Sunday, November 29, 2009

Saturday, November 28, 2009

Char Koay Teow & Mee Hockien di Gerai Sinar Bintang, Rope Walk



Char Koay Teow & Mee Hockien di Gerai Sinar Bintang, Rope Walk

Tengahari tadi, aku dan anak jantan aku seorang itu seperti biasa kalau ke Penang, mesti singgah jenguk Rope Walk atau Lorong Kulit di belakang stadium itu.

Seperti kunjungan-kunjungan sebelum ini, kami 2 beranak kemaruk beli buku-buku dan komik terpakai. Kali ini Apek jual buku bundle itu tak bawa banyak stok. Jadi kami beli hanya sekitar RM 50.00. Kalau tidak memang setiap kunjungan mesti habis RM 100 lebih! Seperti biasa Apek itu mesti merungut; "Gua jual buku sama lu mesti talak luntung punya!"

Ala Apek talak luntung talak apa! Langan lugi suda lo!

Lepas beli buku dan komik, kami 2 beranak cari model motor dan kereta. Kali ini hanya dapat 4 biji model motor klasik tapi diperbuat dari plastik. Jadilah.

Beli juga sedikit buah. Sedikitpun perit juga jari nak bimbit! Makcik Gemuk yang gelang melilit sampai siku tu tak ada pula hari ini. Pergi kenduri korban kot! Yang ada rasanya anak jantan dia yang jual buah-buah ini.

Macam biasa juga seperti semenjak pertengahan 90an semasa aku mengaji di USM, aku mesti singgah Gerai Sinar Bintang perkena Char Koay Teow dan Mee Hockien. Dulu bisnes anak-beranak ini cuma basikal roda 3 tiga tepi Road Walk ini. Dulu Ina, tukang goreng Char Koay Teow masih berusia belasan tahun. Dulu sepinggan baru RM 1.50. Sekarang sudah RM 3.00 sepinggan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/





Berhadapan Gerai Sinar Bintang ini, Gerai Roti Bakar Mami - siap pesanan suruh bawa duit kecik!

Tan ada 9 nyawa?


Tan ada 9 nyawa?

Benarkah Tan ada 9 nyawa? Kata orang, kucing ada 9 nyawa! Tan adalah seekor kucing jantan milik keluarga kawan orang rumah aku di Gelugor, Pulau Pinang.

(Kami 3 beranak berkunjung ke rumah kawan orang rumah aku ini (dia juga kawan sekolah
Cikgooden semasa Tingkatan 6 di KE Taiping) petang tadi.)

Tan ini mempunyai hobi pelek sikit. Suka sangat lepak di tepi koridor dan tidur di atas tembok tingkat 2 flet kuarters Kastam itu. Disebabkan hobi pelek ini, sudah 2 kali Tan jatuh dari tingkat 2. Agaknya mengigau semasa tidur!

Disebab itu juga berparut bibir Tan ini.

Agak-agaknya Tan boleh jatuh sebanyak 7 kali lagi!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/











Friday, November 27, 2009

WIREMAN BANGLA

WIREMAN BANGLA
(Diterima melalui email)

Setelah menetap selama setahun di Kemaman aku mula merasakan kadang-kadang cuaca waktu malam di bilik rehat rumah bujang aku agak panas juga. Melalui seorang kawan baik aku belilah kipas siling dan syarikat penghantaran telah mengupah seorang wireman Bangla untuk memasang kipas aku itu.

Aku lampirkan untuk tatapan tuan-tuan, puan-puan, dan encik-encik. Workmanshipnya yang sungguh hebat ini. Memang masih belum ada anak Melayu yang sehebat ini.

Tengoklah sendiri kehebatan wireman ini.

What is Globalization?


What is Globalization?

HERE'S A LESSON FOR YOU, BET YOU NEVER KNEW THIS!

A definition of globalization that I can understand and to which I now can relate:

Question:
What is the truest definition of Globalization?

Answer:
Princess Diana's death.

Question:
How come?

Answer:
An English princess with an Egyptian boyfriend crashes in a French tunnel, riding in a German car with a Dutch engine, driven by a Belgian who was drunk on Scottish whisky,(check the bottle before you change the spelling), followed closely by Italian Paparazzi, on Japanese motorcycles, treated by an American doctor, using
Brazilian medicines.

This is sent to you by a Canadian, using American Bill Gates' technology, and you're probably reading this on your computer, that uses Taiwanese chips, and a Korean monitor, assembled by Bangladeshi workers in a Singapore plant, transported by Indian truck drivers, hijacked by Indonesians, unloaded by Sicilian longshoremen, and trucked to you by Mexican illegals..... .

That,my friends,is Globalization!

(Received thru email)

Solat in Guatanamo Prison


الله أكبر ... صورة .. تحمل معاني كثيرة ....

ALLAH MAHA BESAR! GAMBAR YANG MEMBERI SERIBU MAKNA

ما اعظم الصلاة ... لا تسقط بأي حال من الأحوال .. حتى و هم في سجون الظالمين

KEBESARAN SOLAT, TIADA SEBAB UNTUK MENINGGALKANNYA, WALAUPUN DIPENJARAKAN OLEH MANUSIA ZALIM

“Guatanamo Prison”


(Gambar dan teks diterima melalui email)

Thursday, November 26, 2009

Ubi Rebus dan Ayam Goreng 10 Rempah






Ubi Rebus dan Ayam Goreng 10 Rempah

Pagi tadi (jam 10.30pagi) sampailah hajat kami 3 beranak untuk menjamah Ubi Rebus bercecah Sambal Tumis dan Kelapa Parut bergaul Gula Merah di Kedai Kopi Cherita, Bertam Perdana. Memang tidak dapat dinafikan keenakan menjamah makanan tradisional dan juga ”makanan ruji” semasa zaman perang Jepun dahulu.

"Sedaplah kalau macam ini dapat makan semasa perang!”, itulah kata anak jantan aku seorang itu. Kata-kata dari seorang anak yang mana ayahnya juga lahir selepas merdeka.

Bagaimanapun terdapat sedikit kekurangan (room for improvement!) yang mana Ubi Rebus Kedai Kopi Cherita di Bertam Perdana ini masih tidak dapat menyaingi Ubi Rebus Hotel Kualiti, KL dan Warung Nasi Lemak Orange Yellow di Bangi kerana di kedua-dua tempat ini menyajikan ketulan-ketulan Ibu Rebus ini dalam keadaan berasap kepanasan kerana sentiasa diletakkan dalam periuk wap.


Pada masa yang sama juga merasalah kami 3 beranak kelazatan yang disebut-sebut selama ini iaitu Ayam Goreng 10 Rempah. Oleh kerana Menu Nasi Ayam hanya tersedia di sebelah tengahari, kami mengordernya untuk dimakan dengan Set Nasi Lemak. Bagaimanapun seperti Ubi Rebus, kami pasti Ayam Goreng 10 Rempah ini lebih lazat dijamah jika dihidangkan panas dalam keadaan baru digoreng.

Hari ini juga turut mengorder Set Promosi 1, 2 dan 3. Seperti biasa, Beehon Goreng yang dihidangkan memang ”first class” walaupun rasanya ianya dimasak secara ”banyak-banyak”. Manakala Sambal Tumisnya pada hari ini ”cukup sifat”, terasa pedas, terasa manisnya tidak seperti kunjungan kami 3 beranak pagi Selasa lalu.

Malah anak jantan aku seorang itu turut ”perasan” layanan semua pekerja-pekerja Kedai Kopi Cherita hari ini lebih ceria dan lebih mesra pelanggan.

Semoga kualiti makanan dan servis perkhidmatan sebegini berterusan di mana-mana mendatang. Selasa depan kami 3 beranak hendak mencuba set makan malam pula.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Wednesday, November 25, 2009

Cara orang Malaysia meniaga!


Cara orang Malaysia meniaga!

Tempat: Bazar Padang Besar, Perlis
Masa: Dua tiga bulan lepas (bukan cuti sekolah)
Penjual: "Abang beli le abang. Saya boleh bagi diskaun lagi. Kira jadilah abang!"

Tempat: Bazar Padang Besar, Perlis
Masa: Pukul 5.30 petang tadi (cuti sekolah)
Penjual: "Abang tak nak beli pun tak. Harga tu saja saya boleh bagi!"

(Nasib baikle mengenangkan baju yang sama jika dibeli di Al Ikhsan harganya mencecah RM 200 lebih! Habislah juga RM 50 untuk sehelai baju Chelsea + nombor 7 + nama)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


*Orang Malaysia ke atau Orang Seberang?


Sudahku tahu jawapannya!



Sudahku tahu jawapannya!

Sebelum ini aku tertanya-tanya sebab apalah "kawan oversea" kita dalam gambar di atas tu memakai tali pinggang keledar di atas kapal terbang secara menyilangnya seperti berada di dalam kereta. Kenapa dia tidak memakainya seperti di dalam gambar kedua di atas.

Rupa-rupanya ini disebabkan dia duduk bersebelahan tingkap kapal terbang! Cuba perhatikan betul-betul signage yang ada pada badan kipas kapal terbang itu (gambar di bawah). Perhatikan logo orang yang mempunyai "selepang merah" - ala-ala memakai tali pinggang kan?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Melepas Ubi Rebus Kedai Kopi Cherita



Melepas Ubi Rebus Kedai Kopi Cherita

Melihat dalam menu di Kedai Kopi Cherita, Bertam Perdana ini tertulis Ubi Rebus cicah Kelapa Parut atau cicah Sambal Tumis sudah meliurkan! Malangnya kedatangan kami tiga beranak di restoran ini pagi semalam pada jam 10.00 pagi untuk menjamah Ubi Rebus ini hampa kerana sudah kehabisan. Nampak gayanya hari Khamis ini kena datang awal pagi lagi!


Kerana ada yang mencadangkan untuk mencuba Ayam 10 Rempah, kami membuat order dengan begitu selera sekali. Malangnya menu Nasi Ayam 10 Rempah yang dikategori di bawah “Nasi Ayam & Mee Sepanjang Hari” ini masih belum bersedia untuk kami menjamahnya.

“Nasi Ayam belum siap lagi cik!” kata pelayan perempuan yang berwajah serius dan “tak mesra pelanggan” itu. Berbeza dengan seorang lagi yang bertudung, sudahlah bermuka manis, ayu lagi kata anak jantan aku seorang itu. (Sudah besar remaja rupanya anak jantan seorang aku ini!)

“Macamana dalam menu ini ditulis “sepanjang hari”?” sahaja aku melontarkan soalan tapi seperti diagak memang tak dapat jawapan.

Berbeza dengan menu Ubi Rebus yang dikategorikan di bawah “Sarapan” yang sudah tentu boleh diagak kalau sampai pukul 10.00 pagi sudah tentulah boleh kehabisan. Rasanya Tauke Kedai Kopi Cherita ini kena tukar kategori “Nasi Ayam & Mee Sepanjang Hari” ke kategori “Nasi & Mee Tengahari ke Malam.”

Jangan pula jadi setengah-setengah warung itu, bila sampai terus disuakan menu. Dalam menu tertulis berpuluh jenis makanan. Tapi bila diminta order, ada saja alasannya; habislah, ramuan tak cukuplah, hari ini tak buatlah dan pelbagai alasan lagi. Lain kali beritahu awal-awal mana yang tak ada dan mana yang ada. Kalau tak ada ambillah sticker ke, masking tape ke, apa-apa yang boleh ditampal – tutup sahaja menu yang tak ada itu!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Nota kecil; semalam kami tiga beranak menghabiskan “cuci-calat” 2 set Roti, 2 Set Beehon Goreng dan 2 set Nasi Lemak serta 2 gelas air suam. Semuanya baru dibayar RM 12.00 dengan sendat perut!

Set rotinya kadang-kadang ada sekeping Roti Kapal terselit tepi piring cawan tapi kali ini tak ada pula.

Beehon Gorengnya kali ini “mengancam” betul dengan seekor udang yang sebesar ibu jari yang dibelah belakang! Tak rugi order 2 set, itupun hampir-hampir kami mengordernya untuk set ketiga!

Nasi Lemaknya OK, cuma Sambal Tumisnya agak tawar. Biasanya Sambal Tumis untuk Nasi Lemak akan terasa sikit manisnya. Tak tahulah disebabkan pelayan yang berwajah serius dan “tak mesra pelanggan” itu menyebabkan Sambal Tumis ini kehilangan manisnya.

Monday, November 23, 2009

Peluk perempuan Mat Salleh

Gambar hiasan - Ruang Berlepas di KLIA
Peluk perempuan Mat Salleh

Malam tadi di Ruang Berlepas KLIA aku ”terpaksa” memeluk, meramas dan mengosokkan bahu serta belakang seorang perempuan Mat Salleh. Semuanya ini terpaksa aku lakukan kerana pasangannya (tak pasti suami atau boyfriend) tidak ”berupaya” melakukannya.

Aku ”terpaksa” memeluk, meramas dan mengosokkan bahu serta belakang seorang perempuan Mat Salleh ini juga dengan rasa sedih kerana lima orang kakitangan MAS yang bertugas di Ruang Berlepas KLIA ini (3 perempuan dan 2 lelaki) hanya mampu memerhatikan tanpa memberi sebarang pertolongan.

Kisah lanjut di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sunday, November 22, 2009

Terlepas lagi nak ronda-ronda “tengok Miri waktu malam”!


Berjumpa kawan lama setelah berpisah 25 tahun!

Cadangnya malam tadi aku nak ronda-ronda “tengok Miri waktu malam” dengan Bellboy Hotel kawan baru aku ini sambil perkena Mee Kolok yang betul-betul holiyau punya!

Aku tiba di hotel selepas kelas hari ini jam menunjukkan pukul 8.30pm. Terus aku on-kan laptop untuk memeriksa email. Terkejut aku menerima email seperti di bawah. Seperti tidak percaya Roslan Muhamad Yunus (Lan Ketue – perkataan ”ketua” disebut secara dialek Pulau Tiga, Parit – ”tiga” juga disebut ”tige”!)

Assalamualaikum.

Tahniah Lukman kerana menemukan kawan-kawan lama melalui blog. Syok juga dapat melihat wajah-wajah terkini kawan kita. Sampaikan salam kepada semua kawan-kawan yang masih dapat mengingati aku. 4 Disember ini genap 20 tahun aku merantau di Miri, Sarawak. Kalau ada kawan kawan yang ke Miri cari aku dapat jumpa.

Roslan Muhamad Yunus ( Lan Ketua )
ROSLAN MUHAMAD YUNUS ROSLAN
012 xxxxxxx


Dekat 10 minit juga aku termanggu antara percaya dengan tidak Lan Ketue menghubungi aku secara email dari Miri sebentar tadi dan kebetulan waktu dan masa ini aku turut berada di Miri!

Aku kemudiannya menelefon Lan Ketue dan akan datang berjumpe (la! Dah terikut dialek Parit pule!).

(Cerita lanjut ala-ala Jejak Kasih ini boleh dilihat
di sini.)

Melepaslah lagi aku nak ronda-ronda “tengok Miri waktu malam” dengan Bellboy Hotel kawan baru aku ini sambil perkena Mee Kolok yang betul-betul holiyau punya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, November 21, 2009

Ubi Rebus dengan Daging Salai



Ubi Rebus dengan Daging Salai

Aku baru naik bilik setelah bersarapan lewat. Sarapan di Hotel Mega Miri ini biasa-biasa saja. Tapi menu Ubi Rebus dan Daging Salai ini tidak jemu-jemu aku memakannya.

Sarapan tadi aku hanya minum dua cawan teh, sekeping roti, 2-biji telur suku masak, semangkuk bubur nasi dan “dua kali tambah” Ubi Rebus dan Daging Salai ini. Diakhiri dengan seulas nangka, sebiji rambutan, sehiris tembikai, sehiris honey dew dan segelas Jus Nenas.

Menu beratnya seperti Nasi Goreng, Beehon Goreng, Ayam Kurma dan Sayur Campur aku tolak tepi. Melihatnya saja sudah tidak teringin!

Semasa menjamah Ubi Rebus dan Daging Salai ini tiba-tiba aku teringat
Maklong Huduh aku di Batu Kurau. Seingat-ingat lupa aku semasa kecil-kecil dulu seringkali juga akan makan Daging Salai di rumahnya. Daging Salai itu dibalut dalam upih nyior dan disimpan dalam bakul raga yang diletak atas alang rumah dapur.

“Itu peti sejuk Maklong tu!” ingat lagi aku seloroh Maklong.

Sebenarnya Daging Salai itu disimpan untuk bekalan musim hujan bila batang getah tak boleh “disembah”, bila sungai tak boleh dipukat, bila kebun tak boleh dijenguk. Tapi kerana aku adalah anak saudara kesayangannya, sudah pasti aku merasa Daging Salai itu tidak kira masa.

“Kenapa sekarang Maklong dah tak buat Daging Salai?’ tanya aku pada Maklong Huduh baru-baru ini.

“Rumah Maklong la ni mana ada alang dah nak simpan bakul raga isi Daging Salai tu. Lagipun peti ais dah ada, Kak Hawa mu simpan daging mentah dah lah!”, jawab Maklong.

Rasanya di Hotel Mega Miri inipun tak ada alang tak simpan bakul raga isi Daging Salai itu. Peti ais di hotel ini mesti punya nala besar dia untuk simpan daging mentah. Aku mesti beritahu Maklong Huduh supaya dia buat balik Daging Salai itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Mee Kolok Sarawak. Order Mee Kolok Sup!




Mee Kolok Sarawak. Order Mee Kolok Sup!

1. “Beli Tikar Sarawak.”

2. “Beli Terubuk Masin Sarawak.”

3. “Beli Kek Lapis Sarawak.”

4. “Cuba makan Mee Kolok Sarawak.”

Sepanjang dua-tiga bulan berulang-alik ke Miri ini, sering-kali aku diajukan pesanan-pesanan di atas. Oleh kerana pesanan no. 1 hingga no. 3 itu mudah didapati di Semenanjung, aku abaikan sahaja.

Pesanan no. 4 aku dapat kurang jelas. Mula-mula order dapat Mee Goreng dengan tekstur mee-nya halus (macam Maggi!) dan digoreng hitam dengan hirisan nipis kecil daging. Rupa-rupanya kalau minta Mee Kolok itulah yang sampai.

Kali kedua aku lebih bersedia setelah dapat tips dari Bellboy Hotel yang aku menginap. Aku minta Mee Kolok Sup.

Sebenarnya Bellboy ini ajak aku tunggu dia sampai habis kerja jam 11 malam. Dia boleh bawa ke Mee Kolok Miri yang betul-betul holiyau punya! Memandangkan ada paper work perlu disiapkan malam ini, aku menolak ”tawarannya” sambil meminta direkomenkan mana-mana tempat makan terdekat dengan hotel yang ada menjual Mee Kolok ini.

”Abang pergi saja Restoran Serai Wangi, sebelah EON Bank depan simpang traffic light Hotel Mega. Betul abang tak nak pergi dengan saya malam ini? Kalau abang tak biasa naik motor, saya balik rumah ambik kereta dulu. Lepas makan Mee Kolok, boleh saya bawa abang ronda-ronda lagi tengok Miri waktu malam!”

Bersungguh-sungguh benar ”kawan baru” aku ini! Menarik juga tawarannya terutama bab ”tengok Miri waktu malam”.

”Tak apalah! Abang sibuk sikit malam ini. Lain kali abang datang lagi kita pergi ronda-ronda.” Ehm, ehm.... terlepas aku!

Aku ke Restoran Serai Wangi berseorangan. Seperti disyorkan juga, aku memilih untuk bersantai di gerai yang juga milik restoran ini yang terletak berhadapan restoran. Aku mengorder Mee Kolok Sup walaupun teringin untuk merasa Nasi Lelapan bersama Ikan Bawal atau Tongkol. Ramai penghujung di restoran ini tampaknya memilih menu ini. Tak apa bulan depan datang dengan family boleh cuba menu ini.

Sama seperti Mee Kolok Goreng sebelum ini, tekstur mee-nya halus. Rasa mee-nya hampir serupa dengan Mee Sanggul yang biasa dimasak Sizzling itu tapi saiznya lebih halus. Kuah supnya mirip sup jernih di Semenanjung. Manakala sos cili merahnya menyerupai sos cili Sup Utara. Di atas timbunan mee turut ditabur hirisan nipis daging.

Rasanya? Mungkin ”taste” aku tidak begitu mengemarinya. Tak tahulah pula kalau aku mencuba Mee Kolok yang direkomenkan oleh Bellboy Hotel tadi. Kena cuba jugalah nanti (boleh ronda-ronda juga! ehm, ehm!).

Ada satu pesanan sesama ”Geng Satu Company” iaitu; 5. ”Kirim Gambir Sarawak.”

Hendak buat apa?

Katanya untuk ”ubat sakit gigi.”

Kata aku, kalau sakit gigi, pergi cabutlah!

Tapi kata ”Geng Satu Company”, bila calit Gambir Sarawak – jangan cabut! Biarkan saja sebab dia tahan lama!

Tak faham aku!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Friday, November 20, 2009

Failure is only the opportunity


Failure is only the opportunity

Anakku - Just want you to know how proud we are of you although just 4A 1B! (and B is not a failure too!)

UPSR just the beginning of a long journey. Remember - always aims on the journey, not the destination - the journey itself is destination!

Ayah & Ibu

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Above photo taken at Penang Airport today 10.15am (on the way to Miri)

Thursday, November 19, 2009

Air Asia dan Lat


Air Asia dan Lat

Banyak yang menanya pendapat aku mengenai pengelibatan Air Asia dalam Wild Card MotoGP dan Pasukan F1 Lotus 1Malaysia. Sebenarnya berbelah bagi untuk aku memberi pendapat sama ada sebagai seorang yang terlibat dalam arena motorsport ataupun sebagai orang awam rakyat Malaysia.

Bagaimanapun apabila Air Asia mengumumkan mereka akan menggunakan karektor kartun Lat untuk badan kapalterbang, aku tabek seribu kali tabek kepada pihak pengurusan Air Asia.

Tak ada ke sapa-sapa "big-boss" dalam MAS terfikir hal sebegini?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, November 17, 2009

Awang Nan jenguk pak semalam


Awang Nan jenguk pak semalam

Itulah kata emak tengahari tadi. Aku singgah rumah orang tua aku menghantar bekalan ubat bulanan bapa yang baru diambil dari Klinik Kesihatan Taiping di Tupai. Sambil menunggu emak "menapau" lauk-pauk (serta nasi!), emak memberitahu aku.

"Itupun sebenarnya dia berenti lelah depan rumah. Dah tak larat dia. Jalan tiga, empat rumah, mesti berenti lepas lelah!"

"Mak tengah sapu sampah la tu. Dia nak jenguk pak sebab dah lama tak tengok katanya."

Sememangnya bapa kebelakangan sudah lagi tidak bermandikan cahaya matahari. Langkahnya pendek hanya dari katil ke meja makan di dapur ataupun lajak ke bilik air.

Kalau adapun dua, tiga bulan sekali aku membawanya ke pemeriksaan kesihatan rutin di klinik kesihatan ataupun bergunting rambut di pekan.

"Banyak
Awang Nan bawa sayur kampung, mak?"

"Ada la sikat dua pucuk paku. Diapun dah tak larat. Ragapun satu, kecik pula! Tak macam dulu boleh bimbit dua raga sekali jalan."

Ingat-ingat aku semasa aku belasan tahun lagi
Awang Nan itu sudah membimbit raganya keluar masuk kampung berjalan kaki. Adakah aku akan "bertenaga" macam Awang Nan ini jika berusia kelak?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, November 14, 2009

Sembang Tepi Jalan - Meor Pesta Jiwa


Sembang Tepi Jalan

(Seperti biasa kalau aku dan anak jantan seorang aku ke mana-mana acara yang bersampingan jualan buku-buku apa jenispun akan berakhir dengan pembelian yang menyaksikan empat, lima keping note RM 50.00 bertukar tangan. Antara buku yang dibeli di Rumah YKP semasa TAF Project hari ini ialah Sembang Tepi Jalan, terbitan Oxygen Media)

Secara jujur aku hanya mengenali Meor Yusof Aziddin Meor Hassan atau lebih dikenali dengan Meor Pesta Jiwa ini pada tahun lepas. Itupun hingga ke hari ini kadang-kadang aku terkeliru jika bersaling-saling sms sama ada dengan Meor Pesta Jiwa ataupun Meor Lantera Jiwa, iaitu seorang lagi Meor.

Secara jujur juga aku hanya mengenali dan melawat blog Meor Pesta Jiwa (www.pestajiwa.net) sekitar suku kedua tahun ini. Malah ruangan Sembang Tepi Jalan di www.tokeikedai.net.my hanya dijengah sekitar suku ketiga tahun ini.

Tetapi membeli buku Sembang Tepi Jalan ini dan kemudiannya menghabiskan dan menghadamkan 160 helaian mukasurat beberapa minit tadi, membuatkan aku hampir-hampir mengenalinya dari hujung rambut ke hujung kaki.

Persamaan aku dengan Meor jauh sekali macam langit dan bumi. Aku hampir langsung tiada bakat atau kemahiran menyanyi. Jauh api dari panggang untuk bermain muzik. Mungkin sedikit anugerah Ilahi kepada aku dengan minat mendalam terhadap sajak, puisi, syair dan pantun mendekatkan aku kepada salah satu cabang seni ini.

Ada beberapa "fahaman" dan "aliran" dari buku yang menyokong pendirian aku terhadap beberapa aspek kesenian ini walaupun aku tidak mempelajari atau memahaminya melalui pembacaan.

Salah satunya ialah mengenai lagu-lagu folk yang telah lama aku semai dalam hati sanubari aku. Folk bukanlah "lagu rakyat" tapi Folk adalah lagu-lagu rakyat! Itulah yang dinyatakan oleh Meor dalam buku ini di helaian ke 88.

Walaupun tiada contoh yang dinyatakan Meor tapi bagi aku "lagu rakyat" ialah "Can Malican", "Rasa Sayang Eh!" dan sebagainya (jika salah tolong betulkan!). Ini jauh berbeza dengan lagu-lagu folk Iwan Fals!

Membaca bab-bab lain dalam buku ini juga membuatkan aku "memahami" senario semasa (sebenarnya dari dahulu lagi) bagaimana pandangan masyarakat Malaysia terhadap "kesasteraan" dan "pemuzik jalanan". Walaupun sering dikatakan serumpun, pandangan rakyat Malaysia ternyata berbeza kepada dua perkara ini jika dibandingkan dengan rakyat Indonesia.

Banyak lagi yang ingin aku zahirkan dari pembacaan dan pemahaman aku mengenai buku Sembang Tepi Jalan ini. Tetapi aku rasa mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut "kesasteraan" ala Malaysia dan "pemuzik jalanan", perlu mendapatkan sendiri buku ini.

Aku tidak pasti di mana boleh dibeli buku ini. Lawat terus laman-laman web yang dinyatakan di atas atau hubungi meor67@yahoo.com

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Zambry belanja gua ganja!



Zambry belanja gua ganja!

Biar betul Bro. Pyan! Sebenarnya aku salah dengar! Maklumlah telinga kanan aku ni sound trouble sikit, dah lebih 20 tahun bergelumang dengan mesin di kilang, ditambah pula deruman enjin kereta/motor lumba.

Tak kan MB Perak itu belanja Pyanhabib dan Meor Pesta Jiwa ini ganja!

Rupa-rupanya tengahari tadi (sebenarnya sudah pukul 2 pm!) MB Perak belanja Pyan, Meor dan semua yang ada dalam Restoran Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsum itu.

Kebetulan tengahari tadi, kami 3 beranak juga makan Nasi Ganja ini cuma kami terawal sikit lebihkurang 1.30 pm. Kalau tidak merasa juga Nasi Ganja free!

Sebenarnya aku memang tahu program TAF Project di Ipoh ni, tetapi aku sudah silap tulis dalam diari tarikh minggu depan yang kebetulan aku ada di Miri. Terkejut juga bila petang semalam Meor Pesta Jiwa hantar sms kata dia ada di Ipoh.

Jadi tengahari tadi terus aku 3 beranak ke Rumah YKP di Bercham ini. Program lengkap sebelah malam tetapi memandangkan aku ada hal lain di sebelah malam terpaksalah lepak sekejab saja dengan mereka di Rumah YKP ini.

Bro Pyan, Meor - lain kali kalau balik Ipoh, gua pula akan belanja ganja! Opss... bukan ganja tapi Nasi Ganja!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/