Showing posts with label Orang Besar (Dewasa ini). Show all posts
Showing posts with label Orang Besar (Dewasa ini). Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Sunday, February 01, 2015

Structured macam “ayah yang ku benci”!











Structured macam “ayah yang ku benci”!

Ada 8 posting bertajuk “Ayah yang ku benci” dalam blog OKOB aku.

Ya, itu kisah benar antara bapak dengan aku, anak lelakinya. Bapak sekarang terlantar di atas katil semenjak hampir 3 tahun yang lepas. Syukur emak masih sihat untuk menjaga bapak sambil dibantu oleh seorang pakcik dan tok saudara aku.

Bapak memang “structured” dan aku mewarisi sifat (harta atau saka?) “structured” ini. Terima kasih kepada seorang Prof (dalam bidang Psikologi) yang mengelar aku dan memperkenalkan istilah “structured” ini kepada aku sekitar tahun 2006/2007.

Pernah aku berpeluang berkongsi kisah bapak ini dengan pihak pengurusan tertinggi AMDB. Malah selepas itu aku telah dijemput beberapa kali untuk berkongsi kisah bapak ini dengan pekerja-pekerja mereka semasa jamuan makan malam sempena Hari Bapa anjuran AMDB ini.

Berberapa hari lepas ini aku terjumpa semula elemen-elemen “structured” pada anak-anak orang lain. Mulanya hanya terpandang susunan kasut-kasut milik kaki anak-anak kecil pra-sekolah. Ada di antaranya bertanda dengan nama masing-masing. Serta-merta mengingatkan aku kepada bapak.

Perasaan ingin tahu terus menular. Di antara hampir 30 orang anak-anak kecil ini rupa-rupanya terdapat seorang yang memiliki ayah yang “structured”.

Aku membelek kotak pensil dan kotak pensil warnanya. Semuanya bertanda dengan nama anak kecil ini. Kecuali pengasah pensil ! Terus aku menandanya. Mungkin ayahnya terlepas pandang.

Tiba-tiba aku teringat tiada ternampak namanya di antara kasut-kasut yang tersusun di atas rak.

Rupa-rupanya kasut milik anak kecil ini mempunya tanda nama khas yang bersulam.

Bapak tidaklah sampai menyediakan tanda nama yang bersulam untuk aku. Tetapi memang aku ada menyediakan tanda bersulam ini untuk anak lelaki aku! Malah hampir kesemua 200 caps motorsport (rasanya lebih) koleksi aku ada sulaman nama anak aku. Turut tersulam nama ini pada kemeja motorsport anak aku kertika itu.

Leka membelek sifat “structured” pada anak kecil ini, isteri aku memberitahu – ibu dia yang buat semua itu. Ibunya anggota Penjara Pulau Pinang.

Sama seperti bapak, seorang askar, sifat “structured” ini adalah elemen disiplin )biasanya anggota beruniform) malah bergabung degan element safety (OSH), housekeeping (5S) dan yang berkaitan seperti mana menjadi teras pekerjaan aku sekarang ini.

Terima kasih bapak.

Link kepada posting asal – Ayah yang ku benci di sini.


Nota kecil – Cuma bapak lagi “super stuctured”, aku tidak menjumpai mana-mana tanda nama pada anak kecil ini untuk baju, seluar dan sapu tangannya. Bapak memastikan semuanya itu ada tanda nama aku! Malah lagi hebat di mana pembaris milik aku diikat benang ke beg sekolah !


Friday, May 27, 2011

Keturunan Tukuro


Keturunan Tukuro

Orang-orang tua Tukuro (Batu Kurau) selalu berkata; mereka yang minum air Sungai Kurau adalah adik-beradik belaka. Mereka yang minum air Sungai Kurau ini juga akan kembali ke Tukuro walaupun sejauh mana pergi merantau.

Hj. Barat Hj. Abd Rauf, berdiri kanan sekali (bekas Naib Kadhi Batu 14) adalah Moyang aku. Hj. Barat ini bapa kepada emak bapa aku atau bapa kepada nenek aku (sebelah bapa).

Tidak pasti siapa pemilik asal gambar ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Klik pada gambar di atas untuk saiz lebih besar bagi membaca nama waris keturunan mereka yang hebat-hebat sekarang ini

Friday, December 31, 2010

Restoran Ayam Penyet Jusco Perda


Restoran Ayam Penyet Jusco Perda

Minggu lepas, selesai servis kereta di Proton Edar, Juru, aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu ke Jusco Perda.

Kali ini kami mencuba menu di Restoran Ayam Penyet dengan tag linenya Masakan Jawa Timur dan Minang. Untuk mengubat rindu Menu Lelapan di Miri, kami mengorder Ayam Penyet, Dendeng Daging Berlado, Terung Berlado dan Gad-gado. Ladonya warna Merah tiada Lado Hijau.

Semua setnya dihidangkan dalam piring tembikar bersaiz piring. Tidak seperti set menu di Miri di mana setnya dihidang dalam pinggan dan boleh dikongsi lebih seorang.

Pendapat kami 3 beranak, menu-menu di Restoran Simpang Tiga di Ipoh lagi menyelerakan.

Gambar-gambar hanya diambil menggunakan telefon bimbit kerana malas nak patah balik ke parking mengambil kamera DSLR ataupun compact. Gambar-gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit ini tidak menentu hasilnya. Kadang-kadang elok, kadang-kadang kurang memuaskan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/










Wednesday, April 28, 2010

Minat dia ataupun minat kita sebenarnya?






Minat dia ataupun minat kita sebenarnya?

Kanak-kanak membesar dengan minat dan kecenderungannya tersendiri. Adakah minat dan kecenderungan itu digalakkan oleh kita? Atau kerana ianya sememangnya apa yang kita minat atau cenderung, secara langsung atau tidak kitalah yang mengalakkannya (memaksanya?) supaya meminati atau cenderung ke arah apa yang sebenarnya adalah minat kita!

Klik di sini untuk gambar lain.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Friday, January 22, 2010

Rindu serinduan



Rindu serinduan

Pernah dengar cerita Balang Berisi Batu dan Pasir serta Serbuk Kopi?

Alkisahnya seorang penceramah menceritakan analogi kehidupan rumahtangga. Untuk membina sebuah rumahtangga yang harmoni, persafahaman antara suami-isteri adalah penting. Hubungan suami-isteri hendaklah saling lengkap-melengkapi bukannya saling bersaing.

Untuk menunjukkan contoh, penceramah ini mengambil dua buah balang dan satu darinya diletakkan di antara dua longgokan ketulan-ketulan batu kecil. Manakala satu balang lagi diletakkan di antara longgokan ketulan batu kecil dan longgokan pasir. Di sebelah hujung meja pula terdapat longgokan serbuk kopi.

"Sekiranya longgokan batu sebelah kanan ini adalah suami dan di sebelah kiri ini adalah isteri, apa akan terjadi jika saya masukkan kedua-dua longgokan batu ini ke dalam balang ini?", katanya sambil memasukkan kedua-dua longgokan batu itu.

"Perhatikan betul-betul dalam balang ini. Masih terdapat banyak ruang kosong di antara batu-batu ini."

"Sekarang perhatikan pula jika saya masukkan batu dan kemudiannya pasir ke dalam satu balang lagi", katanya sambil mengoncangkan balang tersebut.

"Balang yang bergoncang ini ibarat perjalanan rumahtangga yang ada pasang-surutnya. Sekarang perhatikan betul-betul dalam balang ini. Batu dan pasir itu seolah-olah tersusun kemas dlam balang ini dan tidak terdapat sebarang ruang kosong."

"Setakat ini sajalah ceramah saya hari ini", katanya lagi.

"Tapi tuan apa gunanya pula Serbuk Kopi itu?", tanya seorang hadirin.

"Saya ingatkan tiada sesiapa akan bertanya!", kata penceramah sambil tersenyum sambil memasukkan serbuk kopi ke dalam balang berisi batu dan pasir serta mengoncangnya.

Serbuk kopi itu kelihatan menyerap di antara susunan batu dan pasir di dalam balang.

"Walaupun perhubungan suami-isteri boleh diperkukuhkan dengan saling lengkap-melengkapi, ada masanya juga sisuami (atau siisteri) boleh meluangkan seketika masa untuk secawan kopi bersama kawan-kawan mereka." TAMAT


Pagi tadi setelah menghantar anak ke sekolah, isteri pula sudah ke sekolah tinggallah aku seorang diri di rumah.

Check Blood Pressure, atas 109 mmHg (systolic), manakala bawah 68 mmHg (diastolic). OKlah itu sebab kadang-kadang bacaan bawah itu asyik bawah 60 sahaja. Agaknya sebab dua minggu lepas aku makan Mutton Grill, sebab itu bacaan stabil sedikit.

Check pula Blood Sugar, bacaannya 7.9 mmol/l. Oklah sebab aku bukannya puasa malam tadi.

Mulalah mulut rasa kering! Cadang nak makan Pulut dengan Gulai Daging, Warung Mak Tom tutup pula hari Jumaat. Akhirnya aku ke Warung Beehon Sup Abang Rosli Pasar Tani.

Agak janggal aku keseorangan apabila sampai ke Warung Abang Rosli.

"Kawan-kawan mana? Seorang saja ke?", tanya Abang Rosli yang kebetulan kami berdua berkongsi tarikh perkahwinan dan tempat akad-nikah yang sama cuma yang membezakan Abang Rosli kahwin untuk kali kedua ketika itu.

Aku tersenyum saja. Teringatkan gelagat kawan-kawan sekilang yang sering minum pagi di sini. Teringatkan menu-menu unik yang dipesan dan menariknya semua menu-menu ini boleh disediakan oleh Abang Rosli.

Selain dari menu standard, di Warung Beehon Sup Abang Rosli Pasar Tani Taiping ini anda boleh order Beehon, Ketiaw atau Mee berkuah sup seperti di bawah;

1. Daging Tanpa Tulang
2. Daging Tanpa Tulang Campur Perut
3. Daging Campur Tulang
4. Tulang sahaja
5. Perut Sahaja
6. Ayam Sup Daging
7. Daging Sup Ayam, dan
8. Ayam Campur Daging

Dulu di Warung ini cuma ada Sup dan Nasi Lemaknya, sekarang ada pelbagai menu bergoreng dan berkuah yang lain.

Semasa menikmati Beehon Sup dengan Cabai Jeruk dan Cabai Mesin aku terkenangkan kawan-kawan yang hampir kesemuanya berada jauh dari Taiping ketika ini. Kalau ada di Taipingpun agak sukar untuk bertemu.

Rindu serinduan aku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Setelah longgokan Serbuk Kopi mencapai (hampir mencapai) matlamatnya, aku tidak lupa pula dengan balang, batu dan pasir. Oleh itu seperti biasa aku bungkus bawa balik 2 Ketiaw Sup Ayam untuk rumah aku, 2 Ketiaw Sup Ayam untuk rumah orang tua aku dan 2 Ketiaw Sup Ayam untuk rumah mertua aku.

Tuesday, January 19, 2010

Jom berpidato!

LOKASI...Kawasan boulevard yang sesuai untuk pelajar berpidato.

Jom berpidato!

Mampukah kita bercakap dan adakah yang sanggup mendengar dan "mahu mendengar" apa yang kita ingin cakapkan? Kita bukan menjual ubat atau ada produk untuk diperagakan kemudiannya untuk diperniagakan. Kita hanya ada idea dan kita ingin menjualnya.

Keluarga saya (saya, kakak saya dan adik perempuan saya) adalah pendebat sekolah. Seterusnya minat kami dikembangkan di peringkat universiti. Bagaimanapun cuma kakak saya (dan abang ipar saya) terus mengembangkannya di arena politik. Manakala saya dan adik tidak tercenderung ke alam politik. Cuma boleh dikatakan saya kini "mencari makan" sama ada sepenuh masa ataupun sambilan dengan "bercakap". Sudah tentu topik saya adalah berkaitan "Occupational Safety and Health" dan kadangkala termasuk juga Quality dan Motivasi.

Kini isteri saya pula semenjak kebelakangan ini sering dijemput menjadi pengacara majlis. Satu bidang yang pernah saya ceburi sebelum ini tetapi saya tidak begitu gemar mengendalikan majlis. Malah saya rasa anak lelaki saya pula mula dilantik oleh rakan-rakan sebayanya untuk menjadi jurucakap pada aktiviti-aktiviti yang disertai oleh mereka.

(Antara ingat dan lupa, saya pernah berpidato dan berdebat dengan Raza, seorang blogger perempuan semasa di sekolah dahulu!)

Ayah saya bukan pemindato. Malah sebenarnya saya sendiri kurang tahu mengenai serba-serbi ayah saya. Tetapi Tok saya (ayah kepada ayah saya) adalah Tok Kadhi dan juga Guru Agama yang sudah tentu perlu bercakap untuk menjalankan tugasnya itu.,

Berbalik kepada posting ini. Semalam saya menghadiri mesyuarat dengan VC UUM iaitu Tan Sri Nordin Kardi. Sebenarnya berkuatkuasa 1 Januari tahun ini saya telah dilantik sebagai Ketua Penyelaras Jabatan Siswazah. Mulanya agak keberatan untuk menerima tanggungjawab ini sementelah saya hanya baru beberapa tahun menyertai UUM. Malah ada beberapa orang di jabatan saya ini sudah bergelar Prof. Madya dan Doktor, sedangkan saya masih bergelut dengan program PhD saya. Saya akur juga permintaan Dekan dan Pengerusi Bidang agar saya mengetuai jabatan saya ini.

Semasa mesyuarat juga saya merasa diri ini amat kecil apabila ahli-ahli mesyuarat lain semuanya bergelar Prof. (Prof. penuh), Prof. Madya, Doktor dan sebagainya. Sedangkan saya hanya diajukan dengan panggilan Encik.

Berbalik kepada posting ini. Antara yang dibincangkan di dalam mesyuarat ialah sudut pidato akan dihidupkan di IPTA-IPTA. Ikuti pandangan dan hasrat VC Tan Sri seperti kenyataan berikut;

KENYATAAN AKHBAR

NAIB CANSELOR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KAEDAH UNIK UUM MELAKSANAKAN SUDUT PIDATO:

“TAMAN PIDATO DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA”

Berikutan permintaan Kementerian Pengajian Tinggi supaya Sudut Pidato dihidupkan di Universiti-universiti, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia telah mengeluarkan arahan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak supaya melaksanakannya dengan kaedah yang unik untuk UUM dengan mewujudkan TAMAN PIDATO yang menyamai Hyde Park di London.

Naib Canselor Tan Sri Dr Nordin Kardi memberitahu bahawa lokasi Taman Pidato ini telah dikenal pasti. Taman Pidato ini meliputi boulevard sepanjang kira-kira satu kilometer dari Bangunan Canselori hingga ke Pusat Islam.

Kedua-dua Timbalan Naib Canselor, (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan (Akademik dan Antarabangsa) dilibatkan kerana Naib Canselor tidak mahu sudut pidato hanya membicarakan hal-hal politik dan pelbagai tuntutan pelajar yang sempit dan selalu dikaitkan dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, sebaliknya dijadikan medan untuk mendebatkan idea-idea baru, idealisme, falsafah, sains, kritikan buku, debat sastera, kemanusiaan, keagamaan, keluhuran dan keunggulan akademik, dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sudut pidato bukan hanya tertumpu pada satu tempat dan pada satu masa sebaliknya pemidato boleh memilih dengan kreatif tempat dia hendak berpidato, jenis isu yang dikemukakan, audien yang dijadikan sasaran. Beberapa pemidato boleh berpidato serentak pada satu masa pada beberapa “spot” yang mereka pilih sendiri di sepanjang Taman Pidato. Mereka boleh menggunakan kawasan itu antara jam 4 petang hingga 7.15 malam setiap hari Khamis. Ini kerana pada masa itu kebanyakan pelajar sudah habis kuliah, masa untuk mereka berehat dan suasana agak redup.

Selain itu, pemidato juga bebas memilih teknologi penyampaian yang akan disediakannya sendiri secara kreatif dan inovatif seperti yang diamalkan di Hyde Park London.

Naib Canselor yakin dengan keunikan cara dan “idea” UUM melaksanakan Sudut Pidato akan menjadikan Taman Pidato sebagai suatu produk pelancongan yang juga boleh menarik orang awam, termasuk pelancong pada masa yang akan datang.

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia

19 Januari 2010

Sunday, January 10, 2010

Makanan Ganu Kita! Nasi Kukus Nasi Dagang Kota Kamuning

Nasi Dagang Kampung Ladang

Sudah pasti dengan Gulai Ikan Tongkol

Nasi Kukus Ayam Dara Gombak

Set pelengkap Nasi Kukus

Nasi Kukus Ayam Kampung Goreng

Set pelengkap Nasi Kukus

Keropok Lekor Batu Rakit (terkenal selain di Losong!)





Makanan Ganu Kita! Nasi Kukus Nasi Dagang Kota Kamuning

Walaupun saya mempunyai salur-galur Kelantan (dan campuran Perak - budu dan tempoyak!), saya secara jujur dan ikhlas mengakui Nasi Dagang dan Keropok Lekor buatan Terengganu lebih sedap dari buatan Kelantan.

Malam tadi ketika KL disimbah hujan lebat saya memenuhi jemputan bekas pelajar-pelajar Cohort 1 UUM MOSH untuk bertemu di Restoran Nasi Kukus Nasi Dagang di Kota Kamuning. Kebetulan pemilik restoran ini (En. Mohamad Azhari Suhaimi, 0133818133) adalah seorang bekas pengamal OSH dan juga bekas anak murid Prof Dr Hj Mohamad Khan iaitu bekas ketua jabatan saya (semasa di UUM) yang kini merupakan Professor di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

Walaupun tidak ramai yang dapat hadir kerana terikat tugas, pertemuan ini amat meriah dan bermakna sekali kerana pelajar-pelajar Program MOSH Cohort 1 ini adalah batch yang pertama bergelar pelajar Master Science Msc UUM dalam program OSH. Membanggakan juga hampir kesemua mereka telah dinaikkan pangkat di organisasi masing-masing. Tidak kurang juga yang menceburi bidang akademik sebagai pensyarah tetap dan ada juga sebagai pensyarah sambilan. Malah hampir kesemua yang hadir memandu kereta-kereta mewah!

Berbalik kepada menu makanan yang disajikan di Restoran Nasi Kukus Nasi Dagang ini. Pelbagai menu makanan Terengganu dan juga makanan lain (ala Melayu, Thai dan Barat) boleh dinikmati di sini.

Mungkin "terikat" dengan majlis, saya tidak puas menikmati makanan-makanan yang dihidangkan. Mungkin lain kali saya akan datang lagi!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Sdr. Anis Fahmy, wakil bekas pelajar

Prof Dr Mohamad Khan, kini Professor di CUCMS








Klik di sini untuk gambar-gambar lain