Monday, August 31, 2015

Arwah Cikgu Walat yang saya kenali


Arwah Cikgu Walat yang saya kenali

Saya memulakan persekolahan saya Darjah 1 di Sekolah Rendah Long Jaafar Kamunting di tahun 1974. Walaupun begitu hanya sebulan kerana berpindah ke Sekolah Rendah Jalan Shaw (kini Jalan Hang Tuah) Kuala Lumpur kerana mengikuti bapa yang bertukar kem askar di sana.

Ketika ini saya tidak berpeluang mengenali arwah dan juga anaknya, Ahmad Hisham walaupun kami sebaya dan bersekolah yang sama cuma berlainan kelas.

Tahun 1978, bapa pencen dan kembali ke Kamunting. Saya menyambung persekolahan Darjah 5 di Sekolah Rendah Long Jaafar semula.
Pun begitu saya tidak begitu rapat dengan arwah kerana saya gerun melihatnya disebabkan 2  perkara.

Pertama arwah adalah Guru Muzik, manakala saya adalah seorang yang Buta Muzik! Berbeza dengan kakak saya Wan Norizan (yang dikenali sebagai Kak Long ketika itu) yang boleh bermain pelbagai alat muzik. Seingat saya, arwah pernah “memaksa” saya bermain alat muzik Besi Tiga Segi itu. Itupun masih sumbang ketika saya mengetuknya!

Kedua, arwah berwatakan serius dan jujur saya katakan arwah lebih “bergaya” sebagai Guru Disiplin dan bukannya Guru Muzik.

(Sedikit cemburu apabila pertama kali berjumpa arwah, dia terus bertanyakan kakak saya. Malah di kalangan rakan sebaya, saya lebih dikenali sebagai Lukman adik Kak Long!)

Penghujung tahun 90an semuanya berubah. Ketika ini anak arwah, Ahmad Fazli Hisham mula bergiat sebagai pelumba dalam acara motorsport Malaysian Cub Prix Championship di mana saya sebagai Secretary of the Meet.

Dalam satu perlumbaan terawal Fazli, sewaktu saya memeriksa trek, saya ternampak arwah sedang berjalan dari paddock menuju ke race control. Saya meminta pemandu van memberhentikan van dan mengajak arwah menaikinya. Terkejut juga arwah ketika itu melihat saya.

Awal dan pertengahan tahun 2000an, ketika saya aktif dalam mengawalselia perlumbaan Malaysian Cub Prix Championship ini, kami sentiasa berjumpa dan berhubung. Jika ada mana-mana pegawai perlumbaan lain atau pihak penaja bersama kami, saya akan memperkenalkan arwah sebagai guru saya. Malah arwah juga sering memberitahu semua bahawa saya adalah anak muridnya.

Kegembiraan yang amat-amat kami kongsi  bersama ialah ketika suatu perlumbaan di Kluang awal 2000an. Ketika itu anak arwah, Ahmad Hisham dan cucu-cucu arwah juga bersama. Arwah memberitahu kepada ramai orang bahawa Ahmad Hisham (anaknya) dan saya (anak muridnya) adalah bersekolah yang sama di sekolah yang diajarnya.

Ketika itu kami berkongsi kegembiraan berganda apabila Fazli menjuarai acara Expert manakala Fazrul (seorang lagi anak arwah) menjadi naib juara acara Novice dan menjuarai acara Wira.

Kemudian dalam satu perlumbaan di Kangar pula, rombongan arwah disertai oleh adik iparnya iaitu Hafisah Samsuddin (ketika itu Hafisah dan suaminya menetap di Kangar) yang kebetulan juga sebaya dan bersekolah sama dengan saya. Arwah juga begitu riang memberitahu kepada Clerk of the Course ketika itu, Bulldog Kuan bahawa adik iparnya itu sebaya dan bersekolah yang sama dengannya. Malah masih teringat saya apabila kami sama-sama ketawa ketika arwah isteri memberitahu kami semua bahagaimana ketika itu beliau mendapat seorang anak (Ahmad Hisham) dan seorang adik (Hafisah) serentak pada tahun yang sama.

Di awal tahun 2000an itu juga saya pernah mengesyorkan arwah memperancangkan masa depan kedua-dua anaknya Fazli dan Fazrul ini. Terasa bangga apabila arwah memberitahu saya ketika itu dia dalam persiapan untuk membuka sebuah kedai motosikal di Kamunting. Kini perniagaan Kedai Motosikal AFS di Kamunting (berdekatan The Store) mula menjadi sebutan terutama di kalangan anak muda.

Kelibat arwah dan isterinya memang sentiasa di dalam litar. Sentiasa memberi sokongan kepada kedua-duanya anak itu. Pada saya factor kekeluargaan juga adalah pendorong kepada kejayaan Fazli dan Fazrul ini.

Walaupun saya tidak berpeluang belajar muzik dari arwah tetapi saya tetap menganggap arwah sebagai guru saya.

Antara teladan arwah yang in sya Allah saya akan ikut ialah sentiasa meyokong apa jua kerjaya anak.

Arwah meninggal dunia hari Ahad 30 Ogos 2015 9.00 am di Katil 22, Wad 6B, Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh dan dikebumikan di Kamunting.


Semoga arwah Abdul Walat Bin Sohor dirahmati-Nya.

Sunday, August 30, 2015

Supper - pesan emak sekadar untuk tarik selimut




Supper - pesan emak sekadar untuk tarik selimut

Tidak suka isteri masak











Tidak suka isteri masak

Bukankah sudah dibilang, saya tidak suka isteri memasak. Jika dia masak kami (saya dan anak) akan makan berulang dan makan banyak sebanyaknya.

Makan petang boleh diulang makan malam. Nasib baik ganti nasi! Kalau ada lauk kena lak makan nasi.

Cuma yang enak menu boleh disediakan by specail demand. Ketiaw sikit tidak mengapa tapi Fishball dan Fishcat mesti banyak, Udang mesti banyak. Kalau ada Kerang lagi bagus, Tauge mesti banyak. Malah Bawang Goreng dan Chili Hijau Potong pun mesti banyak. Kalau ada Chili Jeruk lagi bagus!

Pelengkap menu - Sirap Kabung.

Menu orang bujang - Telur Masak Air


Kuning Bersih




Jangan naik celapak naik. Rajin-rajin bersih sama!

Makan banyak sebanyaknya





Makan banyak sebanyaknya
Antara sebab saya tidak suka orang rumah saya masak ialah portion yang dimasak banyak dan saya dua beranak (saya dan anak) akan makan banyak sebanyaknya.
Bab yang saya paling suka pula boleh makan berulang-ulang, malah boleh makan dua hari untuk complete circle lima kali mulai lunch, tea break, dinner, supper dan berakhir dengan breakfast.

Doorgift Kenduri Kahwin




Doorgift Kenduri Kahwin
Hujung minggu ini hari mengumpul doorgift kenduri kahwin selain Bunga Telur.
Biasa dapat botol kecil berisi kacang, cokelat dan seumpamanya. Kali ini dapat berisi Tea Bag dan Gula.
Teringat filem Musang Berjanggut P. Ramlee (Tun Nilam Utama) dan Saadiah (Puspawangi)
.

Hujan yang menyindir!


Hujan yang menyindir!

Di era mid to end 80s, hujan lebat bagaikan sahabat karibku. Kalau di atas tarmac jalan kering biasanya aku tertinggal di belakang terutama kepada si full throttle yang jarum spedo motosikal masing-masing melebihi 200 kmj.

Tetapi di dalam hujan lebat entah dimana aku dirasuk sentiasa di hadapan.

Hujan yang sentiasa ku tunggu dulu sudah menyindir ku sekarang.

Throttle sudah takut untuk dipulas.

Rintikannya sahaja kini boleh membaringkan aku sehari dua.

Bunga Telur @ Telur Rebus Kenduri Kahwin



Bunga Telur @ Telur Rebus Kenduri Kahwin

Dua hari ini sudah sudah beberapa biji Telur Rebus Kenduri Kahwin yang dibawa pulang ke rumah. Itupun ada rumah kenduri kini meggantikan Telur Rebus dengan Gula-gula.

Teringat masa kecil dahulu, emak akan mengumpulkan telur-telur yang diperolehi. Biasanya keesokan atau ketulatan hari, emak akan masak menu Telur Sambal. Jadilah semata lagi lauk untuk kami sekeluarga.

Teringat masa kecil, bapa setiap kali beli bungkus Pasembur atau Mee Rebus, mesti diordernya tanpa Telur Rebus. Sekurang-kurang sudah jimat beberapa sen.

Teringat masa mid to end 80s era bujang di Jalan Bangsar, menu harian makan malam ialah Nasi Goreng. Lauk tambahan Telur Goreng Mata adalah indicator pocket! Kalau tambah Telur Mata, makna pocket masih tebal. kalau Nasi Goreng biasa faham-faham le! Walaupun Makcik Gemuk Gerai sebelah Balai Riong itu dengan senang hati kami "makan tulis dulu", indicator ini tetap diamalkan.

Riuhlah masa nak bayar bila Makcik Gemuk akan bersuara kuat - "Ina tolong kira meja depan, abang yang cermin mata tak ada telur, abang yang pakai jaket tu ada telor".

Tersipu-sipu anak dara Makcik Gemuk ini!

Friday, August 28, 2015

Roti diacukan dengan Sambal Tumis Udang Petai Banjir






Very late dinner.
Roti diacukan dengan Sambal Tumis Udang Petai Banjir

Itulah alamat anak balik bercuti dari kolej



Gurindam Alamat Hari Nak Siang
vs
Gurindam Alamat Anak Balik Bercuti Dari Kolej
Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulag bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Seri lantig riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak mengigal
Faja sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Tabtibau melambung tinggi
Berkuku balam di ujung bendul
Terdenyut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
itulah alamat hari nak siang.
Atas meja berkelubung Saji
Angkat Saji termangkuk Sayu Tauge
Itulah alamat anak balik bercuti dari kolej

Sarjan Hassan Boyfriend Sebelah Rumah!





Sarjan Hassan Boyfriend Sebelah Rumah!

Setiapkali filem Sarjan Hassan ditayangkan, emak akan mengingatkan tentang hasrat saya ketika kecil dahulu yang merengek minta ditukarkan nama kepada Hassan.

Ketika itu, 1974 saya baru berumur 7 tahun dan pertama kali menyaksikan filem Sarjan Hassan ini di rumah kami d Berek Askar Selino Lane, Jalan Kamunting Lama. Masih teringat lagi filem ini ditayangkan pada hari Jumaat malam Sabtu. Keesokan paginya awal-awal lagi saya sudah buat hal meminta agar mama saya ditukar.

Adakah kerana saya bersemangat patriotic kerika itu? Lebih-lebih suasana sekeliling saya ketika itu adalah ketenteraan.

Filem Sarjan Hassan (1958) jauh lebih awal dari series film Rambo iaitu First Blood (1982), Rambo: First Blood Part II (1985), Rambo III (1988), dan Rambo (2008).

Tetapi mengapa Sarjan Hassan tiada sequels nya? Penerbit tiada idea? Atau tiada skrip?

Atau Sarjan Hassan hanya tahu melawan Jepun? Sarjan Hassan tidak tahu melawan pihak lain seperti mereka yang merampas tanah di kpg beliau? Atau tidak mampu melawan ahli politik yang korup?

Atau LPF tidak akan meluluskn kisah Sarjan Hassan yang mengamuk mempertahankan kebenaran di Chow Kit? Atau di Low Yat umpamanya?

Dulu pernah juga berharap Dato Rahim Razali menghasilkan sequels Sarjan Hassan ala Filem Pemburu (Ahmad Yatim) di tahun 1982. Kini hanya tinggal harapan shj sementelah comeback Dato Rahim merundumkan dirinya sendiri. Sebagai contoh penampilannya dlm siri TV Bercakap dgn Jin Tamar Jalis begitu mengecewakan saya.

Drama Mak Cun lagi meloyakan saya! Maaf Dato.


Jgnlah selepas ini pula ada filem Suamiku Sarjan Hassan atau Sarjan Hassan Boyfriend Sebelah Rumah!

Menu Nasi Putih + Sambal Tumis Udang Petai Banjir. Selak Petai baru nampak Udang


Menu Nasi Putih + Sambal Tumis Udang Petai Banjir. Selak Petai baru nampak Udang

Ingatkan mulai awal tahun 2015 ini, semenjak jadi surarumah sepenuh masa ini, saya akan selalu masuk dapur membantu isteri. Rupanya tidak juga, hanya kerap melalui dapur untuk ke bilik air. Boleh dikira dgn sebelah jari saya jadi assistant chef!

Hari ini entah mengapa tiba-tiba gatal tangan. Awal pagi sudah keluarkan Udang 800 gram dari Peti Ais, rendam dlm air utk buang frost. Perisi Petai 8 keping dan tunggu isteri balik kerja untuk dimasak.
Hasilnya Sambal Tumis Udang Petai Banjir. Selak Petai baru nampak Udang.

Sama seperti cara saya makan Mee Kuah iaitu lebihkan condiments nya dan kuah, Sambal Tumis juga saya lebih enjoy condiments nya (seperti Bawang Besar, Petai dan sebagai) bukan lauk utama seperti Ikan Bilis atau Udang.


Ada juga kurangnya kali ini. Mata Petainya tidak sebesar seperti yang diingini.