Thursday, November 29, 2012

Graffiti Zoo Taiping minggu ini

Burrito Chicken di Kopitiam Changlung



Burrito Chicken di Kopitiam Changlung

Namanya ada berbaur kelucahan. Roti pita pembalut kulitnya lembut dialas salad segar dengan hirisan timun dan tomato. Kepingan ayamnya digoreng dan diselaput dengan sos mayonis.

Memang berbaloi dan yang pasti kalau di Kopitiam mesti perkena teh atau kopi dal;am cawan tembikar sambil makan roti bakar kahwin mentega dan kaya. Kena pula roti benggali yang keras keraknya!

lukmanw@gmail.com

Jom makan Angry Bird!

Jom makan Angry Bird!

Di persimpangan Kuala Perlis dan Kuala Sanglang, ada deretan gerai kecil di tepi jalan menjual pelbagai makanan. Hampir semua gerai menjual makanan laut bercucuk yang dipanggang.

Dalam pelbagaian pilihan, kini terdapat makanan laut yang yang diolah bentuk menyerupai beberapa karektor animasi. Antaranya ialah Angry Bird.

lukmanw@gmail.com

Seisi keluarga di Perlis





Seisi keluarga di Perlis

Bekerja sambil berlibur adalah rutin kami sekeluarga. Minggu lepas kami menginap di Pusat Latihan Penjara di Pusat Koreksional Perlis di Pauh. Masa sengkang petang selepas bertugas, kami ke Padang Besar dan Kuala Perlis.

lukmanw@gmail.com

Saturday, November 17, 2012

Taiping’s Picker buka kedai



Taiping’s Picker buka kedai

Setelah 3 hari manfaatkan cuti Deepavali dan Maal Hijrah dengan membuat housekeeping (clearing) loteng di rumah, hari ini aku dan anak jantan aku seorang itu turun padang (sebenarnya tapak Pasar Tani Kamunting) untuk “car boot sales”.

Bermula jam 7.30 pagi, kami berjaya buat “stock clearance” sekitar 11.45 pagi. Hasil jualan yang diperolehi agak membanggakan juga untuk amatur seperti kami berdua.

lukmanw@gmail.com

Wednesday, November 14, 2012

Koleksi caps (topi) sudah menjangkau ke angka 267!

 Koleksi caps (topi) sudah menjangkau ke angka 267!

Antara koleksi kami dua beranak, aku dan anak jantan aku seorang itu ialah caps (topi) terutamanya caps-caps motorsport. Semalam kami menghitung semua caps-caps yang ada dalam koleksi kami.

Tergantung di dinding ada 36 biji. Dalam 5 kotak A3 dan 2 kotak A4 ada 231 biji tak termasuk beberapa biji lagi di dalam kereta dan dalam pejabat.

Fakta menarik lagi ialah hampir kesemuanya (kecuali beberapa biji!) adalah cenderahati yang tidak dibeli!

lukmanw@gmail.com

Antara perabut yang sepatutnya sudah lama dimiliki!

Antara perabut yang sepatutnya sudah lama dimiliki!

Ini adalah antara projek yang asyik tertangguh-tangguh. Setelah bertahun-tahun akhirnya siap juga sebelum puasa tahun ini.

Masalahnya sekarang masih ada banyak buku yang belum dimuatkan dalam rak ini? Tak kan nak buat rak buku satu lagi!



Koleksi Land Rover Defender 110

Koleksi Land Rover Defender 110

Satu hari Ahad bulan lepas aku dan anak jantan aku seorang itu berkunjung ke Down Memory Lane Ipoh atau lebih dikenali dengan Lokin.

Tanpa disangka-sangka terjumpa seorang peniaga yang menjual pelbagai “scale model”. Semasa tawar-menawar koleksi GP dan MotoGp, aku ternampak Land Rover Defender 110! Sebelum ini pun aku sudah ada beberapa “scale model” Defender ini.

Bertambah lagi koleksi aku. Bila pula “actual model”?

http://orangkecilorangbesar.blopgspot.com/


Sunday, October 28, 2012

Buku terbaru Mahathir, Sayuti dan S.H. Alattas

Buku terbaru Mahathir, Sayuti dan S.H. Alattas

Tiga nama di atas adalah antara barisan penulis yang sering saya ikuti penulisan mereka. Dalam minggu ini ketiga-tiga buku terbaru mereka (Mahathir – terjemahan) telah saya miliki.

Oleh kerana buku Mahathir terdiri dari 982 helaian mukasurat, saya memulakan dengan buku Sayuti (273 muksurat) dan telah juga mengkhatamkan buku S.H. Alattas dengan 536 mukasurat.

Secara jujur saya katakan buku terbaru Sayuti dan S.H. Alattas tidak mencapai expectation saya kerana kedua-dua buku ini lebih banyak mengandungi kompilasi penulisan-penulisan mereka sebelum ini. Manakala buku terbaru Mahathir pula saya hanya baru menjengok sehingga ke 56 mukasurat dan masih belum terjumpa (ataupun teringatkan) isi tulisan yang sama yang pernah dibaaca ini.

Tun menulis dalam prakata buku terbaru ini; “Saya masih tertanya-tanya sama ada buku ini menarik untuk dibaca. Saya yakin, ya. Namun saya tetap sangsi.”

Manarik atau tidak! Sebagai teman sebelum melelap mata atau sebagai sahabat beriringan di hati, saya akan cua menghabiskan buku terbaru Tun ini dalam seminggu ini sebelum memulakan semula bacaan buku The Malay Dillema.

lukmanw@gmail.com

Wednesday, October 24, 2012

2012 Malaysian MotoGp 19-21 Okt 2012

2012 Malaysian MotoGp 19-21 Okt 2012

Syabas Zulfahmi! Syabas Hafizh! Kejayaan kamu berdua membuka mata mereka.

Tiada yang lebih menarik dari berperjalanan dua beranak ke MotoGp kali ini. Aku dan anak jantan aku seorang itu! Isteri aku seorang itu pula terlibat dengan aktiviti jabatannya pada hujung minggu yang sama. Bujang dua beranaklah kami!

Walaupun kunjungan aku ke MotoGp ini atas tugasan tapi masanya agak flexible untuk bersama dengan anak jantan aku seorang itu.

Kami memulakan perjalanan dari Kamunting, singgah di Ipoh (sanggup keluar highway!) untuk perkena Nasi Ganja.

Di Sepang pula kami sengaja memilih tempat bermalam di Bagan Lalang sekitar 30 km dari trek. Jika ada masa sekang, hendak juga berlibur di pantai. Terjumpa Extreme Park yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja Bangladesh tetapi perkhidmatannya memuaskan!

Di Paddock, anak jantan aku seorang itu berpeluang bergambar dengan Rossi, pelumba pujaannya semenjak dari kecil lagi. Terserempak juga dengan Hafizh syahrin dan Fuad Burhanuddin bersama adik-beradiknya.

Di Mall Promotion Area pula terserempak dengan Musyrif Speedrider, kenalan kaki motor dari Penang ini.

Bukan janji tapi harapan! Semoga aku sihat dan masih bertenaga untuk backpacking adventure dengan anak jantan aku seorang itu semasa cuti zaman kolejnya nanti. Sudah terbayang menaiki keretapi di India dan China sebelum ke Eropah.

lukmanw@gmail.com

Posting berkaitan:-

Sunday, October 21, 2012

Nasi Wanggei vs Nasi Ganja @ Nasi Kandar Ayam Merah





Nasi Wanggei vs Nasi Ganja @ Nasi Kandar Ayam Merah


Di Taiping (hadapan Kem Askar Kamunting) tak lama lagi akan dibuka Restoran Nasi Wanggei dengan cawangan utamanya di Ipoh, Greentown Business Center.

Aku tak tahu apa hubungannya (kekeluargaan atau bekas pekerja?) di antara Nasi Wanggei dan Nasi Ganja @ Nasi Kandar Ayam Merah. Restoran Nasi Wanggei di Greentown Business Center, Ipoh, manakala Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom, Ipoh.

Menunya hampir serupa dengan keistimewaan Sambal Kelapa yang dicalit di tepi pinggan. Apapun aku dan anak jantan aku seorang itu lebih gemar menu di Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom, Ipoh.

Gambar-gambar dalam posting ini diambil semasa singgah makan tengahari dalam perjalanan Taiping ke MotoGp baru-baru ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Posting berkaitan di sini.

Friday, October 12, 2012

Penggal & Cuti Sekolah 2013

Penggal & Cuti Sekolah 2013

Muat turun di sini

Tuesday, October 09, 2012

Mempelam Perlis – Lebuhraya BKH Kuala Perlis vs Pekan Changlung

Sumber internet

Mempelam Perlis – Lebuhraya BKH Kuala Perlis vs Pekan Changlung

Minggu lepas saya berulang-alik ke Pusat Koreksional Perlis di Pauh, Perlis. Biasanya kalau saya ke Perlis sebelum ini untuk aktiviti-aktiviti motorsports anjuran Kelab Sukan Motorsports Perlis, ada sahaja buah tangan berupa Mempelam Harum Manis yang dibawa pulang. Tengku Shahrin Abu Bakar, Presiden Kelab sentiasa memastikan adanya sekotak hasil tanaman dari ladangnya ini di dalam kereta saya.

Dalam perjalanan pulang sebaik sahaja menuruni jejambat berhampiran UniMAP di Lebuhraya Bukit Kayu Hitam – Kuala Perlis, saya memberhentikan kereta saya di hadapan gerai-gerai buah berkhemahkan khemah bertanda Pasar Tani yang banyak menjual Mempelam Harum Manis dan Sala Madu serta beberapa jenis mempelam lain.

Oleh kerana saya biasa menikmati Mempelam Harum Manis, kali ini saya membeli Mempelam Sala Madu sebanyak dua kilo dengan harga RM 6.00 sekilo. Semasa ditimbang penjualnya memaklumkan dua kilo lebih sikit dan meminta RM 13.00. Tanpa tawar-menawar saya terus membayarnya.

Semasa melalui Pekan Changlung, saya ternampak Pisang Berangan yang bergantungan di sebuah gerai buah-buahan. Mengingatkan ayah saya yang sukakan Pisang Berangan ini dan agak sukar ketika ini untuk mendapatkannya di Kamunting atau Taiping, saya memberhentikan kereta dan berhasrat membelinya. Di gerai ini juga turut menjual pelbagai jenis mempelam termasuk Mempelam Sala Madu.

Semasa hendak membayar duit pisang, sengaja saya bertanya harga Mempelam Sala Madu.

“Sekilo RM 4.00 bang! Kalau abang ambil tiga kilo saya bagi RM 10.00 sahaja”, jawab penjual buah tersebut.

Ingatkan harga di gerai tepi lebuhraya tadi lebih murah!

lukmanw@gmail.com

Monday, October 08, 2012

Delight service di Kedai Bateri Kamunting



Delight service di Kedai Bateri Kamunting

Hari ini tepat jam 9 pagi saya sudah meletakkan kereta Myvi saya di hadapan Kedai Bateri Super Electric Workshop di Kamunting, bersetetangan (seberang jalan) Pusat Membelibelah The Store Kamunting. Minggu ini sudah dua kali ke kedai ini, bermula dengan kereta Pesona dan hari ini pula dengan kereta Myvi.

Tidak kelibat Ah Keong,pemilik kedai yang telah saya kenali semenjak awal 90an dahulu cuma isterinya yang sedang sibuk menyapu lantai. Bila saya keluar dari kereta, isteri Ah Keong memberitahu saya suaminya pergi menghantar bateri ke sebuah kilang di Kamunting.

Hampir 30 minit menunggu akhirnya Ah Keong kembali ke kedai. Dia memaklumkan baru sahaja menukar bateri sebuah kereta pelanggan yang tidak dapat dihidupkan di sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Kamunting. Selain dari menunggu pelanggan di kedai, Ah Keong tidak keberatan untuk keluar jika dipanggil di sekitar Kamunting dan Taiping.

“Tapi kalu lu call dari KL atau Kedah, aku tak pi la!”, sambung cerita Ah Keong mengenai jarak perkhidmatan luar yang ditawarkannya itu.

Setelah bateri baru dipasang di kereta Pesona saya, Ah Keong seperti biasa mencatatkan tarikh pemasangan hari ini dan kali ini turut dicatatkan nombor telefon bimbitnya di permukaan bateri tersebut.

“Ini nombor henpon aku – lain kali bateri kong di rumah call saja aku!”, Ah Keong menawarkan diri.

Ini sudah “delight service”!

lukmanw@gmail.com

Posting berkaitan di sini.

Thursday, September 27, 2012

Syabas – delight service di Proton Edar 3S Juru

Syabas – delight service di Proton Edar 3S Juru

Selain dari PLUS, Proton terutamanya Proton Edar 3S Juru adalah organisasi yang sering saya sebut dalam dua blog OKOB dan OTJ saya ini sama ada memberi penghargaan ataupun komentar untuk penambahbaikan (room for improvement). Boleh rujuk dalam posting-posting lama saya.

Sewaktu membuat posting ini saya berada di ruang menunggu Proton Edar 3S Juru. Hari ini seawal pagi lagi saya sudah bertolak dari Taiping untuk menghantar Pesona saya untuk diservis. Saya tiba awal sekitar 7.30 am di perkarangan Proton Edar 3S Juru.

Tidak menyangkakan ada penasihat servis yang telah datang, saya terus ke kaunter. Mengejutkan saya, sdr. Azman, penasihat servis yang baru pertama kali saya berkenalan hari ini telah berada di meja menunggu pelanggan. Walaupun masa urusan servis bermula 8.00 am, sdr. Azman menjemput saya ke mejanya dan mengambil keterangan Pesona saya.

Walaupun sebelum ini saya biasa berurusan dengan penasihat servis lain yang juga mesra pelanggan seperti Samson, Huzir, Zainuddin dan Bazilah, perkhidmatan oleh sdr. Azman lebih kepada “delight service”.

Telah lebih 5 tahun saya menghantar Pesona untuk diservis di Proton Edar 3S Juru mengikut syoran Manual Panduan, inilah kali pertama saya ditanya oleh penasihat servis di Proton Edar 3S Juru sama ada saya mahu mengambil baki minyak engine dan palam pencucuh yang terpakai.

Tidak seperti Perodua 3S Kamunting yang akan mengembalikan semua barangan yang ditukar atau baki minyak engine, Proton 3S Juru sebelum ini tidak pernah berbuat demikian.

Selain dari itu semua syoran proses dan alat ganti yang dicadangkan telah diterangkan (justify) dengan lengkap sebelum saya diminta menandatangani borang persetujuan servis.

Akhir sekali sementara menunggu Pesona saya siap diservis dengan masa anggaran telah dinyatakan, saya dijemput ke ruang menunggu sambil dipelawa mengambil minuman (Nescafe , Milo dan White Coffee) dan Biskut Hwa Tai Luxury yang ada disediakan.

Walaupun kudapan yang disediakan oleh Proton Edar 3S Juru ini jauh bezanya dari segi kuantiti dan kualiti kudapan Perodua 3S Kamunting, memandailah sambil membaca akhbar.

Di samping itu saya juga disapa sekali-dua oleh penasihat servis yang lain mempelawa untuk mengambil minuman dan biskut yang disediakan sementelah mereka melihatkan saya hanya meminum minuman yang dibawa sendiri dari rumah.

Apapun syabas saya ucapkan dengan perkhidmatan delight service di Proton Edar 3S Juru ini. Jauh beza dengan perkhidmatan sebelum ini yang mungkin agak keras teguran membina saya dalam posting-posting sebelum ini.


*Sebaik sahaja saya upload posting ini ketika jam menunjukkan 5 minit lagi ke pukul 10.00 am, sdr. Azman datang ke ruang menunggu memaklumkan Pesona saya telah siap diservis – tepat masa 2 jam seperti dianggarkan sebelum ini. Pada masa yang sama juga telefon saya berbunyi menandakan ada mesej yang diterima.

Mesej yang saya terima dari no. 69123 yang tertulis;

Dear Customer, your service appointment for AGIN5200 is booked on. Thank you for scheduling a service with us.

Saturday, September 22, 2012

Kembali ke Litar F1 Sepang

Kembali ke Litar F1 Sepang

Pepatah Melayu mengatakan “Bagai Sireh Pulang Ke Gangang” dan pelakon filem aksi Arnold Schwarzenegger pula akan berkata “I'll be back”.

Saya kembali ke Litar F1 Sepang kali ini bukan sebagai race official seperti selalu tetapi sebagai pengajar OSH. Kakitangan Litar F1 Sepang yang dulunya sama-sama bersama saya mengendalikan dan menganjurkan acara perlumbaan kini bersama-sama saya sebagai peserta kursus OSH yang saya kendali.

Cerita lanjut di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, September 15, 2012

Mesin Pelupus Tuala Wanita dan Vigina Examination Tower


Mesin Pelupus Tuala Wanita dan Vigina Examination Tower

Minggu lepas saya dijemput menjadi Ketua Juri kepada dua Pertandingan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif). Pertama di Pertandingan KIK Kolej Jururawat Zon Utara di Kolej Jururawat Pulau Pinang dan kedua di Pertandingan KIK Lembaga Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang di Wisma Hasil Bandar Perda.

Pertandingan KIK pertama saya dibantu oleh juri-juri lain terdiri dari pengamal-pengamal perubatan (doktor, farmasi dan sebagainya) untuk membuat permarkahan produk yang berasaskan alat bantu mengajar perubatan dan kesihatan. Mujurlah adanya pengamal-pengamal perubatan yang memudahkan saya memahami produk-produk yang direkabentuk seperti Mesin Pelupus Tuala Wanita, Vigina Examination Tower, Model Mannequin, Model Abdomen, Model Telinga, Penyahan Kelalang Akrilik, Multipurpose Inspection Pen dan CD Latihan Bayi Usia 6 Bulan. Agak kemalu-maluan saya apabila dipelawa oleh ahli kumpulan (jururawat pelatih!) untuk menguji penggunaan simulasi vagina pada Vigina Examination Tower!

Posting selanjutnya
di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com