Monday, April 27, 2009

Menunggu Pemburu dan Matinya Seorang Patriot

Menunggu Pemburu dan Matinya Seorang Patriot

Tahun 1982 aku terasyik dengan dendaman Ahmad Yatim yang membalas dendam ala Paul Kersey lakonan Charles Bronson dalam Death Wish.

Tahun 1984 aku teruja dengan Eman Manan dengan dendaman keluarga dalam Matinya Seorang Patriot. Dalam filemnya ini juga aku mula mengenali dan jatuh cinta dengan Yamaha LC 125 yang ditunggang Eman Manan dan 4x4 milik adik beradik keluarga Hj. Saaban (tidak pasti modelnya) serta kereta klasik sport Alfasud Spider yang dipandu oleh Noor Kumalasari.

Dua buah filem Dato’ Haji Rahim Razali ini atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahim Bin Mohd Razali dapat ku tonton dengan himpunan duit belanja saku sekolah di pekan Ipoh. Karya-karyanya yang lain sama ada arahannya atau lakonannya tidak begitu ku gemari kecuali Dayang Suhana yang aku tidak pasti sebab apa aku menyukainya!

Selama ini aku menyangkakan Dato’ Rahim berasal dari Kuala Kangsar dan melalui beberapa profil akhbar dan internet dilaporkan beliau dilahirkan di Batu Gajah.

Dalam akhbat NST 1-Feb-2009, sempena pelancaran sambutan 150 tahun Pekan Batu Kurau, wartawan Jaspan Singh melaporkan Dato’ Rahim adalah anak kelahiran batu Kurau di samping beberapa tokoh lain.

Aku juga dimaklumkan oleh beberapa ahli keluarga Dato’ Rahim Razali di Batu Kurau, bahawa Dato’ Rahim Razali dilahirkan di rumah Penghulu Mukim Batu Kurau kerana kebetulan datuknya iaitu Haji Mat Piah B. Abdullah ialah Penghulu di situ (1937 – 1946).

Aku menunggu untuk filem-filem seumpama Pemburu dan Matinya Seorang Patriot. Tidak kiralah sama ada dari Dato’ Rahim Razali sendiri atau pengarah/pelakon lain.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



True friendship last a lifetime



Love knows no limits and true friendship lasts a lifetime.

Get back in touch with someone today.

Gila babi vs Selsema Babi – mana lebih bahaya?

Ubi Rebus bersalut Gula Melaka


Ubi Rebus bersalut Gula Melaka

Semalam Mak aku masak Ubi Rebus bersalut Gula Melaka. Dipanggilnya aku ambik satu tupperware besar.

Anak jantan seorang aku itu yang tidak pernah menjamah kudapan sebegini begitu berselera menghabiskannya.

Sudah agak lama Mak aku tidak menyediakan kudapan ini. Ubi Kayu ini Mak aku beli di Pasar Tani Kamunting, orang Ijok jual katanya.

Tiba-tiba aku teringatkan Mak Long Hudoh aku di Batu Kurau. Bertanam ubi lagikah Mak Long Hudoh aku ini?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Kalau lambat, kena tinggal!

Kalau lambat, kena tinggal!

Hari Sabtu lepas jam 4 pagi, orang rumah seorang aku itu sudah bangun buat sarapan. Anak jantan seorang aku itu akan ke KL ikut rombongan sekolah.

Mulanya kami laki bini berat nak bagi. Iyalah sebulan sekurang-kurangnya dua kali anak jantan seorang aku itu ke KL mengikut aku mengajar di sana, aleh-aleh dia nak ikut rombongan sekolah ke tempat yang sama pula itu.

Alasannya mudah sahaja! Planetorium tak pernah pergi lagi! Muzium Negara tak sampai lagi. Jadi kami laki bini bagilah.

5.15 mesti ada di sekolah! Bas bertolak 5.30! Kalau lambat kena tinggal! Itulah yang disebut-sebut oleh anak jantan seorang aku itu. Dari petang hingga ke malam! Dari malam hingga ke awal pagi celek mata itulah yang disebut-sebutnya.

Kami sekeluarga keluar rumah tepat lima pagi. Menongkat dagu di kantin sekolah hingga 5.30. Mencengkang mata hinggalah 6.15 baru nampak bas pertama datang. Bas kedua pula sampai jam 6.25 dan kedua-dua bas bertolak pada pukul 6.35 pagi.

Sejam lewat!

Lain kali kalau bas datang lambat, bas pun patut kena tinggal!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Heroes: Why should you not join the Indian Army?

Nampak sama saja - (rumput di Pakistan dan di India)


Heroes: Why should you not join the Indian Army?

(Sabtu lepas anak jantan seorang aku ikut rombongan sekolah ke KL. Isteri seorang aku pula ada program pertandingan memasak anjuran kelab gurunya. Tinggal aku seorang layan tv di rumah!)

Aku sebenarnya tertarik dengan tajuk filem Hindustan ini (Heroes: Why should you not join the Indian Army?) dan terlihat beberapa kali iklannya di tv semasa di rumah felo-ku di Sintok. Dengan beberapa scene peperangan dan pengembaraan bermotosikal, iklan ini berjaya menambat hati aku. Kebetulan tiada apa hendak dibuat tengahari Sabtu lalu, aku menontonnya sehingga tamat.

Filem yang ditayangkan di TV2 jam 12.30 tengahari itu bermula dengan liputan seorang wartawan perang yang menemubual empat askar India yang terbabit dengan perang konflik India-Paskitan. Kemudian babak ‘melompat” tiga tahun selepas ini.

Ketika ini aku mula merasa bosan kerana memikirkan filem Hindustan yang sama akan aku lihat. Lebih-lebih lagi melihatkan hero tipikal Hindustan yang suka tidak berbaju (hanya berseluar pendek) iaitu Salman Khan yang menunggang motosikal Bajaj 200cc yang mirip Modenas Jaguh.

Mujurlah anggapan aku silap selepas itu kerana dia bukan Salman Khan (patutlah hanya sekali itu sahaja scene dia tidak berbaju!). Dia adalah Sohail Khan, adik Salman. Salman juga berlakon sebagai askar Balkar Singh yang berkahwin dengan Kujeet Kaur (lakonan Perity Zinda).

Kisah sebenar bermula dengan Saand (Sohail Khan) and Nawab (Vatsal Seth), dua sahabat karib dalam jurusan perfileman dikehendaki membuat satu dokumentari untuk melayakkan mereka mendapat ijazah perfileman.

Dalam satu perbincangan sinis dengan seorang rakan yang akan menyertai tentera India, mereka mengambil keputusan untuk membuat dokumentari bertajuk “Why should you not join the Indian Army?”

Dengan bantuan seorang rakan, mereka diperkenalkan kepada seorang wartawan perang yang kemudiannya meminta mereka menyampaikan tiga pucuk surat dari tentera India yang terkorban kepada keluarga masing-masing.

Bermula perjalanan bermotosikal mereka ala-Wild Hogs dengan keluarga pertama di Punjab, kedua di Manali, dan ketiga di Leh.

Keluarga pertama di Punjab ini adalah Kurjeet Kaur balu kepada Balkar Singh (Salman Khan) yang tinggal bersama mertua dan anak lelakinya di sempadan India Pakistan. Antara dialog-dialog yang begitu menyentuh hati ialah apabila Balkar Singh meluahkan kecintaannya kepada iserinya tetapi pada masa yang kecintaannya pada tanah air melebihi segala-galanya. Kata-kata ini diulangi semula oleh sianak apabila dia telah besar pada babak akhir filem ini.

Malangnya perjalanan ke Manali dan Leh tidak difahami kerana senikatanya sudah tidak ada di paparan tv sehinggalah 15 minit terakhir. (Tempoh tayangan 12.30 pm – 3.00 pm).

Walaupun aku hanya menghayati filem ini pada bahagian awal, sudah cukup memuaskan hati aku. Sebelum ini filem-filem Bollywood kebanyakannya bersekitarkan fantasi keriangan, filem Heroes ini adalah satu-satunya filem yang begitu bersifat patriotic kepada alku. Tidak malu aku katakan, tertitis juga air mata jantan aku.

Filem Melayu? Dulu KL Menjerit, kemudian Rempit, KL Drift dan Impak Maksima, sekarang Bohsia! Cerita lain sudah tidak lagi ke?

Rindu aku serindu-rindunya kepada Matinya Seorang Patriot, Rahim Razali, 1984.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


..mesti tengok sampai habis!

Wednesday, April 22, 2009

... isteri yang ...

Silalah berkahwin jikalau itu yang membahagiakan anda. Andainya anda mendapat isteri yang baik, anda akan bahagia. Sekiranya anda mendapat seorang isteri yang teruk, anda akan menjadi ahli falsafah" – Socrates.

Posting berkaitan klik di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

...kenderaan yang baik

Maksudnya: "4 perkara yang membawa kebahagiaan: Isteri yang solehah, kediaman yang luas, kenderaan yang baik dan jiran yang soleh."

(Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Hibban di dalam sahihnya dalam Kitab al-Nikah. Syeikh al-Arnaouth berkata: "Isnad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari." Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Syu'b al-Iman di bawah bab 'Ikram al-Jar = Bab memuliakan jiran". Hadith ini disahihkan juga oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami'.


Tuesday, April 21, 2009

Aku kayo! Aku kayo!

Aku dapat email ini dari gmail aku sat-sat tadi.

Dr Norman Andrey (info@norman.com)

Your E-Address was selected online in Asia Petronas Award Promo.Your draw has a total value of $6,00,000 Hundrand Thunsand unitd state dollars Please acknowledge the receipt of this mail,and Contact your claims agent for your winning price

Dr Husaine Bin Norman .
Email: drnormana@yahoo.com.hk

NOTE: All winnings must be claimed within 12 days from today. After this date all unclaimed funds would be included in the next stake,


Aku kayo! Aku kayo!

Terima kasih Dr. Husaine Bin Norman – kalau ada “Bin” ini tentu orang Melayu. (iya ke?).

Aku tertunggu-tunggu hadiah Honda Civic Hybrid atau BMW bila isi minyak Petronas tapi rupanya aku ada ”rezeki” lain dengan Petronas ini.

Aku kayo! Aku kayo!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Nota halus: sebelum ini tiap-tiap hari aku terima email nak bagi duit macam ini tapi email ini aku "percaya" sebab nama dia orang Melayu iaitu Husaine dan pak dia nama Norman pun nama Melayu juga kan! Ala macam nama Norman Hakim Memey tu......

Kambing Bakar Hameediyah



Kambing Bakar Hameediyah Campbell Street Penang

Kalau nak makan Kambing Bakar (atau goreng?) dengan Dalca di Penang, aku mesti ke Hameediyah Campbell Street ini. Ada dua Restoran Hameediyah di baris kedai yang sama. Tak pasti sama ada cawangan atau "pecah-kongsi" tapi aku selalu pergi Hameediyah yang kedai lama tu.

Di sini parking jangan harap. Baik kereta atau motor tapi rasanya aku tak pernah kena saman lagi di sini walaupun parking ikut sempat saja! Ada kira-kira kut!

Harga boleh tahan. Tapi terkejut juga email yang aku terima sat-sat tadi. Sekali makan tengahari bil dia cecah RM 430.50! Kenduri sakan ni.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, April 20, 2009

Safety message

... and to click again!

Nasi Briani Peha Kambing



Nasi Briani Peha Kambing

Menu ini dari Puncak Mutiara Café terletak di Kampung Pelet, berhampiran dengan Taman Guar Perahu, Penanti. Landmarknya hadapan Masjid Kampung Pelet.

Kalau pilihanraya Bukit Gantang dulu ramai orang serbu Mee Udang Banjir Mak Teh, pilihanraya di Penanti nanti ramai yang serbu Puncak Mutiara Cafe ini.

Aku diberitahu kalau di Warung Mak Teh berbau udang, di sini berbau kambing dan puyuh sebab bersebelahan dengan kandang kambing dan reban puyuh!

Cerita lanjut di sini. Mungkin hujung minggu ini aku pergi. Kalau pilihanraya nanti tentu sesak!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pohon Sumbangan Untuk Membaiki Rumah Allahyarham Amran Ahmad


Pohon Sumbangan Untuk Membaiki Rumah Allahyarham Amran Ahmad

Allahyarham Amran Ahmad adalah bekas Pengawal Keselamatan UUM yang telah meninggal dunia pada 15 Oktober 2008 (Rabu). Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Siti Kholijah Ismail (35 tahun) dan empat orang anak seperti berikut:

1.Muhammad Hazim Amran (12 Tahun) Darjah Enam

2.Muhammad Irfan Amran(10 tahun) Darjah Empat

3.Muhammad Asraf Amran (6 tahun) Pra Sekolah

4.Nur Syazrina Amran (2 tahun)

Pencen terbitan yang diterima oleh Puan Siti Kholijah Ismail adalah sebanyak RM180.00 sebulan. Wang ganjaran pencen (sekali sahaja) yang diterima dari Kerajaan adalah lebih kurang RM3,000.00 dan disimpan oleh isteri Allahyarham untuk persekolahan anak-anaknya.

Isteri dan anak-anak Allahyarham tinggal di sebuah rumah kecil atas tanah rezab sungai di Kampung Pulau Pisang, Tunjang, Jitra, Kedah. Hasil dari lawatan yang dibuat, didapati rumah ini dalam keadaan yang tidak sempurna. Bumbungnya bocor terutama di ruang tidur keluarga ini di mana terpaksa ditampal dengan plastik-plastik banner UUM yang tidak digunakan lagi. Lantainya reput di sesetengah tempat, tingkap-tingkap dapur rumah anak-anak yatim ini hanya dipaku dengan beberapa keping papan, zink, papan lapis sementara dinding dalam rumah tersebut ada yang ditampal dengan cebisan kotak.

Rumah ini tiada kemudahan air paip dan air terpaksa diambil dari rumah jiran. Puan Siti Kholijah Ismail telah menggali telaga untuk mendapatkan sumber air namun lokasi telaga ini tidak sesuai iaitu dikelilingi tandas jiran-jiran. Tandas dan bilik mandi keluarga ini terletak di luar rumah.

Mengikut pihak kontraktor, untuk membaiki rumah ini memerlukan wang sebanyak RM3,000.00 (untuk hanya membaiki bumbung ibu rumah dan dapur) sehingga RM10,000.00 (untuk membaiki bumbung, tingkap dapur, mengganti ibu rumah yang dibuat dari papan serta menambah sebuah bilik air).

Melihat kepada keadaan rumah anak-anak Allahyarham Amran Ahmad sekeluarga, dan kekangan dari segi kewangan untuk balunya membaiki rumah, besarlah harapan kami agar tuan puan yang prihatin di luar sana menyalurkan sumbangan ikhlas bagi membantu keluarga ini. Semoga dengan sumbangan ini dapat memastikan anak-anak yatim ini mempunyai rumah yang sesuai untuk didiami dan merasai keselesaan seperti anak-anak lain.

NO. AKAUN BANK ISLAM : 02039024574660
NO. IC : 740914-02-5698

Betulkah jimat beli KFC guna kupon Petronas?

Betulkah jimat beli KFC guna kupon Petronas?

Secara jujur aku mengaku aku bukanlah pengisi minyak Petronas. Aku “kipas berat mati” (die hard fan?) Caltex yang hanya bersebelahan dengan taman yang aku duduk di Kamunting dan kebetulan kepunyaan sepupu-sepapat aku.

Tapi aku akan ke Petronas kalau ada peraduan atau kupon yang diadakan. Jenuh juga berangan untuk dapat Honda Civic Hybrid dan BMW baru-baru ini. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan!

Sekarang dalam kereta aku ada dekat 20 kupon KFC. Bayangkan aku travel lima, enam ribu kilometer sebulan. Sementara nak sampai 10 Mei 2009 tarikh tutup kupon ini mahu dekat seratus kupon itu aku ada.

Sebenarnya tak jimat sangat. Untuk ayam 5 ketul, 2 cawan air, 1 kentang putar (lenyek?) dan 1 Coleslaw berharga RM20.40 (katanya jimat RM3.65)!

Adakah strategi KFC ini kerana tergugat sedikit terhadap kempen memulaukan mereka baru-baru ini? Sudah tamatkah kempen itu?

Ahad lepas aku isi full tank Pesona aku RM 75.00 di Petronas Jalan Perusahaan, Juru. Bila aku pergi balik ambik baki RM 25.00 dari budak pompuan kaunter itu dia hanya sua 1 kupon. Aku kata dekat dia, aku isi RM 75.00 patutnya 2 kupon la!

Dia jawab kupon berdasarkan 1 resit atau sekali isi.

Aku jawab, pam lain bagi 2 kupon.

Dia jawab, itu dia tak pasti. Boss dia pesan macam itu.

Tak apa! Tak apa! Minggu depan aku isi dua kali. Sekali isi RM 30.00. Kemudian aku isi sekali lagi RM 30.00.

Betul-betul macam Abang yang jual Roti Jala kedekut tahi masin di Pasar Ramadhan Bagan Serai.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blopspot.com/

Penyanyi Rock paling mudah masuk syurga

Penyanyi Rock paling mudah masuk syurga

Kata Nabil, dia peluk Irma tak terjejas ekonomi negara.

Kata Awie pula (TV3 semalam dalam ruangan Mentor Musim ke 3, Tunjuk Ajarku Sifu), penyanyi rock lah yang paling mudah masuk syurga.

Alahai artis kita! Ada sesiapa nak komen Opah Eng yang mati dalam usaha menyelamatkan orang gaji Indonesianya yang mungkin beragama Islam itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/




Warga emas mati selamatkan pembantu rumah daripada diperkosa
Utusan Malaysia, 14-April-2009

TELUK INTAN 13 April - Tindakan nekad seorang nenek berusia 81 tahun bergelut dengan tiga penyamun berjaya menyelamatkan pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia, daripada diperkosa penjenayah terbabit, awal pagi ini.

Bagaimanapun, Loh Koon Eng meninggal dunia dipercayai akibat diserang sakit jantung sebaik ketiga-tiga suspek terbabit melarikan diri dari rumahnya di Jalan Laksamana, kira-kira pukul 3 pagi.

Warga emas berkenaan dipercayai diserang sakit jantung kerana terlalu letih bergelut dengan suspek-suspek itu bagi memastikan pembantu rumahnya, Marina Andrajani, 23, tidak diapa-apakan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, sebelum kejadian, Koon Eng dan Marina tidur di rumah tersebut yang turut dijadikan kilang memproses kopi.

"Tiba-tiba tiga lelaki bertopeng yang salah seorang bersenjatakan sebilah parang telah memecah masuk rumah itu dan cuba memperkosa Marina.

"Koon Eng yang terjaga dari tidurnya kemudian bergelut dan memukul ketiga-tiga penjenayah terbabit bagi menyelamatkan Marina,'' katanya di sini hari ini.

Kok Liang berkata, tindakan warga emas itu telah menyebabkan penjenayah berkenaan membatalkan hasrat untuk merogol Marina dan hanya mengikat kedua-dua mangsa.

"Menyedari keadaan mereka sudah tidak selamat, penjenayah berkenaan hanya menggeledah dan melarikan barangan berharga di rumah tersebut.

"Hospital Teluk Intan mengesahkan kematian Koon Eng adalah disebabkan oleh sakit jantung," katanya sambil memberitahu pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian dialami oleh mangsa.

Menurut Kok Liang, polis kini sedang memburu ketiga-tiga suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Marina yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, dia tidak menyangka Koon Eng berani melawan penjenayah berkenaan semata-mata untuk menyelamatkannya daripada diperkosa.

"Ketiga-tiga penyamun itu bertindak agresif dan cuba memperkosa saya. Makcik (Koon Eng) kemudiannya meronta-ronta dan memukul penjenayah sambil menjerit supaya jangan sesekali mencabul kehormatan saya.

"Saya ingat apabila semuanya selesai kami sudah selamat, tetapi makcik rupa-rupanya sudah meninggal dunia ketika tangan kami masih terikat," katanya.

Halal dan tanpa was-was

Halal dan tanpa was-was

Saya mengenali beliau sebagai Exco Kebajikan yang aktif dalam NGO Warga Kilang. Kelibatnya mengatur program lawatan sambil membuat sumbangan di hujung-hujung minggu begitu mengujakan. Tiada erti penat atau jemu dengan aktiviti-aktiviti sebegini.

Di sebalik program hujung minggu, beliau menanam saham akhirat dengan menaja beberapa anak yatim untuk bersekolah. Di samping itu beliau masih juga berkesempatan menambah ilmu mahupun akhirat dan duniawi. Kelas-kelas Fardu Ain, Tajwid dikunjunginya di samping kursus-kursus pendek industri permakanan dan pertanian. Terbaru khabarnya beliau mula mendalami pengetahuan kesihatan.

Di sebalik sinonim dengan aktiviti kebajikan, beliau juga tidak jemu-jemu berusaha menjadi seorang usahawan yang berjaya. Secara logiknya bukan kemewahan hidup yang dicari. Pendapatan dari pekerjaan tetapnya sebagai jurutera sudah lebih mencukupi. Tetapi lebih kepada Fardhu Kifayah untuk menghasilkan produk-produk halal yang boleh digunakan tanpa was-was.

Berikut adalah antara dua produknya yang mula mendapat tempat di pasaran.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Sunday, April 19, 2009

Apa kesudahan mimpiku ini?

Apa kesudahan mimpiku ini?

Sukar untuk aku mempercayai mimpi! Elok-elok mimpi kencing di tebing sungai, tiba-tiba basah tilam. (Ini monolog lama!)

Pertengahan 80an aku sering bermimpi memanjat tangga. Biasanya tangga batu. Bila sampai di hujung tangga, terbentang pintu. Tapi aku tidak dapat melangkah terus kerana anak tangga yang di atas sekali tiada!

Ada ruang tergangga di antara anak tangga teratas dengan muka pintu.

Tidak lama selepas itu aku gagal peperiksaan ulangan di UM.

Aku bermimpi mimpi yang sama sewaktu beria-ria di ITM. Tidak lama selepas itu juga aku meninggalkan ITM.

Kemudian mimpi itu sudah tidak mengunjungi lena aku.

Penghujung 90an aku sering mimpi melayangkan badan. Kadang-kadang aku bermimpi aku mampu terbang.

Tidak lama selepas itu aku terlantar di hospital kerana demam panas dan di-diagnosis-kan mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, di samping itu beberapa penyakit lain mula mendekati aku.
Kata pakar, orang yang ber-hemoglobin rendah ini biasanya tinggal di pergunungan Himalaya. Mereka mampu hidup dengan kekurangan oksigen. Spesis hidupan lain yang ber-hemoglobin rendah ialah unggas yang boleh terbang seperti burung. Disebabkan rendah hemoglobin itulah mereka boleh terbang.

Keluarnya hospital aku memulakan hobi baru – mendaki gunung dan bukit. Merata gunung dan bukit ku daki.

Kemudian mimpi itu sudah tidak mengunjungi lena aku.

Akhir-akhir ini aku bermimpi memandu kereta. Dalam mimpiku tidak kira dengan kelajuan yang tinggi atau rendah, aku membrek tetapi brek tidak berfungsi. Kereta yang ku pandu terus mengelunsur. Anehnya tidak melanggar apa-apa!

Adakah ianya merupakan ingatan agar aku tidak terlanjur! Terlanjur membuat sebarang keputusan.

Usia baru melangkah nombor keramat 40 ini aku sudah membuat keputusan drastik meninggalkan kerusi empuk tapi panas di sektor swasta untuk menghenyakkan punggung besar aku di kerusi keras tapi sejuk di sektor kerajaan. Itu bukan keputusan terlanjur!

Terlanjur dalam pergaulan! Nauzubillah semoga Allah tetapkan hati aku ini bersama-sama keluargaku, bersama-sama isteri aku seorang itu dan bersama-sama anak jantan aku seorang itu.

Amin.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Roti Benggali Penang Mari


Roti Benggali Penang Mari

Semalam Mamu orang rumah seorang aku itu mari dari Penang. Kalau dia mari mesti bawa Roti Benggali kulit keras tak berpotong ini. Siap bawa Kari Kepala Ikan beli di Jalan Masjid Kapitan Kerling. Apa lagi bercecahlah kami anak beranak Roti Benggali dengan Kari Kepala Ikan Penang Mari.

Biasanya cubit saja roti itu tapi aku lebih suka gunting. Nampak elok sikit.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Ada ayat baru ganti ”Lu fikirlah sendiri!”



Ada ayat baru ganti ”Lu fikirlah sendiri!”

Adakah kata-kata Nabil ini (peluk Irma tak jejas ekonomi negara) sekadar lawak jenakanya?

Adakah mungkin selepas ini akan kedengaran kata-kata lawak sebegini?

”Tak kan awak nak marah saya. Saya peluk awak tak terjejaspun ekonomi negara” mengantikan ”tag-line” Nabil sebelum ini iaitu; ”Lu fikirlah sendiri!”.

Siapa yang akan cakap sebegini? Sudah tentu peminat-peminat Nabil yang menjadilkan Nabil sebagai idola mereka.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Temuramah penuh seperti berikut:-

Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil

Seperti yang dijangka, Nabil telah pun dipilih sebagai bintang paling popular. Populariti yang dimiliki oleh Nabil mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Mawi, Siti Nurhaliza dan lain-lain. Namun, di sebalik itu ramai yang terkejut apabila melihat Nabil dengan spontan memeluk seorang pelakon yang tidak kurang cantiknya selepas diumumkan sebagai bintang paling popular.

Tindakan Nabil memeluk Irma Hasmie, kekasihnya itu mengundang rasa kurang senang peminat. Ada yang berkata, adakah artis kita sudah jadi artis Hollywood yang tidak tahu adab sopan?

Malah ada juga yang berkata, tindakan beginilah yang merosakkan nama baik artis lain yang jauh lebih bersopan. Ada juga berkata, kasihannya artis kita yang hilang akal.

Walaupun ada yang menyokong tindakan itu, tetapi Nabil juga terus menerima kritikan terhadap tindakannya itu yang dilihat sangat sumbang dan biadab.

Ketika dihubungi, Nabil menjelaskan kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI apa yang telah berlaku.

Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?

Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.

Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?

Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.

Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?

Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.

Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?

Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.

Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.

Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?

Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.

Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?

Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

Bila lagi nak kahwin?

Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.

Adakah keluarga menerima pilihan Nabil?

Keluarga saya tak kisah dengan siapa juga pilihan saya. Mereka tak ada masalah. Memang mereka ada cakap umur macam saya ni dah boleh kahwin. Tapi duit masih tak cukuplah. Biar saya kumpul duit banyak-banyak sebelum kahwin ni.

Oh teratai bunga indah

Posting terbaru di blog Anjang (di sini dan di sini) menginspirasikan aku untuk menyiarkan kembali siratan dalam blog pertama aku pada Februari 2008


Oh teratai bunga indah

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

(Siratan pada Ogos 2007; “Saya diremajakan dengan Sweet Charity dan Blues Gang. Dibalighkan dengan Alleycat dan Kembara. Semua itu yang menjadikan Ramli Sharip dan M. Nasir idola saya. Dimatangkan dengan Ebiet G.Ade dan Iwan Fals sementelah adik saya melanjutkan pelajaran ke Universitas Gadjamada dalam jurusan farmasi. Kepulangannya setiap kali membawa kaset-kaset Ebiet dan Iwan.)

Saya dipengaruhi dengan lagu-lagu dendangan Ramli Sarip (Sweet Charity). Pernah ketika Sweet Charity dan Blues Gang membuat persembahan di Ipoh pada awal 80an, saya dengan beberapa rakan sekolah asrama memanjat pagar sekolah semata-mata untuk menyaksikan Ramli Sharip beraksi. Malah kami berada di stadium seawal petang untuk menyaksikan mereka berlatih untuk persembahan di sebelah malamnya.

Seingat-ingat saya antara kaset dan CD yang asli yang saya beli adalah dari nyanyian Ramli Sharip dan Sweet Charity. Malah berbangga juga kerana saya adalah salah seorang superbikers yang mengiringi Ramli Sharip dan Sweet Charity muncul di atas pentas semasa satu persembahan di Stadium Merdeka pada penghujung 80an.

Bagaimanapun Majalah Tiga (TV3) malam semalam benar-benar menyentuh hati saya. Teratai, lagu yang didendangkan Ramli Sharip adalah antara lagu kegemaran saya, tetapi selama ini saya hanya terpesona dengan iramanya tetapi tidak menghayati senikatanya.

Teratai yang saya kenali seawal darjah satu kerana adanya seorang wanita Cina yang menjual buahnya di tepi sekolah rendah saya. Teratai yang saya kenali seawal darjah satu kerana perjalanan saya ke sekolah akan melalui kawasan lombong yang permukaannya melata hijau dengan daun-daunnya yang lebar dan buah serta bunga yang menjulur keluar. Setiap pagi akan kelihatan sebuah dua perahu kolek kecil dengan seorang dua pendayung bertopi mengkuang besar yang akan memetik bunga dan buah teratai ini.

Teratai yang saya kenali seawal darjah satu kerana sering melihat kuntum buahnya terikat dua, tiga kelopak dengan gelang getah bulat di atas meja kayu kedai kopi milik peniaga Cina apabila mengekori bapa memasuki kedai mereka.

Teratai yang saya kenali seawal darjah satu kerana sering melihat kuntum buahnya terikat dua, tiga kelopak dengan gelang getah bulat di di atas plastik pelapik lantai pasar milik peniaga Cina apabila mengekori emak ke pasar basah.

Rupa-rupanya teratai ini seperti yang dilaporkan oleh Majalah Tiga malam semalam merupakan satu penunjuk (indicator) yang terbaik untuk sistem ekologi air. Turut dilaporkan juga Tasek Putrajaya menggunakan teratai sebagai penghias tasek di samping fungsinya secara visual sebagai penunjuk untuk sistem ekologi air.

Patutlah tasek bekas-bekas lombong yang kerap saya lihat di sekitar Taiping (rumah saya), Kampar (rumah adik saya), Simpang Pulai dan Batu Gajah sudah tidak kelihatan lagi kelompak bunga teratai berbuah. Sudah tidak melata lagi daunnya yang lebar. Sudah tidak kelihatan lagi manusia yang mencari rezeki dengan teratai ini.

Mengapa manusia masih tidak faham-faham juga dengan penunjuk yang telah pupus ini?

lukmanw@uum.edu.my
thejourney.weblog.uum.edu.my


Teratai

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandang teratai bunga indah

Ku tak menyangka
Wahai terataiku sayang
Badai taufan mendatang
Menghembus dirimu
Engkau pun terkulai
Dan merunduklah layu
Tak berseri lagi

Oh tolong, lindungilah dia
Agar ku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan terataiku sayang
Berseri seperti semula
Teratai bunga indah

Bersama anak yang juga peminatnya, bertemu kembali dengan Ramli Sharip pada tahun 2006 di Pak So Seafood, Kuantan setelah pertemuan sebelum ini pada tahun 1989, kemudian mengiringinya dengan motosikal ke pentas di Stadium Merdeka.

Gambar kenangan ini diambil selepas beberapa hari menyaksikan Ramli Sharip beraksi di Stadium Negeri, Ipoh pada tahun 1984. Pasti dapat meneka yang mana satu diri saya! Gambar kecil, CD "original" Ramli Sharip dan Sweet Charity yang di-autograph-kan oleh Ramli Sharip.

Friday, April 17, 2009

Gila Bubur Nasi



Gila Bubur Nasi

Ada yang panggil Bubur Nasi. Ada yang panggil Porridge. Aku tak ingat macamana rasanya Bubur Nasi semasa aku belum tumbuh gigi dulu. Seingat-ingat aku mula suka makan Bubur Nasi ini semasa ”bergelandangan” di KL pertengahan 80an. Dua tempat menjadi tumpuan geng motor ketika itu. Satu di Chow Kit dan satu lagi Bangsar. Kalau di Bangsar di hadapan KFC itu menunya lengkap dengan Ikan Bilis Goreng, Lobak Asin yang dipotong kiub kecil, Kangkung Goreng, Telur Masin, Ikan Isi Jeruk dan beberapa lauk tambahan lagi. Ramai juga selebriti-selebriti terkenal masa itu makan di sini. Tetapi rasanya sudah tak ada abang penjual bertopi seiras Ito, Blues Geng sekarang ini.

Kemudian aku mula kemaruk Bubur Lambuk di bulan Ramadhan. Pantang ada edaran di masjid dan surau pasti aku akan mencubanya. Kalau di Bazar Ramadhan pasti aku membelinya. Anehnya juga Bubur Lambuk dari Masjid Kampung Baru belum pernah aku jamah.

Kalau balik Sungai Pinang belah rumah Mak Mertua, masjid di situ menyediakan Bubur Lambuk dengan tulang lembu. Kalau ”rajin tulang” tolong bersiap boleh dapat tulang lutut. Lepas makan mesti berminyak (berlemak?) bibir atas bawah. Tangan pula esok masih bau daging!

Sekarang ini sudah menjadi kemestian dalam rumah aku Bubur Nasi ini sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu. Biasanya hari Khamis iaitu hari kepulangan aku dari Sintok.

Seperiuk besar terkedang di atas meja. Orang rumah seorang aku itu tidak berapa berahi. Tetapi aku dan anak jantan seorang itu akan ”mengulang” sampai cuci-calat.

Anak jantan seorang aku itu masa dok dalam perut emaknya sudah ”mengidam” Bubur Nasi ini. Pantang pergi Taiping emaknya mesti singgah Kedai Buah Irene nak makan ”porridge”.

Semalam lepas makan kambing di Kulim aku balun pula Bubur Nasi di rumah. Menunya mesti standard. Bubur Nasi mesti dimasak dengan udang dan daging. Udang masak dengan kulit bau rasa manisnya. Daging pula potong kiub kecil. Pernah tukar daging dengan ayam tapi rasanya tak mengancam.

Mesti ada lauk Bilis Goreng. Mesti ada Lobak Masin Manis yang dipotong kiub kecil. Mesti ada Bawang Goreng. Daun sup sebagai syarat saja.

Lauk dan segala meneka ramuan ini tak boleh berkira sangat. Mesti melata penuh atas Bubur Nasi. Lagi bagus sampai tak nampak warna puteh bubur!

Makan pula mesti dalam mangkuk. Lagi dalam mangkuk itu lagi bagus. Sudu pula jenis camca pendek stainlesssteel. ”Sudu Ais Kacang”, kata abang ipar aku yang kerja Proton itu. Dia tergelak apabila tengok sudu jenis ini banyak di rumah aku. Siap dia tanya ada tak dari jenis plastik atau tembikar!

Ada sesiapa nak mai rasa Bubur Nasi di rumah aku?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tribute to Kulim (Siri 1, 2 & 3)





Tribute to Kulim

Tribute 1: Kenduri kambing di Taman Rekreasi


Semalam aku ke Kulim. Lebih tepat Taman Rekreasi Kulim Hi-Tech. Aku dijemput kenduri kambing. Dulu (2004/2006) sekali dalam sebulan atau dua bulan kami (geng Celestica) buat kenduri di taman ini. Pakat kutip seorang sepuluh-dua. Kambing panggang dari Mahang. Hj Muda Subki (la ni dia Engr. Intel) yang handle. Kambing pangggang berpotong ini dihantar panas-panas oleh Pak Menakan dia selepas waktu pejabat. Tulang dan meneka isi perut dibuat gulai campur Umbut Pisang, Kacang Panjang, Terung dan Karot. Bila order siap dibagi free Roti Canai 30-40 keping.

Puak lain ada assignment masing-masing. Zahari HR dari Pulau bawa awai pagi lima enam ketul Roti Benggali. Edi HR pula dengan Teh-O, Sirap, plastik sampah dan paper lama. Mie Engr. Facility bawak limau nipis buat potong lemak. Kambing ada lemak ka?

Syukri la ni di Infineon bawa dua, tiga bilah pisau. Aku pula biasanya bawa segala maneka bekas pinggan, mangkuk, cawan kertas.

Hj. Rosman (la ni kontraktor dan supplier besar) biasanya jadi Ketua Bentara. Sama naik riuh mulut dengan ringan tulang.

Ramai lagi adalah pakat bawak apa yang patut termasuklah yang usung perut saja!

Walaupun sudah hampir empat tahun aku tinggalkan Kulim, puak-puak ini mesti jemput aku kalau ada kenduri kambing. Setahun di Ipoh jenuh beri alasan tak boleh mai. Begitu juga hampir dua tahun di Sintok ada saja alasan dibuat. Alasan sebenarnya jauh nun nak mai. Beratus kilometer satu hala! Pergi-balik dah lebih dua ratus kilo! Jemputan kali ini sukar ditolak sementelah khas dibuat selepas waktu pejabat hari Khamis yang kebetulan adalah masa perjalanan aku balik ke Taiping.

Semalam kenduri di-sponsor oleh Azhar (la ni Manager Intel). Kenduri doa selamat nak pergi umrah. Orang lain bersila kenduri di surau atau duduk elok-elok atas kerusi bawah khemah depan rumah, kami makan kenduri bercangkung di taman!

Tapi semalam tak ada kambing panggang. Semua buat gulai. Mungkin sebab jemaah makin ramai. Menu tetap sama dengan empat, lima tahun dulu. Seperiuk besar berasap Gulai Daging Kambing campur Umbut Pisang, Kacang Panjang, Terung dan Karot. Roti Canai 30-40 keping dalam termos. Azhari dengan lima enam bungkus Roti Benggali. Menu tambahan pula Seri Muka dengan Tapai. Aku mari dari Sintok sebagai tetamu bawa dua sikat Pisang Berangan.

Kami makan kenduri dimulai dengan doa makan saja. Risau juga nak buat tahlil ke apa yang patut. Manalah tau ada yang report kat pejabat agama kata ada geng kilang ”beratib” di taman!


Tribute 2: Syurga makanan

Di tengah kepesatan bercambahnya restoran mamak dan tom yam Thai, Kulim masih gah dengan masakan Melayunya.

Kalau hari Jumaat, masjid yang hendak dituju oleh geng kerja kilang di Hi Tech sentiasa disinonimkan dengan warung yang hendak disinggah. Kalau Masjid Politeknik boleh perkena dulu di cawangan Warung Sila Oh Sila berseberang jalan UniKL MIS. Kalau lajak ke Masjid Sungai Ular boleh perkena Ikan Bakar Pak Su sebelah JPJ. Dulu gerai kecil sahaja Pak Su ini. Sekarang sudah beraleh ke korner lot kedai. Depan kedai pula ada dua, tiga pondok kecil beratap dengan replika lambang ikan.

Kalau ke Masjid Padang Cina boleh makan Nasi Ekonomi bawah pokok kelapa sawit berhadapan kilang First Solar.

Kalau ke Masjid Jalan Kilang Lama, boleh makan dulu di Warung Pak Omar di Panglima Besar. Sebelah Pak Omar ini pun ada warung lain yang jual ikan bakar.

Jauh jalan lagi ke Masjid Kulim boleh makan Nasi Padang di tempat letak kereta seberang jalan masjid ini. Sambal Sotong, Perut Masak Lemak dan Bergedelnya tak boleh miss. Perkena pula dengan Air Nyior.

Betulnya tak payah tunggu hari Jumaat, mana-mana haripun boleh. Tapi hari Jumaat meriah sikit. Terutama ada yang berhajat nak kenduri overtime!

Hari lain kekadang ke Sungai Kob perkena Nasi Ayam Periuk Besar. Asalnya gerai ini kecil sahaja di Pekan Karangan kemudian pindah ke Sungai Kob betul-betul tepi sungai. Gerai ini merata cawangannya nun di Taiping, Ipoh, Sungai Petani tapi heran tempat lain macam tak menjadi. Taiping pun sudah tutup.

Jemu Nasi Ayam boleh lajak ke Simpang Tiga Karangan selepas Pusat Serenti. Gerai lepas simpang ini banyak juga menunya. Lepas makan nasi kalau perut boleh isi lagi boleh perkena Cucur Udang.

Kalau jemu Ikan Bakar Pak Su boleh lajak ke Labu Besar. Ikut Simpang Sungai Ular dan Taman Tiong lalu Petronas Taman Kenari. Jangan kona kiri ke pekan Kulim ikut Seri Malaysia tapi jalan terus. Di sini Warung Selera Junjung sendat dengan peminat Keli Bakar, Pari Bakar, Kembung Bakar, Tilapia Bakar dan pelbagai lauk lagi. Warung atap zink ini sentiasa sejuk disiram oleh renjisan air paip. Taklah berpeluh dahi dan hidung semasa cicah air asam pedas tu.

Tepi warung ini sederet kedai ada cawangan Restoran Pak Mail. Biasanya kami pergi makan petang atau makan malam di Restoran Pak Mail di Jalan Kilang Lama. Di sini kami selalu makan Chicken Chop dengan Nasi Goreng.

Kalau dulu-dulu ada function besar sikit kami pergi Warung Pokok Manggis di Jalanraya Kulim selepas Masjid Kulim. Kat sini bolehlah nak perkena Siakap Tiga Rasa atau Bawal Stim.

Lajak jauh lagi ada pula Restoran Pokok Buluh sebaris dengan kedai-kedai repair dan service kereta ini. Khabarnya restoran ini ada cawangan utamanya di Pematang Pauh.

Kalau ada pelawat atau gomen datang kilang boleh lajak bawak ke Warung Selera Gemilang betul-betul kepala simpang traffic light Kastam tu. Budak kilang panggil warung yang terkenal dengan ikan dan ayam bakar ini dengan nama “Warung Soros”. Boleh tahan harga makanannya!

Kalau rasa nak makan Kari Kambing boleh perkena Warung Tolak Roda Tiga Pak Berahim di Taman apa nama sayur itu. Menu di sini hendak hampir sama dengan Nasi Kandar. Pak Berahim anak beranak dengan bini diapun mamak!

Kalau nak makan Kari Bawal boleh singgah warung selepas Masjid Jalan Lunas.

Petang Rabu lajak ke malam boleh pergi Pasar Malam Taman Selasih. Petang Khamis di Jalan Kilang Lama sesak dengan budak Poli dan UniKL. Geng kilang pun sama banyak.

Pagi Ahad sayut ke petang boleh beli ikan dan barang basah di Pasar Hari Padang Serai. Tauke Kilang Kopi Hang Tuah di Sungai Dua pun selalu ke sini dengan orang rumah barunya.


Tribute 3: Daerah Auto Kulim

Bunyi dia lebih kurang Auto City Juru!

Aku mula “mesra” dengan Kulim penghujung tahun 90an hinggalah awal 2000an. Di Karangan atau lebih tepat Estet Sungai Dingin, aku terbabit menganjurkan beberapa rally dan enduro. Di sinilah salah satu kawasan khas (special stage) untuk Vintage Car Rally London-Sydney Marathon 2000 diadakan. Di sini jugalah satu-satu Asia Rally 4x4 yang diadakan pada waktu malam.

Waktu tengahari kami terpa di sebuah warung kecil pekan Karangan. Warung asal Nasi Ayam Periuk Besar. Sekali itu Dato Razak Dawood (Pengurus Karamjit PERT) belanja semua orang yang makan di situ ketika itu. Dato Razak ini juga pernah belanja aku makan di sebuah restoran Jepun di Johor Bahru yang self-service celup dan grill atas meja. Lupa lak nama dan lokasi restoran itu tapi 12 orang makan harganya seribu lebih!

Kalau terdesak nak beli barang, pekan Kulimlah kami terpa. Peserta rally pula ada yang menginap di Seberang Prai sementelah Seri Malayia dan rumah rehatnya penuh.

Sebenarnya bukan saja rally yang terkenal di Kulim ini. Geng enduronya hebat juga. Terutama Geng Enduro Sungai Ular. Ada beberapa ahlinya nun sampai ke Jepun pergi ber-enduro. Pernahlah aku sekali dua ber-enduro dengan geng-geng ini sampai ke Sumpitan dan Air Ganda.

Geng scrambler Lunas pun ada tapi aku tak sempat berkenalan dengan mereka. Sama juga dengan geng Superbike. Ada dua, tiga superbike di sini. Azizan dan kapten apa nama tu dari Northern Biker. Depa ini rajin juga dulu masuk Malaysian Super Series di Sepang. Ada juga Geng Kulim Hi-Tech Superbikers. Geng ini kalau masuk kerja malam hari sabtu terus sambung pagi Ahad ride ke Kolam Air Panas Baling.

Di Kulim ini pun terkenal dengan Mekanik Peugeot. Workshop kereta berkepala singa ini ada dua buah kedai sebaris dengan ibupejabat TCE Sea Tackle di Jalan Lunas. Tak kiralah Workshop AM Lion atau Workshop Intergriti, depa dua-dua ini satu geng. Pelangganlah mai nun dari Ipoh dan KL pun ada. Aku pernah jumpa En. Manan boss bomba Bagan Serai dengan Peugeotnya di sini.

Geng Mini dan kereta kura VW pun berlambak di Kulim. Kalau depa nak buat konvoi pi Kelantan atau Terengganu mesti berkumpul di Petronas BKE.

La ni lak hebat dengan MTB. Geng kayuh gerek ini tua muda ini baru saja buat jambore bulan lepas. Dengar cite melaut penyertaan. Nun dari Melaka ka atau Johor, depa mai satu bas.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Thursday, April 16, 2009

Kau nampak apa yang aku nampak?




Klu adalah seperti berikut- "ia bukan Itali, ia bukan Amerika, jauh sekali dari Jepun, ia adalah Malaysia.

Klik di sini jawapannya.

1-Day Campus Life bersama Anak-anak Yatim

Seribu wajah anak-anak yatim yang menjadi peserta program

Antara mahasiswa-siswi yang terlibat dalam program

UUM/DPP MISC 1-Day Campus Life bersama Anak-anak Yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Perlis, Jejawi, Perlis.

Program sehari dalam kampus bersama seramai 42 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Perlis, Jejawi, Perlis, telah selesai diadakan pada 7-April-2009 lalu.

Program anjuran Exco Akademik, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Dewan Penginapan Pelajar MISC, UUM itu ditaja oleh sejumlah pensyarah-pensyarah dan kakitangan sokongan UUM.

Peserta-peserta program didedahkan pengalaman sehari di dalam kampus. Bermula seawal jam 9 pagi, selepas pendaftaran, peserta-peserta menjalan sesi “ice-breaking”. Kemudian peserta-peserta bersama-sama “kakak’ dan “abang” mereka menaiki bas ke Dewan Kuliah. Satu ”mock-up” kuliah disampaikan oleh Dr. Nadiyah Bt. Elias, pensyarah kanan Kolej Sastera dan Sains, UUM. Dr. Nadiyah juga mengambil kesempatan berkongsi pengalamannya sebagai seorang anak yatim semasa kecil.

Peserta-peserta kemudian bergegas ke Bilik Kuliah untuk mengikuti kursus-kursus akademik asas Bahasa Inggeris, Matematik dan Komputer. Kemudian mereka berjalan kaki mengunjungi Perpustakaan Sultanah Bahiyah sebelum menyambung perjalanan kembali untuk makan tengahari dan berehat di bilik asrama di DPP MISC.

Program selepas Sholat Dzohor bersambung dengan kursus asas akademik dan diikuti oleh program kerohanian.

Acara sukan dan rekreasi yang dijadualkan selepas Sholat Asar terpaksa digantikan dengan acara sukaneka kerana cuaca tidak mengizinkan.

Acara terakhir ialah penganugerahan sijil penyertaan oleh penaja-penaja anak-anak yatim dan diikuti dengan makan malam sebelum mereka kembali ke asrama Pertubuhan Anak Yatim Perlis, Jejawi, Perlis.

Terima kasih kepada semua penaja-penaja dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung program ini.

Gambar-gambar dan berita selanjut boleh dilihat di sini.

Wednesday, April 15, 2009

Uji IQ anda - lompat katak lompat!


Pernah dengar kisah seorang Petani yang mempunyai seekor anjing, seekor kambing dan sebakul sayur, hendak menyeberang sungai tetapi sampannya hanya boleh memuatkan dirinya dan salah satu barangnya dengan sekali seberang sahaja.

Kalau Petani ini membawa anjing dahulu, kambing yang ditinggal akan memakan sayur. Kalau bawa sayur dahulu, kambing akan akan bergaduh dengan anjing.

Kalau bawa kambing dahulu pula, memang anjing yang ditinggal tidak akan makan sayur. Tetapi untuk penyeberangan sungai kali kedua perlu bawa mana pula yang dahulu? Anjing atau sayur?

Sekiranya anda dapat membantu Petani ini menyelesaikan masalahnya, anda bolehlah cuba permainan IQ memindahkan kedudukan katak-katak ini. Kalau masih tidak tahu bagaimana hendak membantu Petani itu hendak menyeberang sungai, rasanya tak payah uji IQ anda untuk permainan IQ lompat katak lompat ini.

Peraturan untuk permainan IQ lompat katak lompat ini mudah sahaja.

1. Klik dan download permainan ini di sini. Open file dan dapatkan seperti gambar di atas.

2. Katak Jantan sebelah kiri hanya boleh melompat satu batu sehaja dengan sekali lompat.

3. Begitu juga Katak Betina sebelah kanan, hanya boleh melompat satu batu sahaja dengan sekali lompat.

4. Gambar di bawah ialah kedudukan akhir selepas kesemua ketiga-tiga Katak Jantan bertukar tempat dengan Katak Betina.

5. Selamat mencuba.


Nota kecil yang dibesarkan. Permainan ini tiada kena-mengena dengan ahli-ahli politik yang suka melompat. Malah jauh sekali dengan isu lompat 3 ahli politik Perak. Cuma ada 3 Katak Jantan dan 3 Katak Betina yang "perlu dilompatkan" dengan mengikut tertib.

Erti Hidup Pada Memberi... Hati!

Pesanan Warrent Buffet


Pesanan WARRENT BUFFET diterjemah secara bebas oleh Sdr. Monier, Setiausaha Warga Kilang Dot Com

“Di musim kegawatan ekonomi yg melanda seluruh dunia hari ni, x kiralah hang dok di Kg Pokok Machang Bkt Selambau ka, Kg Ulu Pahit Kuala Berang ka mana ka, masing-masing orang mengharapkan akan berlaku satu keajaiban supaya semua ni akan pulih menjadi seperti sedia kala. Hat dok noreh getah dok mengeluh sbb harga sekerap getah jatuh teruk, drpd RM4 ringgit hari tu, la nie cuma tinggal RM1.80 saja. Memba hat niaga psr mlm nak dpt sales RM50 semalam pun sakit. Yang kerja kilang pulak dok kena buang, ada memba sorang tu tiap-tiap hari keluar rumah cari kerja merata, sampai la nie masih tak kerja lagi. Ringkasnya, suasana la ni memang gawat sungguh”

Warren Buffet, Jutawan Besar dari dunia barat dlm gambar di bawah ni habag: hangpa tok sah dok percayalah dengan nasihat sapa-sapa yg ngaku depa tu pakar ekonomi ka pakar perbangkan ka apa ka, sebab depa depa ni lah sebenarnya yang buat dajei sampai ekonomi dunia merudum hingga ke tahap ni.

Kalau nak survive dan tidak dihanyutkan oleh arus kemelesetan ekonomi ni, Warren Buffet ada bagi beberapa tips dan petua di bawah ni yg dirasakan ada elok gak kalau kita boleh gunapakaikan bersama:

1. Kena Kerja Kuat – buat apa pun, kalau kita pulun dan buat sungguh-sungguh insyaallah akan berjaya, tapi kalau takat bercakap saja, tak pi kemana nya. Kerja kuat ni amat penting tmbah-tmbah di musim merudum mcm ni. Kalau hari sabtu ahad atau hari cuti kerja dok lepak dpn tv layan astro, nanti kalau kena VSS baru ada akai.

2. Jgn Malas – Lobster kat dasar laut tu kalau malas nak bergerak, nanti tak pasal pasal kena pukul badai dan dihanyutkan arus terus masuk ke pukat nelayan. Kita jgn malas, kalau tidak, nanti bala besar lagi nanti mai. Duit dah la ada dua tiga ringgit dlm poket, lepas tu malas dah nak cari duit lebih nak buat simpanan utk emergency ka apa. Tiba-tiba mai VSS, ha baru ada akai.

3. Pendapatan tambahan – jgn bergantung kat satu income ja, trylah buat bisness apa pun, mai penang amik dompet jual dompet2 berjenama ka, niaga minyak wangi ka, jual seluar jeans siam ka, brg2 make-up ka, niaga beg2 tgn pompuan jenama tiruan ka apa ka, buatlah apa saja, janji dpt 2nd income. Mola2 memang sikit2, insyaallah nanti boleh buka kiosk ka apa sampai ke the MINES mana nu. Kalau hanya dok harap kat satu income ja – hah, mai VSS nanti baru ada akai.

4. Kontrol Belanja – w/pun gaji kita lebat dan lebih hebat kalau nak dibandingkan dgn gaji Pak Mat yg dok potong rumput kat tepi hiway tu, tapi jgn sombong dan belanja ikut suka. Kontrol Belanja. jgn dok belanja ikut suka, kata Warren Buffer : Kalau kita dok suka beli barangan yg kita tak perlu, maka tunggulah masanya bilamana kita terpaksa pulak pi gadai dan pi jual balik barangan yg kita perlu. Kontrol belanja, kalau tidak, nanti kena VSS baru ada akai.

5. Simpan Duit – hat ni ditujukan utk si penulis ni sendiri – org dok habag lama dah sejak dari hari hang mula kerja dulu, simpan duit simpan duit, tapi tak pernah nak ingat-ingat nak save duit. Kata si Warren Bufett ni: Simpanlah duit sebelum dihabiskan belanja duit tu, bukannya dah habis belanja duit tu baru teringat nak simpan duit. Kalau malas nak simpan duit, tunggulah VSS mai nanti, baru ada akai.

6. Hutang – jgn berhutang, kalau tidak jadi mcm adik saya tu, sampai la ni tak habis habis lagi , dok kena ligan dgn PPTN - kira hutang jugak lah tu. Sapa yg banyak hutang ni (mcm penulis gak la – rumah keta etc), nanti kalau kena VSS taulah langit tinggi rendah.

7. Akaun/Duit Masuk Keluar – duit masuk umpama payung yg melindungi kita drpd hujan, tapi tak guna jugak kalau payung saja bagus, tapi kasut koyak rabak – basah mai kot bawah. So, pandai pandailah control duit belanja masuk keluar kita, kalau tidak - mai VSS nanti, bila payung dah tak dak, lagi teruk mau dok ada, ya lah payung dah x ada, kasut pulak koyak rabak, mau melepuih tapak kaki!

8. Jaga Belanjawan – cek mana duit pi w/pun cuma 5 sen cuma. Asalnya memang 5 sen, tapi lama-lama boleh pi jadi 50,000 sen. Benda2 tak perlu mcm dok top-up hp, lepas tu sms kat bini/laki org tu x payah lah kot – aik, ada yg terasa ka ni, ka tulis from pengalaman diri sendiri?

9. Risiko – hati hati amik risiko; kalau nak test ayaq sungai tu dalam ka tidak, huluq pi sebelah kaki dulu, jangan dok pi huluq dua-dua belah kaki sekali gus, nanti bukan kata terus tenggelam , tapi silap-silap belum sempat masuk ayaq dah kena ngap dengan si Bujang senang. Makna kata, kalau nak amik risiko nak buat bisness apa ka di waktu ekonomi VSS mcm ni, hati-hatilah, try buat part time dulu, kalau dah okey, insyaallah bolehlah terus berhenti full time. Kalau dak, nanti naya saja!

10. Last Sekali: Jgn Bubuh Semua Teloq Ayam dlm satu raga, nanti terhempas raga tu habis semua pecah. Makna kata, kalau ada duit lebih dan teringin nak buat bisness, jangan la sampai habis duit tu pi labor kat satu bisness tu aja, misalnya nak buat cacing, dlm bank ada 25000, habis RM25K tu pi bela cacing. Nanti banjir ka apa, habis cacing tu lari masuk dlm ayaq jadi makanan ikan. Kalau tak banjir pun, tapi tiba-tiba bisness cacing tu jadi mcm bisness ikan lohan hari tu - dia ikut musim, nanti bila musim berubah, habis lingkup. Jadi berhati-hatilah kalau nak bukak bisness.

Tuesday, April 14, 2009

Koleksi dari hotel




Koleksi dari hotel

Dahulu (semenjak akhir 80an) biasanya sekali atau 2 kali sebulan aku akan menginap di hotel-hotel untuk aktiviti-aktiviti motorsport. Hujung 90an pula aku mula mengajar sambilan. Dua, tiga tahun ini aku mula “berumah-lift” (bukan lagi berumahtangga!) hampir setiap minggu di hotel-hotel. Biasanya atas urusan mengajar dan kadang-kala diselang-seli dengan aktiviti motorsport. Itu tak termasuk sekali dua dipanggil berseminar atau mengajar kursus luar.

Aku pernah 2 minggu di sebuah hotel di KL kerana terlibat dalam aktiviti motorsport di Sepang selain pernah dua tiga kali dalam tempoh seminggu ke 2 minggu di hotel kerana berkursus.

Biasanya kalau di dalam Malaysia dan hingga ke utara Thailand, aku akan cuba membawa anak jantan seorang aku itu dan isteri seorang aku itu. Malah aku sememangnya dikenali “family man” dalam aktiviti motorsport. Aku lebih selesa membawa keluarga dan anak serta isteri pula sudah biasa dan tidak menganggu aku semasa bertugas. Tetapi kalau aktiviti melepasi Thailand dan bukannya pada cuti sekolah agak sukar juga untuk aku membawa mereka.

Kalau dalam aktiviti motorsport luar negara, aku pernah menginap hampir 10 hotel berbeza dalam tempoh 3 minggu dalam 1 offroad rally overland dari Malaysia ke China. Biasanya hotel hanya tempat untuk mandi dan melelapkan mata sejam dua sebelum menyambung tugas dan perjalanan.

Dalam dua, tiga offroad rally overland ini aku pernah berkongsi bilik dengan En. Tumpang Sabtu, wartawan tv dari RTM. Biasanya aku hanya sampai ke bilik hotel jam dua tiga pagi dan keluar semula seawal jam lima enam pagi. Aku hanya akan sempat “beramah-mesra” dengan En. Tumpang hanyalah di malam akhir acara.

Sepanjang menginap di hotel-hotel ini kami sekeluarga berkongsi minat yang sama. Antara lain minat yang dikongsi oleh anak dan isteri ialah mengumpul botol-botol kecil pengisi sabun, syampu dan conditioner. Minat ini dikembang pula dengan mengumpul pensil dan pen serta kad kunci.

Ada juga hotel-hotel ini (terutama di luar negara) yang menyedia kelengkapan lain seperti berus dan ubat gigi, pencukur, sikat, pengilap kasut dan sebagainya. Ada juga yang lengkap dengan ingatan-ingatan dan panduan keselamatan di samping lokasi-lokasi pusat membelibelah, liburan dan rekreasi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pesanan Orang Lama. Bhg. 2. Macamana nak kuah lebih.

Cucur Udang, 4 ketul RM 1.00. Beli 8 ketul cucur dalam 1 bungkus dapat kuah 1 bungkus. Kalau beli 2 bungkus (dengan 4 ketul cucur 1 bungkus) boleh dapat kuah 2 bungkus!

Pesanan Orang Lama. Bhg. 2. Macamana nak kuah lebih.

Ada tauke kedai yang tak berkira pasai kuah-mekuah ini. Ada yang kedekut tahi hidung masin. (Betulkah tahi hidung itu rasanya masin?)

Pernah sekali tu di Pasar Ramadhan Bagan Serai, aku suruh Abang yang jual Roti Jala 3 keping RM 1.50 itu buka balik paper bungkus Roti Jala itu.

Macam ni ceritanya; aku order 6 keping tapi Abang yang jual Roti Jala itu membungkus 6 keping Roti Jala itu dalam 1 bungkus dan bagi sebungkus sahaja Kuah Kari Daging. Aku minta sebungkus lagi Kuah Manis Durian dia tak bagi sebab katanya 1 kuah untuk 1 bungkus sahaja.

Aku tanya balik Abang itu, kalau saya beli 2 bungkus saya akan dapat 2 kuahlah. Ya, jawab Abang itu yang “lurus bendul” entah apa-apa itu.

Jadi aku suruh Abang itu buka balik paper bungkus Roti Jala itu dan buat 2 bungkus. 1 bungkus 3 keping dan 1 bungkus lagi 3 keping.

Abang itu dengan muka masam buka balik paper bungkus Roti Jala berisi 6 keping itu dan membungkus semula dengan 2 bungkus berisi 3 keping setiap bungkus.

Maka dapatlah aku 2 kuah, 1 kuah Kari Daging dan 1 kuah Manis Durian.

Sebenarnya aruah Mejar Adnan pernah berpesan kepada aku. Kalau nak beli bungkus bawa balik makan kat rumah Roti Canai, Roti Kirai (nama lain untuk Roti Jala), Cucur Udang dan makanan-makanan seumpamanya yang bercecah kuah, dan nak dapatkan kuah yang banyak, beli sahaja dalam banyak bungkus.

Ini samalah juga kalau makan di kedai. Elakkan minta menu yang sama. Sebagai contoh kalau 4 orang makan jangan order Nasi Goreng yang sama untuk keempat-empat orang. Tauke kedai atau tukang masak ini biasanya menge-ekonomi-kan bahan mentahnya. Kalau biasanya dia goreng nasi untuk sepinggan bubuh 1 biji telur, kalau dia goreng nasi untuk 4 pinggan mungkin dia bubuh 2 atau 3 biji telur sahaja!

Ingat pesanan orang lama ini.