Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, November 15, 2016

NOSTALGIA Restoran Bismillah Taiping







NOSTALGIA Restoran Bismillah Taiping

Rasanya sudah lebih 20 tahun tak menikmati juadah di dalam premis makan lagenda di Taiping ini iaitu Restoran Bismillah. Dua, tiga tahun lepas masuk sekejab jumpa kawan pelanggan tetap di sini (Ali Motor) tapi tidak menjamah apapun.

Pagi tadi Emak beritahu Bapa (yang sudah terlantar bedridden lebih empat tahun) teringin hendak makan Rendang Hati di restoran ini. Malangnya hari ini tiada pula menu tersebut.

Sementelah masuk dalam restoran ini aku terasa nak menjamah Roti Canai. Aku memesan Roti Canai dengan Kuah Dal dan Daging Cincang. Kalau memesan Kuah Daging, hanya akan dihantar semata-mata kuah ataupun terselit seketul daging sebagai syarat. Kalau memesan Daging Cincang, dapatlah sepiring kuah dengan ketulan daging.

Menu yang sama dipesan ketika 80an dahulu (semasa sekolah menengah), ketika itu juga selalunya aku keseorangan menjamahnya. Sekeping Roti Canai Garing dengan Kuah Dal dan Daging Cincang serta secawan Teh Tarik. Semasa 80an dahulu set menu sebegini hanya berharga tidak sampai pun RM 3.00. Tetapi hari ini set menu ini berharga RM 6.60 !

Semasa 70an (semasa bersekolah rendah), inilah restoran mewah kepada keluarga kami. Setahun sekali Bapa bawa kami sekeluarga Emak, Kakak, aku dan adik menjamu selera di sini. Kami “makan luar”!

Paling menarik demi memastikan kami menjamu makan dengan sepuas-puasnya, Emak akan bawa Nasi Puteh dalam periuk berbalut tuala!

Kami menjamu selera di tingkat atas. Ketika itu tiada lagi istilah Nasi Kandar atau Nasi Campur. Yang ada hanyalah Nasi Hidang. Pelayan akan bawa banyak lauk-pauk dan sayur dalam piring-piring kecil. Kesemuanya dihidangkan di atas meja. Bapa akan memilih dan mengasingkan piring-piring lauk-pauk tersebut. Piring lauk-pauk yang hendak dimakan sahaja dikekalkan di atas meja kami. Lauk-pauk lain diletakkan di meja bersebelahan kami. Rupa-rupanya setelah dewasa baru aku tahu di Indonesia semua Nasi Minang dihidang sebegini!

Menjamahlah kami dengan sepuasnya. Kadang-kadang aku menjeling juga lauk-pauk yang diasingkan di meja bersebelahan. Biasanya lauk udang, sotong dan ketam yang diasingkan Bapa! Aku hanya menjeling tanpa bersuara. Menu ayam dan daging sudah cukup mengenyangkan kami sekeluarga.

Itulah “makan luar” kami sekeluarga dan hanya setahun sekali! Biasanya pada cuti sekolah bulan Disember.

Terima kasih Bapa! Membawa kami “makan luar”. Terima kasih Emak! Bawa Nasi Puteh seperiuk untuk memastikan kami makan dengan puas.

Klik di sini untuk satu lagi catatan berkaitan Restoran Bismillah ini bertajuk “Kalau 80an dulu, Restoran Bismillah adalah “Taiping Central””.

Kalau 80an dulu, Restoran Bismillah adalah “Taiping Central”. Tak sah kalau pergi Taiping tak turun di hadapan Restoran Bismillah ini. Tak payah turun di “Bas Stand”, turun saja di hadapan Restoran Bismillah ini.

Kalau mai pagi boleh perkena Bubur Gandum. Kalau rasa lapar walau sudah perkena nasi Goreng sepinggan bok Mak Andeh masak subuh sapie, boleh perkena Roti Canai dengan Daging Cincang dalam Restoran Bismillah.

Kalau mai belah matahari sudah naik sepengalah, boleh perkena Chendol Ais Sagat.

Lepas tu langkah jalan pergi “Market Ikan”. Kalau rasa hendak beli “Daging Sejuk”, boleh langkah lagi ke ‘Market Daging”. Kalau kuat berjalan boleh tengok kain baju di Bazar China. Tak pun belek kain pelekat di Kedai Pakistan,

Kalau lepas musim ambik padi, boleh kona ke Market Road bawa Mak Andeh belek seurat dua gelang mas.

Bila nak balik boleh singgah Bintang Tujuh tepi Market Daging beli barang dapur. Last sekali tunggu bas di depan Restoran Bismillah.

Semua ini sebelum jalan tepi Restoran Bismillah itu masih dua hala. Bas dari manapun mesti singgah di sini. Belakang restoran pula ‘Stand Teksi” (Taxi Stand?). Selepas jalan jadi sehala, Cnendol pecah kongsi, ada Chendol Bismillah dan ada Chendol Ansari. Masing-masing tuntut nama Chendol Bismillah Asli!

Kini Taiping Sentral di Jalan Istana Larut, tapak istana Syarifah Salmah, isteri Almarhum Sultan Idris, ibu kepada Raja Razman dan Raja Rashid, kawan aku itu.

Bas memang tak lalu dan tak singgah di Taiping Sentral ini. Pak Su Mat dari Bendang Luas, Ijok dan Mak Lang Hodoh dari Cheruk Pelanduk, Batu Kurau kena naik teksi kalau nak ke Taiping Sentral ini.

Nak beli ikan, daging dan barang dapur jenguk sahaja kat Tesco sebelah Taiping Sentral. Nak beli kain baju sehelai dua pun ada. Gelang mas dan rantai subang berlonggok-longgok ada.


Chendol dan Pasembor pun ada. Pasembor Kadir lagi pulak tu!

Saturday, November 28, 2015

DIY Tray Kabinet







DIY Tray Kabinet

Berikan aku (i) kotak, (ii) pisau potong kertas, (iii) masking tape, (iv) maker, dan (v) pembaris. Gunting optional untuk touching.

Siap satu project DIY 5S. petang tadi. 40 minit.

Setiap kali masuk pejabat baru atau rumah baru, inilah yang dibuat dahulu. Tak payah beli Tray Ekea.

Malah rumah mak, mertua dan rumah sendiri, tray kabiner dabut untuk sudu garpu senduk dan  pisau juga home made DIY macam ini.

Pejabat baru mungkin sudah tiada tapi rumah baru belum tahu lagi!

Sunday, September 27, 2015

Kepelbagaian menipuhelahkan lidah




Kepelbagaian menipuhelahkan lidah

(Tengahari tadi ada kenalan fb tanya (perli?) sehari-dua ini tiada posting makanan ke?)

Minggu ini makanan disediakan oleh orang rumah, diselang-selikan dari emak!

Hari ini very late lunch sebab pagi tadi too heavy kudapan.

Pukul 4 pm baru lunch. Atas meja terhidang pelbagai menu termasuk dari emak.

Setelah otak membuat simple calculation, saya memilih 2 mata menu sahaja iaitu Parpu Telur dengan Ikan Kedera Goreng Masin Berbawang mengiringi Nasi Puteh.

Ternyata formula saya tepat. Lidah tidak dimanipulasikan oleh variety.

Lesson learned, kadang-kala variety tidak sesuai. Perlu more specific

Catatan tambahan. Adakalanya di kedai saya memilih Parpu Telur di-gu-kan dengan Ayam Goreng dan Parpadom

Thursday, September 24, 2015

Lontong dengan Rendang Daging




Lontong dengan Rendang Daging

Untuk Lontong, Telur Rebus adalah condiments nombor yang kesekian-sekiannya. Saya lebih preferred Rendang Daging. 

Tiba-tiba teringat Lontong Makcik Gemuk depan TV3 Balai Riong Jln Bangsar semasa bergelandangan di KL mid 80s. Di sini saya sanggup ditukar Telur Sebiji (pakej standard)  dengan  Rendang Daging.

Pelbagai condiments Laksa



Pelbagai condiments Laksa

Arwah Emak Mertua saya (kemudiannya diikuti oleh isteri saya), kalau buat Laksa mesti ada Sambal Tumis Tauhu.

Di Taiping sekarang famous dengan Laksa Telur Dadar Bersarang. Di Pokok Asam depan Balai Polis ada dijual Laksa Sambal Tumis Sotong.

Jiran saya pula kalau buat Laksa mesti ada Cucur Kuchai.

Komgsi rezeki dengan tafiz anak yatim dan warga emas







Komgsi rezeki dengan tafiz anak yatim dan warga emas

Alhamdulillah, sebentar tadi berkongsi rezeki dengan tafiz anak yatim dan warga emas berjuadah aidiladha.

Pakej lengkap Lontong dengan condiments. Nasi Himpit, Sayur Lodeh, Kuah Kacang, Sambal Tumis Bilis dan Telur Rebus.

(Juadah disediakan oleh Wan Catering, Kamunting - Kak Atun 017 439 3734)

Terima kasih kepada Hamba Allah yang membiayai juadah ini melalui Komuniti Amal Taiping (KaT).

Juadah disempurnakan lagi dengan Mangkuk favourite, Sudu ABC favourite dan Kole Air favourite.

Syarat tambahan amalan saya - Nasi Himpit mesti dipotong kiub kecil-kecil.

Wednesday, September 23, 2015

Rezeki Malam Aidiladha - Lemang Tepung Pandan



Mak baru telefon mai ambik lemang pulut dan lemang tepung, siap dengan rendang daging dan rendang ayam tua.

Lemang tepung pandan lagi.

Esok-esok nak cari lemang jagung sahaja.



Pucuk dicita, ulam mendatang! Rezeki pelengkap Aidiladha. Baru sahaja Mak bagi Lemang dan Rendang, menyusul pula Ketupat dan Rendang Ayam pemberian keluarga rakan anak.

Saturday, September 19, 2015

Setelah bermewah-mewah breakfast dan lunch, ini sajalah dinner - Laksa Sotong




Economy dinner





Economy dinner

Dinner malam ini untuk 2 orang suami-isteri. Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang dan Pedal Ayam. Bayar RM 5.00 masih ada berbaki.

Lokasi Gerai Ayam Goreng Kelantan KFC depan Maybank Kamunting

Friday, September 18, 2015

Economy dinner





Economy dinner

Dinner malam ini untuk 2 orang suami-isteri. Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang dan Pedal Ayam. Bayar RM 5.00 masih ada berbaki.


Lokasi Gerai Ayam Goreng Kelantan KFC depan Maybank Kamunting

Sunday, September 13, 2015

Update status? Lapor diri?




Update status? Lapor diri?

Manfaatkan telefon. Kalau orang rumah telefon dalam perjalanan, tanya sudah kat mana? Terus offer nak makan apa (nak beli apa) di tempat persinggahan itu.

Lagi afdal, telefon dahulu update status atau lapor diri kata GTB

Monday, September 07, 2015

Nostalgia Medan Selera Taman Kanak-kanak Ipoh @ Angel Park Ipoh










Nostalgia Medan Selera Taman Kanak-kanak Ipoh @ Angel Park Ipoh

Medan Selera Taman Kanak-kanak ini terletak di antara Jalan Raja Musa Aziz (Anderson Road) dan Jalan Tahwil Azhar (Osborne Street). Jalan Tahwil Azhar kini terkenal dengan Gerbang Malam Ipoh.

Medan Selera ini juga dahulu dikenali sebagai Angel Park kerana bangunan Kamdar sekaran g ini yang terletak di persimpangan  Jalan Raja Musa Aziz dengan Jalan Mustaha Al-Bakry (Clare Street) dahuiunya adalah Supermarket Angel.

Medan Selera ini adalah tumpuan kami pelajar-pelajar sekolah berasrama di Ipoh tahun 80an. Setelah puas menonton wayang dan jemu di Superkinta atau habis duit di Jublee Park, kami menjamu selera di Medan Selera ini.

Ada beberapa pemilik gerai di sini sentiasa curiga kunjungan kami. Manakan tidak bukan sahaja Mee Goreng atau Mee Kuah  dimakan dengan Sos Chili berbotol-botol, malah dengan ABC pun kami bubuh Sos!

Kunjungan sebentar tadi bersama anak lelaki saya amat memilukan hati. Semuanya hampir tinggal nostalgia sahaja, Banyak gerai yang hanya menjual ibu kunci! Popiah S.S. Ali masih meniaga tapi hari ini tutup pula. Semasa zaman remaja, kami tidak makan Sopiah S.S. Ali ini kerana “tidak kenyang”! Begitu juga dengan Satay Endut yang hanya kami mampu tengok sahaja.

Saya mula mengenali dan berkawan dengan Muhammad Taba (arwah) anak kepada Endut sekitar 1987 apabila saya mengadakan Pameran Motosikal di Sekolah Agama Izzuddin Shah,

Teringat lagi kata-kata arwah yang juga antara superbiker terawal di Ipoh ketika itu kepada saya. Beliau merakamkan kekaguman kerana pameran motosikal itulah yang menarik ramai mat-mat motor di Ipoh “masuk” ke perkarangan sekolah agama!

Arwah dan abangnya Nan (arwah) dikenali ramai superbiker di Malaysia terutama di KL ketika itu. Malah kami beramai-beramai dari KL datang ke Ipoh meraikan majlis perkahwinannya penghujung 80an.

Saya berkesempatan berbual dengan pekerja Satay Endut semasa makan malam tadi. Itulah realitinya Medan Selera Taman Kanak-kanak ini. Kemunculan banyak premis makan dan pada masa yang sama kesukaran mendapatkan tempat letak kereta menyebabkan perniagaan di medan selera ini semakin hari semakin malap.

Catatan antara ingat dan lupa, medan selera ini juga menyaksikan pergaduhan di  antara dua pasukan beruniform dan tragedi seorang remaja dipukul oleh pihak pengurusan Supermarket Angel kerana disyaki mencuri. Agaknya kalau ada media sosial seperti FB ketika itu kecoh seMalaysia.