Monday, April 25, 2011

JJMK WK Hari Pekerja 1 Mei 2011



JALAN-JALAN MASUK KAMPUNG WARGA KILANG

HARI PEKERJA 1 MEI 2011 SELINSING PERAK


Klik di sini untuk download peta dan aturcara

Thursday, April 14, 2011

Buah Setar macam emas!



Buah Setar macam emas!


Minggu lepas dalam perjalanan balik dari KL aku singgah di R&R Bukit Gantang untuk membasah tekak. Saja aku tanya berapa sekilo harga Buah Setar di sini. Ada yang panggil Buah Remia dan ada yang panggil Buah Kundang.


RM 15.00 sekilo, kata penjual. Mahalnya! Tahun lepas harga yang paling tinggi ialah sekitar RM 12.00 - RM 14.00. Tahun ini sudah meningkat RM 15.00! Ini sudah ada kemajuannya.


Buah dari Thailand ini berbeza dengan buah tempatan. Buah seberang besar hampir saiz duit 50 sen dan berkilat kulitnya. Berbeza buah tempatan yang kecil dan kusam warna kulitnya.


Pagi tadi sengaja aku tanya penjual buah di Kamunting bersebelahan Pasar Kamunting. Terkejut sekali lagi apabila mendengarkannya RM 18.00 sekilo! Lagi mahal di R&R lebuhraya.


Teringat aku pokok Setar yang merinbum di belakang rumah Maklong Huduh aku di Tukuro. Kalau dulu (80an) baling dengan seliparpun boleh berderai buah yang masak jatuh. Tak pasti adakah ianya masih berbuah lebat lagi sekarang ini.



Tuesday, April 05, 2011

Adik Azwan, 5A UPSR tidak mampu ke sekolah asrama

Adik Azwan, 5A UPSR pada tahun 2010 tetapi tidak mampu ke sekolah asrama


Keluarga No. 11, Jalan-jalan Masuk Kampung Warga Kilang Hari Pekerja 1 Mei 2011


Nama Penuh : Muhammad Azwan Bin Jemain,

Parit Hj Taib 3, Alor Pongsu, 343000 Bagan Serai, Perak.

Umur : 13 Tahun

Sekolah : SABK Al-hidayah, Parit Abas, Kuala Kurau, Perak.

-beradik : 2 Orang (Anak Ke-2, Seorang Lagi Kakak 16 Tahun)


Nama Ibu : Fatimah Bt Napiah (Janda)

Kerja : Mengambil Upah Mengoreng Karipap

Pendapatan Ibu : Rm 280.00 Sebulan

Tanggungan : 2 Anak Dan Seorang Ibu (70 Tahun Lebih)

Tinggal : Tumpang Rumah Ibu

Sunday, April 03, 2011

JALAN-JALAN MASUK KAMPUNG HARI PEKERJA 1 MEI 2011






JALAN-JALAN MASUK KAMPUNG HARI PEKERJA 1 MEI 2011



Hari Pekerja 1 Mei 2011 (Ahad) akan menjelang tiba tidak lama lagi. Seperti pada tahun-tahun lepas, NGO Warga Kilang (WK) ingin mengajak mereka yang berkesempatan bersama-sama dalam Program Jalan-jalan Masuk Kampung (JJMK) Sempena Hari Pekerja 2011 ini. Tahun ini WK memilih perkampungan nelayan di Selinsing, Perak sebagai lokasi destinasi JJMK ini.


Mereka yang berminat untuk menyertainya bolehlah mengesahkan kedatangan kepada Mohd Shukri Mohamed Talib ‎ melalui email [ees_herbs@yahoo.com]‎ dengan menyatakan bilangan peserta yang akan turut sama. Ini akan memudahkan pihak WK membuat persiapan awal.


Kalau ingin menyumbang dengan peralatan yang diperlukan oleh keluarga berikut, sila maklumkan juga. Perjalanan dirancang seperti berikut. Tempat pertemuan ialah Kedai Kopi Non Beehon Sup di persimpangan Jalan Selinsing pada jam 9.30 pagi.


Peserta dari lebuh raya boleh ikut Susur Keluar Tol Taiping Utara / Kamunting dan belok ke kiri ke jalan lama menuju ke Bagan Serai. Dari Tol Taiping Utara ke persimpangan Jalan Selinsing ini 6.0 km. Sila gunakan kemudahan bilik air semasa di Rumah Tol Taiping Utara.


Letak kereta anda berhampiran Dewan Orang Ramai di sebelah kiri jalan bersetentang Kedai Kopi Non Beehon Sup ini. Boleh bersarapan di Kedai Kopi ini. Mungkin boleh cuba Beehon Sup yang terkenal di sini.


Pukul 10.00 am selepas taklimat Penyelaras WK di kawasan letak kereta, kita akan bertolak secara berkonvoi.


Keluarga 1. Pn. Zaliani Abu Bakar, 33 tahun, anak 6 dan sulung OKU (kesukaran bertutur) di Sungai Pinang, Selising bersebelahan Markas Sungai Pinang.


Pn. Zaliani yang sekarang ini dalam proses bicara cerai di mahkamah menumpang rumah orang tuanya. Beliau membantu orang tuanya berniaga di warung makan berhadapan rumah.


Anak sulongnya 14 thn, L mengalami kesukaran bertutur dan kini tidak bersekolah disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya. Beliau berkebolehan dan minat membaiki peralatan elektrik dan berharap melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Anak-anaknya yang lain 13 thn P, 10 thn P, 8 thn L, 6 thn L dan 1 ½ thn P.


Pn. Zaliani pernah bekerja kilang sebelum ini tetapi kesukaran dengan anak-anak kecil membuatkan beliau bertekad untuk berniaga di warung makan milik orang tuanya. Peralatan pinggan-mangkuk yang digunakan agar uzur. Pn. Zaliani juga memerlukan periuk keluli tahan karat untuk mengisi dan memanaskan kuah Laksa dan Mee Rebus.


Selain dari itu Pn. Zaliani masih belum dapat mendaftarkan anak OKU nya di Kebajikan Masyarakat kerana belum mendapat pengesahan perubatan.


Kereta peserta boleh diletak di halaman rumah.


Keluarga 2. Sdr. Mohd Reduan Lok, 44 tahun di Sungai Pinang, Selising bersempadan Jalan Selinsing dan Jalan Gula.


Seorang Pengawal Keselamatan mualaf yang tercedera akibat kemalangan motosikal pada 1 Ogos 2010. Reduan yang mempunyai 3 anak (14 thn L, 11 thn P dan 6 thn P) yang masih dalam rawatan susulan di Hospital Taiping, kini hanya membantu isterinya membuat kuih (Mini Martabak dan Cucur Jawa). Isteri Reduan membuat kuih dengan peralatan serba kekurangan. Beliau masih menggunakan kuali kecil yang mengambil masa lama untuk mengoreng Mini Martabak.


Mujurlah rumah yang didiami sekarang dibina di tanah pusaka mertuanya. Kereta peserta hendaklah diletak di jalan besar.


Perlu berjalan kaki sejauh 300 m. Rujuk peta.


Keluarga 3. En. Awi, pembuat Bubu Ikan Sembilang di Parit 4, Selising.


En. Awi membuat sebuah bubu sehari dengan harga jual RM 25.00. Rotan pula perlu dibeli.


Dengan pendapatan ini, beliau menyara isteri, 3 orang anak (24 thn P, 14 thn P dan 12 thn P), ibu dan seorang adik lelaki.


Akibat kesempitan hidup, 3 orang anaknya lagi (18 thn L, 17 thn P dan15 thn P) yang sudah tidak bersekolah tinggal di rumah adiknya dan bekerja di kedai makan di Sungkai.


Boleh parking di halaman rumah.


Keluarga 4. Pn. Arbayah Hamzah 44 tahun, janda anak 5 di Parit 3D, Selising.


Pn. Arbayah yang kematian suaminya 5 tahun lalu kini menumpang di rumah orang tuanya. Beliau bekerja sebagai pembantu kedai makan menyara 5 anaknya (15 thn P, 14 thn P, 11 thn L, 9 thn L dan 5 thn L).


Beliau bercadang untuk mengambil upah menjahit bagi menambah pendapatannya.


Rumahnya sebelum balairaya dan persimpangan tali air Parit 3D, Selising. Rumah tepi tali air.


Berhati-hati semasa parking atau reverse kereta.


Keluarga 5. Pn. Noriah,, Parit 1 Selinsing. Pn. Noriah (9 orang anak) terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah orang (beberapa buah rumah) sebab suami ditahan di pusat pemulihan kali kedua.


Anak sulung pernah ditahan juga. Anak kedua, perempuan 20 tahun kerja di BMLTR bersama adik lelaki yang sudah tidak bersekolah. Anak perempuan 18 tahun sudah berkahwin dengan pemandu lori. Memerlukan pakaian dan peralatan sekolah untuk 13 P, 10 P dan 7 P.


Rumah tepi tali air. Berhati-hati semasa parking atau reverse kereta.


Keluarga 6. Adik Azizah, 13 tahun. Ting 1 di SMK Selinsing. Tak mampu ke sekolah asrama walaupun UPSR 5A. 4 orang adik-beradik.


Ibunya bekerja di Kilang Kabat. Mereka menumpang rumah nenek. Ayah meninggal .


Keluarga 7. Ust. Senan cacat anggota jari, anak 10 L lumpuh semenjak kecil, tidak boleh bercakap tetapi boleh mendengar dan faham percakapan orang lain. Memerlukan lampin pakai buang.


Bahagian dapur dan bilik air/tandas baru dibina atas sumbangan. Tetapi dinding dan lantai serta tangga reput. Dinding berlubang-lubang.


Tiada almari kain/baju dan rak pinggan. Disyorkan sumbang almari kain/baju plastik dan rak pinggan plastik.


Untuk masa panjang, perlu tambak jalan hingga ke rumah. Kereta boleh sampai kepala Tali Air sahaja. Kena jalan kaki.


Keluarga 8.
Pn. Sharizal, kakak ipar dan jiran Ust. Senan. Janda anak 3.


Anak lelaki sulung 23 kerja kilang, anak kedua 22 tahun kerja pasar malam di Johor. Anak bongsu lelaki 18 tahun baru habis SPM dan bercadang sambung pelajaran.


Untuk masa panjang, perlu tambak jalan hingga ke rumah.


Kereta boleh sampai kepala Tali Air sahaja. Kena jalan kaki.


Keluarga 9. Adik Jamnah, 3 orang beradik Anak yatim piatu. Kakak sulung tingkatan 4 di SMK Abu Bakar Al-Baqir dan Abang Tingkatan 3 Tahfiz Masjid Tinggi.


Tinggal bersama emak dan bapa saudara di Kg Teluk Sama Gagah Selinsing.


Bapa saudara menanggung 5 anak sendiri dan 3 anak saudara serta mertua dengan pendapatan membela kambing kerana tidak boleh bekerja kuat akibat kemalangan jalan raya.


Keluarga 10. En. Ismail, Penangkap Ketam dengan mata kabur, di Sungai Protan, Selising. En. Ismail dan isterinya Pn. Lela mempunyai 3 anak perempuan (13 thn, 10 thn dan 5 thn).


Mata En. Ismail yang tercedera akibat terkena mata pisau mesin rumput menyebabkan beliau sukar untuk bekerja sebagai Penangkap Ketam. A


naknya yang sulung akan membantu En. Ismail setiap pagi sebelum ke sekolah.


En. Ismail bekerja dengan tauke Cina menggunakan semua peralatan/bot tauke.


Mujurlah beliau mendiami di rumah pusaka. Rumah tepi tali air.


Berhati-hati semasa parking atau reverse kereta. Laluan ke rumahnya rujuk peta.


Keluarga 11.
Baru dimaklumkan.






MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG


Penduduk di Selinsing ini ramai yang mencari pendapatan tambahan dengan menjual hasil laut. Sebagai contoh Ketam (RM7 – RM8 sekilo), Ikan Semilang (RM15 sekilo) dan Lokan (RM4 satu pot tin susu). Ada juga Ayam Kampung dan Telur Ayam Kampung. Juga terdapat Gelama Masam. Manakala Sepat dan Haruan Kering bukan musimnya.


Kami juga bercadang hendak membeli sambil menyumbang Mini Martabak dan Cucur Jawa En. Mohd Raduan Lok. Jika ada yang berminat boleh membuat tempahan terlebih dahulu.


Catatan kaki.


Ada yang masih beranggapan apabila Cuti Umum Hari Pekerja pada 1 Mei itu adalah penghargaan khusus kepada pekerja-pekerja kolar biru. Ada juga yang bersetuju ianya termasuk untuk pekerja kolar putih. Tetapi masih tidak dapat menerima hakikat ianya juga penghargaan kepada pekerja di sektor perladangan, pertanian malah termasuk pekerja di sektor perkhidmatan seperti restoran, kedai makan, warung, pasar malam dan sebagainya.


Istilah buruh yang digunapakai sebelum ini mungkin nampak menjurus kepada mereka yang bekerja dengan berupah. Istilah pekerja yang tidak mengenal sempadan bentuk dan jenis pekerjaan mungkin tepat menggantikan istilah buruh.


Ramai yang tidak tahu bahawa kesatuan-kesatuan pekerja negara ini menyambut Hari Pekerja sebelum kerajaan mengisytiharkan cuti umum. Hinggalah V. David (ketika itu anggota Dewan Perwakilan dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Kilang dan Am) membawa usul menuntut cuti seumpama itu pada 24 Februari 1960.


Sambutan Hari Pekerja (dahulunya dikenali sebagai Hari Buruh) pada setiap 1 Mei adalah sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan pekerja kepada pembangunan negara. Di Malaysia, Hari Pekerja mula disambut sejak 1972 selepas pengumuman pada Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja Umno yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972. Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.


Bagaimana tidak semua pekerja di dunia ini menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Negara Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, Perancis, HONG Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Negara Kanada dan Amerika Syarikat menyambut Hari Pekerja pada 2 September dan Jepun mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja menyambut pada 23 November. Manakala negara New Zealand pada 28 Oktober dan negara Britain pada 6 Mei.