Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Monday, December 21, 2015

R&R Mekah - Madinah



R&R Mekah - Madinah

Dalam kegelapan malam menjelang magrib dari Mekah ke Madinah, kami singgah di sebuah hentian rehat (R&R ?) cuma ada sebuah masjid dan sebuah kedai makan.

Ini makanan juadah kami selepas Solat Magrib, Nasi Arab, ayam sebelah dan dua ekor ikan goreng untuk dimakan empat orang.

Sampai sekarang saya tidak tahu nama hentian rehat ini.

Saturday, December 05, 2015

Sarapan di Ramly Burger RnR Gunung Semanggol












Sarapan di Ramly Burger RnR Gunung Semanggol

Alhamdulillah kini ada pilihan tanpa was-was. Burger Ramly RnR Semanggol/Bukit Merah sebelah Selatan.

Pakej sarapan tersedia sepanjang masa operasi 10am - 9pm. 

Croissant Chicken yang lazat berserta salad dan roti yang lembut. Diiringi Potato Chips dan White Coffee

Monday, November 16, 2015

Roti Canai Gulai Ikan Puyu





Roti Canai Gulai Ikan Puyu

Dari Taman Lela/Changkat Larah jalan ke Semanggol, terdapat sebuah Warung tepi jalan di Batu 10, Kampung Jaya, Balik Bukit berdekatan Pam Minyak Caltex Kecil, yang menjual Roti Canai Gulai Puyu.

Lama tak makan ikan bendang ini!

Pais Ikan vs Belah Belakang




Pais Ikan vs Belah Belakang

 Teringat awal 80an bila balik dorm asrama di Ipoh. Emak bekalkan bukan sekor dua cencaru belah belakang tapi 20 ekor untuk dikongsi dengan kekawan 2 buah dorm bersebelahan.

Terlalu kerap samaada di asrama atau di rumah dengan cencaru belah belakang ini terutama sumbat cabai, menu ikan cencaru belah belakang ini mulai ditinggalkan.

Hari ini terjumpa lagi "ikan jeket" ini tetapi dengan disumbat kelapa pais. Biasanya kalau pais saya memilih ikan kembung.

Bisik-bisik dengan peniaga, saya berjuadah ikan sadirn goreng dengan taburan pais, tidak disumbat belah belakang.

Ber-ABC Buah






Ber-ABC Buah

Jumaat lepas bersama Mem ke Ipoh untuk satu urusan

Ternampak menu ABC buah ala Saw Taw Lane, terus order semangkuk kongsi berdua.

Not bad! Tapi still tak boleh challenge ABC Hua Hin Night Market. Memang cadang nak naik keretapi ke Hua Hin sebab nak repeat order ABC.

Terasa sedang backpacker di India dan Pakistan.







Terasa sedang backpacker di India dan Pakistan.

Sambil perkena Capati Sadirn dan Bawang Jeruk

Siri Bercakap dengan Hantu Bawang








Siri Bercakap dengan Hantu Bawang

Semenjak awal Okt, semua the store, tesco, giant, mydin dan econsave sekitar di Taiping hingga Parit Buntar dijelajah tapi tak jumpa Jeruk Bawang ini. Masa dahulu bersepah dijual dalam botol kaca.

Tak disangka hari ini terjumpa di Food Court Aeon Ipoh.

Nur Zetty Mee Udang Changkat Jering




Nur Zetty Mee Udang Changkat Jering

Not bad! Tak perlu ke Matang kalau lalu lebuhraya sekitar Taiping. Keluar sahaja susurkeluar Tol Taiping Changkat Jering akan ternampak signboard gerai ini di persimpangan trafik light menghala ke Bandar Taiping.

2 minggu lepas dengan trainer-trainer OSH yang dalam perjalanan balik dari Lumut ke Penang. Malam semalam berdua dengan Mem semangkuk kongsi berdua.

*Gambar siang hari dari internet.



Sunday, November 01, 2015

Kisah Bawang lagi!




Kisah Bawang lagi!

Semenjak dua menjak ini berahi Bawang Besar pula. Baik dimakan mentah atau dimasak.

Sememangnya Roti Telur bukanlah pilihan tetapi Roti Bawang akan menjadi pilihan kalau sudah jemu Roti Kosong, Roti Arab, Tosei, Capati dan seumpamanya.

Lebih-lebih lagi Roti Bawang Garing dengan Bawang Lebih. Cili tidak perlu!

Kreatif dan inovasi. Samosa Maggi




Kreatif dan inovasi. Samosa Maggi

Berintikan Maggi Celur, Ubi dan Telur

Harga? 3 biji RM 1.00

Lokasi kaki bukit ke Bukit Merah Lake Town Resort

Bawang lebih








Bawang lebih

Pakej lengkap Murtabak mesti ada Dalca dan Bawang Jeruk.

Pilihanku tak perlu Dalca. Bawang Jeruk pula tanpa Air Jeruk.

Semestinya Bawang lebih!