalam ada kata nak makan sup ketiaw ayam.

Akhirnya aku beli Putu Mayom (minggu lepas orang rumah aku ada menyebut, sudah lama kita tak beli Putu Mayomlah abang!).

Aku juga beli laksa! Bukan sebagai tanda mohon maaf (baca posting-posting sebelum ini) kerana sebulan dua ini tiada ”perang dingin” tapi ”value added” sebab minggu ini tiap-tiap malam aku ada di rumah!.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, May 20, 2008

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 1)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 1)
Perjalanan dua beranak

Sabtu lepas aku ke KL dengan anak jantan seorang aku itu. Ibu kepada anak jantan seorang aku ini pergi sehari awal, juga ke KL kerana menghadiri kursus anjuran jabatannya.

Sudah menjadi kebiasaan, jika perjalanan aku hanya dengan anak jantan seorang aku itu, maka perjalanan aku lebih mirip kepada perjalanan dua orang teman, bukannya seperti perjalanan seorang ayah dengan anaknya.

Aku kategorikan sebagai perjalanan dengan air mata bukannya bermaksud perjalanan dengan kesedihan. Sebaliknya perjalanan kami dua beranak sabtu lepas penuh dengan gelak ketawa. Malah diiringi dengan lelehan air mata dan sekali-sekala diikuti rentetan bunyi bom angin (dari kami berdua!) angkara perbualan kami yang tidak putus-putus semenjak dari rumah di Taiping sehinggalah sampai ke hotel di KL

Bersambung ke Bhg. 2.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 2)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 2)
Jangan Memotong


(Emak aku orang Batu Kurau di mana kebanyakannya orang Batu Kurau ini berasal-usul dari Patani. Bagaimanapun kisah berikut adalah kisah yang diturunkan dari mulut ke mulut umpama pelipurlara. Entahkan benar, entah tidak. Tidak ada kena mengena yang masih hidup ataupun yang sudah tidak hidup. Jauh sekali tiada kena mengena dengan yang sudah mati dan hidup balik!)

Awang Kecik tinggal di sebuah kampung di Batu Kurau, bersama-sama dengan isterinya. Awang Kecik seorang penoreh getah sepenuh masa dan biasanya liat untuk bangun pagi.

Suatu hari selepas matahari sudah naik sepengalah dan berbesen-besen leteran isterinya, Awang Kecik pun mengayuh basikal tuanya menuju ke bukit di mana terletaknya kebun pusaka orang tuanya.

Tidak sampai pun setengah jam, Awang Kecik sudah kembali ke rumah.

”Aih, paknya! Tak sampai ke bukitpun sudah balik ke rumah?”, rungut isterinya.

”Aku di jalan tadi terserempak budak-budak lumba basikal. Tok polis dalam kereta depan sekali tu dok jerit; jangan motong!, jangan motong! Aku baliklah”

(Sebenarnya ada peserta Langkawi De’tour melalui kawasan Batu Kurau. Polis pengiring memberi arahan kepada pengguna jalan raya lain agar memperlahankan kenderaan masing-masing dengan kata-kata; jangan memotong – bukannya jangan ”motong” getah!)

Bersambung ke Bhg. 3

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 3)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 3)
Wad Kecimase


Kebetulan pada awal pagi itu, jirannya Awang Kecik telah dihantar oleh jirannya yang lain kerana keracunan makanan setelah makan gulai ayam yang disembelih setelah ”nyawa-nyawa ikan” akibat makan racun tikus di dalam bendang.

Jadi, Awang Kecikpun mengambil keputusan menaiki bas kali pertama dalam hidupnya ke Taiping untuk menziarahi jirannya di Hospital.

Setelah sampai di Taiping dan setelah beberapa kali menanyakan orang, Awang Kecikpun sampai ke Hospital. Sebelum itu Awang Kecik dimaklumkan oleh orang kampung, jirannya itu dimasukkan ke Wad Kecemasan.

”Misi, misi, Ambo nak tanya ni, Wad Kecimase di mana?” tanya Awang Kecik dengan loghat pekatnya.

”Minta maaf pakcik. Di hospital ini Wad Kencing Masam tak ada! Yang ada Wad Kencing Manis sahaja.” jawab nurse yang muda belia itu dengan sejujur-jujurnya.

Terpinga-pinga Awang Kecik. Bila pula dia tanya Wad Kencing Masam.

Bersambung ke Bhg. 4

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 4)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 4)
Ambo nak kelik


Dalam perjalanan dari Hospital ke Stesen Bas, sebuah teksi berhenti di hadapan Awang Kecik dan pemandu teksi bertanyakannya.

”Ke mana Pakcik? Biar saya hantar.”

”Ambo nak kelik ni”, jawab Awang Kecik. (sebenarnya ”saya hendak balik”).

”Naiklah Pakcik, sayapun hendak ke Lake (Lake Garden),”

Ramah betul Pemandu teksi Taiping, kata Awang Kecik dalam hatinya. Sebenarnya Pemandu Teksi itu sudah membayangkan mangsa orang kampung yang bakal di-kencing-nya.

Maka berpusing-pusinglah Awang Kecik di Lake Garden.

Bersambung ke Bhg. 5

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 5)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 5)
Balai pi la


”Ambo nak kelik. Ini bukan kampoh ambo!”, rungut Awang Kecik.

”Kalau mu tak tahu kampo ambo, hantar ambo naik bah” ujar Awang Kecik

Lalu pemandu teksi itu menghantar Awang Kecik ke Stesen Bas.

”Bapo nak bayo ni?.”

”Bayarlah lima ringgit saja, Pakcik.”, sebenarnya bayaran hanyalah sekitar dua ringgit sahaja.

Tanpa banyak soal, Awang Kecik menghulurkan lima ringgit. Tanpa disengajakan duit itu terjatuh di celah kaki pemandu teksi.

”Minta maaf, Pakcik, saya terlepas!”, berbahasa pemandu teksi itu.

”Balai pi la, salah ambo juga (tidak mengapa, salah saya juga)”, balas Awang Kecik.

Menyangkakan Awang Kecik hendak ke Balai (Balai Polis) membuat aduan mengenai tambang yang dikenakan, pemandu teksi itu ketakutan.

”Nah pakcik, nah! Saya pulangkan balik tiga ringgit.” ujar pemandu teksi itu ketakutan.

Bukan sahaja peramah tapi baik betul pemandu teksi Taiping kepada orang kampung macam aku ini, kata Awang Kecik dalam hatinya.

Bersambung ke Bhg. 6

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 6)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 6)
Ko, ko la


Memandangkan bas ke Batu Kurau belum tiba di stesen bas itu, Awang Kecik masuk ke sebuah restoran berhampiran.

”Masuk, pakcik, masuk.” pelawa tauke restoran kepada Awang Kecik.

Ramah-ramah betul orang Taiping ini, kata hati Awang Kecik.

”Pakcik hendak minum apa?” tanya tauke restoran.

”Ko, ko la, paneh lit, lit ni! (perlahan-lahanlah, panas terik ini)” , jawab Awang Kecik dengan loghat pekatnya.

Mendengarkan itu, tauke restoran membawa sebotol Coco-Cola.

”Ambo tak minta air botol ini. Kalau nak jamu ambo, bagi air paip besi pun jadilah. (Saya tak minta air botol ini. Kalau hendak menjamu saya, bagi air paip (paip besi) pun jadilah. ”

Mendengarkan itu, tauke restoran bawa pula sebotol Pepsi!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru (Bhg. 1)



Selamat Hari Guru

Di hari ini, setiap tahun anak jantan seorang aku itu akan pergi ke sekolah seawall pagi yang mungkin. Walaupun tiada mata pelajaran yang akan diajar hari ini, dia akan mengendong beg galas yang besar. Di dalamnya tiada buku tetapi terbungkus rapi, terbalut kemas beberapa cenderahati untuk semua guru-guru yang pernah mengajarnya dari semenjak darjah satu hingga kini dia di dalam darjah lima.

Kembalinya ke rumah juga dia akan menerpa kepada ibunya, seorang guru tabika. Anak jantan seorang aku ini tahu ibunya akan menerima pelbagai cenderahati sempena hari ini Hari Guru.

Aku juga di tahun ini buat pertama kalinya menyambut Hari Guru dengan kerjaya baru aku yang akan berusia setahun di bulan ini sebagai pendidik. Bagaimanapun kalau dikira dengan kerjaya sambilan sudah melebihi lima tahun di pelbagai institusi dan dua tahun di UUM sendiri.

Mungkin disebabkan aku sendiri tidak pernah mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada emakku dan Selamat Hari Ayah kepada bapaku, hari ini juga berlalu tanpa aku menerima sebarang ucapan Selamat Hari Guru dari anak-anak murid aku, sementelah semua anak-anak murid aku itu adalah orang dewasa (post graduate)! Malah rakan-rakan sekerja aku yang mengajar pelajar undergraduate juga amat jarang menerima ucapan keramat ini. Seorang pensyarah wanita pernah memberitahu aku, pelajarnya berselisih bahu di Hari Guru sebegini ini pun buat ”don’t know’ aja!

“Ayah tak terima apa-apa hadiah ka?”, Tanya anak jantan aku seorang itu.

Bagi aku, menerima berita kejayaan anak-anak murid aku dinaikkan pangkat, bertukar ke tempat kerja baru (sudah tentu dengan posisi dan gaji lebih baik), ataupun baru mendapat kerja adalah suatu hadiah yang kenikmatannya tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

Malah berita mereka menukar kenderaan (sudah tentu yang lebih besar dan mewah) turut membanggakan aku. Setakat ini (pelajar lelaki) belum ada yang menelefon aku untuk memberitahu yang mereka akan menambah cawangan!

Terim kasih aku kepada mereka yang menghubungi aku untuk mendapat nasihat sebelum membuat keputusan dalam kerjaya mereka ini. Sesungguhnya itulah hadiah yang aku cari.

”Selamat Hari Guru kepada guru-guru (cikgu dan pensyarah) yang pernah mengajar aku di institusi berikut;

Sekolah Rendah Long Jaafar, Kamunting (Darjah 1), 1974
Sekolah Rendah Jalan Shaw, KL (Darjah 1 – 3) 1975 - 1976
Sekolah Rendah Si Rusa, PD (Darjah 4), 1977
Sekolah Rendah Long Jaafar, Kamunting (Darjah 5 – 6), 1978 - 1979
Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh (Tkt,. 1- 3), 1980 - 1982
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (Tkt. 4 – 5), 1983 - 1984
Universiti Malaya, KL (Asasi Sains), 1985 – 1986
Institusi Tanpa Nama, 1987 - 1994
USM, Penang (Sains Permulihan), 1995 – 1996
USM, Tronoh (Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal), 1997 – 2000
USM, Transkrian (Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal), 2001 – 2002
UKM, Bangi (Master, Keselamatan Industri), 2003 - 2004
UKM (PhD, Pengurusan Persekitaran), 2006 –

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar,

1. Antara yang diterima oleh orang rumahku iaitu dari kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Yayasan pagi tadi. Ada pelbagai lagi yang belum dibuka kertas pembalutnya.
2. Rupanya Kedai RM 1.90 ada mug khas (kecil dan cute) edisi Hari Guru.
3. Rasanya kad buatan sendiri dan tulisan tangan itu lebih bererti.

Thursday, May 15, 2008

Adakah kita hanya perlu mengharap?


Adakah kita hanya perlu mengharap?

Samalah dengan hanya menadah dua tapak tangan dan mendongak ke langit berdoa agar krisis makanan ini kembali pulih seperti sediakala ataupun pulih lebih baik dari keadaan sebelum ini. Katanya mungkin turun berbanding sekarang

Ini kena tanya Dr. Tokasid. Doktor perubatan dan juga blogger yang "bersahaja" apabila mengulas isu semasa dengan "perbualan menariknya".

Tengahari semalam aku makan tengahari di pekan Changlung. Gerai tepi jalan berhadapan rumah kedai Taman Pertama sebelah tokong ini memang sesak kalau tengahari.

Aku memilih kedai ini kerana ada suratkhabar di samping lauk-pauknya boleh tahan. Harganya juga okey.

”Macamana ni bang?”, tiba-tiba peniaga itu bersuara. Kebetulan ketika itu (jam 11.30 pagi) gerainya agak lenggang.

”Macamana apa pula?”, tanya aku keheranan.

“Itu, yang abang baca tu!”, sambil memuncungkan mulut dia menunjukkan halaman akhbar yang terpampang di depan aku (keratan seperti di atas).

‘Minggu ini beras sekampit RM 36.00.! Minggu lepas hanya RM 18.00”.

Biar betul! Harganya meningkat 100%. Macam share market yang di manipulasi pula.

”Lepas tu menteri kata tak naik banyak ehhh......, naik sekupang dua aja. Tu, menteri mana pula tu kata, jangan bimbang ehhh........, tak lama lagi pulih seperti sedia kala!”

Aku hanya mendengar sebab belum sempat membacanya lagi.

”Yang susah macam kami inilah. Kalau kami naik harga nasi, pelanggan komplen. Silap-silap haribulan pelanggan lari!”, runggutnya lagi.

Selera aku terbantut sikit. Mungkin memikirkan berapa harga yang akan dikenakan sepinggan nasi berlaukkan ikan kembung bakar dan sambal tumis tauhu serta air suam ini. Taukeh kedai dah bagi ”hint” itu. Jangan buat tak faham pula kalau harga yang akan dikenakannya meningkat tidak seperti biasa.

Tiba-tiba aku teringatkan Pak Mat (seorang tua di kaki rimba Baling) yang hanya membeli beras setin dua (tin susu), Abang Wan Mutalib yang anak 11 di Bakai, dan lain-lain lagi. Sumbangan beras dari kami (NGO Warga Kilang) pada 1 Mei 2008 dahulu sudah pasti akan habis tidak lama lagi. Adakah ketika itu harga beras akan kembali pulih seperti sedia kala? Ataupun menjadi lebih murah dari sekarang?

Mengapa kita tidak bersedia untuk menangani krisis makanan ini? Kita perlu bersedia bukannya sekadar mengharap keadaan kembali pulih.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, May 14, 2008

Mengapa kita belum bersedia?

Mengapa kita belum bersedia?

(Tidak percayakah kita kepada Al Quran? Tidak percayakah mereka dengan Jeneral Sun Tzu?)

Awal Mei bulan ini kita dikejutkan dengan Taufan Nargis di Mynmar yang meragut korban nyawa sekitar 22,500 orang dan 41,000 orang lagi dilaporkan hilang.

Pertengahan Mei pula sekali lagi dunia dikejutkan dengan bencana gempar bumi di China yang hingga telah mencatatkan kematian sejumlah 13,000 orang dan dianggarkan jumlah yang dilaporkan hilang ataupun dikuartiri terkambus di dalam tanah akibat gegaran 7.9 magnitud itu.

Angka-angka kematian dan kehilangan masih berterusan meningkat di kedua-dua negara ini.

Maynmar dan China berkongsi rantau Asia dengan Malaysia. Tidak mustahil bencana sebegini mampu terjadi di Malaysia. Adakah kita bersedia untuk “menyambut” kedatangan bencana ini.

Persediaan menghadapi bencana ini bukanlah perkara baru. Jeneral Sun Tzu, lagenda perang China, misalnya terkenal dengan saranannya iaitu; In Peace Prepare For War, In War Prepare For Peace.

Malah lebih awal dari itu, di dalam Al Quran dalam Surah Yusuf, Ayat 46, yang mengisahkan Nabi Yusuf menasihati pemerintah Mesir ketika itu supaya bersedia untuk menghadapi musim kemarau yang berpanjangan selama tujuh musim. Ini termasuklah persediaan dari segi bekalan makanan asasi.

Malaysia kebelakangan ini “diusik” dengan krisis makanan. Terkini isu beras dengan sebelumnya tepung dan minyak masak.

Adakah kita sebagai rakyat dan juga pemerintah benar-benar bersedia untuk menghadapi krisis ini?

Klik di sini untuk keterangan lanjut mengenai Persediaan Menghadapi Bencana, ERP (Emergency Response Plan) dan BCM (Business Continuity Management).

lukmanw@gmail.com

Gambar-gambar mangsa Taufan Nargis diterima melalui email.


Monday, May 12, 2008

Sunday, May 11, 2008

Ulangtahun ke 125 Sekolah KE


Ulangtahun ke 125 Sekolah KE

Aku bukan budak KE atau St George. Lebih tepat lagi aku tak pernah bersekolah menengah di Taiping. Tapi KE (dan St. George juga) adalah mercu tanda di Taiping.

KE dengan slogan “Magni Nominis Umbra” akan menyambut ulangtahunnya ke 125 bermula esok. Berikut adalah aturcara sempena sambutan ulangtahun mereka.

The itinerary of the 125th Anniversary Celebrations is :

12 May 2008 @ 10.30 am - Launching of Anniversary Celebration by Y.A.Bhg. Tun Dr. Ling Liong Sik @ School Hall

27 June 2008 @ 5.00 pm - Rugby Piala Yeog Teng Khoo ( Old Boys VS Present School Team @ school field

28 June 2008 @ 2.30 pm - School Sports Day @ School Field

26 & 27 July 2008 @ 8.30 am - 6.30 pm - Rugby Piala Lim Swee Chin @ Padang Esplanade

31 July 2008 @ 8.30 am - Edwardians Parade Through Taiping Town @ SK King Edward Vll Primary 1 School Field

02 August 2008 @ 7.00 am- Annual Golf Tournament @ Bukit Jana Golf Club

02 August 2008 @ 8.00 pm - Grand Anniversary Dinner & Coffeetable Book Launching @ Taiping Town Hall ( MPT Hall ).

Dinner table : RM 10 000.00, RM 5 000.00 and RM 1 000.00 per table.

Contact Person : Tuan Hj. Sulaiman Mohd Hassan ( 012 2123272 )

Beehoon Sup Abang Rosli Pasar Tani Taiping






Beehoon Sup Abang Rosli Pasar Tani Taiping

”Behghoon Sup”, kata orang kampong emak aku (Batu Kurau).

Pagi Jumaat lepas aku ke Gerai Beehon Sup Abang Rosli Pasar Tani Taiping. Ada dua gerai Beehon Sup di Pasar Tani ini iaitu gerai mula-mula masuk kawasan medan atau Tapak Pasar Tani ini dan hujung sekali iaitu Gerai Abang Rosli yang kebetulan bernikah (kali kedua selepas kematian isteri pertamanya) sama hari dengan aku 10 tahun dulu.

”Biasa ke?”, tanya Abang Rosli kepada aku. Aku menunjukkan signal ibu jari.

”Seorang saja hari ini?”, aku hanya senyum saja,

”Biasa” maknanya; Beehoon Sup Daging Tanpa Tulang Campur Perut Sup Lebih!

”Biasa” juga bermakna memang keraplah aku ke gerai Abang Rosli ini. Semasa aku bekerja di Silverstone (1990 – 2004) di sinilah aku bersama-sama Suhaimi, Manjoi, Kamal, Din, Nadzri, dan kadang-kadang bersama boss besar (En. Jamil) datang untuk minum pagi. Izaham dan boss seorang lagi (En. Rahim) memilih sikit nak makan di sini sebab bau dagingnya amat kuat!

Beehon Sup ”biasa” sampai dan rasanya tetap sama ketika aku menikmatinya bersama-sama kawan sekerja dahulu. Tapi tekakku seolah-olah enggan menghabiskannya. Cili Jeruk dan Sambal Kicap yang ada juga tidak dapat memberahikan aku. Mungkinkah sebab tiada lagi kekawan menemani aku.

(Di sini juga ada Sup Ayam. Pilihan orang rumah aku ialah Ketiaw Sup Ayam)

Antara gerai Beehoon Sup lain pilihan aku.

Gerai Stesen Keretapi (pagi) kepunyaan geng UBAT (Utan Bara Adventure Team) yang sentiasa penuh dengan kakitangan kerajaan (Gambar 3). Gerai ini juga punyai cawangan di Food Court Budin KFP di hadapan Sekolah Cina, Kamunting (trafic light) yang dibuka sebelah malam. Manakala di sebelahnya pula Gerai Beehoon Sup yang dibuka sebelah malam dan kini mempunyai cawangan di Kamunting sebelah kedai karpet (dulu Yawata) yang juga dibuka sebelah malam (Gambar 4). Hanya ada Sup Ayam di sini.

Terdapat juga Beehoon Sup RM 1.00 bersebelahan Petronas Kamunting (Gambar 5). Isinya berpatutanlah dengan harganya sebab itu tak heran kalau orang makan 2 mangkuk.

Gerai Kereta Tolak (Basikal Roda 3) di kepala jalan masuk Kampung Jana (hadapan Masa Cathering) juga boleh tahan. Di sini petang sahaja.

Gambar 1, Beehoon Sup Tanpa Tulang Campur Perut Sup Lebih di Gerai Abang Rosli Pasar Tani Taiping. Gambar 2, Pasar Tani Taiping dengan Gerai Abang Rosli dalam dan hujung sekali

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Hari ini Hari Ibu


Hari ini Hari Ibu

Aku tidak pernah menyambut Hari Ibu. Malah aku tidak pernah mengucapkan ”Selamat Hari Ibu” kepada emak aku. Mungkin kerana aku tiada ibu. Aku hanya ada seorang emak walaupun ada ramai nenek (tok aku ada 7 isteri!).

Hanya kini aku ada seorang emak lagi. Iaitu emak mertua yang kebetulan hari lahirnya pada hari ini juga!

Melihat anak jantan seorang aku itu sibuk ke sana sini secara diam-diam membeli hadiah mug dan bekas lilin (salah satu kesukaan isteri aku), aku terpanggil untuk mengucapkan sesuatu kepada emak aku. Tapi apa yang patut aku ucapkan?

Ketika aku berumur 12 tahun (darjah 6), rambutku masih lagi diminyaki dan disikat oleh emak sebelum ke sekolah setiap pagi. Ketika aku balik ke rumah setelah gagal dari UM, emak (malah bapak) tidak menyambut aku dengan kemarahan apatah dengan kata-kata nista. Ketika aku balik ke rumah setelah ”penat bergeladangan” di KL juga tidak disambut sebarang sindiran atau perlian.

Emak benar-benar memahami aku, anak jantan seorang dia ini.

Ada beberapa peristiwa kecil entah mengapa masih di benak kepala aku.

T-shirt free pertama kali aku terlibat sebagai flag marshal di satu perlumbaan go-kart di Kajang pada tahun 80an dilempar emak sebagai pengesat kaki kerana terlalu lusuh akibat kerap dipakai. Sedangkan itulah t-shirt kesayangan aku. Masih teringat tidak tidur malam kerana menyiapkan motosikal ketika itu aku menyewa bilik di Damansara sedangkan Kajang tidaklah sejauh mana. Tanpa elaun dan sebagainya tidak seperti marshal ketika ini, hanya setelah t-shirt hitam puteh sebagai cenderahati dari penganjur.

Jeans Levis pertama aku juga dijadikan emak sebagai kain buruk kerana kedua-dua belah lutut telah koyak rabak akibat terjatuh motosikal di hadapan Muzium Negara. Menangis juga aku ketika itu lebih-lebih lagi emak memotong jeans itu menjadi dua bahagian!

Ketika bergeladangan di KL juga, setiap kali aku balik rumah emak akan menyuakan RM 5.00. Itu maknanya dia menyuruh tanpa kata agar aku memotong rambut aku yang sentiasa terurai-rurai keluar dari topi keledar jika sedang memecut motosikal aku.

Banyak lagi peristiwa besar yang hanya akan aku kongsikannya dengan isteri dan anak jantan seorang aku itu.

Di samping aku amat berterima kasih terhadap kasih sayang yang ditunjukkan oleh emak kepada isteri dan anak jantan seorang aku itu. Aku tidak ada masalah untuk mengutamakan siapa dahulu dalam hal ini.

Berikut adalah satu catatan yang amat menarik yang aku terima melalui mailing list group. Aku juga pernah membacanya dalam beberapa laman blog. Malangnya penulis asalnya tidak dapat aku kesan untuk disampaikan penghargaan.


(Dedikasi aku juga kepada isteri aku, seorang ibu yang melahirkan dan sama-sama membesarkan anak jantan seorang aku itu.)

Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar."


PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata: "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, ibu tak haus!!"

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."


PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: "Jangan susah-susah, ibu ada duit."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu..

Monday, May 05, 2008

Trio Taiping menguasai Sepang




Trio Taiping menguasai Sepang

Semalam beberapa rekod dicipta di Trek Lumba Sepang. Rekod pertama iaitu Ahmad Fazli Sham berjaya mencatat rekod baru 12 kemenangan, sebelum ini dipegang oleh Chia Tuck Cheong (11 kemenangan). Rekod kedua ialah ketiga-tiga penyudah podium adalah dari pasukan yang sama iaitu Shell Advanced Maju Motor dengan juara Ahmad Fazli Sham, naib Juara Ahmad Fazrul Sham dan tempat ketiga, Mohd Faiz Nawawi. Rekod ketiga yang amat membanggakan sekali ialah ketiga-tiga pemenang ini berasal dari Taiping!

Fazrul menjuarai Pusingan Pertama di Taiping dan di Pusingan Kedua di Kluang dijuarai oleh Fazli dan adiknya Fazrul di tempat ketiga.

Kini aku sedang sibuk merekabentuk satu trek baru di Kota Baru untuk Pusingan Keempat bulan Jun ini. Trek ini terletak bersebelahan Pasaraya Tesco.

Sementara itu aku juga baru menyiapkan dua proposal untuk Trek di Alor Setar iaitu di Tempat Letak Kereta Stadium Negeri. Kemungkinan untuk Pusingan Kesembilan pada bulan November ini. Trek baru Alor Setar ini adalah permintaan dari Kerajaan Negeri sendiri.

Hanya yang boleh aku katakan ialah Trek Alor Setar ini mungkin melibatkan bulatan (round about) dan mungkin tidak. Bergantung kepada kelulusan pihak AAM.

Pada masa yang sama ini juga mengingatkan aku S Megananthan, pelumba Ipoh yang rapat dengan aku sebelum bergelar juara lagi. Mega ialah pelumba yang mahir dan amat gemarkan “roundabout”.
Seorang lagi “otai” dalam Superbike 90an dahulu ialah Raymond (Abdul Rahman) yang pernah berlakon filem Azura bersama Katananya. Aku juga pernah bersama-sama Raymond dalam filem Pelumba Malam dan beberapa buah drama Roda-roda Kota Raya arahan Datuk Yussuf Haslam.

Raymond juga seorang “pengemar roundabout”. Kalau sesiapa mengekorinya (dalam konvo) mesti tahu gelagatnya yang suka membuat beberapa pusingan apabila berjumpa round about.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Gambar 1, Fazli tengah, kiri Fazrul dan kanan, Faiz
Gambar 2, Fazli (46) dan Fazrul (11)

Hantu Nasi Lemak






Hantu Nasi Lemak

Entah mengapa aku sangat suka Nasi Lemak walaupun sekarang ini aku cuba mengurangkannya.

Pilihan aku ialah Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Bilis. Pakej lengkapnya mesti ada Ikan Bilis Goreng, Timun dan Telur sama ada rebus atau goreng dadar dan tidak semestinya sebiji, memandailah sejuris sahaja.

Di Changlung Nasi Lemak Bungkusnya mesti lengkap dengan pakej ini. Di Taiping tidak menentu, biasanya hanya bersambal-tumiskan bawang dan seekor dua ikan bilis sahaja. Tanpa timun, tanpa telur dan tanpa ikan bilis goreng.

Semasa aku bekerja di Silverstone (1990 – 2004), kerap kali aku bersama-sama rakan rapat minum pagi di Gerai Nasi Lemak Mak Ton di sebelah Stesen Petronas Kamunting ataupun Di Gerai Nasi Lemak Executive di tepi padang Tupai, Taiping.

Gerai Nasi Lemak Executive milik Kapt. (B) Hamzah ini mendapat namanya sebagai Nasi Lemak Executive disebabkan ramai penghujung-penghujungnya terdiri dari mereka yang berkereta mewah.

Gerai Nasi Lemak Executive ini juga popular setelah TV3 menyiarkannya sebagai gerai pilihan dalam suatu rancangan Perlumbaan Motosikal Cub Prix pada tahun 90an di mana aku yang membawa krew TV3 membuat liputan di sini.

Kedua-dua gerai ini terkenal dengan Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Besar Basah. Tetapi kalau makan Nasi Lemak Hidang atau Pinggan, aku lebih suka pilih Sadirn.

Sepinggan Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Besar Basah di kedua-kedua gerai ini berharga RM 4.00. Itu harga untuk badan. Kalau harga untuk janggut, kurang sikit.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Gambar 1 & 2 ialah di Gerai Nasi Lemak Executive, Tupai, perhatikan kereta mewah di situ.
Gambar 3, 4 & 5 ialah di Gerai Nasik Lemak Mak Ton, Petronas Kamunting dengan banyak pilihan lauk. Di sini juga terkenal dengan Nasi Lemak Bungkus.

Ayah yang ku benci. Bhg. 7


Ayah yang ku benci. Bhg. 7

Anak jantan seorang aku itu tahu apa pekerjaan aku sekarang ini dan sebelum ini. Anak jantan seorang aku itu juga tahu apa yang aku lakukan sebelum dia lahir lagi dan di zaman bujang aku. Anak jantan seorang aku itu tahu apa makanan kegemaran aku, apa jenis filem aku suka, apa jenis jenis superbike yang pernah aku ada, apa jenis superbike yang aku suka, apa jenis Land Rover 4x4 yang aku suka dan sebagainya.

Tapi aku tidak tahu apa pekerjaan sebenar ayah aku di dalam askar. Aku tidak tahu apa-apa kisahnya dalam askar. Malah sebenarnya banyak yang aku tidak tahu mengenai ayahku.

Hubunganku semasa kecil dikekangkan dengan disiplin yang amat aku benci ketika itu tetapi itulah yang aku cuba serapkan kepada anak jantan seorang aku itu sekarang ini. Hubunganku semasa remaja pula dijauhkan terutama selepas aku gagal di Universiti Malaya. Sebenarnya aku yang seolah-olah menjauhkan diriku darinya.

Hanya sedikit yang aku ketahui mengenai ayahku semasa kecil dan remajanya dari ibuku.

Begitu juga semasa di alam askarnya, aku ketahui hanya daripada beberapa rakannya yang kini sama-sama memilih Taipiing sebagai destinasi untuk bermukim selepas pencen.

Antaranya ialah Kapt. (B) Hamzah atau lebih dikenali sebagai Hamzah Cangkul atau Hamzah Baretta. Kapt. (B) Hamzah adalah penguasa Nasi Lemak Executive dengan gerainya berhampiran padang di Tupai.

Dari Kapt. (B) Hamzah yang pernah menjadi pegawai kepada ayahku semasa di Kluang pada awal tahun 60an, aku banyak mengetahui sikap dan peribadi ayah.

Mungkin peradaban masa berbeza ketika itu menjarakkan aku dengan ayahku. Semoga anak jantan seorang aku itu tidak dijarakkan dengan peradaban masa kini.

Aku juga berdoa semoga aku dapat lebih memahami ayahku sekarang ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Keterangan gambar; bersama Capt. (B) Hamzah pagi tadi

Sunday, May 04, 2008

Ketam sudah tidak boleh berjalan mengiring lagi





Ketam sudah tidak boleh berjalan mengiring lagi

Bukannya bermakna pepatah ”Ketam mengajar anaknya berjalan betul” tidak releven lagi. Sebenarnya ketam-ketam ini telah diikat kakinya dengan tali rafia bertujuan mengelakkannya lari dan juga menyepit sesiapa yang memegangnya.

Ketam-ketam jenis bakau ini adalah tangkapan kanak-kanak di Kuala Gula. Aku ke sana petang tadi setelah makan kenduri di Taman Serai Jaya, Bagai Serai.

Sempat juga aku singgah di rumah kawan seasrama dengan aku semasa tingkatan lima dahulu di Kuala Kurau sebelum kembali ke Taiping melalui Jambatan Kuala Kurau. (
http://izzuddin8084.blogspot.com/)

Dalam perjalanan menghampiri Simpang Empat Semanggol sebelum Taman Selinsing dan Sekolah Sultan Muzzafar Shah, aku ternampak deretan kereta dan van di hadapan sebuah gerai di tepi jalan. Gerai yang tidak bernama ini betul-betul terletak bertentangan dengan sebuah perumahan yang tidak aku nampak papan tanda namanya. Pengenalan lain gerai ini ialah adanya sebuah gerai burger yang bernama “Burger Kulaan” di hadapan gerai ini.

Seperti biasa orang rumah aku mengorder Laksa. Kali ini dua pinggan dengan satu lagi untuk anak jantan seorang aku itu. Aku pula mengorder Mee Rebus kerana aku sempat menjeling ramai pelanggan lain “melicinkan” pinggan Mee Rebus masing-masing. Kami juga mengorder 2 keping Cucur Udang dan sekeping Tauhu sebagai “side order”.

“Cuci calat” juga keempat-empat hidangan ini. Boleh datang lain kali ambik gambar. Kali ini aku malas nak patah balik ambik kamera yang tertinggal dalam kereta.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.com/

Durian sudah berlambak






Durian sudah berlambak

Di kebun sekangkang kera bapa aku di Batu Kurau, durian baru berputik. Tapi Pasar Minggu pagi Ahad tadi di Kamunting sudah berlambak durian “talak bau” dari Siam.

Buah Manggis dan Dokong juga dari Siam. Cuma penjual buah-buah ini sahaja anak-anak muda dari Batu Kurau. Boleh dengar pelat Batu Kurau dengan dialek Patani. Tauke dia digelar Karno, bau-bau bacang dengan aruah Tok aku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.com/

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. I)






Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. I)

“Besok sudah berlalu, untuk berbangga atau untuk dikesali. Esok belum pasti tiba. Dengan itu nikmati hidup hari ini. Jangan bertangguh atau berlenggah.”

Maksud jangan bertangguh atau berlenggah ini bukanlah untuk menikmati keseronokan hidup hari ini dengan berpoya-poya dan keseronokan yang seolah-olah tiada penghujungnya.

Jangan bertangguh atau berlenggah itu adalah saranan untuk menikmati kehidupan hari ini dengan berkongsinya sesama insan yang lain terutamanya dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Itulah yang aku ucapkan dengan ringkas setelah dijemput oleh sdr. Monier Mat Din, Setiausaha NGO Warga Kilang di Masjid Tiak, Kupang, Baling sebelum membuat penyerahan sumbangan kepada 10 fakir miskin di sekitar kampung tersebut.

Petikan asal itu aku sudah lupa sumbernya. Malah ianya juga senada dengan hadis (?) yang bermaksud; Bekerjalah kamu seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi. Beribadatlah kamu seolah-olah akan mati keesokan hari.

“Jemput Tok Mulu (penghulu) bagi sepatah dua kata’, kata Monier. Dah mula lekat gelaran Tok Mulu dalam NGO Warga Kilang ini. Masuk ini dah tiga group aku jadi Tok penghulu dengan dua lagi sesama group bikers dan group 4x4.

Perjalanan 1 Mei lalu bermula seawal pagi selepas sholat subuh di rumah aku di Taiping. Jam 6.30 am aku sudah mengenakan “T&G” aku di Rumah Tol Kamunting sebelum keluar semula di susur keluar Bandar Baru.

Aku tiba Stesen Petronas Taman Seluang, Lebuhraya BKE jam 8.00 pagi dan sudah kelihatan banyak kenderaan. Rupa-rupanya terdapat beberapa kumpulan di mana selain Warga Kilang, terdapat lebih enam VW klasik dari Kedah dan Penang yang sedang bersedia untuk berkonvo ke Terengganu dan beberapa kumpulan lagi hendak pergi makan kenduri di Kelantan.

Pukul 8.45 am kami bergerak ke KHTP, Kulim Hi-Tech untuk bergabung dengan sekumpulan lagi Warga Kilang di sana. Di sini kami memutuskan untuk berkongsi kenderaan dengan keutamaan MPV supaya konvo kami tidak terlalu banyak kenderaan. Penyertaan hampir 40 orang dapat diselaraskan dengan pengunaan beberapa MPV, 4x4, dan kereta. Antara yang hadir ialah mereka dari Intel, Fuji, Venture, Jabil, Osram, Flextronics dan beberapa kilang lain. Turut hadir ialah bekas-bekas pekerja kilang yang kini bekerja di TNB, UUM (aku), mengusahakan perniagaan sendiri dan beberapa orang NGO dari USM serta kelab kereta, Proton Club Dot Com (ProCC) dan kelab kembara, Prokem. Ini termasuklah juga beberapa orang lagi yang hanya dikenali di alam siber, mailing list group, Warga Kilang.

Sebelum memulakan perjalanan, sedikit taklimat dari Sdr. Monier dan juga taklimat cara-cara berkonvo oleh wakil ProCC serta taklimat keselamatan dari aku.

Persinggahan pertama kali di Karangan, rumah Kak Zaiton. Dari jauh kami semua merasa gembira melihatkan bumbung baru rumah Kak Zaiton berwarna biru yang telah siap seminggu sebelum kedatangan kami itu.

Perpisahan kami pagi itu diiringi titisan air mata Kak Zaiton. Semoga sumbangan kami berupa beras, tepung, gula, garam, susu, minyak masak, dan berapa barangan mentah laih dapat meringankan tanggungan Kak Zaiton bersama tujuh anak-anaknya untuk sebulan dua mendatang ini. Kak Zaiton juga memaklumkan beliau sudah mula bekerja sambilan dengan mengadakan kelas tution untuk kanak-kanak di kawasan perumahan berhampiran rumahnya.

Persinggahan kedua di rumah anak-anak yatim tujuh beradik di Sungai Kob. Di sini kami mendapat perkhabaran sedih apabila dimaklumkan Farah, tiga tahun iaitu anak perempuan kakak sulong anak-anak yatim ini (Fatahiyah, 24 tahun yang juga ibu tunggal) disahkan mengalami masalah jantung berlubang.

Kedatangan kami juga disambut jiran mereka yang merupakan seorang Imam di masjid berdekatan. Kebetulan Imam ini adalah salah seorang ayah kepada rakan di Warga Kilang dan bekerja di Silverstone bersama aku dahulu. Tetapi beliau tidak dapat bersama lawatan ini disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar 1, 2 dan 3 di rumah Kak Zaiton
Gambar 4 di rumah tujuh anak yatim di Karangan
Gambar 5, Farah, 3 tahun penghuni terkecil di rumah ini yang mengalami masalah jantung

Dari lensa sahabat yang turut bersama (Bhg. I)




Dari lensa sahabat yang turut bersama (Bhg. I)