Tuesday, July 28, 2015

Jom Kayuh












Jom Kayuh
Raya ke 13 baru "boleh" mengayuh. Mula kayuh keliling padang bola dekat rumah untuk warm-up badan, kemudian kayuh keliling Lake Garden.
Esok Rabu dan Khamis ada tugasan di Mak Mandin pula, in sya Allah Jumaat bersambung kayuh pul
a.

Monday, July 27, 2015

PUTARAN HIDUP ALAM SEMESTA













PUTARAN HIDUP ALAM SEMESTA
Bila siraja durian mula mengesot turun tahta, permaisuri cempedak mula berdandan, putera manggis mula mengintai anak dara bendahara rambutan merah dan dicemburui dara pinggitan rambutan kuning.
Dayang mata kucing sekali-sekala melintas lalu.
Menariknya raja dan putera dari Batu Kurau, permaisuri dari Bkt Gantang, anak gadis dari Balik Pulau dan dayang dari Siam.

Tuesday, July 21, 2015

Selesai sudah program sepanjang Ramadan 1436 / 2015 kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT)



Selesai sudah program sepanjang Ramadan 1436 / 2015 kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT)
Alhamdulillah dan syukur serta ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program/aktiviti Komuniti Amal Taiping (KaT) sempena Ramadan/Aidilfitri 1436 / 2015 ke atas 4 buah rumah amal/kebajikan di Taiping/Bagan Serai iaitu (i) Ank Ytm & Miskin Tafiz Amal Nur Qaseh, (ii) Ank Ytm & Miskin Kediaman Cahaya Ain, (iii) Warga Emas (L) Aminur Ain dan (i) Warga Emas (P) Nur Aaida.
Program/aktiviti adalah seperti berikut :-
(i) Sebulan Ramadan Juadah Sahur/Iftar (program membekalkan juadah Sahur/Iftar, mengelolakan hantaran makanan iftar dan jemputan iftar)
(ii) Majlis Iftar & Sumbangan 12 Jul 2015 di Hotel Warisan Taiping 
(iii) Pakaian / kelengkapan aidilfitri ank-ank ytm & tafiz
(iv) Baju Melayu / Kurung & Kain Palekat / Batik warga emas
(v) Sumbangan kepada beberapa orang/keluarga asnaf

Kpd Pengurus/Penjaga 4 buah rmh amal/kebajikan ini KaT memohon maaf jika terdapat kesilapan dan kekhilafan semasa menjalankan program/aktiviti ini.
Kpd mereka yang menyumbang, hanya Allah shj yg dpt membalas sumbangan tuan/puan.
Utk makluman, sumbangan juga diterima drpd Bukan Islam (non Muslim)

Tuesday, July 14, 2015

Majlis Iftar & Sumbangan Anak-anak Yatim & Miskin Komuniti Amal Taiping (KaT) 1436/2015





























Majlis Iftar & Sumbangan Anak-anak Yatim & Miskin Komuniti Amal Taiping (KaT) 1436/2015

Alhamdulillah selesai sudah kemuncak program Komuniti Amal Taiping (KaT) di bulan Ramadan 1436/2015 ini dengan berlabuhnya Majlis Iftar & Sumbangan Anak-anak Yatim & Miskin Tafiz Amal Nur Qaseh, Kampung Perwira, Kamunting dan Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai.

Seramai 40 anak-anak (29 ANQ & 11 KCA) diraikan di Hotel Warisan Taiping dengan semua sumbangan seperti iftar, pakaian dan peralatan aidifitri, goodies dan duit raya adalah sumbangan orang ramai melalui KaT.

Alhamdulillah di tahun ini, Syarikat TM menyertai majlis ini dengan menyalurkan zakat perniagaan kepada kedua-dua rumah kebajikan ini. TM juga menaja sebahagian kos pengurusan majlis ini.
TM diwakili oleh Pengurus Besar TM Perak iaitu Tn Hj Badrul Hisham Bahari dan isterinya, Pn Sri Rahayu Hashim. Turut serta dalam majlis ini ialah kakitangan TM Ipoh dan Taiping.

Majlis dimulakan dengan hafazan pelajar tafiz, Muhammad Fikri Mohd Zuki 11 tahun dan diuji oleh Mohd Habibullah Mhd Fidzal, 14 tahun. Majlis juga diserikan dengan persembahan  Qasidah Tafiz Amal Nur Qaseh yang diketuai oleh Mohd Izzuddin Nordin 14 tahun.

Azan Magrib digemakan oleh Mohd Zaki Osman 17 tahun.

(Untuk catatan, Muhammad Fikri adalah Johan Hafazan Kebangsaan Peringkat Sekolah Rendah tahun 2015. Manakala Mohd Zaki adalah Naib Johan Azan Peringkat Sekolah Menengah 2015).

KaT ingin merakam ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sumbangan dan amalan mereka ini.

Gambar oleh En. Basharuddin