Thursday, September 27, 2012

Syabas – delight service di Proton Edar 3S Juru

Syabas – delight service di Proton Edar 3S Juru

Selain dari PLUS, Proton terutamanya Proton Edar 3S Juru adalah organisasi yang sering saya sebut dalam dua blog OKOB dan OTJ saya ini sama ada memberi penghargaan ataupun komentar untuk penambahbaikan (room for improvement). Boleh rujuk dalam posting-posting lama saya.

Sewaktu membuat posting ini saya berada di ruang menunggu Proton Edar 3S Juru. Hari ini seawal pagi lagi saya sudah bertolak dari Taiping untuk menghantar Pesona saya untuk diservis. Saya tiba awal sekitar 7.30 am di perkarangan Proton Edar 3S Juru.

Tidak menyangkakan ada penasihat servis yang telah datang, saya terus ke kaunter. Mengejutkan saya, sdr. Azman, penasihat servis yang baru pertama kali saya berkenalan hari ini telah berada di meja menunggu pelanggan. Walaupun masa urusan servis bermula 8.00 am, sdr. Azman menjemput saya ke mejanya dan mengambil keterangan Pesona saya.

Walaupun sebelum ini saya biasa berurusan dengan penasihat servis lain yang juga mesra pelanggan seperti Samson, Huzir, Zainuddin dan Bazilah, perkhidmatan oleh sdr. Azman lebih kepada “delight service”.

Telah lebih 5 tahun saya menghantar Pesona untuk diservis di Proton Edar 3S Juru mengikut syoran Manual Panduan, inilah kali pertama saya ditanya oleh penasihat servis di Proton Edar 3S Juru sama ada saya mahu mengambil baki minyak engine dan palam pencucuh yang terpakai.

Tidak seperti Perodua 3S Kamunting yang akan mengembalikan semua barangan yang ditukar atau baki minyak engine, Proton 3S Juru sebelum ini tidak pernah berbuat demikian.

Selain dari itu semua syoran proses dan alat ganti yang dicadangkan telah diterangkan (justify) dengan lengkap sebelum saya diminta menandatangani borang persetujuan servis.

Akhir sekali sementara menunggu Pesona saya siap diservis dengan masa anggaran telah dinyatakan, saya dijemput ke ruang menunggu sambil dipelawa mengambil minuman (Nescafe , Milo dan White Coffee) dan Biskut Hwa Tai Luxury yang ada disediakan.

Walaupun kudapan yang disediakan oleh Proton Edar 3S Juru ini jauh bezanya dari segi kuantiti dan kualiti kudapan Perodua 3S Kamunting, memandailah sambil membaca akhbar.

Di samping itu saya juga disapa sekali-dua oleh penasihat servis yang lain mempelawa untuk mengambil minuman dan biskut yang disediakan sementelah mereka melihatkan saya hanya meminum minuman yang dibawa sendiri dari rumah.

Apapun syabas saya ucapkan dengan perkhidmatan delight service di Proton Edar 3S Juru ini. Jauh beza dengan perkhidmatan sebelum ini yang mungkin agak keras teguran membina saya dalam posting-posting sebelum ini.


*Sebaik sahaja saya upload posting ini ketika jam menunjukkan 5 minit lagi ke pukul 10.00 am, sdr. Azman datang ke ruang menunggu memaklumkan Pesona saya telah siap diservis – tepat masa 2 jam seperti dianggarkan sebelum ini. Pada masa yang sama juga telefon saya berbunyi menandakan ada mesej yang diterima.

Mesej yang saya terima dari no. 69123 yang tertulis;

Dear Customer, your service appointment for AGIN5200 is booked on. Thank you for scheduling a service with us.

Saturday, September 22, 2012

Kembali ke Litar F1 Sepang

Kembali ke Litar F1 Sepang

Pepatah Melayu mengatakan “Bagai Sireh Pulang Ke Gangang” dan pelakon filem aksi Arnold Schwarzenegger pula akan berkata “I'll be back”.

Saya kembali ke Litar F1 Sepang kali ini bukan sebagai race official seperti selalu tetapi sebagai pengajar OSH. Kakitangan Litar F1 Sepang yang dulunya sama-sama bersama saya mengendalikan dan menganjurkan acara perlumbaan kini bersama-sama saya sebagai peserta kursus OSH yang saya kendali.

Cerita lanjut di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, September 15, 2012

Mesin Pelupus Tuala Wanita dan Vigina Examination Tower


Mesin Pelupus Tuala Wanita dan Vigina Examination Tower

Minggu lepas saya dijemput menjadi Ketua Juri kepada dua Pertandingan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif). Pertama di Pertandingan KIK Kolej Jururawat Zon Utara di Kolej Jururawat Pulau Pinang dan kedua di Pertandingan KIK Lembaga Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang di Wisma Hasil Bandar Perda.

Pertandingan KIK pertama saya dibantu oleh juri-juri lain terdiri dari pengamal-pengamal perubatan (doktor, farmasi dan sebagainya) untuk membuat permarkahan produk yang berasaskan alat bantu mengajar perubatan dan kesihatan. Mujurlah adanya pengamal-pengamal perubatan yang memudahkan saya memahami produk-produk yang direkabentuk seperti Mesin Pelupus Tuala Wanita, Vigina Examination Tower, Model Mannequin, Model Abdomen, Model Telinga, Penyahan Kelalang Akrilik, Multipurpose Inspection Pen dan CD Latihan Bayi Usia 6 Bulan. Agak kemalu-maluan saya apabila dipelawa oleh ahli kumpulan (jururawat pelatih!) untuk menguji penggunaan simulasi vagina pada Vigina Examination Tower!

Posting selanjutnya
di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Saturday, September 08, 2012

Buah Melaka dalam Kon Daun Pisang


Buah Melaka dalam Kon Daun Pisang

Sudah lama saya tak terjumpa Kuih Buah Melaka yang dijual dalam bungkusan Kon Daun Pisang. Maaf! Gambar menggunakan telefon bimbit yang kurang jelas. Kuih ini dibeli di sebuah gerai kecil di Pekan Changlung.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Indahnya bahasa

Syabas Pejabat Daerah Taiping!