Showing posts with label Ipoh Bandar ke 2 ku. Show all posts
Showing posts with label Ipoh Bandar ke 2 ku. Show all posts

Monday, January 25, 2016

Makanan percuma untuk pelajar KPTM




Makanan percuma untuk pelajar KPTM 

Di tengah kegusaran pelajar KPTM Ipoh dimaklumkan Mara tidak lagi mampu memberi pinjaman pendidikan di tahun ini, ada sedikit kedipan sinar dengan sumbangan makanan percuma kepada semua pelajar.

Walaupun sekadar Nasi Lemak Bungkus dan Secawan Air Minuman, besar maknanya kepada pelajar-pelajar KPTM Ipoh ini.

Monday, November 16, 2015

Pais Ikan vs Belah Belakang




Pais Ikan vs Belah Belakang

 Teringat awal 80an bila balik dorm asrama di Ipoh. Emak bekalkan bukan sekor dua cencaru belah belakang tapi 20 ekor untuk dikongsi dengan kekawan 2 buah dorm bersebelahan.

Terlalu kerap samaada di asrama atau di rumah dengan cencaru belah belakang ini terutama sumbat cabai, menu ikan cencaru belah belakang ini mulai ditinggalkan.

Hari ini terjumpa lagi "ikan jeket" ini tetapi dengan disumbat kelapa pais. Biasanya kalau pais saya memilih ikan kembung.

Bisik-bisik dengan peniaga, saya berjuadah ikan sadirn goreng dengan taburan pais, tidak disumbat belah belakang.

Ber-ABC Buah






Ber-ABC Buah

Jumaat lepas bersama Mem ke Ipoh untuk satu urusan

Ternampak menu ABC buah ala Saw Taw Lane, terus order semangkuk kongsi berdua.

Not bad! Tapi still tak boleh challenge ABC Hua Hin Night Market. Memang cadang nak naik keretapi ke Hua Hin sebab nak repeat order ABC.

Siri Bercakap dengan Hantu Bawang








Siri Bercakap dengan Hantu Bawang

Semenjak awal Okt, semua the store, tesco, giant, mydin dan econsave sekitar di Taiping hingga Parit Buntar dijelajah tapi tak jumpa Jeruk Bawang ini. Masa dahulu bersepah dijual dalam botol kaca.

Tak disangka hari ini terjumpa di Food Court Aeon Ipoh.

Saturday, October 03, 2015

Kembali ke sekolah



Kembali ke sekolah

Sabtu 3 Okt 2015

Berkongsi pentas dengan Prof Dr Hj Ismail Abustan​, USM dan Shamsul Anuar, Mimos GM (sama-sama SIS Batch8084) serta ramai lagi (Zul Azit, Mat Isa, Aziz Musa, Haizam, Che Azhar, Dato Rahman, Syed Salim, Daud, dan Hosn), kembali ke sekolah untuk pecutan terakhir dan motivasi pelajar SPM

Monday, September 07, 2015

Nostalgia Medan Selera Taman Kanak-kanak Ipoh @ Angel Park Ipoh










Nostalgia Medan Selera Taman Kanak-kanak Ipoh @ Angel Park Ipoh

Medan Selera Taman Kanak-kanak ini terletak di antara Jalan Raja Musa Aziz (Anderson Road) dan Jalan Tahwil Azhar (Osborne Street). Jalan Tahwil Azhar kini terkenal dengan Gerbang Malam Ipoh.

Medan Selera ini juga dahulu dikenali sebagai Angel Park kerana bangunan Kamdar sekaran g ini yang terletak di persimpangan  Jalan Raja Musa Aziz dengan Jalan Mustaha Al-Bakry (Clare Street) dahuiunya adalah Supermarket Angel.

Medan Selera ini adalah tumpuan kami pelajar-pelajar sekolah berasrama di Ipoh tahun 80an. Setelah puas menonton wayang dan jemu di Superkinta atau habis duit di Jublee Park, kami menjamu selera di Medan Selera ini.

Ada beberapa pemilik gerai di sini sentiasa curiga kunjungan kami. Manakan tidak bukan sahaja Mee Goreng atau Mee Kuah  dimakan dengan Sos Chili berbotol-botol, malah dengan ABC pun kami bubuh Sos!

Kunjungan sebentar tadi bersama anak lelaki saya amat memilukan hati. Semuanya hampir tinggal nostalgia sahaja, Banyak gerai yang hanya menjual ibu kunci! Popiah S.S. Ali masih meniaga tapi hari ini tutup pula. Semasa zaman remaja, kami tidak makan Sopiah S.S. Ali ini kerana “tidak kenyang”! Begitu juga dengan Satay Endut yang hanya kami mampu tengok sahaja.

Saya mula mengenali dan berkawan dengan Muhammad Taba (arwah) anak kepada Endut sekitar 1987 apabila saya mengadakan Pameran Motosikal di Sekolah Agama Izzuddin Shah,

Teringat lagi kata-kata arwah yang juga antara superbiker terawal di Ipoh ketika itu kepada saya. Beliau merakamkan kekaguman kerana pameran motosikal itulah yang menarik ramai mat-mat motor di Ipoh “masuk” ke perkarangan sekolah agama!

Arwah dan abangnya Nan (arwah) dikenali ramai superbiker di Malaysia terutama di KL ketika itu. Malah kami beramai-beramai dari KL datang ke Ipoh meraikan majlis perkahwinannya penghujung 80an.

Saya berkesempatan berbual dengan pekerja Satay Endut semasa makan malam tadi. Itulah realitinya Medan Selera Taman Kanak-kanak ini. Kemunculan banyak premis makan dan pada masa yang sama kesukaran mendapatkan tempat letak kereta menyebabkan perniagaan di medan selera ini semakin hari semakin malap.

Catatan antara ingat dan lupa, medan selera ini juga menyaksikan pergaduhan di  antara dua pasukan beruniform dan tragedi seorang remaja dipukul oleh pihak pengurusan Supermarket Angel kerana disyaki mencuri. Agaknya kalau ada media sosial seperti FB ketika itu kecoh seMalaysia.


Sunday, April 19, 2015

Jamu selera bersantai di Omm Cafe Ipoh Pekan Baru



























Jamu selera bersantai di Omm Cafe Ipoh Pekan Baru

Malam tadi dalam perjalanan balik ke Taiping dari KL, kami sekeluarga singgah di Pekan Baru Ipoh untuk mencuba menu di Omm Cafe yang baru dibuka sebulan lepas.

Untuk ke sini mudah sahaja. Bermula dari landmark bulatan Rumah MB (jika datang dari Jalan Tambun, terus mengikut arah jam 12. Omm Cafe terletak di barisan rumah kedai lama sebelah kanan jalan, selepas traffic light pertama Balai Polis dan Restoran Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja).

Sudah tentu saya mencuba Chu Chong Fun Ipoh Mali antara menu terlaris di sini. Kicap berlenga (bijan) di atas gulungan Ketiaw ini memang favourite saya. Lebih-lebih lagi diacukan dengan Cili Jeruk yang ranggup. Pada saya ianya memang terbaik.

Orang rumah saya seorang itu mencuba menu cadangan En. Azman Omm, pemilik cafe ini sendiri iaitu Fettucine Carbonara. Mee Spaghetti Fettucine Carbonara ini berbentuk panjang leper tidak panjang silinder seperti biasa dan size lebih lebar. Ini bukan makanan pilihan saya tetapi menurut isteri saya, Fettucine Carbonara di sini sama taraf rasanya di restoran yang hebat.

Seperti biasa, anak lelaki saya seorang itu memilih Sizzling Mix with Black Pepper Sauce. Menariknya di sini, Sauce itu dituang ke atas pelbagai aneka daging yang berasap itu, di hadapan pelanggan! Licin sampai buntut plate sizzling itu dikerjakan oleh anak saya.

Untuk minuman kami mengorder Teh Lemon Panas, Cincau Campur Lengkong Ais dan Carrot Susu Ais. Minumannya biasa-biasa sahaja kepada kami cuma special sikit sebab dihidang dalam jug mug.

Semasa menunggu, kami berpeluang mendengar lagu dari Juke Box di samping “melayan” melihat pelbagai barangan koleksi pemilik cafe ini.

Sebagai cafe yang baru sangat beroperasi, masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan. Pemiliknya juga tidak mengenakan GST !

In sya Allah selepas ini kami akan mencuba menu cadangan pemilik ini iaitu “ikan”!.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

* Cafe beroperasi 5pm - 12am. Tutup Isnin