Showing posts with label Tiada penjelasan. Show all posts
Showing posts with label Tiada penjelasan. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Wednesday, November 04, 2015

Siri Bercakap Dengan Hantu Bawang




Siri Bercakap Dengan Hantu Bawang

Petang tadi sedang beratur beli Murtabak (sudah tentu minta Bawang Jeruk lebih), aku sempat bersembang dengan Bangla yang sedang beli Ayam Goreng.

Banyak betul dia beli Ayam Goreng RM 12.00!

Aku jeling plastik beg yang dijinjingnya/ Rasanya ada dekat 5 kilo dia beli Bawang Besar.

Mulut gatal bertanya - Banyak beli Bawang?

Ada sikit tapi ini Bawang tak ada sedap. Ini Bawang Pakistan.

Bawang mana sedap? - ramah pula aku bertanya.

Bawang India.

Apasai tak beli Bawang India?

Woooooo, dulu 70 sen satu kilo. GST punya dekat sudah jadi RM 4.00 satu kilo!

Biar betul cakap Bangla ini!

Monday, September 28, 2015

Manggis dari Thailand


Manggis dari Thailand

Tahukah anda bahawa juice manggis samada untuk air buah, minuman herba atau bahan kosmetik  di Malaysian ini diproses menggunakan buah manggis dari Thailand. Alasannya buah manggis di Malaysia tidak mencukupi!

Teringatkan ada pihak yang mendakwa bertan-tan buah manggis yang dibawa dalam kapalterbang MAS MH370 yang hilang hingga ke hari ini dikatakan ditanam di Johor.

Sebaliknya pihak pertanian di Johor menafikan.


Misteri betul!

Sunday, September 27, 2015

Pantun Selasih




Pantun Selasih

Saya suka Pantun, Puisi, Sajak, Gurindam dan seumpamanya. Malah sewaktu bersekolah menengah 1980-1984 saya beroleh honorarium dari suratkhabar Berita Minggu, majalah Dewan Pelajar dan Dewan Siswa serta sekali dalam Dewan Masyarakat dengan menulis puisi dan sajak. Honorarium ini agak mewah ketika itu bersamaan dengan dua bulan wang saku pemberian bapa untuk setiap satu karya yang tersiar!

Hari ini semasa menikmati Sirap Selasih, saya teringat pantun berikut:

Selasih bukan sebarang selasih,
Selasih ditanam dibuat ubat;
Kasih bukan sebarang kasih,
Kasih suci di hati tersemat.

Apa guna selasih direnung,
Andai hanya duduk menimbun;
Apa guna kasih menggunung,
Andai hanya ibarat embun.

Secara sepontan berikut adalah idea saya:

Tanam selasih elak terdedah

Agar tidak berbahang nanti
Dalam berkasih tiada bersudah
Rupanya diriku pengalang ganti

Wednesday, September 16, 2015

Occupational Stress?





Occupational Stress?

Tanda-tanda saya 'occupational stress. Tapi saya sudah tidak bekerja sekarang ini! (Kena rujuk sifu-sifu saya OHD Dr Shawaludin Husin​ dan Ir Hj Sulaiman Daud​) Blood sugar ok sekitar 7 - 8 mmol/L. Blood pressure kurang memuaskan 80/65 mm HG

Symptoms - jari bergerak nak posting

Breakfast Nasi Lemak Bungkus (beli) - post dalam fb
Lunch - skip
Tea Break afternoon Mee Goreng (wife masak) - post dalam fb
Dinner Roti & Coleslaw (self service) - post dalam fb.

Rally baju berwarna, jerebu, crane collapse, dua-tiga presentator papers belum siap - persetankan semua itu.

Kita makan dulu !

* Seorang rakan yang juga Dietitian memberitahu saya - vege dalam coleslaw itu memang baik cuma dressing dia sahaja jangan berlebihan!

Warna-warna pakaian Malaysiaku. Senada? Sedondong? Seragam?


Warna-warna pakaian Malaysiaku. Senada? Sedondong? Seragam?

Ihram? Funeral? 

Khabarnya akan ada Baju Hijau pula selepas ini.

Meriah-meriah!

Sunday, September 13, 2015

Malu kepada buah




Malu kepada buah

Mak telefon suruh ambik buah pelam depan rumah.

Mula berbuah sebelum Ramadan, masih ada bertangkai lagi walapun Syawal dan Zulkaedah sudah beredar.

Seolah-olah ingatan pada diri sendiri - beribadat dan beramal bukanlah bermusim. Kalau tidak malu kepada-Nya, malulah kepada buah yang kini tidak lagi bermusim

Friday, August 07, 2015

Rupa-rupa ada "ibu buah" memerhati



Jengah mak dan bapa sebentar tadi.
Rupa-rupa ada "ibu buah" memerhati !

Thursday, August 06, 2015

Ethics and Safety

 


Ethics and Safety

Semenjak tahun 2006 lagi, semenjak diberi amanah mengendalikan Kursus OSH Management untuk Program Msc. OSH Management, UUM (ketika itu masih bergelar pengajar sambilan), saya mengunapakai beberapa “case study” yang sebenar yang saya alami di beberapa industri berkaitan Ethic and Safety ini. Walaupun bukan topik yang ditetapkan dalam syllabus, saya merasakan element ini penting terutama apabila pelajar-pelajar ini memegang jawatan sebagai OSH Manager yang akan membuat keputusan.

Buku rujukan yang digunakan ialah David L. Goetsch, Occupational Safety and Health for Technologist, Engineers, and Managers, 6th Edition 2008. Menariknya, edisi kelima dan seawalnya tiada topik ini disentuh oleh Goetsch tapi saya sudah membincangkannya sesama pelajar.

Buku Goetsch ini menyentuh persoalan ethic berdasarkan suasana di Barat, manakala saya cuba mengaitkan dengan scenario di Malaysia dengan mengunapakai “case study” yang sebenar yang saya alami.

Dalam banyak “case study” tersebut yang dikongsi bersama pelajar di dalam kelas, saya ingin berkongsi pula di blog dan fb saya ini dengan beberapa  tiga “case study” yang berkaitan dengan “hadiah”.
Case Study 1.

Semasa di Industry B, saya ditugaskan membuat keputusan memilih supplier yang akan membekalkan safety shoes sejumlah 1,000 pasang untuk pekerja termasuk pihak pengurusan. Ada tiga supplier yang mengemukakan quotation dan proposal masing-masing.

Salah satu supplier ini mengemukakan proposal yang menarik. Untuk 1,000 pasang safety shoes ini (harga yang ditawarkan sekitar RM 40.00), supplier akan memberikan 10 pasang safety shoes khusus untuk manager yang berharga sekitar RM 200.00 sepasang. Sudah tentu sepasang dari 10 pasangan safety shoes ini adalah milik saya.

Adakah ini hadiah (rasuah?)? Jawab supplier, ini adalah pakej pembelian. Jika saya (company) tidak mahu menerimanya, tidak mengapa.

Saya merujuk seorang Guru Agama yang membahasakan dirinya “abang” bila berbual dengan saya. Arwah yang ketika itu juga Ketua Trafik Polis Daerah (arwah mempunyai tauliah mengajar) dengan panjang lebar menasihati saya berkenaan dengan hadiah dan juga adat melayan tetamu.

Dengan berbekalkan nasihatnya, saya meminta agar jumlah kos untuk 10 pasang safety shoes ini ditukar dengan benda yang boleh mengiringi 1,000 pasang safety shoes itu. Supplier bersetuju untuk membekalkan 1,000 kotak Kiwi dan Kain Pengelap Kasut. Malah ada lebihan kos yang membolehkan pembelian satu rak kasut untuk Surau Lelaki dan satu rak kasut Surau Perempuan.

Case Study 2.

Semasa di Industry C, menjelang Aidifitri (dan juga perayaan lain), setiausaha CEO meminta saya memberikan tiga nama (pengarah, timbalan pengarah dan pengawai (PIC) yang sentiasa berurusan dengan company) di jabatan pihak berkuasa negeri, yang berkaitan dengan OSH. Beliau menjelaskan menjadi amalan company menghantar hadiah menjelang hari perayaan.  Kos hadiah (kurma) untuk pengarah ialah RM 300.00, timbalan RM 200.00 dan pegawai PIC itu RM 100.00.

Saya tidak bersetuju dengan ratio pembahagian ini. Di industry A sebelum itu, Pengurus saya juga mengamalkan pendekatan yang sama tetapi berbeza.

Saya meminta kos RM 600.00 itu (setiap jabatan) dan membeli paket gift kurma terus dari pembekal. Pakej gift ini hanya berharga sekitar RM 3.00 setiap satu dan saya hantar (edarkan) sendiri kepada semua staf/kaki-tangan jabatan-jabatan yang berkenaan. Inilah amalan yang dipraktikkan oleh pengurus industry A yang bekerja sebelum itu

Case Study 3.

Semasa di Industry D, training provider yang berurusan dengan saya menyatakan hendak bagi “gift” kepada saya.  Direct saya tanya training provider ini adakah jumlah kos “gift” yang hendak diberi kepada saya itu boleh menampung juadah makan tengahari untuk 40 peserta kursus yang saya kendalikan ketika itu? Kebetulan kursus akademik yang saya kendalikan tidak disediakan juadah makan tengahari.

Training provider tersebut menyediakan juadah yang mewah iaitu Nasi Byriani Kambing (juga ayam) dan pelbagai menu tambahan lain serta beg goodies lagi untuk kesemua peserta kursus termasuk saya sendiri.

Menariknya juadah yang mewah itu ada lagi lebihan kos yang training provider ini hendak serahkan kepada saya.

Kebetulan ketika itu saya terlibat dalam perancangan dengan sebuah NGO untuk menyantuni golongan asnaf di Utara Semenanjung. Saya bagi nombor akaun bendahari NGO ini (akaun peribadi kerana NGO ini tiada akaun NGO) dan minta training provider ini bank-in ke dalamnya. Kemudian saya maklumkan kepada bendahari dan juga sahabat saya ini, ada Hamba Allah ingin bersedekah jariah.

Penutup

Bukanlah niat saya untuk membanggakan diri mengenai amalan yang saya buat ini. Malah terasa berdosa juga kerana terlibat dalam amalan menerima/memberi hadiah  yang ada kepentingan ini.

Pada saya (pendapat dan pandangan peribadi saya), menerima dan memberi hadiah yang ada kepentingan ini masih dianggap “rasuah”. Cuma penerimanya atau pemberinya bukan berseorangan (individu). Kalau berdosa (pandangan peribadi saya) maka berdosalah semua penerimanya atau pemberinya.

Kadang-kala dosa ini masih terasa mengekori saya terutama dalam case study 1 dan 3, di mana saya tidak memaklumkan kepada penerima hadiah tersebut mengenai kepentingan supplier atau  sumber pemberian hadiah tersebut.

Kepada penerima-penerima hadiah tersebut, mohon saya keampunan kalau saya melibatkan tuan/puan dalam hal hadiah yang ada kepentingan ini.

Mohon juga kepada yang arif dan alim untuk memberi pendapat, adakah amalan ini diperbolehkan kerana ianya melibatkan kepentingan bersama dan bukannya kepentingan berseorangan (individu).

“Niat yang baik tidak menghalalkan amalan yang salah”. Pesan salah seorang guru saya juga.

oshthejourney.blogspot.com

orangkecilorangbesar.blogspot.com

Tuesday, March 17, 2015

Ipoh, Penang dan KL sudah ku cari! Terjumpa juga di Seremban 2




Ipoh, Penang dan KL sudah ku cari! Terjumpa juga di Seremban 2
Masalah besar pada diri saya ialah untuk mencari kasut yang bersesuaian dengan size kaki saya. Malah masalah ini dikongsi dengan anak lelaki saya seorang itu.
Kalau mengikut panjang (dari tumit ke hujung jari), kasut saya size nya hanya 10 tapi kalau mengikut lebar, size nya ialah 12 !
Kaki saya berbentuk B, senang cerita kaki bulat macam anak gajah!
Banyak article yang saya baca, kasut tirus tajam di hadapan adalah milik jejaka “gentleman”. Bagi saya dan anak saya, itu hanyalah dongengan cerita pari-pari !
Secara jujur saya katakan, beberapa kasut yang saya miliki sekarang adalah belian dari Bundle Kasut Luar Negara !
Jika berkesempatan di Ipoh, Penang dan KL, saya akan cuba mencari kasut bentuk B ini. Malangnya tiada yang bersesuaian dengan kaki saya. Ada memang ada tapi size nya besar dan kosong di bahagian hujung jari kaki !
Saya juga tidak pemiih orangnya. Malah kalau ada yang bersesuaian di Pasar Malam, akan saya beli juga!
Tidak disangka-sangka di AEON Seremban 2 ini ada pula kasut bentuk B yang bersesuaian !

Wednesday, February 04, 2015

Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor


Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor

Teringat "seketika" dulu, aku tercegat di kaunter tiket keretapi. Penjual tiket bertanya - hendak ke mana? Aku terdiam seketika dan bertanya kembali - paling hujung keretapi ini ke mana? KL ! Aku beli tiket KL.

Aku sampai ke KL ketika azan subuh belum melaung. Singgah di Masjid Negara hanya untuk berak dan basahkan ketiak.

Aku melangkah mengikut kaki hingga Petaling Street. Terjumpa Panggung Wayang ! Aku beli tiket Matinee Show 10.00am. Sebelum masuk panggung, beli 2 ketul roti bun perasa vanila dan 1 air kotak teh bunga. Sudah lupa tajuk filem.

Habis filem 11.30 am, aku beli tiket pukul 12.00pm. Sebelum masuk panggung, beli 1 burger ayam balut telur dan 1 air kotak laici. Rupanya aku tersilap beli tiket, terbeli cerita Child's Play. Rasanya 75 % cerita ini aku tonton dengan mata tertutup.

Habis filem 1.30 pm, aku beli tiket pukul 3.00pm. Sudah lupa tajuk filem. Sementara menunggu pukul 3.00pm, aku pergi minum 2 mangkuk air mata kucing di Petaling Street dan beli Apam Balik Garing rasanya 5 atau 4 keping seringgit.

Pukul 4.30 pm, filem habis, Aku jalan kaki ke stesen keretapi. Beli tiket pukul 11.30pm. Dari pukul 8.00pm hingga 10.00pm aku tertidur di atas bangku simen stesen.

Aku sampai Taiping semula jam 3.00am. Telefon member bujang serumah. Pukul 8.00am, telefon boss Kilang Tayar maklum MC.

Nasib baiklah aku nak sembelih ikan pun takut ! Apatah lagi ayam !

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com.

Thursday, January 29, 2015

Tidak salah untuk bermimpi - BMX








Tidak salah untuk bermimpi - BMX

40 tahun dahulu, selepas bapak memberitahu tidak ada duit untuk membeli Chopper, aku hanya mendiamkan diri. Full stop. Tiada mimpi! Tiada angan-angan untuk memiliki Chopper ketika itu.

BMX menjelma! Berbeza dengan Chopper, BMX menjadi kegilaan. Hampir kesemua anak jiran, rakan sekolah malah rakan sekampung memilikinya.

Anehnya, walau diketahui harga BMX tidak semahal Chopper, mulut ku kelu untuk memintanya.

Tidak salah bermimpi! Tidak salah berangan! Malah tidak salah kalau mampu dijelmakan mimpi ke angan-angan dan dizahirkan dengan memilikinya.

Hari ini lidah aku terkelu bila Ah Beng beritahu, ini BMX satu hari oh orang berenti kacau tanya mana dapat.

Gigi ku hampir terkancing bila Ah Beng tanya, ini BMX untuk cucu ka?


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Saturday, November 22, 2014

Raleigh Coaster






















Raleigh Coaster
Ada duit boleh beli. Ada benda yang tak boleh dibeli dengan duit. Adat membeli, kadang-kala harga terpijak, kadang-kala harga dipijak.
Kadang-kala dapat free. Macam mimpi !
Asalnya hanya berbasa-basi kerana sudah ada lima koleksi basikal mini dengan duanya jenama Raleigh. Sudah tak larat nak bagi alasan keada orang rumah lagi. Nombor telefon sekadar diberi bertujuan berukwah.
Tiba-tiba pemiliknya melefon - saya yakin abang boleh dan mampu menjaganya, basikal ini Mak Angkat saya mewariskannya kepada saya. Saya tak akan menjual basikal ini. Sekarang saya mewarisnya kepada abang. Abang jagalah dia. Sayu sahaja kedengaran di dalam handphone.
Menunggu-nunggu selepas ini agar ada yang menelefon hendak mewariskan Norton Single pula!
*Buat sementara waktu, Coaster ini menemani Si Mini Lipat di rumah seorang sahabat nun jauh di Utara.