Wednesday, February 11, 2009

Nasi Beriani Gam Johor, Restoran Anje, Bangi






Nasi Beriani Gam Johor, Restoran Anje, Bangi

Untuk ke sini mudah sahaja. Landmark utama ialah Bangunan Niosh dan Stesen Petronas berhampiran roundabout UKM. Kalau dari interchange Bangi, perlu buat U-turn di roundabout UKM ini.

Sebaik sahaja selepas Stesen Petronas, belok kiri dan simpang pertama selepas kedai tayar belok kanan. Restoran Anje ini terletak di sebelah kiri jalan hanya sebelah Restoran Puteri Bongsu (milik Rubiah Suparman).

Nasi Beriani Gam Johor di sini memang 5-Star dengan harga jauh berpatutan jika dibandingkan dengan Restoran Beriani Gam dekat Uniten/TNB, Putrajaya. Pekerja serving juga pantas.

Menu pilihan Ayam Goreng Kampung. Rasanya ayam kampung belaan sebab dagingnya lembut tidak seliat ayam kampung original. Kari Kambingnya juga menyelerakan.

Tetapi pekerja-pekerjanya kurang mesra! Payah nak senyum. Minta kuah lebih pun dia orang tengok atas bawah. Ingatkan first day sahaja sebab beratur ramai orang ambik nasi. Second day pergi jam 3.30 petangpun macam itu juga. Letih agaknya! Patutlah anak jantan seorang aku itu lebih suka Beriani Mamak, kuah bukan sahaja banjir tetapi melaut kalau diminta lebih.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Terima kasih kepada Suhaimi yang merekomenkan dan kepada Hidayah/Saiful yang bagi landmark dengan tepat.

6 comments:

Sky said...

sy pinjam sekeping gambar yer..

lukmanw@gmail.com said...

Sky

dipersilakan. terima kasih kerana beritahu saya - boleh saya lawat blog awak

Syue Mustafa said...

Salam. Saya copy gambar ya. Thanks.

lukmanw@gmail.com said...

Syue

Dipersilakan

Nad @ MamaZN said...

btul, pekerja nya sombong!

Anonymous said...

sedihnye... kalo orang melayu berniaga... dah maju mulalah sombong... hmmm..