Pasar Basah dan Pusat Membeli Belah E-Mart di Tudan, Miri
Tengahari tadi selepas check-out dari hotel di Jerudong, kami 3 beranak dibawa bersiar-siar oleh kenalan dari Miri yang bekerja di Brunei ini ke beberapa buah tempat menarik seperti pengkalan ikan dan pasar basah di Bandar Seri Begawan.
Kemudian kami terus ke sempadan Brunei/Malaysia melalui Sungai Tujuh sebelum berhenti makan tengahari di Restoran Muara 2, Desa Indah 3, Tudan. Restoran ini adalah cawangan Restoran Muara, Miri Water Front.
Sudah pasti Nasi Lalapan dan Teh-C-Special menjadi pilihan di samping beberapa menu lain.
Selepas makan tengahari kami berkunjung ke Pulau Melayu dan Luntong menyaksikan kawasan perumahan dan syarikat Shell dan Petronas sebelum berpatah semula ke Tudan untuk membeli-belah terakhir sebelum menaiki kapalterbang pulang ke LCCT, KL.
Kepada sesiapa yang berkunjung ke Miri, selain dari Pasar Malam Hujung Minggu di Saberkas, E-Mart ini merupakan lokasi yang turut disyorkan untuk dikunjungi.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Ikan Buntal Jantan yang dikeringkan
Ikan Buntal Betina yang dikeringkan
Siap dibungkus ala kotak untuk dibawa pulang dengan kapalterbang
Ada yang dibuat pencuci mulut, ada yang dibuat ulam
Antara produk dari Sagu Sarawak
Salah satu kegunaannya semasa mandi
Telah siap diproses dibuang bisa
Kapur pelengkap Sirih dan Pinang
Kulat Besar (terdapat juga kulat kecil)
Buluh untuk dimasak dengan nasi atau lauk (ayam dan daging)
Paling besar berdiameter 3 inci
Saiznya menjangkau lebih 1 kaki
Tembikai Sarawak bujur berbeza dengan Tembikai biasa
Manggo King atau Mangga Mahathir, paling besar hampir 3 kilo!
1 comment:
good job..orang miri love e-mart.
Post a Comment