Friday, February 27, 2009

... menunggu pengumuman Pak Lah atau PM2B Najib




... menunggu pengumuman Pak Lah atau PM2B Najib

Jumaat depan aku akan melalui Tol Jitra, Tol Hutan Kampung, Tol Sungai Dua, Tol Juru, Tol Taiping Utara (singgah angkut isteri dan anak jantan seorang aku itu), kemudian menyambung perjalanan menempuh Tol Jelapang. Sambung di Tol Jalan Duta. Untuk ke kelas di Bangi pula berjumpa pula Tol Sungai Besi sebelum keluar Tol Kajang. Savelah sekupang-dua lari dari Tol Bangi.

Jumaat dua minggu lagi begitu juga. Jumaat empat minggu, enam minggu dan seterusnya begitu juga.

Kalau mengikut apa yang dilaporkan di media, perjalanan kami sekeluarga pada hari Jumaat depan akan mengikur kadar baru tol ini.

Bagaimanapun aku masih menunggu pengumuman dari Pak Lah ataupun PM2B Najib yang akan memaklumkan bahawa atas dasar keprihatinan kerajaan dan setelah dipertimbangkan kabinet, kenaikan tol ini akan ditangguhkan. Penangguhan ini pula tidak ada kena mengena dengan Bukit Gantang, Bukit Selambau ataupun Batang Ai. Langsung tidak ada perkaitan dengan Bukit Lanjan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, February 25, 2009

Tips balik lewat malam



Semasa pertama kali biras aku yang kerja Proton tu melawat rumah aku di Kamunting ini dia senyum melerek.

Aku tanya mengapa. Dia kata apa motif utama aku buat bilik bacaan merangkap pejabat yang berhubung dengan bilik tidur utama dan ada lagi satu pintu keluar ke laman luar.

Aku jawab untuk mudah terima pelawat atau pelanggan (kalau ada business masa depan) dan tak payah masuk ke dalam rumah.

Dia senyum panjang. Bukan senang nak keluar malam, tanyanya lagi.

Aku ada seorang rakan baik yang hobinya keluar malam. Satu amalan dari zaman bujang yang tak dapat ditinggalkannya.

(Aku? Kalau aku keluar malam akan aku angkut anak jantan seorang aku itu dan isteri aku seorang itu. Biasanya kami keluar malam apabila hujung minggu ataupun semasa outsation.)

Jadi banyaklah tips-tips keluar malam yang ”diajar”nya kepada ku. Sebentar tadi aku ”terlawat” dalam
blog ini dan mendapati semua tips-tips yang pernah dengar dari rakan ini tertulis dalam blog ini. Sehingga aku merasakan blogger ini adalah rakan aku.

Cuma ada beberapa tips yang tertinggal. Antaranya ialah;

1. Matikan enjin kereta sebelum sampai pintu pagar. Buka pintu pagar pelan-pelan dan tolak kereta itu.

2. Masuk bilik tidur pelan-pelan. Salin baju dan pergi tidur depan tv. Esok kalau bini tanya pukul berapa abang balik. Cakap balik awai kemudian tengok bola (Astro) sampai tertidur.

Banyaklah lagi tips, ada masa aku cerita lain kali.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tetapi ingat! Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga.


Entry ini tajuk kemudian. Baru prototype!

Satu hari tengah bulan lepas sebaik sahaja keluar dari Maybank Kamunting aku terdengar nama aku dilaung dari dalam Restoran A Rahman.

Rupa-rupanya Long Mail pakat abang sepupu aku dari Batu Kurau di dalam restoran itu.

Aku masuk ke dalam restoran dan Long Mail bangun menyua tangan bersalam.

”Dari mana abang Long?” tanya aku. Tak pasti aku sama ada ”Long” itu nama sebenar dia atau gelaran sebagai anak sulong dalam keluarganya.

”Aku dari Tesco beli barang sikit dengan Kak Long mu.”

”Kak Long mana?”

”Dia gi kedai sebelah katanya nak beli benang dengan butang baju.”

”Kak Long banyak menjahit ka la ni?” tanya aku sambil mengamit panggil mamak restoran.

”Adalah juga.” jawab Long Mail lesu saja.

”Abang Long dok buat rumah lagi kan? ”

”Itu sajalah yang aku tahu buat. Tapi la ni buat rumah tak adalah Cuma perbetul yang rosak atau tambah-tambah saja. Orang Kamunting ada panggil buat rumah tapi kalau mari sini aku tak boleh kerja lain dah.”

”Orang Tukuro (Batu Kurau) tak buat rumah ka sekarang?”

”Sapa yang nak buat rumah la ni. Barang mahal!”

”Minyak turunpun barang mahal lagi abang Long?”

”Mu tahu apa barang apa yang turun selepas minyak turun ni?”

”Tak tahu lak abang Long”

”Harga getah dan kelapa sawit memang turun teruk! Dulu SMR 20 tu pernah naik RM 10 lebih sekilo. La ni dah jatuh RM 5. Sekerap dulu dekat RM 5 sekilo jatuh sampai 6 kupang.”

”Patutlah tengah tahun lepas ada tauke kedai Motor Apek Curut Nothern tu beritahu ramai orang Tukuro beli motor baru.”, saja aku menembak abang Long.

”Memang betul Man. Seguni sekerap tu senang-senang boleh boleh dapat dekat RM 300. Kutip sekerap lagi senang dari menoreh. Tak payah bangun awai pagi nak menyembah pokok getah. Kalau dapat dua guni sehari, kerja dua, tiga hari boleh bayar duit muka motor baru!”

”Abang Long tak beli motor baru ka?”

”Aku memang nak beli tapi masa tu adik Faezah mu nak masuk sekolah jururawat di Ipoh tu.Banyak juga aku habis duit kat dia. Kalau masa ni dia nak duit banyak tu mapuh aku”

”Kelapa sawit macamana pula abang Long?”

”Getah ni kira susah tapi susah lagi kelapa sawit. Harga sawit tak teruk macam harga getah tapi mu tengok Pak Lang Manap mu. Masa muda dulu tak apalah gagah lagi nak main galah tu. Tapi masa tua ni nak angkat galah pun tak larat macamana nak julang kait buah!”

(Aku terdiam seketika. Memang aku tak pernah mengangkat atau menjulang galah aluminium 50 kaki itu tapi pengalaman mengecat dinding rumah dengan batang berus cat kayu yang panjang lima, enam kaki itu sudah cukup melengguhkan bahu dan tengkuk walaupun tak sampai setengah jam kerja.)

Long Mail diam sambil mengacau sudu dalam gelas teh tariknya.

”La Man ka? Kak Long ingat sapa tadi. Mak mu sihat?” sapaan suara dari belakang aku.

”Semua baik Kak Long. Banyak beli barang menjahit Kak Long?”

”Ada la sikit. Barang-barang ni mahai sangat tempat lain. Taiping pun tak boleh lawan harga kat sini. Tukuro nun lagi mahai.’

”Minum Kak Long.” pelawa aku.

”Tak apalah Man. Sehari dah dok Taiping. Mari dari pukul 10 tadi sampai nak Asar la ni. Kak Long nak balik dah. Kak Long jumpa Pak Su Mat mu tadi kat BSN sebelah kedai benang ni.”

“Dia seorang ka Kak Long?”

”Dia dengan Kak Mek mu.” (Kak Mek ini isteri baru Pak Su Mat, adik ipar tinggal bapa aku)

”Buat apa dia kat situ?” tiba-tiba Long Mail bersuara.

”Tak kan mu tak tahu Long, dia ni dua kali sebulan mesti mari BSN bawa Kak Mek cucuk duit gaji.” jawab Kak Long. Aku hanya mengangguk kerana aku memang tahu Kak Mek bekerja di sebuah kilang di Kamunting.

”Untunglah Pak Su Mat mu Man. Bini dia kerja kilang. Patutlah dia senang hati sahaja walaupun harga getah dan kelapa sawit ini turun.’

Aku senyum sahaja. Memang senang banyak kau Pak Su Mat. Malam kau ”cucuk” Kak Mek. Siang kau suruh Kak Mek ”cucuk” untuk hulur kat mu balik.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, February 18, 2009

1-Day Campus Life



Berminat? Klik di sini untuk keterangan lanjut atau hubungi saya di lukmanw@uum.edu.my.

Sementara menunggu anak-anak selesai berprogram, ibubapa boleh melawat Bukit Kayu Hitam (15km dari UUM) atau Padang Besar (40 km dari UUM).

Sambil menyelam minum air. Anak-anak dapat motivasi, ibubapa boleh jalan-jalan.

*Untuk tarikh-tarikh lain boleh dibincangkan
.

Tuesday, February 17, 2009

10 Working tips for 2009

(Received thru email)


1) Do not get into trouble


2) Aim for greater heights


3) Stay focus on your job


4) Exercise to maintain good health


5) Practice Team work


6) Rely on your trusted partner to watch your back


7) Save for rainy days


8) Rest and relax


9) Always smile when your boss is around


10) Nothing is impossible

Monday, February 16, 2009

Banyaknya kereta!


As unsold cars pile up at docks, Honda halts production for two more months

Little Perak in Bangi






Indahnya kaca, jatuh berderai jua























Latest Updates on industries

Latest Updates on major Johor Industries

1. V.S. Industry Berhad – 1st quarter net profit falls almost 60%. 2 of the factories are facing critical downturn.

2. Flextronics – Has shut down 4 weeks (2 consecutive weeks for last Christmas/09 New Year and this CNY) and expected to resume work only next Monday.

3. Venture – Kempas plant is down to 4-day work per week while Tebrau has retrenched major contract workers and FULLY freeze OT. Either Venture or Flextronics is speculated to cease operation soon following a Taiwanese company named Foxcon would most probably take over HP business project from them.

4. Celestica – down to 4-day work per week.

5. Beyonics – down to 4-day work per week.

6. Seagate – 3 US based VP/Directors had been fired. Top management and executive level staff cut pay 10-15%.

7. Qimonda – Germany HQ is reported to apply bankruptcy following Germany government failed to provide financial support. If such happened, means Senai plant will be closed as well. Feb – Apr will be the critical period.


Latest Updates on Melaka

8. Panasonic to close 27 plants world wide and retrench 15,000 employees – Melaka plant to be shut down in March. Click here.


Latest Updates on Penang

9. Spansion - CEO quits, chip maker seeks buyer. Click here.

10. NEC (Prai) – work 4-day week

11. Intel to close 2 plants in Penang Island this year and shift workers to Kulim plant

12. Molex. Click here.

13. Agilent - pay cut 10%

14. Fairchild – work 4-days week

15. Avago – job cut about 100 ppl in December 2008

16. Molex – Chinese New Year shut down for 2 weeks


Latest Updates on World Wide. Click here.

Peta Mee Udang Banjir Matang


Aku terima email ini semalam.

Man

Semalam aku pi makan Mee Udang Banjir di Matang. Aku nak makan kat Warung Mee Udang Banjir Salleh tapi bini aku nak try kat Warung Mee Udang Banjir Mak Teh sebab terliur tengok dalam Majalah 3 tu.

Punyalah ramai orang, Berbaris kereta kiri kanan depan Warung Mee Udang Mak Teh ini. Lepas tu kena tunggu giliran macam makan kat Pizza lak.

Sambil sembang-sembang dengan tiga family tu mai dari Sungai Petani, Tanjung Malim dan Parit Buntar. Depa semua ini mai sebab Majalah 3.
Yang mai dari Sungai Petani tu siap bawa peta yang hang lukis dalam blog tu.

Tunggu dekat sejam baru dapat tempat duduk. Itupun anak dan bini aku pi berdiri tepi family yang nak bangun.

Aku sembang dengan seorang pekerja Mak Teh, dia kata memang lepas keluar Majalah 3 orang mai bukan sahaja dengan kereta tapi dengan bas. Truk askar Navy dari Lumut pun ada.

Tapi yang aku tak berkenan sebab banyak sangat lalat. Aku cakap pasai lalat ini kepada pekerja Mak Teh dia kata biasalah bang sebab bau udang lepas tu udang fresh lagi.

Masa nak balik baru aku nampak Warung Mee Udang Banjir Salleh. Kat sinipun beratur kereta kiri kanan. Agak akulah, depa yang tak mahu tunggu lama di Warung Mak Teh mai Warung Salleh ini.

Pada aku Mee Udang Banjir tu biasa saja. Cuma best dia udang berlambak kalau dibanding dengan Mee Udang Sungai Dua.

NAS

Apa khabar Proton dan Perodua?

Nissan has announced plans to cut its Sunderland workforce by 1,200. Thousands of unsold cars are stored around the factory's test track


Honda is halting production at its Swindon plant in April and May, extending the two-month closure announced before Christmas to four months. Honda and Japanese rival Toyota are both cutting production in Japan and elsewhere. Pictured, Hondas await export at a pier in Tokyo


Earlier this week Jaguar Land Rover said 450 British jobs would go


The open car storage areas in Corby , Northamptonshire, are reaching full capacity


Imported cars stored at Sheerness open storage area awaiting delivery to dealers


Newly imported cars fill the 150-acre site at the Toyota distribution centre in Long Beach , California


The build-up of imported cars at the port of Newark , New Jersey


Stocks of Ford trucks in Detroit , Michigan


New cars jam the dockside in the port of Valencia in Spain


Peugeot cars await shipment to Italian dealers at the port of Civitavecchia


Unsold cars at Avonmouth Docks near Bristol


With many manufacturers on extended Christmas shutdown, the number of cars rolling off production lines in December fell 47.5% to just 53,823


Thousands of new cars are stored on the runway at the disused Upper Heyford airbase near Bicester, Oxfordshire, on December 18, 2008.


Sales of new cars in the UK have slumped to a 12-year-low and production of cars at Honda in Swindon has been halted for a unprecedented four-month period because of the collapse in global sales and represents the longest continuous halt in production at any UK car plant. The announcement comes on a day when the EU's Industry Commissioner Guenter Verheugen warned the outlook for the European car industry was 'brutal' and predicted not all European manufacturers would survive the crisis.