Tuesday, December 24, 2013

Izzuddin & Taayah PMR 2013


Izzuddin & Taayah PMR 2013

Berita Taayah di dalam Harian Metro. Berita Izzuddin dalam blog ini sahaja!

Sebahagian daripada 73 pelajar Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh yang memperolehi keputusan 9A dalam PMR meraikan kejayaan mereka selepas mengambil keputusan masing-masing. HARIAN METRO


Jual Laksa Bermotorpun Ada Advertising & Promotion





Jual Laksa Bermotorpun Ada Advertising & Promotion

Aku tidak pernah secara langsung bekerja di jabatan Advertising & Promotion (A&P) tapi kebanyakannya sentiasa terlibat dengan jabatan A&P ini terutama dalam mengendalikan motorsports.

Seorang pengamal A&P pernah memberitahu aku, budget untuk organisasi besar khusus kepada A&P ini boleh menjangkau sehingga 60%! Bayangkan dalam RM1.00 yang dibelanjakan organisasi untuk bahan mentah, sumber manusia (gaji, upah, dll) , utiliti, services  dan sebagainya hanyalah 40 sen dan selebihnya 60 sen  dibelanjakan (“dibuang”) untuk A&P. Tidak hairanlah syarikat minyak (sebelum ini syarikat rokok) sanggup berbelanja besar utuk menaja acara seperti F1, bola dan sebagainya.

Penjual Laksa Bermotor di hadapan Warung Cendol Bismillah, Taiping ini umpamanya semalam mengedarkan mini kalender “kuda” kepada pelanggannya. Beliau mengedarkan kepada semua pelanggan yang membeli laksa semalam tidak kira sama ada pelanggan tetap atau pertama kali mencuba laksanya.

Apa yang pasti tidak rugi jika elemen A&P dijadikan amalan dalam perniagaan.


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, December 16, 2013

Yayasan bantu pelajar Sekolah Izzudin Shah



Yayasan bantu pelajar Sekolah Izzudin Shah
Utusan Malaysia 16 Disember 2013

IPOH 15 Dis. - Satu yayasan bakal ditubuhkan pada pertengahan tahun depan bagi membantu para pelajar Sekolah Izzuddin Shah di sini melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Seorang wakil bekas pelajar sekolah berkenaan, Mohd. Ali Mansor berkata, yayasan itu antara lain bertujuan membantu para pelajar yang cemerlang tetapi kurang berkemampuan.

Beliau berkata, pihaknya merasakan sudah masanya Sekolah Izzudin Shah mempunyai sebuah alumni yang mantap dan mampu menyumbang semula kepada sekolah.

“Selain itu, kita juga bercadang untuk mengadakan sesi ceramah berkaitan pekerjaan terutamanya dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan lima supaya mereka nampak hala tuju masing-masing selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan semula pelajar-pelajar Sekolah Izzuddin Shah sesi 1980-1984 di dewan makan asrama sekolah berkenaan hari ini.

Bertemakan Sirih Pulang Ke Gagang, seramai 35 bekas pelajar sekolah itu sempat beramah mesra dengan bekas guru selain mengimbau kenangan silam dengan tidur bersama di blok asrama sekolah berkenaan semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Ali yang kini merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, cadangan penubuhan yayasan itu pada awalnya akan difokuskan bagi membantu anak-anak bekas pelajar bagi kohot berkenaan yang kurang bernasib baik.

Menurut beliau, sebanyak 115 individu telah dikenal pasti sebagai bekas pelajar sekolah tersebut untuk sesi 1980-1984 yang kini sedang berkhidmat di dalam dan luar negara.

“Dahulu, kami hanya hidup dengan bantuan pejabat agama melalui sumbangan zakat iaitu RM316 bagi setiap pelajar, justeru kami merasakan perlunya pendidikan agama ini terus diperkasa," katanya.

Sekolah Izzuddin Shah merupakan sekolah menengah agama pertama yang ditubuhkan dengan berorientasikan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) khas untuk pelajar lelaki selain menawarkan aliran pengajian agama dan kurikulum kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan.

Sirih Pulang ke Gagang Izzuddin 8084 14 & 15 Dis 2013



























Sirih Pulang ke Gagang Izzuddin 8084 14 & 15 Dis 2013

Selesai sudah majlis reunion Izzuddin 8084. Seramai 48 orang pelajar batch 8084 telah hadir seperti dalam senarai kedatangan kecuali 4 orang tiada dalam senarai iaitu Abu Hanifah, Zulkarnain Mohd Saidin. Mohd Azahar Abu Bakar dan M Fadhil Salleh.

Jawatankuasa reunion diketuai oleh Zulkfli Azit. Juruacara ialah Mohd Hosni Sanusi, bacaan doa dan Al Quran oleh Mat Isa Adam, penaja-penaja ialah Dato Abdul Rahman Harun (makan/minum), Prof Dr Hj Ismail Abustan (hamper), Mohd Ali Mansor (cenderahati), Haizamuri Harun (banner & kad jemputan) dan Aizan Sukirman (PA System).

Antara guru dan tetamu yang hadir ialah seperi berikut:

1. Ust Hj Yahaya Mat Piah 
2. Ust Hj A Rahman Halim  
3. Ust Hj Hamzah Supian
4. Cikgu Ahmad Zambri Ali  
5. Cikgu Noor Aini Zainal Abidin 
6. Cikgu Hjh Rogayah Kassim  
7. Cikgu Norliah Mohd Lazim 
8. Cikgu Ahmad Teridi  
9. Cikgu Meor Ikram Othman 
10. Cikgu Mardiana Buang
11.Mohd Khir Mohd Ramli (pemandu bas)
12. Hj Adam Yusup (wakil super senior 60an)
13. Azman Omm (wakil junior 90an)
14. Adibatun Nailah Mohd Shith (wakil Taayah 1984)


* Gambar-gambar dari FB kenalan terutama Zulkarnain Mohd Saidin