Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

Media cetak dan saya


Media cetak dan saya

Dari dulu lagi UM dan MM bukan akhbar plihan saya dan bukan atas dasar politik saya berbuat demikian. Saya membeli akhbar lain! Tetapi ada beberapa artikel dalam UM dan MM adalah pilhan saya. Antaranya ialah kolum Merrepak (Johardy Hashim).

Media bercetak adalah pilihan utama saya semenjak dari bersekolah lagi. Saya mula memupuk penulisan dari sekolah rendah lagi (70an) melalui akhbar dalam sekolah dan berkembang ke akhbar harian termasuklah Berita Harian dan Utusan Malaysia. Kemudian berkembang ke Dewan Siswa, Dewan Masyarakat malah saya pernah menjadi penyumbang (cerita pendek bukan lukisan katun!) dalam majalah Gila-Gila.

 Arwah Pak Matlob umpamanya pernah memilih saya sebagai salah seorang penulis muda dalam pasukan Berita Harian yang diasuhnya. Ada di antara kami kini menjadi penulis novel yang terkenal. Begitu juga arwah Rejabhad Gila-Gila sentiasa membimbing saya malah pernah beliau datang ke Taiping semata-mata untuk berjumpa dengan saya.

Kemudian saya berpeluang mempertingkatkan lagi penulisan saya semasa bekerja di majalah Roda-Roda sebagai seorang motorsport journalist (1986-1989). Selepas itu walaupun saya bekerja di industri perkilangan, saya sentiasa terbabit dalam sidang editorial bahan bercetak ini. Saya manfaatkannya sebagai bidang perkongsian maklumat.

Media social mula mengambil-aleh media bercetak ini. Malah ada media social berbentuk penulisan seperti blog juga “teruk dikerjakan” oleh media social lain seperti Facebook (FB). Seketika dahulu ramai kawan-kawan OSH saya aktif berblog tapi kini nampaknya saya berseorangan.


Membaca kolum Merrepak hari ini (akhbar yang disediakan di tempat membasuh kereta!), membuatkan saya bertanya-tanya persoalan yang diajukan oleh Johardy Hashim ini ini. Adakah sekarang sedang nazak media cetak ini?

Saturday, January 07, 2017

Blog http://funnyaccent.typepad.com/


Blog http://funnyaccent.typepad.com/

Seorang lagi yang mengalakkan saya untuk berblog sendiri pada tahun 2007 ini ialah “funnyaccent”. Menariknya kami tidak pernah memperkenalkan diri masing-masing walaupun kami kerap berhubung melalui melalui email sekitar 2007 semasa di awal perhubungan kami.


Agaknya ada hubungan istimewa kami berdua dalam blog. Setelah dua tahun menyepi berblog, baru semalam dia membuat posting terbaru. 

Blog Pak Adib (http://adib.typepad.com)


Blog Pak Adib (http://adib.typepad.com)

Blog Pak Adib ini yang mencetuskan idea dan memberasangkan  saya untuk berblog sendiri sekitar 2007. Sebelumnya sekadar aktif berforum atau menyumbang penulisan dalam blog orang lain. Setelah sudah sekian lama mengikuti penulisannya, kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami, saya mula berblog. Malah saya juga memaklumkan hasrat saya kepada Pak Adib untuk berblog.

Tagline Pak Adib ialah “The Reader. I am only a traveller who rests under the shade of a tree and leaves and departs...As I walk, I read and I write whenever I can. And lately I also take photos.”

Apa khabar Pak Adib sekarang agaknya? Postingnya terakhir bertarikh 8 Oktober 2013.


Melalui Pak Adib juga saya berkenalan dengan Moleskine Notebook. Malah pernah menjadi penggunanya seketika.

Friday, January 06, 2017

Kalendar Kuda 2017

Kalendar Kuda 2017

Ruang kerja saya malah dalam beg komputer saya mesti ada Kalendar Kuda! ianya mudah dirujuk. Ini satu Kalendar Kuda 2017 yang saya terima melalui grup whatsapp. Terima kasih kepada perekanya.

Boleh muat-turun di sini.

Friday, November 20, 2015

Pesan Bapa – hormatilah Jaga




Pesan Bapa – hormatilah Jaga

Pesan Bapa kepada aku pada tahun 1984 (semasa Form V) mudah sahaja, mudah dan ringkas sahaja.

Pesan bapa - Empat golongan ini kau mesti hormat semasa bekerja nanti iaitu 1. Jaga, 2. Tukang Masak, 3. Kerani Store dan 4. Kerani Gaji. Orang yang pertama ialah Jaga!

Bapa tak sebut pun ayat motivasi yang selalu diperdengarkan semasa ini – kalau anda ingin dihormati, anda mesti menghormati orang dahulu.

Bapa sebut – hormati empat golongan ini!

Mulai semalam ramai yang forward kisah perempuan yang terperangkap di  dalam Bilik Sejuk di tempat kerja. Dia diselamatkan oleh Security Guard tempat kerja yang menyedari perepuan ini tidak keluar dari tempat kerjanya selepas waktu kerja. Dalam FB malah whatsapp pun bertalu-talu yang forward. Malah di Radio Sinar pun hari ni Kak Beb mengulang lagi kisah ini.

Seperti biasa, hari ini hari Jumaat, aku ikut pesan Bapa seterusnya. Belilah air dan cucuq untuk Jaga selepas kau balik sembahyang Jumaat. Itupun kalau kau pergi sembahyang. Tajam…….

Kisah sepenuhnya

Seorang perempuan yang bekerja di kilang daging. Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.

Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.

5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya. 

Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.

Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas "Hello". Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan "Bye. Jumpa lagi esok". Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.
Setiap hari saya akan mengharap sapaan "hi" dan "bye" dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi.

Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat.

Pengajaran untuk diri:

Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.


Mari kongsi kepada semua untuk inspirasi...

Wednesday, November 18, 2015

PM Dr Wan Abdul Rahman Khudri 1967 - 2015




PM Dr Wan Abdul Rahman Khudri 1967 - 2015

Subuh tadi saya menerima berita kepulangan ke rahmatullah seorang mantan rakan sekerja di UUM iaitu PM Dr Wan Abdul Rahman Khudri atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz atau gelaran WARAK. Bersesuaian dengan nama gelarannya, arwah adalah insan yang saya kenali sepanjang perkenalan dengannya tidak pernah meninggikan suara sentiasa merendahkan diri dan amat menjaga tingkahlaku dan  keperibadiannya sebagai Muslim sejati.

Arwah sebaya dengan saya. Kami sama-sama menghampiri usia 50. Itu tidak menghalang saya untuk menjadikannya sumber rujukan saya dari masa ke semasa.

Kebetulan sama-sama dari sekolah yang sealiran walaupun berlainan lokasi menyebabkan akrabnya hubungan kami. Walaupun di UUM ada beberapa kenalan yang sama sekolah dengan saya tetapi hubungan kami tidak serapat seperti saya dengan arwah. Malah arwah turut mengenali dan berhubung rapat dengan ramai rakan-rakan saya.

Bekas pelajar SMAIWP dan UM, arwah adalah insan yang mempelawa dan memberi saya beberapa peluang membentangkan kertas-kerja OSH yang berkaitan dengan Islam. Antaranya ialah OSH in Mosque di peringkat Asean dengan pesertanya dari kalangan pentadbir masjid.

Arwah juga merupakan mantan Pengarah Pusat Islam UUM.

Takziah saya kepada keluarganya. Semoga Allah mencucuri dan merahmati rohnya.

Friday, October 09, 2015

Sumbangan t-shirt I'm





 

Sumbangan t-shirt I'm

Alhamdulillah syukur ribuan terima kasih kepada seorang Hamba Alllah Taiping yang menyumbanglan t-shirt I'm ini kepada anak-anak miskin & yatim penghuni Kediaman Cahaya Ain​ Bagan Serai dan anak-anak miskin & yatim tafiz penghuni Amal Nur Qaseh Kpg Perwira Kamunting serta Komuniti Amal Taiping (KaT).

Hamba Allah yang sama juga sebelum ini telah menyumbang telekung, sejadah, jubah, serban kepada anak-anak ini serta baju kurung dan baju melayu kepada warga emas (p) Al-Ikhlas Rozy Kpg Ekspo dan warga emas (l) Aminur Ain Kpg Ekspo, Kamunting. 

Semoga amalan Hamba Allah ini diberkati-Nya, dimurahkan rezeki dan dipelihara kesihatan seisi keluarga. Aaminnnn

Thursday, September 24, 2015

Biografi Syed Mokhtar Albukhary



Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Saya mempunyai lebih 30 koleksi biografi pemimpin dunia, tempatan, tokoh-tokoh dan sebagainya. Malah ada di antaranya saya mempunyai koleksi dalam Bahasa Inggeris (teks asal) dan juga dalam Bahasa Malaysia (teks terjemahan) untuk saya lebih menghayati isi kandungannya.

Kebanyakan biografi ditulis selepas kematian tokoh dan ada juga biografi yang ditulis ketika tokoh masih hidup. Malah ada biografi yang ditulis oleh tokoh tersebut.

Saya menyimpan cita-cita untuk menulis biografi saya. Kehidupan saya biasa-biasa sahaja tetapi perjalanan saya penuh berliku. Pernah dua kali gagal IPTA (UM dan ITM), sebut sahaja kerjaya apa yang tidak pernah buat, dari operator kilang, juruteknik, pekerja binaan, penjual durian, penulis sambilan di NST (BH) dan Creative Enterprise (GG), wartawan majalah, jurutera dan pengurus kilang hinggalah kerjaya saya terakhir pensyarah IPTA. Di samping itu saya terlibat dalam sukan permotoran hingga ke peringkat dunia dan pernah sampai melalui jalan darat ke sempadan Tibet dengan kereta serta pernah sampai ke sempadan China dengan motosikal. 

Dalam masa itu saya bangun kembali dengan meraih ijazah pertama PPJJ (Mech. Engineering, USM) hanya ketika berusia 35 tahun. Ijazah master ketika 38 tahun. Ijazah PhD pula masih tidak tahu ketentuannya.

Mungkin itu asam garam biografi saya kelak. Saya  juga mula menulis dalam majalah Dewan Siswa seawal 80an diikuti Dewan Masyarakat . Kini lebih kepada penulis modul kepada beberapa IPTA dan IPTS
.
Untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit Biografi Syed Mokhtar Albukhary (BSMA). Bukan ulasan buku tetapi lebih kepada topic bahagian yang menarik hati saya.

Membaca BSMA ini membuatkan saya lebih mengagumi beliau. 

Bagaimanapun saya tidak sehaluan dengannya kepada dua perkara.

Perkara pertama berkaitan mementingkan hubungan kekeluargaan. Tidak dinafikan beliau memang amat mementingkan hubungan kekeluargaannya. Tetapi pada masa yang sama amalan bermesyuarat bulanan dengan pengurus-pengurus syarikat beliau di rumahnya yang bermula selepas waktu Isyak hingga ke Subuh itu bertentangan dengan prinsip kekeluargaan yang diamalkannya.

Pada saya selepas waktu kerja adalah masa dengan keluarga. Full stop!

Syed Mokhtar juga tanpa berselindung mengakui beliau mengembangkan perniagaannya ke luar negara dengan hanya sekeping surat sokongan dari Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Padangan saya terhadap amalan itu? No comment!

Apapun kegigihan beliau mengembangkan perniagaannya dan kesungguhan beliau dalam memastikan kebajikan semua kakitangan perniagaan beliau terjamin amat-amat membuatkan rasa hormat saya “menengelami” dua amalan beliau yang tidak sehaluan dengan saya itu.

Saturday, September 05, 2015

Misteri sudah terjawab




Misteri sudah terjawab

Jam sudah 11.00 malam lebih. Aku ditemani Radio Sinar. Sekali-sekala lagu retro melamunkan aku dan memperlahankan tugasan aku di malam hari ini.

Tiba-tiba terbau kewangian dari belakang rumah hingga ke ruang inhouse office aku di bahagian hadapan rumah. Adakah bau ini hanyalah manipulasi otak mengiringi kederaman perut?

Terbau lagi Udang digoreng!

Tidak lama kemudian terdengar tapak kaki melangkah menghampiri pintu inhouse office aku ini.

Muncul di pintu satu lembaga yang amat-amat aku kenali. Lembaga yang selama ini menemani aku tidur.

Lembaga itu menantang sepinggan Nasi Goreng.

Seperti biasa tiada ucapan terima kasih dari mulutku. Tetapi licin-selicinnya di dalam pinggan itulah perut berterima kasih hingga ke hati dari seorang suami kepada isterinya.

Monday, August 31, 2015

Arwah Cikgu Walat yang saya kenali


Arwah Cikgu Walat yang saya kenali

Saya memulakan persekolahan saya Darjah 1 di Sekolah Rendah Long Jaafar Kamunting di tahun 1974. Walaupun begitu hanya sebulan kerana berpindah ke Sekolah Rendah Jalan Shaw (kini Jalan Hang Tuah) Kuala Lumpur kerana mengikuti bapa yang bertukar kem askar di sana.

Ketika ini saya tidak berpeluang mengenali arwah dan juga anaknya, Ahmad Hisham walaupun kami sebaya dan bersekolah yang sama cuma berlainan kelas.

Tahun 1978, bapa pencen dan kembali ke Kamunting. Saya menyambung persekolahan Darjah 5 di Sekolah Rendah Long Jaafar semula.
Pun begitu saya tidak begitu rapat dengan arwah kerana saya gerun melihatnya disebabkan 2  perkara.

Pertama arwah adalah Guru Muzik, manakala saya adalah seorang yang Buta Muzik! Berbeza dengan kakak saya Wan Norizan (yang dikenali sebagai Kak Long ketika itu) yang boleh bermain pelbagai alat muzik. Seingat saya, arwah pernah “memaksa” saya bermain alat muzik Besi Tiga Segi itu. Itupun masih sumbang ketika saya mengetuknya!

Kedua, arwah berwatakan serius dan jujur saya katakan arwah lebih “bergaya” sebagai Guru Disiplin dan bukannya Guru Muzik.

(Sedikit cemburu apabila pertama kali berjumpa arwah, dia terus bertanyakan kakak saya. Malah di kalangan rakan sebaya, saya lebih dikenali sebagai Lukman adik Kak Long!)

Penghujung tahun 90an semuanya berubah. Ketika ini anak arwah, Ahmad Fazli Hisham mula bergiat sebagai pelumba dalam acara motorsport Malaysian Cub Prix Championship di mana saya sebagai Secretary of the Meet.

Dalam satu perlumbaan terawal Fazli, sewaktu saya memeriksa trek, saya ternampak arwah sedang berjalan dari paddock menuju ke race control. Saya meminta pemandu van memberhentikan van dan mengajak arwah menaikinya. Terkejut juga arwah ketika itu melihat saya.

Awal dan pertengahan tahun 2000an, ketika saya aktif dalam mengawalselia perlumbaan Malaysian Cub Prix Championship ini, kami sentiasa berjumpa dan berhubung. Jika ada mana-mana pegawai perlumbaan lain atau pihak penaja bersama kami, saya akan memperkenalkan arwah sebagai guru saya. Malah arwah juga sering memberitahu semua bahawa saya adalah anak muridnya.

Kegembiraan yang amat-amat kami kongsi  bersama ialah ketika suatu perlumbaan di Kluang awal 2000an. Ketika itu anak arwah, Ahmad Hisham dan cucu-cucu arwah juga bersama. Arwah memberitahu kepada ramai orang bahawa Ahmad Hisham (anaknya) dan saya (anak muridnya) adalah bersekolah yang sama di sekolah yang diajarnya.

Ketika itu kami berkongsi kegembiraan berganda apabila Fazli menjuarai acara Expert manakala Fazrul (seorang lagi anak arwah) menjadi naib juara acara Novice dan menjuarai acara Wira.

Kemudian dalam satu perlumbaan di Kangar pula, rombongan arwah disertai oleh adik iparnya iaitu Hafisah Samsuddin (ketika itu Hafisah dan suaminya menetap di Kangar) yang kebetulan juga sebaya dan bersekolah sama dengan saya. Arwah juga begitu riang memberitahu kepada Clerk of the Course ketika itu, Bulldog Kuan bahawa adik iparnya itu sebaya dan bersekolah yang sama dengannya. Malah masih teringat saya apabila kami sama-sama ketawa ketika arwah isteri memberitahu kami semua bahagaimana ketika itu beliau mendapat seorang anak (Ahmad Hisham) dan seorang adik (Hafisah) serentak pada tahun yang sama.

Di awal tahun 2000an itu juga saya pernah mengesyorkan arwah memperancangkan masa depan kedua-dua anaknya Fazli dan Fazrul ini. Terasa bangga apabila arwah memberitahu saya ketika itu dia dalam persiapan untuk membuka sebuah kedai motosikal di Kamunting. Kini perniagaan Kedai Motosikal AFS di Kamunting (berdekatan The Store) mula menjadi sebutan terutama di kalangan anak muda.

Kelibat arwah dan isterinya memang sentiasa di dalam litar. Sentiasa memberi sokongan kepada kedua-duanya anak itu. Pada saya factor kekeluargaan juga adalah pendorong kepada kejayaan Fazli dan Fazrul ini.

Walaupun saya tidak berpeluang belajar muzik dari arwah tetapi saya tetap menganggap arwah sebagai guru saya.

Antara teladan arwah yang in sya Allah saya akan ikut ialah sentiasa meyokong apa jua kerjaya anak.

Arwah meninggal dunia hari Ahad 30 Ogos 2015 9.00 am di Katil 22, Wad 6B, Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh dan dikebumikan di Kamunting.


Semoga arwah Abdul Walat Bin Sohor dirahmati-Nya.

Sunday, August 23, 2015

Mat Som, A Latiff Mohidin & A. Ghafar Ibrahim







Mat Som, A Latiff Mohidin & A. Ghafar Ibrahim

Antara sajak yang aku hayati semasa zaman gelandangan aku di KL mid 80s dahulu ialah Songsang,  A. Latiff Mohidin (1997) dan Tak Tun, A, Ghafar Ibrahim (1978). Tidak ketinggalan juga beberapa sajak Pyanhabib.

Malah sajak-sajak sebegini mula memenuhi buku catatan aku semasa Form IV dan V (1984 & 1984) walaupun aku dalam Science Stream.


Adakah aku tersilap memilih bidang pengajian? Tiada erti kesal pada aku. Malah tiada langsung keinginan aku untuk kembali ke masa dahulu sama sekali.

Monday, August 17, 2015

Black Dot & the White Part of the Paper


Black Dot & the White Part of the Paper

One day a professor entered the classroom and asked his students to prepare for a surprise test. They waited anxiously at their desks for the test to begin. The professor handed out the question paper, with the text facing down as usual. Once he handed them all out, he asked his students to turn the page and begin. To everyone's surprise, there were no questions....just a black dot in the center of the page. The professor seeing the expression on everyone's face, told them the following:

"I want you to write what you see there."

The students confused, got started on the inexplicable task.

At the end of the class, the professor took all the answer papers and started reading each one of them aloud in front of all the students. All of them with no exceptions, described the black dot, trying to explain its position in the middle of the sheet, etc. etc. etc. After all had been read, the classroom silent, the professor began to explain:

"I am not going to grade you on this; I just wanted to give you something to think about. No one wrote about the white part of the paper. Everyone focused on the black dot - and the same happens in our lives. We have a white paper to observe and enjoy, but we always focus on the dark spots. Our life is a gift given to us by ALLAH, with love and care, and we always have reasons to celebrate - nature renewing itself everyday, our friends around us, the job that provides our livelihood, the miracles we see everyday.......

However we insist on focusing only on the dark spots - the health issues that bother us, the lack of money, the complicated relationship with a family member, the disappointment with a friend, a.s.o.

The dark spots are very small compared to everything we have in our lives, but they are the ones that pollute our minds.

Take your eyes away from the black spots in your life. Enjoy each one of your blessings, each moment   life gives you. Be grateful to ALLAH SWT and do appreciate BLESSINGS from ALLAH SWT

Wednesday, August 12, 2015

Biography atau memoi


Biography atau memoir.
Terus-terang saya katakan ada yang saya tidak bersetuju dengan pandangan penulis (menulis sendiri atau ditulis oleh orang lain) tetapi saya menghayatinya.
Malah ada saya beli kedua-dua edisi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, disebabkan ada translation lari dan berbeza dari bahasa asal yang ditulis

Prelude kemerdekaan


Prelude kemerdekaan
Kita perlu banyak lagi bahan bacaan atau novel sebegini.
Bukan buku sejarah yang melenakan bagai khutbah Jumaat tetapi diceritakan semula secara bebas

Friday, May 01, 2015

Sambal dan Condiment Nasi Lemak










Sambal dan Condiment Nasi Lemak

Pada saya Nasi Lemak mesti ada Sambal Tumis Ikan Bilis. Lauk lain adalah optional.

Selain dari Sambal Tumis Ikan Bilis, saya amat mengemari Lauk Sadirn. Malah semasa di sekolah berasrama awal 80an, sarapan hari Ahad iaitu Nasi Lemak Lauk Sadirn adalah yang ditunggu-tunggu, Siap berdoa agar pelajar lain sambung balik tidur selepas solat Subuh!

Tidak jemu-jemu saya dengan Lauk Sadirn hingga ke hari ini. Semasa kami tiga beradik masih kecil, emak memang kerap masak Lauk Sadirn dengan kuah yang banyak supaya kami boleh makan hingga ke malam.

Malah Lauk Sadirn juga pilihan saya untuk diacukan dengan Nasi Goreng, Nasi makan tengahari atau malam ataupun dengan Roti Benggali.

Hari ini emak panggil kami sekeluarga bersarapan di rumahnya. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur rumah, sudah terbau wangian Nasi Lemak bergaur dengan daun pandan, maneka bawang, halia, jintan manis, cengkih dan sebagainya.

Walaupun pelbagai rencah ini mewangikan dan melazatkan Nasi Lemak ini tetapi entah mengapa tidak tertelan dek saya. Biasanya saya kais ke tepi pinggan sahaja.

Macam dulu-dulu, emak tetap akan masak dengan portion yang banyak supaya kami boleh makan berulang. Terima kasih emak!

Sambal dan condiment – ada yang asas dan ada yang optional. Setiap orang ada cita rasanya tersendiri.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, April 28, 2015

Mengenang Budi bukannya Berbudi, Ruangan Mereppak Joharddy Ibrahim, MM 19 April 2015


Mengenang Budi bukannya Berbudi, Ruangan Mereppak Joharddy Ibrahim, MM 19 April 2015

Saya adalah pengikut (follower?) ruangan Mereppak (merepek?)  tulisan Joharddy Ibrahim di Mingguan Malaysia setiap hari Ahad ini. Bagaimanapun kebelakangan ini bagaikan terasa kekurangan asam-garamnya tulisan Joharddy, wartawan kesukaan saya ini. Adakah disebabkan “kemasinan” GST menyebabkan tawarnya hasil tulisan beliau?

Dari Mac hingga penghujung April 2015, saya rasa tulisannya pada MM 19 April 2015 ada sedikit tarikan kepada saya untuk mengikutinya semula.

Tetapi saya kurang bersetuju dengan tajuknya. Sepatutnya (pada pandangan peribadi saya), tajuk itu diberi tajuk Mengenang Budi bukannya Berbudi!

Bukan tajuk yang saya hendak ulas hari ini tetapi isi kandungannya yang mirip pesanan bapa saya semasa hendak mula melangkah ke alam pekerjaan sekitar pertengahan tahun 80an dahulu.

Bapa berpesan ringkas sahaja. Kalau hendak orang menghormati kita, kita hendaklah menghormati orang itu terlebih dahulu. Hormati empat orang ini dan pekerjaan engkau akan menjadi senang.

Itulah pesanan bapa saya. Siapa empat orang itu? Bukan majikan atau boss di syarikat. Jauh sekali penyelia di tempat kerja.

Empat orang itu adalah (mengikut hirarki) pertama; Pengawal Keselamatan; kedua Tukang Masak; ketiga Pekerja Kaunter Setor; dan keempat Kerani Gaji.

Bapa berpesan berdasarkan pengalamannya di dalam askar. Ada yang masih relevan pesanannya hingga ke hari ini dan ada yang tidak relevan. Saya sudah beberapa kali menulis tentang pesanan bapa ini di dalam blog Orangkecilorangbesar saya.

Bagaimana hendak menghormati Pengawal Keselamatan atau sering digelar jaga ini?

Selain dari menzahirkan rasa hormat secara fizikal dan berbahasa, bapa juga berpesan kenanglah budi mereka sekali-sekala.

Bapa mengajar saya kalau bekerja masuk syif malam, bawalah Teh Tarik tiga, empat bungkus kepada semua pertugas di Bilik Kawalan dan juga anggota yang meronda. Kalau ada rezeki lebih, bawahlah Roti Canai atau Karipap untuk dikawankan dengan Teh Tarik ini.

Jangan lupa selepas Solat Aidilfitri atau Aidiladha, bawalah Lemang dan Rendang serta sebekas Kuih Campur-campur untuk mereka yang bertugas sewaktu perayaan ini.

Kalau ada majlis makan-makan melibatkan syarikat, curi-curilah keluar dari majlis sambil membawa sepinggan-dua juadah dari majlis.

Malah bapa juga berpesan, sekali-sekala selepas tamat waktu kerja, singgahlah menyapa dan sualah sebatang dua rokok untuk memesrakan perbualan. Ironiknya bapa tahu saya tidak merokok!

Itulah pesanan bapa yang saya amalkan sepanjang hampir 30 tahun saya dalam alam pekerjaan. Malah saya terbawa-bawa memanjangkan pesanan bapa itu menjadi amalan saya kepada posman, pembaca meter utiliti, pengangkat sampah, pekerja mesin rumput dan sebagainya di kawasan perumahan saya terutama sementelah saya menjadi surarumah sepenuh masa ketika ini. Mungkin hanya sebotol Air Mineral yang sememangnya saya menyimpan stok di rumah tetapi raut muka penerimanya bagaikan menerima juadah makan berhidang di hotel lima bintang.

Itulah pesanan saya kepada anak lelaki saya seorang itu.

Terima kasih bapa mengajar saya.

Tiga orang lagi? Bersambung ........

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, April 14, 2015

Kuih Bakar




Kuih Bakar

Saya tidak mengemari Kuih Bakar tetapi saya “tahu” menikmati Kuih Bakar yang dibuat dan dimasak (dibakar) dengan sempurna.

Walaupun dibakar, warnanya masih kekal Puteh. Mungkin cuma ada sedikit warna Kekuningan.

Semasa bertugas di Sintok dahulu, Kuih Bakar adalah buah tangan saya kepada semua ketua jabatan dan juga staf-staf sokongan di jabatan saya bertugas setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Malah Makcik Pencuci dan Pakcik Guard juga turut merasa buah tangan yang saya ambil tempah khas dari Batu Kurau.

Sebentar tadi di sebuah kedai runcit di Sintok, saya terjumpa Kuih Bakar yang dijual dalam bekas plastic panjang. Saya terpikat bukan sahaja dari warna kuih tetapi susunan silang Kuih Bakar ini dengan sifat bentuknya masih kekal elok itu yang mencuri tumpuan saya.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com