Showing posts with label Bahasa kian beku. Show all posts
Showing posts with label Bahasa kian beku. Show all posts

Friday, August 28, 2015

Itulah alamat anak balik bercuti dari kolej



Gurindam Alamat Hari Nak Siang
vs
Gurindam Alamat Anak Balik Bercuti Dari Kolej
Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulag bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Seri lantig riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak mengigal
Faja sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Tabtibau melambung tinggi
Berkuku balam di ujung bendul
Terdenyut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
itulah alamat hari nak siang.
Atas meja berkelubung Saji
Angkat Saji termangkuk Sayu Tauge
Itulah alamat anak balik bercuti dari kolej

Thursday, July 09, 2009

Mu tak kelik ke Awang?

Mu tak kelik ke Awang?

“Mu tak kelik ke Awang?”, adalah sapaan biasa orang-orang Tukuro.

Jangan sekali-sekali menyanggah sapaan itu dengan beralasan tidak faham dan meminta penyapa berbahasa Melayu (Malaysia?) Baku.

“Mu tak kelik ke Awang?”, adalah sememangnya Bahasa Melayu dan bukannya semata-mata dialek Melayu Patani.

Buktinya adalah seperti berikut di mana lima patah perkataan penyapaan biasa orang-orang Tukuro itu telah diwartakan di dalam Kamus Dewan.

(Jangan pula beri alasan tak pernah dengar atau tengok Kamus Dewan!)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







Tuesday, April 14, 2009

Koleksi dari hotel




Koleksi dari hotel

Dahulu (semenjak akhir 80an) biasanya sekali atau 2 kali sebulan aku akan menginap di hotel-hotel untuk aktiviti-aktiviti motorsport. Hujung 90an pula aku mula mengajar sambilan. Dua, tiga tahun ini aku mula “berumah-lift” (bukan lagi berumahtangga!) hampir setiap minggu di hotel-hotel. Biasanya atas urusan mengajar dan kadang-kala diselang-seli dengan aktiviti motorsport. Itu tak termasuk sekali dua dipanggil berseminar atau mengajar kursus luar.

Aku pernah 2 minggu di sebuah hotel di KL kerana terlibat dalam aktiviti motorsport di Sepang selain pernah dua tiga kali dalam tempoh seminggu ke 2 minggu di hotel kerana berkursus.

Biasanya kalau di dalam Malaysia dan hingga ke utara Thailand, aku akan cuba membawa anak jantan seorang aku itu dan isteri seorang aku itu. Malah aku sememangnya dikenali “family man” dalam aktiviti motorsport. Aku lebih selesa membawa keluarga dan anak serta isteri pula sudah biasa dan tidak menganggu aku semasa bertugas. Tetapi kalau aktiviti melepasi Thailand dan bukannya pada cuti sekolah agak sukar juga untuk aku membawa mereka.

Kalau dalam aktiviti motorsport luar negara, aku pernah menginap hampir 10 hotel berbeza dalam tempoh 3 minggu dalam 1 offroad rally overland dari Malaysia ke China. Biasanya hotel hanya tempat untuk mandi dan melelapkan mata sejam dua sebelum menyambung tugas dan perjalanan.

Dalam dua, tiga offroad rally overland ini aku pernah berkongsi bilik dengan En. Tumpang Sabtu, wartawan tv dari RTM. Biasanya aku hanya sampai ke bilik hotel jam dua tiga pagi dan keluar semula seawal jam lima enam pagi. Aku hanya akan sempat “beramah-mesra” dengan En. Tumpang hanyalah di malam akhir acara.

Sepanjang menginap di hotel-hotel ini kami sekeluarga berkongsi minat yang sama. Antara lain minat yang dikongsi oleh anak dan isteri ialah mengumpul botol-botol kecil pengisi sabun, syampu dan conditioner. Minat ini dikembang pula dengan mengumpul pensil dan pen serta kad kunci.

Ada juga hotel-hotel ini (terutama di luar negara) yang menyedia kelengkapan lain seperti berus dan ubat gigi, pencukur, sikat, pengilap kasut dan sebagainya. Ada juga yang lengkap dengan ingatan-ingatan dan panduan keselamatan di samping lokasi-lokasi pusat membelibelah, liburan dan rekreasi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Thursday, February 05, 2009

Terima kasih Minah Indon


Terima kasih Minah Indon

Jika berkesempatan tidak mengira masa terutama cuba menghilangkan stress kerja, saya melayari apa saja laman web yang ada terutama blog. Dari hal semasa hinggalah ke yang berasaskan ilmu pengetahuan, hobi dan sebagainya. Blog politik juga mencuri minat saya tidak kira mana partipun termasuklah Parti Tupperware yang sudah lama tidak mendengar cerita.

Blog Hishamuddin Rais (tukartiub dot blogspot dot com) yang bertajukkan "Bunyi-bunyi untuk berhubung" ini benar-benar membuka minda saya. Walaupun ada di antara posting-posting Isham yang tidak senada dengan pendirian saya, posting mengenai bahasa ini tidak boleh dipertikaikan, malah perlu dijadikan rujukan dan diambil perhatian oleh pencinta-pencinta bahasa di tanah air.

Ayuh! Kepada mereka yang mendakwa sebagai pencinta-pencinta bahasa, renungilah posting Isham ini. Klik di sini untuk bacaan lanjut.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, February 03, 2009

Pos Malaysia atau Pos Melayu?

Dihantar melalui email (dengan perasaan marah! Tak kira nak marah juga!)
s.k. kepada; filateli@pos.com.my

Salam (nama kawan aku yang kerja manager di Pos Malaysia)

Aku hari ini sanggup ambik cuti sebab nak pergi pameran setem di Ipoh macam hang email minggu lepas. Dah tiga empat kali aku miss pameran setem kat Dayabumi tu sebab jauh sangat. Anak jantan seorang aku itulah teringin sangat nak pergi.

Mula-mula memang salah aku sebab tak baca betul-betul di mana (tempat) pameran ini. Dalam poster tu tertulis Dewan Bandaran Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Aku terus pi DBI. DBI itu Dewan Bandaraya Ipoh, di Green Town sebelah Syeun Hotel.

Dewan Bandaran Ipoh ini pula City Hall (orang Ipoh panggil City Hall!) yang sebelah Masjid Negeri Ipoh bersetentangan Stesen Keretapi Ipoh.

Rupa-rupanya bukan aku sefamily sahaja yang silap. Orang yang duduk Ipohpun silap, kata jaga di DBI itu ramai yang datang ke DBI.

Tak apalah silap aku. Bolehlah sat bini aku tengok Pameran Orkid depan DBI itu.

Tapi yang aku marah dan nak komplen sebab pameran itu start esok (4 Feb-09). Terkejut apabila Pak Guard tua tu beritahu hari ini baru sampai barang! Aku terus buka laptop check balik poster yang hang email itu. Memang tulis pameran 3-Feb-09 sampai 8-Feb-09. 10 pagi sampai 6 petang. Tak tulispun 3-Feb-09 adalah hari barang sampai!

Satu family itu (India) punyalah bising. Dia kata dia mai jauh tapi kena tipu dengan Pos Malaysia. Aku tanya dia; ane mai mana? Jawabnya dia mai dari Lahat. Mulanya dia malas nak mai sebab hari ini cuti. Dia mai juga sebab satu family minat setem.

Nak tergelakpun ada sebab aku cerita kat dia aku mai dari Kedah, nun kat Sintok. Dia tanya aku Sintok kat mana? Aku jawab kat Changlong. Oh! Changlong dia tahu sebab dekat Bukit Kayu Hitam!

(Nama kawan aku), kalau hang kenai sapa-sapa yang organize pameran ini - tolong habag kat depa. Janganlah buat macam ini. Rugi satu hari aku cuti dan mai jauh-jauh dari Sintok yang nun ceruk hutan sempadan Siam. Esok aku nak kena balik UUM. Sabtu dan Ahad ni lak aku mengajar di KL. Jadi tak merasa jugalah anak aku tengok pameran ini.

Nak jadi cite - aku siap selongkar album kahwin 13 tahun dulu sebab adalah cadang-cadang nak buat setem kahwin aku dan bini aku macam dalam poster tu. Kemudian siap bawa thumbdrive (siap laptop) dengan beberapa softcopy gambar-gambar terbaru aku, bini aku dan anak aku.

Apalah Pos Malaysia ini! Jangan lak nanti orang kata ini lah 'POS MELAYU"! Melayu juga yg kena kutuk.

lukmanw@gmail.com

Sunday, February 01, 2009

Jabatan Gomen semua Cina

Jabatan Gomen semua Cina

Kami sembang panjang lagi. Kali ini giliran aku pula bertanya.

“Apasai lu kerja Gomen? Cina lain semua talak suka kerja gomen. Semua mau business”, tanya aku kepada kawan aku, Cina Geng Satu Company.

“Ala, Cina pun banyak kelija Gomen.Melayu pun banyak business maa...”

“Ini company ok la ada juga Cina tapi kalau polis dan askar, susah mau cari Cina maa…”

“Ala, ala! Gua tahu ada satu station polis itu semua Cina maa... Dia punya boss sampai dia punya lower rank semua Cina maa....!”

“Mana ada satu balai polis semua Cina?”

‘Ala, ala! Itu China punya negeli ma! Mana ada olang Melayu jadi polis di China punya negeli? Semua Cina maa.....”

Celaka! Sekali-sekali jumpa kawan aku yang dikenakannya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Semuanya bermula dengan huruf “L”

Semuanya bermula dengan huruf “L”

Kerana sudah lama tidak berjumpa, aku bersembang panjang dengan kawan aku Cina Geng Satu Company ini.

”Lu apasai baik-baik kelija manager kilang lu jadi lecturer maa.....?” tanya kawan aku Cina Geng Satu Company ini.

“Itu sebab aku punya childhood dream maa….”

“Wah itu macam ka! Tapi gua lasa itu tuhan Allah sulah cakap maa....”

Pandai pula kawan aku Cina Geng Satu Company ini pasai ketentuan takdir ini!

“Lu tengok maa...... Lu punya ic (merujuk no. ic pada kad pekerja aku) birthday bulan Oktober, lu punya lodiak (zodiak) Libra. Lu punya nama Lokman. Lu punya sex, laki-laki. Lu punya hobby liding (riding). Kalang-kalang lu laicing (racing). Lu sudah lelli (rally) sampai China. Lu pun suka lowing (drawing). Sikalang lu kumpul luit mau angkat itu Land Lover Defender 110. Jadi lu punya kelija mesti lecturer maa ...., semua mesti ada “L” maa......”

“Itu coincident saja maa….. Walaupun aku suka makan-makan tapi aku tak suka Laici atau Longan. Lambutan dan lulian pun aku tak suka!”

”Itu pun botul juga. Lu suka “lantak” maa.....”

Kurang asam punya kawan!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Potong Zaka

Potong Zaka

Sudah lama aku tak jumpa kawan aku Cina Geng Satu Company ni. Ingat-ingat aku paling last dia call aku masa dia hendak pinjam songkok. Dia di bahagian maintenance manakala aku pula di bahagian akademik dan hanya sehari-dua dalam seminggu ada di pejabat Sintok ini menyebabkan kami jarang bersua.

Pagi tadi di Kafeteria Lego aku terserempak dengan dia. Dari jauh dia sudah tersenggih sambil melambai-lambai tangannya kepada aku yang baru keluar dari kereta.

Belum sempat duduk dia sudah menyapa.

”Lu sekalang manyak sombongla Lokman ah! Lumpa pun talak. Calling-calling pun talak!" (nama aku disebut dengan kebiasaan tambahan ”ah”)

”Mana ala sombong! Aku outstation maa...” (akupun sudah terikut-ikut dialek dia!)

”Aiya! Ini claim mesti banyak! Wira sudah tukar Pesona maa...”

“Itu Wira maintenance sudah tinggi. Itu pasai tukar Pesona. Aku mau ambik air dulu nanti kita sembang panjang.” Aku bangun untuk mengambil makanan di kafeteria layan diri itu.

Belum sempat aku duduk semula, kawan aku Cina Geng Satu Company ni sudah buka mulut.

”Gua mau tanya sikitlah!”

’Apa lu mau tanya?”

”Apasai Melayu ah, suka Potong Zaka?”

Hampir tersembur air teh dari mulut aku mendengar ”soalan maut ” ini.

”Mana ada suka! Melayu mesti ada potong zakar!”

“Talak! Gua tahu ala Melayu talak ”Potong Zaka”!”

”Lu jangan main-main! Mana ada Melayu talak potong zakar!”

”Ala! Lu punya boss itu Aji mana ala ”Potong Zaka”!”

Apa kena kawan aku Cina Geng Satu Company ni merepek sampai berkait nama Ketua Jabatan aku (Prof. Madya Dr. Hj. ini)

”Lu gilakah! Mana lu tahu itu Aji talak potong zakar? Lu ada tengok ka?” Aku sudah mula marah mendengarkan repekan tak ketahuan ini.

”Gua hali-hali tengok maaa... Gua talak tipu!”

“Lu tengok hari-hari itu Aji talak potong zakar?” kehairanan aku.

“Betul maaa..... Itu galaj (garage) lepan lu punya office mana ala “Potong Zaka”. Lu sendili boleh lampak lu punya boss itu Aji ala Tolota Altis maa....”

La! Mati-mati aku ingatkan kawan aku Cina Geng Satu Company ini “hari-hari tengok “zakar” boss aku. Rupa-rupanya dia maksudkan “Potong Zaka” itu adalah “Proton Saga”.

Aku telan nasi lemak bulat-bulat tanpa mengunyah!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Tuesday, January 20, 2009

Qulil Haqqo walaw kana Murron

Raza – tahu apa makna ini?

“Qulil Haqqo walaw kana Murron” (ini kena translate sendiri!)

Ada ”rakan sekolah” aku menanyakan adakah aku masih boleh bercakap Arab. Sememangnya aku belajar bahasa Arab (Tkt 1 - 3) tapi semata-mata untuk syarat mendapatkan biasiswa. Malah aku juga lulus Peperiksaan 4-Sanawi yang membolehkan aku untuk menjadi ”Penghulu Muda”!

Tapi ”kelulusan” aku itu jauh seperti langit dan bumi dengan pelajar-pelajar pondok yang penuturan Arabnya petah. Aku? Hendak membilang sampai sepuluhpun sudah kelesuan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Klik di sini untuk posting berkaitan. Sekali-sekala "terpacul" juga terutama apabila "marah"! Marah? Jangan marah - nanti kena jual!

Tuesday, August 26, 2008

Malam Pesta Jiwa di Ipoh










Malam Pesta Jiwa di Ipoh

Dalam perjalanan balik dari KL pada Jumaat lepas, aku, isteri aku seorang itu dan anak jantan aku seorang itu singgah di Ipoh. Sempat makan Sushi di Jusco dengan Food Courtnya yang telah diubah-suai. Agak menarik dan lengkap dengan “Child Play Area”. Sempat juga beli baju seluar raya anak jantaan aku seorang itu.

Kemudian bergegas ke Rumah Yayasan Kesenian Perak di Taman Seri Dermawan. Taman ini mulanya aku tak perasan di mana tapi Tasek Timur ini aku tahu letaknya di belakang Makro.

Persembahan bermula dengan acara selingan pemainan gendang remaja yang menghiburkan. Kemudian diikuti oleh Bapa Suhaimi Haji Muhammad. Aku memang mengikuti karya-karya beliau tetapi agak sukar untuk “memahami” dan “menaksirkannya”. Lebih mudah bagi aku untuk bermain dengan karya-karya Pyanhabib.

Aku sempat berbual-bual dengan Sdr. Pyan. Dia memilih untuk bersila di halaman rumah. Suasana gelap menyukarkan aku untuk mengambil gambarnya. Sempat juga memintanya mencatatkan suatu dalam sebuah buku yang aku beli.

Aku menyambung perjalanan ke Pulau Pinang selepas Rahmat Harun membuat persembahan puisi. Ketika itu jam sudah hampir 11.30 malam. Pyan, Hishamuddin, Meor, Nan dan beberapa orang belum membuat persembahan.

Di dalam kereta, aku mengenangkan beberapa siri perjumpaan dengan Pyabhabib di rumah Anak Alam di KL semasa pertengahan tahun 80an dahulu. Anak jantan seorang itu pula sibuk membelek beberapa buah buku yang sempat aku beli seperti Sejarah Melayu , Memoir Rashid Maidin, Memoir Abullah CD dan beberapa buah buku karya blogger-blogger lain.

lukmanw@gmail.com
http://orangkeciloramgbesar.blogspot.com/

Tiga cerita baru di Taiping.

Tiga cerita baru di Taiping.

Cerita 1; Taiping Sentral?

Atau Taiping Central? Maaf ini bukan cerita bahasa.

Kalau 80an dulu, Restoran Bismillah adalah “Taiping Central”. Tak sah kalau pergi Taiping tak turun di hadapan Restoran Bismillah ini. Tak payah turun di “Bas Stand”, turun saja di hadapan Restoran Bismillah ini.

Kalau mai pagi boleh perkena Bubur Gandum. Kalau rasa lapar walau sudah perkena nasi Goreng sepinggan bok Mak Andeh masak subuh sapie, boleh perkena Roti Canai dengan Daging Cincang dalam Restoran Bismillah.

Kalau mai belah matahari sudah naik sepengalah, boleh perkena Chendol Ais Sagat.

Lepas tu langkah jalan pergi “Market Ikan”. Kalau rasa hendak beli “Daging Sejuk”, boleh langkah lagi ke ‘Market Daging”. Kalau kuat berjalan boleh tengok kain baju di Bazar China. Tak pun belek kain pelekat di Kedai Pakistan,.

Kalau lepas musim ambik padi, boleh kona ke Market Road bawa Mak Andeh belek seurat dua gelang mas.

Bila nak balik boleh singgah Bintang Tujuh tepi Market Daging beli barang dapur. Last sekali tunggu bas di depan Restoran Bismillah.

Semua ini sebelum jalan tepi Restoran Bismillah itu masih dua hala. Bas dari manapun mesti singgah di sini. Belakang restoran pula ‘Stand Teksi” (Taxi Stand?). Selepas jalan jadi sehala, Cnendol pecah kongsi, ada Chendol Bismillah dan ada Chendol Ansari. Masing-masing tuntut nama Chendol Bismillah Asli!

Kini Taiping Sentral di Jalan Istana Larut, tapak istana Syarifah Salmah, isteri Almarhum Sultan Idris, ibu kepada Raja Razman dan Raja Rashid, kawan aku itu.

Bas memang tak lalu dan tak singgah di Taiping Sentral ini. Pak Su Mat dari Bendang Luas, Ijok dan Mak Lang Hodoh dari Cheruk Pelanduk, Batu Kurau kena naik teksi kalau nak ke Taiping Sentral ini.

Nak beli ikan, daging dan barang dapur jenguk sahaja kat Tesco sebelah Taiping Sentral. Nak beli kain baju sehelai dua pun ada. Gelang mas dan rantai subang berlonggok-longgok ada.

Chendol dan Pasembor pun ada. Pasembor Kadir lagi pulak tu!

Sebulan dua lagi macam ini ceritanya pula.

Cerita 2; Sushi King

Mak Lang Hodoh dari Cheruk Pelanduk ini Mak Menakan belah mak aku. Bukanlah nama sebenarnya Hodoh. Malah masa remajanya dulu amatlah lawa sehinggakan Tok Jantan aku takut anaknya itu asyik dipuji dan dipuja terus bagi gelaran Hodoh. Melekat nama itu sampai hari ini. Mungkin inilah orang zaman ini kata “reverse psychology”! kira-kira Tok Jantan aku pun dah belajar semua ini.

Suatu hari itu aku bawa Mak Lang Hodoh aku ini pergi Taiping Sentral. Dia terimgin nak makan Sushi. Kami cadang naik bas dari Cheruk Pelanduk. Nama saja Cheruk Pelanduk tapi jalan sudah bertar sampai ke tangga rumah. ‘Api dalam kaca” dan ‘air dalam besi” sudah lama ada dah!

Berjam tunggu bas. Betul le bas ini. Kalau nak naik bas, haram sebiji pun tak lalu. Kalau kita tak nak naik bas, sat-sat dia lalu, sat-sat dia lalu. Mak Lang Hodoh mula berleter sambil perbetulkan kain seledang merah jambu ini. Bila pula Pak Lang beli kain seledang ini.

“Tak eh! Mak Lang dapat free selendang ini. Cu Nan wakil YB bagi minggu lepas. Depa pakat nak pakai masa pergi pesidangan kat KL nanti. Mak Lang nak try-test-cuba dulu! Bagi nampak lusuh sikit”

Akhirnya kami naik Teksi Sapu Pie Sempeneh, dia ni pencen askar sama skuad dengan orang tua aku.

Aku tanya Mak Lang Hodoh aku nak beli barang dapur dulu ke atau nak makan Sushi. Mak Lang kata barang dapur Pak Lang sudah beli di kedai Abon kat Pekan. Kat situ boleh tulis pakai Buku Tiga Lima sahaja.

Kami masuk Sushi King. Mata Mak Lang melilau tengok konveyor atas meja yang bergerak bawa Sushi-sushi itu.

‘La, macamana nak makan? Benda tu semua dok berjalan!,” tanya Mak Lang.

“Tak apa, kita boleh ambik mana yang kita nak,”

Aku ambik dua, tiga jenis Sushi.

“Mak Lang, ini Sushi Tuna, ini Sushi Ketam, ini Sushi “entah apa-apa”!” aku pelawa Mak Lang Hodoh makan.

“La, awai dia guna daun pisang hancur?”

“Ini bukan daun pisang hancur. Ini rumpai laut”

“Awai, benda ni rasa macam Pulut Inti dengan Nyior Pedas saja?”

“Memang macam ini rasanya Mak Lang!”

“Depan tak panas balik ka? Sejuk bedi saja!”

“Memang macam ini rasanya Mak Lang!”

“Hang perabih saja la. Mak Lang tak lalu! Mak Lang nak balik dah. Teringat kat Pak Lang hang.”

Dalam perjalanan balik, Mak Lang Hodoh membisikkan ke telinga aku.

“Sat lagi sampai kat rumah, hang kukur nyior. Mak Lang buat Pulut Inti. Lagi sedap dari benda yang hang makan tadi.”

Aku mengangguk-angguk kepala. Memang betulpun kata Mak Lang Hodoh aku ini.


Cerita 3; Starbuck

Pak Su Mat Bendang Luas, Ijok ini adik ipar tinggal bapa aku. Dia menikah lain selepas adik bapa aku meninggal kerana barah dalam perut.

Tak dan-dan Pak Su Mat aku ini menikah lain selepas Mak Su meninggal dunia. Aku faham sangat “kehendak” dia itu. Maklumlah aruah Mak Su aku itu sudah sakit bertahun lamanya.

Aku berjumpa dengan Pak Su aku ini minggu lepas di kebun durian bapa di Cheruk Pelanduk. Pak Su Mat juga berkebun tanam pisang di tanah milik aruah Mak Su aku yang bersebelahan dengan tanah bapa.

Aku perasan Pak Su Mat aku ini nak menyorok apabila nampak aku. Memandang dia orang tua dan juga Pak Menakan tinggal aku, aku sapa dia dulu.

“Lama tak nampak Pak Su? Tak ke Taiping ke?”

“Pak Su sibuk sikit la ni. Anak pisang ni kalau tak berjaga kena share dengan binatang lain pula.”

“Pak Su tak pi perkena Teh Candu Kantin Polis ke”, tanya aku lagi.

“La lepas Mamak Rashid ini pecah kongsi di Kantin Polis tu, Pak Su tak tahu mana depa menega”

“Banyak cawangan dia Pak Su. Depan Telekom Pejabat Pos ada, Market Road ada. Kat Kamunting depan Masjid pun ada”

“Pak Su teringin nak pergi Starbuck. Hang pernah masuk Starbuck Man?”

“Tak pernah Pak Su. Depa kata RM 8.00 segelas!”

“RM 8.00 segelas! Tu dia…….”

Tiba-tiba aku teringat aruah Mak Long Bukit, kakak bapa aku. Masa hidupnya dia buat kopi sendiri. Ada satu kopi yang sangat special. Katanya kopi tahi musang. Sama ada betul atau tidak, dia beritahu aku kopi ini tumbuh dari biji kopi yang diberak oleh musang dan musang (selain dari tupai) adalah binatang yang “pemilih” makanannya. Dia akan pilih makanan yang baik-baik sahaja.

lukmanw@gmail.com
http://orangkeciloramgbesar.blogspot.com/

Saturday, August 09, 2008

Sudah beristeri ke belum?

Sudah beristeri ke belum?

Tanya seorang kawan.

Dijawab oleh seorang kawan kepada kawan ini

“Belum”

“Belum?. Yang awak bawa ini anak ke adik?”

“Ini anak-anak saya.”

“Maknanya awak sudah berkahwin? Tapi tadi awak kata masih belum beristeri?”

“Memang betul saya sudah berkahwin. Tetapi saya belum BER-IS-THREE, atau BER-IS-TWO, malah jauh sekali BER-IS-FOUR, sekarang saya hanya BER-IS-ONE”


??????

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, August 04, 2008

Pyanhabib

Nama Pyanhabib benar-benar “menambat” diri ini untuk bersama-sama dalam Malam Pesta Jiwa Merakyatkan Seni ini.

80an semasa bergelandangan di ibu kota, aku belajar menghayati sajak dan puisi di Rumah Anak Alam. Secara jujur aku katakan, aku tidak memahami biji tutur yang dideklamasikan oleh Pyanhabib. Tapi lirik dan baitnya sentiasa ada dalam buku rampaian sekolah milik aku.

Malangnya lirik dan bait yang ku simpan bertahun itu entah ke mana perginya.

Pyabhabib, aku akan datang untuk mendengar lirik dan bait itu kembali.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Klik di sini untuk keterangan lanjut majlis ini.

Wednesday, July 16, 2008

Setar sudah “kuning mengelit”!


Mangis, rambutan dan setar

Biasanya kalau durian mula luruh, Mangis mula bermusim. Kata tok nenek aku, Mangis sebagai “penyejuk” mengimbangi Durian yang “panas”.

Rambutan turut merimbun. Ada yang patah dahan dek buah yang lebat.

Entah mengapa aku lebih suka buat Setar. Ada yang memanggilnya Kundang. Ada juga mengelarnya Rumia.

Semasa putik, aku, malah mak bapak, adik beradik dan tok nenek aku dari dulu lagi akan buat ”mencicah” buah Setar ini dengan kicap dilenyek belacan, gula dan cili padi. Bila mula menguning ada yang dibuat jeruk. Bila sudah ”kuning mengelit”, kami buat ”mencicah” lagi!

Meleleh air liur...............

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, June 18, 2008

Gula dikerumuni semut-semut


Gula dikerumuni semut-semut

Mungkin itulah yang boleh digambarkan jika ada kedai atau gerai di tepi jalan di mana bersusun-susun kereta di hadapannya.

Sudah menjadi lumrah aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu akan memberhentikan kereta jika ternampak mana-mana kedai atau gerai di tepi jalan di mana bersusun-susun kereta di hadapannya.

Kedai “Bendang Londang Nasi Ikan Bakar” yang terletak 50 km dari Ipoh dan 10 km dari Traffic Light Bota Kanan ini umpamanya, disinggahi kami sekeluarga beberapa tahun lalu (rasanya 2005) semasa dalam perjalanan ke Lumut.

Memandangkan banyak kenderaan (kereta, lori dan juga bas TLDM!) berhenti di hadapan kedai ini, kami juga terasa ingin singgah.

Hidangan yang kami pilih untuk makan tengahari hari itu ialah seekor ikan Keli, seekor ikan Kembung dan sekerat ikan Terbuk dengan kesemuanya dibakar, Seekor Keli Masak Lemak, Seketul Ayam Masak Merah, dua jenis sayur, dua gelas Sirap dan segelas Teh-Cina (Ya! Kedai Melayu ini ada Teh-Cina!). Selepas “cuci calat”, peniaga yang mengiranya menyebut RM 15.00. Terkejut juga aku yang telah bersedia dengan tiga keping duit merah!

Aku menceritakan kedai ini kepada beberapa kenalan yang juga kaki makan (bukan ke mulut makan!). Rupa-rupanya kedai “Bendang Londang Nasi Ikan Bakar” memang terkenal terutama kepada warga TLDM.

Bulan Mac lepas dalam perjalanan ke KL, sengaja aku memilih laluan Taiping, Pantai Remis, Teluk Intan, Kuala Selangor, Kelang untuk ke KL setelah jemu dengan lebuhraya, kami singgah lagi di kedai ini.

Agak terkejut kerana keadaannya lenggang! Setelah menikmati makan tengahari dan beredar dari kedai itu baru aku perasan ada sebuah kedai baru tidak sampai 100 meter dari kedai “Bendang Londang Nasi Ikan Bakar” ini yang penuh sesak dengan pelanggan.

Mungkin lain kali aku akan singgah kedai baru ini.

Mungkin juga gula yang lama itu sudah kehabisan manisnya, maka semut-semutpun mengerumuni gula yang baru!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, May 20, 2008

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 1)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 1)
Perjalanan dua beranak

Sabtu lepas aku ke KL dengan anak jantan seorang aku itu. Ibu kepada anak jantan seorang aku ini pergi sehari awal, juga ke KL kerana menghadiri kursus anjuran jabatannya.

Sudah menjadi kebiasaan, jika perjalanan aku hanya dengan anak jantan seorang aku itu, maka perjalanan aku lebih mirip kepada perjalanan dua orang teman, bukannya seperti perjalanan seorang ayah dengan anaknya.

Aku kategorikan sebagai perjalanan dengan air mata bukannya bermaksud perjalanan dengan kesedihan. Sebaliknya perjalanan kami dua beranak sabtu lepas penuh dengan gelak ketawa. Malah diiringi dengan lelehan air mata dan sekali-sekala diikuti rentetan bunyi bom angin (dari kami berdua!) angkara perbualan kami yang tidak putus-putus semenjak dari rumah di Taiping sehinggalah sampai ke hotel di KL

Bersambung ke Bhg. 2.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 2)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 2)
Jangan Memotong


(Emak aku orang Batu Kurau di mana kebanyakannya orang Batu Kurau ini berasal-usul dari Patani. Bagaimanapun kisah berikut adalah kisah yang diturunkan dari mulut ke mulut umpama pelipurlara. Entahkan benar, entah tidak. Tidak ada kena mengena yang masih hidup ataupun yang sudah tidak hidup. Jauh sekali tiada kena mengena dengan yang sudah mati dan hidup balik!)

Awang Kecik tinggal di sebuah kampung di Batu Kurau, bersama-sama dengan isterinya. Awang Kecik seorang penoreh getah sepenuh masa dan biasanya liat untuk bangun pagi.

Suatu hari selepas matahari sudah naik sepengalah dan berbesen-besen leteran isterinya, Awang Kecik pun mengayuh basikal tuanya menuju ke bukit di mana terletaknya kebun pusaka orang tuanya.

Tidak sampai pun setengah jam, Awang Kecik sudah kembali ke rumah.

”Aih, paknya! Tak sampai ke bukitpun sudah balik ke rumah?”, rungut isterinya.

”Aku di jalan tadi terserempak budak-budak lumba basikal. Tok polis dalam kereta depan sekali tu dok jerit; jangan motong!, jangan motong! Aku baliklah”

(Sebenarnya ada peserta Langkawi De’tour melalui kawasan Batu Kurau. Polis pengiring memberi arahan kepada pengguna jalan raya lain agar memperlahankan kenderaan masing-masing dengan kata-kata; jangan memotong – bukannya jangan ”motong” getah!)

Bersambung ke Bhg. 3

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 3)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 3)
Wad Kecimase


Kebetulan pada awal pagi itu, jirannya Awang Kecik telah dihantar oleh jirannya yang lain kerana keracunan makanan setelah makan gulai ayam yang disembelih setelah ”nyawa-nyawa ikan” akibat makan racun tikus di dalam bendang.

Jadi, Awang Kecikpun mengambil keputusan menaiki bas kali pertama dalam hidupnya ke Taiping untuk menziarahi jirannya di Hospital.

Setelah sampai di Taiping dan setelah beberapa kali menanyakan orang, Awang Kecikpun sampai ke Hospital. Sebelum itu Awang Kecik dimaklumkan oleh orang kampung, jirannya itu dimasukkan ke Wad Kecemasan.

”Misi, misi, Ambo nak tanya ni, Wad Kecimase di mana?” tanya Awang Kecik dengan loghat pekatnya.

”Minta maaf pakcik. Di hospital ini Wad Kencing Masam tak ada! Yang ada Wad Kencing Manis sahaja.” jawab nurse yang muda belia itu dengan sejujur-jujurnya.

Terpinga-pinga Awang Kecik. Bila pula dia tanya Wad Kencing Masam.

Bersambung ke Bhg. 4

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/