Showing posts with label Travel tips. Show all posts
Showing posts with label Travel tips. Show all posts

Monday, December 21, 2015

R&R Mekah - Madinah



R&R Mekah - Madinah

Dalam kegelapan malam menjelang magrib dari Mekah ke Madinah, kami singgah di sebuah hentian rehat (R&R ?) cuma ada sebuah masjid dan sebuah kedai makan.

Ini makanan juadah kami selepas Solat Magrib, Nasi Arab, ayam sebelah dan dua ekor ikan goreng untuk dimakan empat orang.

Sampai sekarang saya tidak tahu nama hentian rehat ini.

Friday, December 18, 2015

Semuanya haram di Mekah


Semuanya haram di Mekah

Hanya ini yang dibeli untuk anak-anak tahfiz ku. Bila minta tawar, Pak Sheikh penjual tepi Masjidil Haram acah-acah nak pukul kakiku dengan kayu sugi yang panjang sambil sebut - haram-haram!

Mutawif memang sudah pesan, itu sahajalah alasan Pak Sheikh ini tak mahu bagi tawar. Kalau kita balas dengan "haram jadah" pun dia mesti senyum !

Wednesday, April 01, 2015

Bas dari Kamunting ke KLIA







Bas dari Kamunting ke KLIA

Sekarang lebih mudah dan selesa menaiki bas dari Kamunting ke KLIA (KLIA dan KLIA2).

Dengan jadual yang kerap, ruang duduk dan ruang selesa yang luas serta sudut baringan kerusi yang boleh melenakan senyenyaknya penumpang.

Bas ini turut dilengkapi tali pinggang kaledar, soket kuasa untuk charge bateri dan juga tayangan video.

Di Taiping, bas ini boleh dinaiki di Stesen Bas Kamunting Raya dan di Simpang.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

Monday, March 30, 2015

Matahari Jatuh, Wet Market, Grilled Seafood dan Kudapan di Pasar Philippines, Kota Kinabalu



































Matahari Jatuh, Wet Market, Grilled Seafood dan Kudapan di Pasar Philippines, Kota Kinabalu

Kalau berperluang di Kota Kinabalu, Pasar Philippines adalah tempat mesti dikunjungi.

Antara sebabnya ialah melihat matahari jatuh, wet market, Grilled Seafood dan kudapan sebagai cenderahati bawa pulang. Ada juga Pasar Cenderahati yang hanya optional pada saya!

Wet Marketnya masih “berlecak” sesuai dengan namanya! Kunjungan terbaru ini begitu mengujakan terutama didesak-rayu penjual agar membeli Sotong yang berharga hanya RM 1.00 sekilo !

Kawasan Grilled Seafoodnya ada penambahbaikan tetapi faktor hygiene masih boleh diragui lagi!

Keesokan harinya kami berpeluang ke Tanjung Aru tetapi tidak berpeluang nelihat matahari jatuh. Kunjungan pertama selepas makan tengahari di Kepayan sekitar 2.00 petang. Manakala kunjungan edua ialah semasa makan malam sekitar 8.00 malam sebelum menaiki kapal terbang ke Kuching pula.

Melihat matahari jatuh di Tanjung Aru pasti jadi agenda mesti pada kunjungan akan datang ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

Sunday, March 29, 2015

Sup Urat + Sup Perut di Kosan, Tuaran, Sabah









Sup Urat + Sup Perut di Kosan, Tuaran, Sabah

Jika berlibur, dengan bantuan penduduk tempatan bukan sahaja banyak tempat menarik boleh dijengah tetapi makanan yang sedap juga dapat dinikmati.

Kunjungan saya ke Kota Kinabalu dua hari lepas, membolehkan saya mencuba Sup Urat yang sememangnya menjadi pilihan saya.

Kebetulan turut dijual beberapa sup lain dan saya memilih untuk dicampur dengan Perut.

Sup di sini disediakan dengan campuran Kobis. Saya memilih untuk dimakan dengan Nasi Puteh walaupun disyorkan dimakan dengan Bakso.

Kunjungan akan datang, saya akan cuba Bakso pula.

Kedai kecil yang telah lama beroperasi ini juga menyediakan juadah makan tengahari dengan yang ringkas sahaja. Menu lain yang terkenal di sini ialah Ayam Goreng dengan Sambal Specialnya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com