Monday, June 30, 2014

Sumbangan Dana Baju Raya Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kamunting 1435 / 2014


Iftar 1 Ramadhan 1435 / 2014 di Rumah Anak Yatim Nurul Iman Kamunting




























UPDATE Sumbangan Ramadhan Rumah Anak Yatim Rumah Nurul Iman, Kamunting

Selesai sudah umat Islam menjalani satu hari ibadat puasa di bulan Ramadhan 1435 ini. Begitu juga anak-anak yatim Rumah Nurul Iman, Kpg Pinang, Kamunting pada hari ini.

Majlis petang tadi bermula dengan tazkirah oleh Ust Major Aminuddin Salleh yang antara lain berkongsi ilmu berkaitan beruntungnya sebagai anak yatim serta kepentingan dan keutamaan kesihatan diri di dalam Islam. Majlis diikuti dengan penyerahan sumbangan beg berisi barangan toleteries dan hygiene kepada semua 19 orang anak-anak yatim dan juga 5 orang pekerja Rumah Nurul Iman. Turut diserahkan ialah beberapa sumbangan bayaran fidyah dan zakat simpanan kepada Pengurus Rumah Nurul Iman.

Anak-anak yatim seterusnya bersama undangan menikmati jamuan iftar menu Nasi Briayani. Terima kasih kepada penyumbang sahur dan iftar pada 1 Ramadhan ini. Terima kasih juga kepada penyumbang bayaran ais krim dan pavlova.  Tidak lupa juga terima kasih kepada penjual ais krim dan pavlova, yang memberi harga diskaun untuk dua-dua makanan pencuci mulut ini.

Untuk makluman, atas permintaan penyumbang sendiri, senarai penyumbang selepas ini tidak akan dipamerkan di dalam fb lagi Hebahan yang dibuat sebelum ini adalah sebagai ganti “akad” atau makluman penerimaan (acknowledgement) sahaja. Ini juga sebagai makluman kepada anak-anak yatim tersebut, bukan kami yang membuat sumbangan, kami hanya “posman” menyampaikan sumbangan/tajaan berikut. Sekiranya diperlukan, kami akan terus menghantar gambar lepada penyumbang. Untuk sebarang sumbangan tunai seperti bayaran zakat dan fidyah, pihak Rumah Nurul Iman akan mengeluarkan resit.


Tiada lagi hebahan berterusan selepas ini kecuali terdapat aktiviti khusus. Terima kasih.

Sahur 1 Ramadhan 1435 / 2014 di Rumah Anak Yatim Nurul Iman Kamunting











Update sumbangan Ramadhan Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kamunting

Sahur 1 Ramadhan. Terima kasih penyumbang yang berkongsi rezeki
 

Saturday, June 28, 2014

Update sumbangan Ramadhan Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kpg Pinang, Kamunting









Update sumbangan Ramadhan Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kpg Pinang, Kamunting


Alhamdulillah, beg barangan toileteries & hygiene telah siap-sedia untuk disumbangkan esok sebelum iftar 1 Ramadhan, kepada anak-anak yatim ini yang terdiri dari 15 barangan sumbangan seperti berikut.

1. Beg Kain
2. Tuala Mandi
3. Syampoo Badan Shurah 650ml
4. Saympoo Mandi Aiken 250ml
5. Syampoo Rambut Sunsilk 160ml
6. Sabun Mandi Protex 115g
7. Sabun Mandi Dettol 70g
8. Bekas Sabun
9. Bedak Talkum Safi 90g
10. Minyak Rambut Brcyreem 75ml
11. Ubat Gigi Mu’min 225g
12. Berus Gigi Mu’min
13. Berus Gigi Oral-B
14. Sikat x 2pcs
15. Pengetip Kuku

Esok juga akan diserahkan beberapa bayaran fidyah.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas kemurahan hari tuan/puan ini.

Pada masa yang sama sumbangan dana untuk baju raya dan dana untuk duit raya masih terbuka. Mereka yang berhasrat boleh berbuat demikian dengan merujuk hebahan promo berikut.



UPDATE – Sumbangan Ramadhan Rumah Anak Yatim Nurul Iman Kpg Pinang Kamunting











UPDATE – Sumbangan Ramadhan Rumah Anak Yatim Nurul Iman Kpg Pinang Kamunting


Untuk sepanjang bulan ramadhan ini penyumbang boleh menghantar terus sebarang sumbangan ke rumah anak yatim ini terutama barangan makanan mentah kering seperti beras, tepung, gula, susu tin sebagainya. Bagaimanapun untuk makanan dimasak (seperti lauk-pauk, kuih muih dan sebagainya) seeloknya berhubung dahulu dengan penyelaras untuk mengelakkannya dari berlebihan dan pembaziran.

Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim hari ini berlimpah-limpah dari pagi hingga petang ini. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas kemurahan semua penyumbang ini. Ribuan terima kasih juga kepada penyumbang tikar getah untuk lapik sejadah solat Magrib, Isyak dan Tarawih sepanjang ramadan ini serta insan yang mengunting semua rambut anak-anak yatim ini secara percuma petang tadi.

Lukman Bin Wan Mat Daud
Penyelaras
Tel/sms/whatsup 0195582626