Friday, August 26, 2011

Majlis CSR Intel



Datuk Mukriz beramah mesra dengan wakil tiga rumah Anak Yatim. Di sebelah kiri beliau ialah, Mr. Robin Martin, Naib Presiden Intel


Majlis CSR Intel

Sebentar tadi, Intel telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Baju Raya serta Duit Raya kepada penghuni tiga buah rumah Anak Yatim di kilang mereka di Kulim. Majlis disaksikan oleh tetamu kehormat, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Selain dari beberapa wakil komuniti di Kulim, wakil Warga Kilang turut dijemput dalam majlis ini sebagai rakan CSR Intel.

Dalam ucapannya, Datuk Mukriz amat menghargai sikap prihatin organisasi dan sukarelawan Intel dalam melaksanakan program CSR mereka setiap tahun. Beliau juga sedia maklum dengan penyertaan organisasi dan sukarelawan Intel dalam Program Jalan-jalan Masuk Kampung kelolaan Warga Kilang.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com



Datuk Mukriz bersama Mr. Robin sedang menyampaikan Duit Raya dan Baju Raya kepada anak yatim






Aznee,Jurutera Intel dan juga AJK Warga Kilang sedang menerangkan sesuatu kepada Datuk Mukriz


Sebelah kiri Datuk Mukriz ialah Kak Ton, Sukarelawan Intel yang kerap kali bersama-sama warga Kilang dalam program JJMK

Doa sebagai one of the hierarchy of control semasa berperjalanan di aidilfitri


Doa sebagai one of the hierarchy of control semasa berperjalanan di aidilfitri

Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Wednesday, August 24, 2011

Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Janji Tuhan


Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Janji Tuhan

As Salam Semua,

Bagi pihak wargakilang, saya ucapkan jutaan terimakasih kepada semua penyumbang2 dan perserta2 yg mengikuti program JJMK Edisi Ramadan pada 20hb Ogos 2011 yg lalu. Semoga Allah memberkati kerja2 kita semua. InsyaAllah

Tak lupa juga ucapan terimakasih kepada semua org2 kuat team wargakilang Monier, Aznee, Fendi, Wahab, Halim, Lukman dan Sattar.

Di bawah adalah nukilan dari penulis tetap wargakilang sebagai penutup JJMK Edisi Ramadan 2011.

Shukri
NGO Wargaklilang
Ko-ordinator Zon Utara

Klik di sini -
Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Janji Tuhan

Sunday, August 21, 2011

Aktiviti amal sempena Ramadhan 2011



Aktiviti amal sempena Ramadhan 2011

Alhamdulillah, sehingga hari ini saya berpeluang mengikuti 2 aktiviti amal bersempena Ramadhan 2011 bersama-sama isteri dan anak lelaki saya.

Aktiviti tersebut ialah-

(1) Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Duit Raya Anak Yatim Gemilang Sik, Kedah Sik Inn, Kedah pada 13 Ogos 2011, Sabtu, anjuran Persatuan Pengamal Keselamatan & Kesihatan Utara (NRG-SHE). Cerita lanjut klik sini.

(2) Jalan-jalan Masuk Kampung Warga Kilang di Daerah Sik, Kedah pada 20 Ogos 2011, Sabtu, anjuran NGO Warga Kilang, Zon Utara. Cerita lanjut klik sini.

Pada masa yang sama NGO Warga Kilang Zon Tengah juga telah berjaya mengadakan 2 aktiviti amal pada 13 Ogos 2011 Sabtu dan 17 Ogos 2011 Rabu. Cerita lanjut boleh klik di sini dan di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com





Terima kasih semua. JJMK WK Menjelang Aidilfitri 2011


Terima kasih semua. JJMK WK Menjelang Aidilfitri 2011

Menjelang Sabtu 20 Ogos 2011, kami 3 beranak dari Kamunting bersahur di perjalanan dan tiba di Rumah Tol Gurun seawal 7.00am. Sudah menunggu sebuah kereta peserta dari Bertam.

Kenderaan peserta lain mula mendatang. Ada dari Parit Buntar, Prai, Sungai Petani, Kulim, Mergong (komuniti RT Mergong), UiTM, UUM, Perlis dan sebagainya.

Berkenalan seketika sementara ada yang mengambil peluang menggunakan kemudahan bilik air di Rumah Tol, kemudiannya kami bertolak ke Persimpangan IKS Jeniang. Di situ kami bergabung lagi dengan beberapa kenderaan lain sebelum bertolak ke Masjid Lubuk Merbau untuk pengagihan barangan.

Selepas pengagihan, peserta mendengar taklimat perjalanan, doa dan juga taklimat keselamatan. Perjalanan dari sini, kami dibantu oleh sekumpulan pegawai keselamatan sebuah syarikat elektronik di Kulim Hi Tech yang mengawal dan menjadi penunjuk arah di setiap persimpangan jalan.

Di Majid Lubuk Merbau, 17 bahagian telah diagihkan untuk 3 pusat pengagihan pertama di Kota Aur, Kampung Lentang dan Gulau. Kami melalui Lebuh raya Durian Daun sebelum memasuki jalan kecil menuju ke rumah keluarga Mohd Zuki Bin Che Ne. Di sini sudah menunggu 8 keluarga untuk menerima sumbangan kami.

Seterusnya kami ke Kampung Lentang dengan melalui satu lorong kecil seiringan dengan aliran sungai yang mengalir jernih. Di sini kami terpaksa menempuh beberapa jambatan atau lebih tepat titi kecil yang sekadar memuatkan sebuah kereta untuk melaluinya.

Di Kampung Lentang seramai 8 keluarga lagi telah menunggu kami di rumah keluarga Che Ros Bin Che Ngah.

Kemudiannya kami ke Gulau, ke rumah keluarga Pn. Rashidah Awang, seorang ibu tunggal yang kematian suaminya beberapa bulan lalu. Rumah Pn. Rashidah hanya di tepi jalan utama selepas pekan kecil Gulau.

Tersentuh di hati kami melihatkan sebatang tiang buluh menjulang Jalur Gemilang di hadapan rumah atau lebih tepat pondok daif Pn. Rashidah ini. Masih ada rasa bangga sebagai anak Malaysia walaupun dalam serba kekurangan.

Selepas rumah Pn. Rashidah, kami menuju ke Masjid Nami untuk Solat Zuhur dan juga sesi sumbangan terakhir kepada 24 buah keluarga lagi. Kesemua penerima sumbangan ialah seramai 41 keluarga.

Perjalanan seterusnya ialah ke Pondok Ahmad Nahu di Kampung Kuala Beris, Mukim Sok. Daerah Sik untuk sesi sumbangan terakhir Program Jalan-jalan Masuk Kampung Warga Kilang Menjelang Aidilfitri ini.

Terima kasih kepada semua peserta yang turut hadir dan juga kepada semua penyumbang . Secara peribadi saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang telah membuat sumbangan melalui saya yang terdiri dari warga UUM (beberapa orang pensyarah termasuk di luar negara dan kakitangan pentadbiran), termasuk barangan makanan, pakaian dan sejadah, sumbangan duit raya dari seorang Professor COB (untuk 9 keluarga daif), sahabat saya di Jeddah, usahawan dari KL dan pembaca blog saya dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Putera Jaya. Tidak lupa kepada Hamba Allah dari Ipoh yang datang ke Taiping dalam hujan lebat selepas berbuka puasa untuk menyerahkan sumbangan beras.

Tidak lupa juga terima kasih kepada Dr. Nazri, pensyarah COLGIS dan Pengetua DPP Petronas dari UUM yang turut hadir menyertai program ini bersama-sama sumbangan yang dikumpulnya.

Seperti biasa Intel (Intel Kulim dan Pulau Pinang) menghantar peserta yang paling ramai atas nama komuniti CSR mereka termasuk yang bukan Muslim bersama-sama menyertai program kali ini.

Akhir sekali, saya juga mewakili sahabat-sahabat saya yang lain dalam NGO Warga Kilang ini merakamkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang dibuat.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sumbangan-sumbangan anda semua ini. Kepada penerima sumbangan, apa yang kami pinta doakanlah agar kami penyumbang-penyumbang ini dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan dan keselamatan agar kami dapat mencari rezeki, beramal, beribadat dan membuat sumbangan lagi, insya-Allah.

Insya-Allah juga, saya akan link-kan catatan-catatan lain yang dibuat oleh mereka yang turut bersama-sama dalam program ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Catatan lain bersama gambar-gambar di sini -

(i) KRT Taman Utama, Mergong
(ii) Comey Belako
(iii) Kamarul Sahrin Gallery



























Sumbangan dari sdr. Warikh, Presiden NGO Warga Kilang
Sumbangan dari sdr. Lukman, NGO Warga Kilang
Sumbangan dari Pn. Zura, Komuniti CSR Intel
Sumbangan dari Dr. Nazri, UUM